Khamis, 21 Julai 2011

13 orang pemimpin Pakatan Rakyat sertai himpunan BERSIH 2.0 lepas hadapi waran tangkap PDRM


Segak,Gagah, Berani..malangnya MEMBANTAI RAKYAT sendiri!!!!
KUALA LUMPUR: Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu selepas gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan seperti diminta.
Antara mereka ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; Exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar; aktivis Wong Chin Huat; pengendali blog, Haris Ibrahim; peguam Latifah Koya dan Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard.

Semua 13 individu terbabit dipanggil untuk hadir di IPD Dang Wangi sejak 11 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu, namun sehingga sekarang belum berbuat demikian.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan mereka, bagaimanapun Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Ghazali meninggal dunia, Ahad lalu.

Semalam, Polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan 13 individu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.
Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman selain dua pemimpin HIMPUNAN PATRIOT iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi.

TEMUBUAL MARINA M. BERSAMA WARTAWAN LUAR

Marina Mahathir turut menghadirkan diri ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu. Beliau yg menganggapkan diri nya non-partisan dan berhak untuk turut serta juga tidak berpihak keatas mana mana parti politik.

Walaupun agenda demo itu sebahagian besar nya dihadiri kumpulan pembangkang, Marina merasa tergerak untuk datang, dan juga demo kali itu disertai lebih banyak badan badan NGO. “Saya juga berfikir memakai baju kuning, tapi pergi ke tempat lain,” katanya kepada Faisal Assegaf dari Tempo melalui telepon bimbit hari ini, Rabu, 20 Juli 2011.

... dan kita ikuti temubual nya dengan wartawan akhbar luar negeri, TEMPO lndonesia.

Kenapa Anda turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.0?
Saya pergi sebab saya percaya kita perlu pilihan raya yang lebih bersih dan adil. Saya mau bergabung sama kerana pergerakan ini disokong oleh banyak NGO.

Bukannya ini demo yang dipelupori oleh pihak pembangkang?
Bukan, itu propaganda dari pihak kerajaan (pemerintah) dan media.

Bererti selama ini pilihan raya tidak berlaku adil?
Bukan tidak jujur, tetapi ada masalah yang perlu diperbaiki. Seperti rakyat Malaysia di luar negeri dibolehkan memilih. Saya rasa semua tuntutan itu masuk akal dan merupakan sesuatu yang baik.

Anda yakin tuntutan itu akan dipenuhi?
Belum pasti lagi. Saya melihat pihak kerajaan masih menolak dan beranggapan tuntutan itu untuk meruntuhkan pihak kerajaan.

Anda cedera dalam demonstrasi yang sukar dikawal itu?
Tidak, saya bernasib baik. Apalagi saya tidak mendekati pasukan polis. Memang saya sempat merasa bau aroma gas air pemedih mata yang ditembakkan tidak jauh dari tempat saya.

Anda datang dengan siapa?
Dengan teman dan Jiran. Kami sebenarnya tidak tahu berapa ramai yang bakal hadir. Ini pengalaman yg sangat mengharukan bagi saya kerana yang datang beribu-ribu.

Bila Anda merasakan tergerak kali akhir untuk ikut demo?
Sehari sebelumnya. Tapi saya sempat berfikir pakai baju kuning, namun pergi ke tempat lain.

Apa tanggapan dari Ayah Anda?
Dia (Mahathir) saat itu dalam kapalterbang menuju luar negeri. Hanya ibu saya yang mengirim SMS. Ia khuwatir kerana tangan kiri saya bekas patah enam bulan lalu.

Jika ada demo lagi, Anda akan ikut?
Kalau dianjur parti politik, saya tidak pergi. Tapi, saya menyokong orang yang berdemonstrasi kerana kami berhak mengadakan kumpulan.

Jika sesatu isu yang dituntut pembangkang adalah sama?
Mungkin tidak. Saya pergi (berdemo) bukan untuk siapa-siapa.

Apa Anda menyokong tuntutan agar Najib Razak berundur?
Saya rasa ia (Najib) tidak mengindahkan itu, tapi ia harus sedar rakyat tidak berpuas hati. Ia harus mendengar hasrat rakyat.

Jika tuntutan Bersih tidak dipenuhi, apakah anda bakal memilih pembangkang dalam pilihanraya nanti?
Saya tidak begitu gembira dengan pihak pembangkang. Saya rasa tidak perlu nyatakan sekarang apa yang akan saya pilih.

Kenapa Anda tidak terkesan dengan pembangkang?
Mereka seperti parti politik manapun, hanya mengkritik tanpa memberi gagasan. Saya non-partisan, jadi saya juga mengkritik pihak kerajaan.

Bila tuntutan tidak dipenuhi dan pembangkang juga tidak menarik minat Anda, apa Anda bakal buat pada pilihan dipilihanraya akan datang?
Tengoklah, itu satu pilihan juga.

Ditahan Keranan BERSIH Dan Bukannya Komunis


Satu afidavit yang difailkan oleh pihak polis mengesahkan bahawa enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan peranan mereka dalam BERSIH 2.0, dan bukannya kerana aktiviti yang berkaitan dengan komunisme.

Dalam sidang akhbar PSM di Kuala Lumpur hari ini, peguam Edmund
Bon (dua dari kanan) - yang mewakili PSM6 mendedahkan kandungan afidavit tersebut.

Afidavit itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh penolong pengarah tahanan (D7B) di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat polis Bukit Aman, ACP Kamarul zaman Mamat.


Ia adalah jawapan kepada afidavit yang dikemukakan oleh ahli keluarga PSM6 untuk menyokong permohonan habeas corpus mereka, yang akan didengar pada hari Jumaat.

Dokumen tersebut dengan jelas menyatakan sebab-sebab penahanan enam aktivis PSM itu.



"...kerana saya percaya terdapat alasan-alasan bahawa pemohon pertama, pemohon kedua, pemohon ketiga, pemohon keempat,
pemohon kelima dan pemohon keenam terlibat sebagai penggerak kepada pertubuhan tidak berdaftar BERSIH yang telah menggerakkan gabungan kumpulan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) supaya orang ramai hadir Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9hb Julai 2011," kata ACP Kamarul Zaman Mamat.

Afidavit Kamarul juga berkata perhimpunan itu harus dielakkan kerana ia akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam serta boleh mengakibatkan gangguan terhadap kehidupan harian masyarakat yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, sehingga ramai orang awam membuat laporan polis menyatakan kegusaran mereka.

Bagi menyokong dakwaannya itu, ACP Kamarul berkata, perhimpunan pertama Bersih pada November 2007 telah mengakibatkan huru-hara, kemusnahan harta benda dan memudaratkan ketenteraman awam.


Menteri de facto Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz
sebelum ini berkata enam aktivis PSM itu disyaki bertindak untuk memulihkan komunisme.

Bon berkata, afidavit itu membuktikan bahawa kenyataan Nazri adalah satu pembohongan.

"Semua ini adalah pembohongan kerana pihak polis sendiri tidak menyebut satu perkataan pun tentang komunisme, Chin Peng atau semua perkara mengenainya (dalam afidavit tersebut)," kata peguam tersebut.

Bon mendakwa, kerajaan menggunakan BERSIH 2.0 sebagai sebab yang mudah dan enam tahanan PSM itu sebagai kambing-hitam, hanya untuk mewujudkan keadaan seolah-olah darurat, untuk tidak menggalakkan orang ramai menyertai (perhimpunan) 9 Julai."

Rabu, 20 Julai 2011

Saya tetap lawan, tak terkejut arah bayar Rais RM400,000


KUALA LUMPUR, 20 Julai — Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan "terus lawan."

"Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan," kata Amizudin ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

"Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais)," kata beliau.

Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.

"Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat," katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.

Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, "sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care."

"'Sharpshooter' diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun 'sharpshooter' tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika 'sharpshooter' mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan 'berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf'."

"Walau bagaimanapun 'sharpshooter' akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan," katanya.

Menurut laporan media semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Katanya, fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.

Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan.

"Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.

Malah menurut Zabariah, tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara.

Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai.

"Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa," katanya.

Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Zabariah lagi.

Sharpshooter - Kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat, usah takut untuk terus menulis..

Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang memberi sokongan dan sumbangan ikhlas melalui hebahan di facebook.. Allah sahajalah yang dapat membalasnya..God Bless all of you..

Lawan tetap lawan..

Tekanan antarabangsa jika tidak bebaskan tahanan EO- Peguam

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima tekanan antarabangsa sekiranya masih tidak membebaskan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata peguamnya, Edmund Bon.
“Tuntutan bagi pembebasan tahanan EO6 ini bukan hanya berkumandang di Malaysia, bahkan mula kedengaran di luar negara terutamanya di United Kingdom dan negara Eropah lain.
“Petisyen secara dalam talian (online) dan bertulis juga mulai diedarkan untuk ditandatangani,” kata Edmund kepada Keadilandaily.
Sementara itu, Edmund berkata Ordinan Darurat tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari segi tuduhan dan kaedah lanjutan tempoh penahanan.

“Ada kemungkinan tahanan EO6 ditempatkan bersama dengan pesalah jenayah yang turut ditahan di bawah Ordinan Darurat.
“Persoalannya, mengapa tahanan ini disoal berhubung aktiviti politik parti termasuk penyumbang dana, hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim?,” soal beliau.
Justeru, beliau berkata, pihaknya akan memfailkan ‘Habeas Corpus’ iaitu perintah mahkamah untuk membawa keenam-enam aktivis PSM membela diri bagi mendapatkan perbicaraan adil.
“Kita akan failkan Habeas Corpus pada hari Jumaat jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Ini kerana Menteri Dalam Negeri melalui Jabatan Peguam Negara boleh menyambung perintah tahanan sehingga 2 tahun sebelum tempoh penahanan 60 hari itu berakhir.
“Kepada simpatisan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu meneruskan tekanan bagi pembebasan mereka,” kata Edmund.
Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia melancarkan petisyen online mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara membebaskan 6 tahanan tersebut menerusi – http://www.petitiononline.com/eo6/petition.html
Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM ditangkap mengikut EO sebaik mereka dibebaskan pada 2 Julai lalu.
Antaranya termasuk Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa Pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.
Sebelum itu, mereka bersama 24 yang lain ditahan di Tangkak Johor semasa program ‘Udah lah..bersaralah’, menjelang himpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Selangor lancar slogan baru ‘Selangorku’ Ahad ini


KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat, yang pentadbirannya kini masuk tahun keempat, akan melancarkan slogan baru — Selangorku Ahad ini - dilihat mendekatkan rakyat menjelang pilihan raya umum.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

Kerajaan negeri mengambil pendekatan itu ketika spekulasi menyebut bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bila-bila masa selepas Ramadan ini.

“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

“Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid berkata selepas dilancarkan, slogan itu akan diguna pakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.

Majlis pelancaran akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kenapa sokong Bersih 2.0

BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak UMNO dan BN kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.

Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. 8 tuntutan itu ialah :

1-Bersihkan Senarai undi

2-Mereformasikan undi pos

3-Penggunaan Dakwat Kekal

4-Masa kempen minima 21 hari

5-Akses media yang bebas dan adil

6-Kukuhkan Institusi awam

7-Hentikan rasuah

8-Hentikan politik kotor

PEMBERI MAKLUMAT DIPERLUKAN!!!!


Teman mohon pada teman-teman yang celik IT..
Untuk membuat suatu kunjungan hormat ke mana-mana balai polis di seluruh Malaysia..
Bukan apa..
Nampak gayanye.. pihak berkenaan tak jumpa langsung video klip Himpunan BERSIH 2.0 hari tu..
kena la kita bantu..

so, pada yang handal IT tu.. gi la tolong..
Teman tak tau nengok youtube!
wakakakakaka!

Pakatan Rakyat Sedia Berperang Dalam Pilihanraya Umum Ke 13!!




Susulan dari sesi permukiman Pakatan Rakyat semalam, ketiga-tiga parti dalam gabungan pembangkang itu sudah bersedia dengan senarai calon masing-masing untuk dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Adalah penting untuk Pakatan Rakyat memperolehi sekurang-kurangnya 115 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang bakal dipertandingkan dalam pilihanraya umum akan datang.

Untuk memperolehi majoriti dua per tiga, Pakatan Rakyat mesti memenangi 148 kerusi atau lebih bagi memperoleh kuasa meminda perlembagaan di Parlimen.

Secara asasnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai sasaran majoriti mudah yang mampu digapai, oleh kerana selain Umno-APCO yang agak lemah dari segi imej, MCA, MIC dan Gerakan dilihat masih belum dapat memulihkan kekalahan memalukan pada pilihanraya umum lalu.

MCA bergelut dengan skandal imej Presidennya, Chua Soi Lek dan pertentangan tiga penjuru antara timbalannya, Liow Tiong Lai dengan beks presiden, Ong Tee Keat yang dilihat masih berpengaruh dalam parti perkauman Cina itu.

MIC pula masih terdiam dengan kemaraan Hindraf dan Makkal Sakhti selepas pemergian bekas presiden, Samy Vellu untuk dilantik Duta Tugas-Tugas Khas ke India sejak lebih setahun lalu.

G Palanivel tidak dapat meyakinkan masyarakat India di Malaysia mengapa orang India mesti kembali kepada parti itu dan Barisan Najis, selain daripada perpecahan antara puak S Subramaniam, M Saravanan dan bekas "presiden" PPP, T Murugiah.


Gerakan sudah dianggap "berkubur" terutamanya di Pulau Pinang hinggakan Koh Tsu Koon tidak dapat memberi keyakinan terhadap ahli parti bagaimana hendak menawan kembali Pulau Muitara itu dari tangan DAP dan Pakatan Rakyat.

Ketidak seriusan Tsu Koon ditambah lagi beban sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menuntut lebih masa di Kuala Lumpur berbanding Georgetown sudah semestinya melegakan kem Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin yakin dengan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar baru yang mementingkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Yang perlu dibimbangkan Pakatan Rakyat hanyalah bagaimana kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak mampu ditawan seberapa banyak mungkin.

Keputusan pilihan raya negeri Sarawak, BN menang 55 kerusi tapi popular votes hanya 53.9%.

"Jika peratusan 46.1% yang tidak mengundi BN diterjemahkan kepada undi kawasan parlimen, Sarawak akan kehilangan sekurang-kurangnya 12 kerusi parlimen" Kata seorang AJK Pemuda Umno Malaysia yang telah mengadakan post mortem PRN Sarawak

Penganalisis politik juga meramalkan Sabah akan kehilangan sekurang-kurangnya 6 kerusi parlimen iaitu Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang, Pensiangan, Tawau, dan Sandakan.

Jumlah kerusi-kerusi parlimen yang boleh ditawan pembangkang di Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya 18 kerusi parlimen.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional menang 140 kerusi daripada 222 kerusi parlimen.

Keputusan terburuk dalam sejarah pilihan raya BN.

UMNO menang 79 kerusi, MCA 15 kerusi, MIC 3 kerusi, Gerakan 2 kerusi dan PPP tidak menang sebarang kerusi.

Secara keseluruhan popular votes BN 51.2% sahaja dan gagal dapat majority 2/3 dalam parlimen.

Parti pembangkang menang 83 kerusi.

PKR 31, DAP 28 dan PAS 24 kerusi.

Untuk memperolehi majoriti 2/3, BN perlu mendapat sekurang-kurangnya 8 kerusi tambahan.


Bagaimanapun keputusan 4 pilihan raya kecil parlimen, BN mempertahan Batu Sapi dan menawan Hulu Selangor tetapi gagal pertahankan Kuala Terengganu dan Sibu.

Persoalannya, mampukah Barisan Nasional memperolehi kemenangan 2/3 pada PRU akan datang?

Jika jawapannya YA dan mampu, parti mana yang boleh menyumbang kerusi itu kepada BN?

Bolehkah MCA menambah bilangan kerusinya daripada 15 kerusi yang dimenanginya pada 2008?

Mampukah MIC tambah 4 kerusinya (termasuk Hulu Selangor)?

Bolehkah Gerakan menambah daripada 2 kerusinya?

PPP mungkin tiada kawasan yang boleh ditandingi.

Jawapan kepada persoalan-persoalan diatas bukan sahaja “diragui” tapi hampir mustahil parti MCA, MIC, dan Gerakan merampas kerusi yang telah ditawan DAP dan PKR.

Kini hanya parti UMNO sahaja harapan BN boleh merampas kerusi PAS dan PKR.

Persoalannya juga, mampukah UMNO?

Jika sentimen rakyat tidak berubah cateris paribus, sekurang-kurangnya 18 kerusi dari Sarawak dan Sabah jatuh kepada pembangkang menjadikan jumlah kerusi BN sekarang 139 - 2 (SAPP) - 18=119. Manakala PR 84 + 2 +18 = 104

Dengan kiraan itu, BN masih boleh memerintah dengan simple majority.

Dalam sebuah negara yang matured democracy, kemenangan dua pertiga tidaklah perlu.

Saya yakin secara psikologinya kaum Cina yang menjadi “king maker” di Malaysia lebih suka keadaan kerajaan yang memerintah tidak memperolehi majority 2/3.

Mereka selsa dengan keadaan sekarang.

Terbukti kerajaan hari ini terutama by election yang diadakan dengan mudah tunduk terhadap setiap tuntutan dan desakan mereka.

Jika ditakdir PR menang sekalipun, kaum Cina dan India lebih suka kemenangan yang simple majority untuk teruskan kuasa mereka sebagai “king maker”.

Sungguhpun begitu, jumlah kerusi BN 119 dan Pakatan Rakyat 104 itu hanya mengambil kira perubahan sentiment di dua negeri yang diwar-warkan sebagai Fixed Deposit, semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya Sarawak dan krisis kepimpinan yang berlaku di Sabah.

Apa sekalipun analisis yang dikemukakan kesemua parti yang akan bertanding, hanya masa dan situasi yang akan menentukan.

Selebihnya, dengan harapan SPR dapat menguruskan pilihanraya yang adil dan BERSIH, sebelum Najib Altantuya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran parlimen.

JALAN PULANG


Kepimpinan Pakatan Rakyat yakin pembahagian kerusi pilihan raya - kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP akan dimuktamadkan hujung bulan ini sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu telah dibincangkan dalam sesi pemukiman kepimpinan parti perikatan itu semalam - di mana pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan peruntukan kerusi akan dibuat secara rundingan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik antara mereka.

“Peruntukan kerusi dibincangkan secara umum, tidak secara terperinci... kami mahu selesaikan ia hujung bulan ini. Sebaiknya kami mahu ia (rundingan kerusi) diselesaikan di peringkat negeri,” kata pemimpin DAP Zairil Khir Johari kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ini berkata pemimpin Pakatan Rakyat semalam telah bersetuju peruntukan kerusi itu akan dibuat dengan elok bagi mengelakkan konflik yang berlaku dalam isu pembahagian kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

“Jika kami mampu menyelesaikan rundingan kerusi, kami boleh elakkan situasi seperti di Sarawak,” kata Zairil.

Sebelum ini kelihatan PKR dan DAP cuba mendapatkan beberapa kerusi penting yang menyebabkan perbalahan antara kedua-dua pemimpin parti itu,

“Saya rasa dalam soal kerusi Parlimen ia tidak banyak masalah tapi kerusi negeri berbeza. Kepimpinan negeri sering mempunyai pandangan yang berbeza tentang kawasan mana parti harus bertanding.

“Jadi jika pembahagian kerusi selesai, kemudian kami boleh putuskan siapa calon yang akan bertanding,” tambah Zairil.

Difahamkan PAS mahu bertanding di kerusi Parlimen “lompat” yang dimenangi PKR sejak pilihan raya umum 2008.

Umno juga telah mengumumkan akan menawan kembali kerusi PKR yang dilihat lemah dalam Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR mendapat kemenangan terbesar di Parlimen dengan 31 kerusi, yang mana Pakatan Rakyat menang di lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.

PAS punyai 23 kerusi Parlimen.

Scandal Scorpene : Berita Buruk buat Najib..



Polis Perancis diberitakan telah menemui "dokumen yang agak penting" dalam siasatannya berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene,yang disifatkan sebagai "bayaran komisyen" oleh gergasi pengeluar senjata Perancis, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib untuk melengkapkan perjanjian.

Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan dikatakan antara "pemain utama" dalam skandal tersebut di samping bekas orang kanannya, Abdul Razak Baginda, hingga membawa kepada pertikaian komisen pembayaran sekitar Euro114 juta (RM500 juta) melalui Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan bekas penterjemah dan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006.


Adalah dipercayai, pihak berkuasa Perancis akan melengkapkan segala kertas siasatan pada September tahun ini dan dipercayai sudah mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari bukti kukuh bagi mengheret Najib ke Mahkamah Awam Perancis di Paris.