Jumaat, 30 Januari 2009

RETREAT AMK BAGAN DATOH 2009-MERANCANG DEMI KEPENTINGAN ANAK MUDA

TELUK BATIK, 25 Jan 2009 - Sesuatu perkara yang baik memerlukan perancangan yang baik. Begitu juga dengan perinsip Angkatan Muda Keadilan(AMK) Bagan Datoh. Dengan melaksanakan program retreat 2009 dapatlah jawatankuasa seluruhnya merancang akan agenda bagi tahun 2009 untuk kepentingan anak muda dan seluruh masyarakat Parlimen Bagan Datoh. Secara tidak langsung program ini dapat meningkatkan perpaduan pelbagai kaum dikalangan AMK sendiri. Dalam proses merancang tidak perlu hotel mewah dan berbilik aircond, cukup sekadar beralaskan tikar mengkuang dan berbumbungkan langit.

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh seluruh jawatankuasa yang penuh komitmen. Dengan bajet yang dikeluarkan sendiri oleh setiap jawatankuasa, program ini dapat berjalan dengan jayanya. Amanat yang telah disampaikan oleh Ketua Amk Bagan Datoh adalah supaya seluruh masyarakat dapat bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menjana perubahahan khususnya di Parlimen Bagan Datoh. Ketua AMK Lumut juga turut hadir bagi memberi semangat perjuangan dan telah menyatakan kesetiaan kepada pemimpin amat penting bagi memastikan suatu organisasi itu berterusan. Program telah berakhir pada 26 Jan 2009 dengan lagu Kami Arus Perjuangan. Ternyata Pakatan Rakyat telah mendapat tempat di hati masyarakat kini kerana ketika nyanyian lagu Kami Arus Perjuangan pengunjung datang menghampiri kumpulan AMK dan menyatakan pujian diatas inesiatif yang telah diambil dengan adanya program seperti ini.

1 ulasan:

Mustaffa Baharudin berkata...

Himpunan Kembalikan Kerajaan Rakyat
Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )
Masa : 9.00 malam
Tempat :Pusat Aktiviti Sosial, Chenderong Balai, Sungai Manik.
Penceramah:
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Tuan Guru Hj. Hadi Awang
Sdr. Lim Kit Siang

sumber : perakexpress.com