Sabtu, 22 Ogos 2009


PERMATANG PASIR, 22 Ogos - Sasterawan negara, Datuk A.Samad Said terus mengkritik kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional walaupun Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin telah mengumumkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan di mansuhkan.

Semangatnya tidak hanya di demonstrasi jalanan membantah PPSMI, tetapi kini berterusan ke Permatang Pasir.

Menurut Mohamad Sabu, turunnya 'tok janggut' (A. Samad Said) dalam pilihanraya Permatang Pasir bukti besar UMNO adalah pengkhianat melayu yang sebenar.

Ketika membaca sajak di Tanah Liat semalam, tokoh bahasa yang mesra disapa Pak Samad itu sekali lagi mengkritik UMNO dan BN tetapi kali ini bukan hanya isu bahasa. Beliau turut mengkritik corak kepimpinan UMNO yang hanya memnguntungkan golongan tertentu dan merugikan rakyat.

Menurut beliau, sejak zaman Tunku Abd Rahman hinggalah sekarang, golongan yang memerintah negara kebanyakannya adalah dari golongan bangsawan. Pemimpin UMNO yang bukan dari golongan bangsawan pula, apabila menjadi pemerintah telah menjadi golongan bangsawan.

"Rakyat terus menjadi golongan yang tertindas," tambahnya.

Beliau juga berkata, UMNO dan BN menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas dalam pilihanraya di Permatang Pasir hari ini tetapi sebenarnya lebih 50 tahun Permatang Pasir telah di anak tirikan oleh mereka.

Menceritakan pengalamannya di demonstrasi jalan itu, katanya "Gas pemedih mata dan air asid yang dirasai tidak mampu membendung semangat saya memperjuangkan bahasa dan kebenaran".

Baru-baru ini juga Pak Samad menyuarakan hasratnya untuk menganjurkan demonstrasi buat kali kedua sekiranya dasar PPSMI itu tidak dimansuhkan segera.

Tiada ulasan: