Selasa, 13 Oktober 2009

Kejutan Kedua TS Isa Samad


TS Isa Samad telah mengejutkan kita sekali lagi. Dan kali ini kejutan beliau amat mengejutkan. Kemenangan majoriti besar di Bagan Pinang akan terus menjadi ingatan dan sebutan tambahan UMNO amat memerlukan kisah-kisah kejutan sebegini untuk menaikkan semula semangat ahli-ahli umno yang telah lama tidak mengecapi kejutan kemenangan yang sedemikian.

Namun imbasan kembali kejutan pertama TS Isa Samad berakhir dengan satu tragedi bagi diri beliau. Kejutan yang dimaksudkan ialah kemenangan besar beliau ketika bertandingan jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi). kemenangan ini amat mengejutkan kerana beliau telah menewaskan nama-nama besar ketika itu termasuklah TS TPM kita sekarang.

Kejutan kali pertama ini berakhir dengan pengantungan beliau dalam UMNO. Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang. Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Dan kejutan kali kedua ini adakah beterusan membawa kegembiraan kepada TS Isa Samad atau juga membawa tragedi lebih mengejutkan. Sama-samalah kita nantikan.

1Malaysia-Rasuah Meningkatkan Taraf Hidup!!

Tiada ulasan: