Khamis, 28 Julai 2011

Dr Jeyakumar Lancar Mogok Lapar Sehingga Semua Tahanan EO Dibebas

Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), hari ini melancarkan mogok lapar ketika dalam tahanan.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri beliau, Mohanarani Rasiah ketika menemui suaminya itu kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Menurut Moharani, suaminya itu sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai lalu.

“Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM 6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah.

“Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar,” kata Mohanarani dalam satu kenyataan hari ini

KENYATAAN AKHBAR RANI – ISTERI DR. JEYAKUMAR DI IPOH, 2PM 28
Julai 2011

Dr Jeyakumar Devaraj melancarkan Mogok Lapar dalam tahanan

Apabila saya jumpa suami saya Dr
Jeyakumar pada 11 pagi semalam, 27hb. Julai 2011, beliau suarakan perasaannya
yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam
aktivis PSM yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai 2011.

Menurutnya, polis enggan berganjak
dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab
kesemua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan. Walaupun polis tidak
dapat sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertahanan lanjutan, namun beliau
pasti tempoh tahanan mereka akan dilanjutkan sebab polis dan kerajaan ada
agenda sendiri dan mempunyai tujuan untuk memangsakan PSM6 .

Maka Dr
Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar pada 28/7/11 untuk
mendapatkan keadilan. Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM6
dibebaskan atau dituduh dimahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak
berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu
meneruskan mogok lapar kerana berpendapat

1. Walaupun tuduhan keatas mereka
adalah hanya pengerak BERSIH dan ini dinafikan oleh 6 orang tetapi polis
sengaja mahu kaitkan mereka dengan tuduhan ini
2. Walaupun sudah berkali-kali
dikatakan PSM tidak ada kaitan dengan PKM dan PSM tiada niat untuk kembangkan
fahaman komunis dan selama ini semua aktiviti PSM adalah terbuka dan
transparen, tetapi polis cuba memaksa, mereka (frame up) tuduhan-tuduhan palsu
keatas PSM 6
3. Tuduhan menghidupkan komunisme ini
hanya berdasarkan beberapa t-shirt dan kebelakangan ini polis sedang bergiat “frame-up”
tuduhan baru dan menurutnya ini berdasarkan lawatan-lawatan pemimpim PSM ke
luar negara atas jemputan parti sosialis lain di dunia dan cuba bertokoh tambah
bahawa PSM ada hubungan rahsia dengan PKM di Thailand.
Dr. Jeyakumar
menafikan semua tuduhan palsu ini, semua soalan polis menjurus untuk
mengeluarkan satu cerita karut untuk melanjutkan tempoh tahanan

Dr Jeyakumar memberitahu polis dan
kerajaan supaya bersikap jujur dan review kerja-kerja dan aktiviti PSM dalam 13
tahun sejak ia ditubuhkan. Di mana semua aktiviti PSM adalah terbuka dan dan
jika PSM mengkritik kerajaan BN, itu adalah hak demokratiknya.

Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah
memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani 3
laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang. Sekarang SB telah
sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau
tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat kesemua siasatan sebagai
sia-sia sahaja. Polis masih ‘menembak secara liar’ (shooting wildly).

Oleh itu, Dr Jeyakumar telah hilang
kepercayaan kepada polis untuk melaksanakan isu ini secara adil. Beliau
menuntut supaya Menteri Dalam Negeri mainkan peranan untuk membebaskan atau
hadap mereka ke mahkamah. Sehingga hari itu beliau akan buat mogok lapar.

Tiada ulasan: