PERUBAHAN bukan satu takdir yang harus ditunggu, sebaliknya merupakan tanggungjawab menggerakkan massa kearahnya
Ahad, 15 Februari 2015
100215
Kenyataan Media
Majlis Pimpinan Negeri Perak
12 Februari 2015
Majlis Pimpinan Negeri Perak
12 Februari 2015
Majlis Pimpinan Negeri Perak Kecam Keputusan Politik Kes Fitnah 2
Majlis Pimpinan Negeri Perak mengecam keras keputusan kes fitnah 2 oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 10 Feb lalu yang mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Sdr Anwar Ibrahim.
Keputusan ini jelas adalah satu konspirasi politik jahat untuk membunuh karier politik Sdr Anwar Ibrahim dan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin mengancam kedudukan dan kuasa Umno-BN
Kami juga yakin bahawa keputusan memenjarakan Sdr Anwar Ibrahim selama 5 tahun adalah bertujuan untuk menjejaskan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU-14 dan juga untuk mengalihkan fokus Pakatan Rakyat terhadap kepelbagaian isu Negara yang sedang gawat melanda disaat ini.
Pemenjaraan Sdr Anwar Ibrahim tidak akan melemahkan kami malah menyuntik semangat yang lebih kuat untuk menumbangkan Umno-BN dalam pilihanraya yang akan datang. Sdr Anwar Ibrahim juga adalah simbol yang menyatukan baik dalam Keadilan malah dalam Pakatan Rakyat. Beliau adalah ikon perjuangan rakyat
Sebagai permulaan Majlis Pimpinan Negeri Perak dengan kerjasama sayap Wanita dan AMK akan melancarkan siri jelajah ke seluruh negeri untuk menerangkan Kes Fitnah 2 serta membongkar konspirasi politik tersebut bagi membangkitkan kesedaran rakyat.
Sekian.
Majlis Pimpinan Negeri Perak
Parti Keadilan Rakyat
Parti Keadilan Rakyat
Isnin, 26 Januari 2015
YB ADUN HUTAN MELINTANG TURUN PADANG
25 Jan 2015. DUN Hutan Melintang. Tahniah dan syabas kepada YB Hutan Melintang kerana telah meluangkan masa sehari suntuk bukan saja turun padang... malah turun ke kampung2, lorong2, taman2, parit2, sungai2 yang berada dialam jajahan N.54.
tujuan utama tidak lain tidak bukan hanya untuk bertemu lokaliti dan mengenal pasti masalah rakyat untuk tindakan sebagai seorg wakil didalam DUN.
DIALOG ANAK MUDA PERAK BERSAMA DSAI
AMK Bagan Dtoh tidak ketinggalan dalam bersama2 DSAI untuk dialog anak muda perak. Terima Kasih kepada amk yang hadir.
Khamis, 22 Januari 2015
BUKAN MENOLAK PEMBANGUNAN.... TAPI.... LU PIKIR SENDIRI
Kalau nak bagi seronok org kampung pun agak-agakla! Bayangkan monorail di celah2 pepohonan kelapa.
Penang dan JB yg ada populasi 20 kali ganda Bagan Datoh pun tak ada monorail lagi (walaupun BN dah 10 tahun janji nak buat).
Penang dan JB yg ada populasi 20 kali ganda Bagan Datoh pun tak ada monorail lagi (walaupun BN dah 10 tahun janji nak buat).
apa dah jadi dengan monorail melaka??? dah siap.... tapi tak jalan2 ....
hancing dah bagan datoh kena kecing.....
Ahad, 11 Januari 2015
Sabtu, 3 Januari 2015
Langgan:
Catatan (Atom)



































































