Ahad, 16 Ogos 2009

Al-Fatihah utk Ketua Wanita PKR Bkt Gantang





Ketua Wanita PKR Bukit Gantang, Raja Haniza Raja Lope, meninggal dunia di hospital Taiping pukul 11.00 pagi tadi.

Allayarham Raja Haniza, 51 tahun, meninggal duni akibat penyakit barah. Alllayarham dimasukkan kehospital Apollo, Taiping pada Jumaat lalu dan dimasukkan ke wad ICU. Namun dibenarkan keluar semalam dan dipindahkan ke hospital Taiping.

Allayarham Raja Haniza, merupakan seorang reformis, menjadi Ketua Wanita PKR sejak 1998, meninggalkan seorang suami, Johan Ooi Abdullah dan seorang anak.

Jenazah beliau akan dikebumikan selepas solat Asar nanti ditanah perkuburan Islam, Kg. Jambu.

Turut melawat jenazah Allahyaraham ialah DS Nizar Jamaludin dan dijangkakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sampai sebentar lagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di rumah Allahyarham kira-kira jam 4 petang dan sempat bertemu dengan ahli keluarga allahyarham.

Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Orang Islam Kg. Jambu.

Tiada ulasan: