Ahad, 29 Mac 2009

TAIPING DIBANJIRI PENDOKONG PR PADA PENAMAAN CALON 29 MAC 2009

Taiping, 29 Mac 2009- Sekitar jam 3 pagi AMK Bagan Datoh Telah beradi ditempat penamaan calon PRK Bkt Gantang. Manusia hadir bagaikan semut yang mencari gula dan sejak awal pagi lagi pendokong pakatan rakyat telah berada di Wisma Perbandaran Taiping. Dianggarkan 50000 penyokong pakatan rakyat bersama2 ketika itu dan bandar taiping sesak dengan pejalan kaki yang berpusu2. manakala penyokong BN pada jam 930 pagi baru kelihatan dengan penyokong seramai 1000 orang sahaja. selapas tamat tempoh bantahan maka sah MB Nisar sebagai calon pakatan rakyat bagi PRK Bkt Gantang dan akan berentap dengan 1 calon BN dan 1 calon Bebas. berbanding di Bkt selambau yang ramai calon bebas dan Batang Ai 1 lwn 1.

walau pun terdapat Provokasi paling berani dilakukan oleh penyokong BN dengan menyusup masuk ke kem penyokong Barisan Rakyat untuk membuat provokasi tahap bangang, dimana sangkaan si bangang itu penyokong PR akan belasah dan memukulnya,namun tahap sabar dan matang penyokong PR hanya membiarkan sahaja si bangang itu masuk melalui jalan belakang dan keluar ke barisan hadapan.

Dan seorang lagi membuat perkara yg sama dengan masuk dari hadapan dan keluar di belakang. Namun tiada ketukan dan jentikan dilakukan oleh penyokong PR keatas si bangang itu. manakala Pergaduhan hampir mula tercetus di kem BN, dimana aktiviti membaling bendera antara sesama mereka sedang berlaku. FRU dan POLIS simpanan sedang berusaha meleraikan pergaduhan di belah sana. Kekecohan yg ganas dilakukan oleh orang mereka sendiri. BN sudah hilang semangat setiakawan sesama mereka. Doakan mereka untuk mengundi calon PAS yang cukup merakyat ini. Tolak Ismail Sapian.

juga terdapat pelbagai banner menarik yang menyokong MB Nizar dan replika seperti kapal selam altantuya dan katak puru.













Tiada ulasan: