Sabtu, 14 Februari 2009

SIAPA YANG DERHAKA????

Banyak pihak yang menganjurkan demontrasi, bantahan dan tak dilupa juga yang membuat laporan kepada pihak Polis. Mereka menyatakan supaya taat kepada Institusi Raja dan menentang penderhakaan. Adakah ia ikhlas atau mempunyai agenda politik dan kepentingan peribadi terutama untuk menunjukkan taring sebelum Perhimpunan Agung Mac ini. Pelbagai fitnah telah dilemparkan kepada DS Nizar mengatakan beliau derhaka. Sebaliknya tiada bukti yang menunjukkan DS Nizar derhaka kepada sultan.

Apa yang dilakukan oleh DS Nizar bukanlah menderhaka, sebaliknya mematuhi Perlembagaan Perak. Ini kerana Perkara 16(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawaperlucutan jawatan MB hanya boleh berlaku dengan 3 kaedah:

1. Pembubaran DUN
2. Undi tidak percaya dalan sidang khas DUN
3. MB meletak jawatan secara sukarela.

Hanya BN dan media arus perdana sahaja yang mentafsirkan perkara tersebut sebagai menderhaka sedangkan pemimpin BN lebih banyak melakukan perkara tersebut. Mengapa mereka membisu???? Adakah pemimpin BN mempunyai ilmu kebal????

Kita lihat kembali sejarah penderhakaan di Perak pada tahun 1974, apa yang berlaku antara Sultan Idris Shah dan Tan Sri Ghazali Jawi ( Ayah Tajol Rosli) lebih jelas derhaka berbanding sekarang( kisah telah diterangkan dalam ILHAM ANAK MUDA siri 1/Feb 2009 @ baca didalam blog AMK Bagan Datoh)

Di Kelantan pula, ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO pada tahun 1993 lebih merupakan penderhakaan. Sudahlah dilantiknya Sultan baru ketika Sultan Ismail Petra masih lagi sah sebagai Sultan kelantan dan upacara pertabalan dilakukan di padang bola.

Kisah di Selangor pula,merujuk tindakan Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang melarikan Puteri Sultan Selangor dan bernikah di Selatan Thai jelas menunjukkan penderhakaan
Peristiwa di Perlis dan Terengganu pada pilihanraya 2008 ketika memilih Menteri Besar sehingga ada pemimpin UMNO yang mencaci Sultan. Tidakkah itu derhaka.

Mengapa ketika itu Pemuda UMNO dan NGO pro-UMNO membisu?????????

Janganlah mudah terpedaya dengan putar belit media arus perdana. Walauapapun rakyat Perak bijak dalam memberi penilaian siapa yang derhaka sebenarnya.

Jumaat, 13 Februari 2009

Warkah kepada Paduka Seri Sultan Perak

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Paduka Seri Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Ampun Tuanku beribu ampun. Sembah patik sembah derhaka, harap diampun Paduka yang mulia.

Patik seorang hamba rakyat di negara Malaysia, meski bukan seorang rakyat di negeri Tuanku, melihat dengan gusar dan sedih hati akan perkembangan kerajaan Tuanku.

Patik sedia faham bahawa Tuanku telah membuat keputusan Menteri Besar Dato’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Negeri Perak. Justeru Tuanku telah memberi perkenan kepada seorang ahli Dewan Negeri Perak lain untuk membentuk kerajaan yang baru.

Tuanku membuat keputusan ini dengan menemui 31 ahli Dewan Negeri Perak. Tiada undi tidak percaya dikemukakan di dalam Dewan Negeri Perak untuk menunjukkan bahawa memanda Menteri Besar sekarang tidak lagi mendapat sokongan majoriti Dewan.

Ampun Tuanku,

Patik percaya Paduka Seri Sultan Perak adalah bijaksana.

Barang tentu sedia maklum bahawa 2 daripada 31 Ahli Dewan Negeri yang mengadap Tuanku bagi menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional itu sekarang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah. Tuanku juga patik yakin sedia tahu bahawa kedudukan 3 Ahli Dewan Negeri yang keluar daripada keADILan dan DAP itu sedang dicabar di mahkamah.

Ahli-ahli Barisan Nasional di Dewan Negeri Perak hanya 28 orang. Sama jumlahnya dengan ahli-ahli daripada Pakatan Rakyat.

Justeru pembentukan kerajaan BN dengan sokongan 3 ahli bebas yang dicabar kedudukan mereka dan 2 daripadanya pula menghadapi pertuduhan jenayah sudah tentu akan menjadikan kerajaan Perak yang mahu dibentuk BN itu sangat lemah.

Ampun Tuanku,

Peranan Tuanku sebagai Payung Negeri bukan sekadar untuk menentukan jumlah dan angka seperti yang dituntut BN. Sudah barang tentu Tuanku sedia maklum akan peri pentingnya sebuah kerajaan itu stabil dan kukuh.

Kerana itu rakyat menyembahkan ke bawah Duli Tuanku agar memperkenankan pembubaran Dewan Negeri Perak dan mengembalikan kepada rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka. Dengan cara ini kedudukan 3 ahli bebas yang dicabar itu akan dapat dipastikan.

Malah rakyat, setelah tahu kedudukan sekarang, akan dapat memberikan mandat yang jelas kepada sebuah kerajaan baru.

Ampun Tuanku,

Patik dan hamba rakyat merayu pertimbangan bijaksana Tuanku untuk memastikan kerajaan Tuanku mantap dan stabil melalui cara demokrasi pilihanraya.

Tindakan Tuanku membenarkan kerajaan baru dibentuk tanpa mandat yang jelas daripada rakyat patik percaya akan hanya menjadikan rakyat Perak dan Malaysia gundah gulana.

Bagaimana jadinya jika mahkamah menentukan bahawa 3 ahli Dewan Negeri Perak yang dicabar kedudukannya oleh Yang DiPertua Dewan Negeri itu bukan lagi wakil rakyat? Atau 2 ahli yang menghadapi tuduhan jenayah itu didapati bersalah dan hilang kelayakan?

Apakah kita akan meyaksikan satu lagi pertukaran kerajaan? Patik percaya Tuanku sedia maklum akibat pertukaran kerajaan yang kerap begini.

Sebagai Payung Negeri, Tuanku mempunyai peranan untuk menjaga kepentingan Negeri dan rakyat, tanpa tunduk kepada tuntutan pihak tertentu yang hanya mahu merebut kuasa.

Raja yang adil sudah tentu tahu akan harapan rakyatnya, sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat.

Pembubaran Dewan Negeri Perak akan mengembalikan kepada rakyat hak untuk memilih wakil. Jika takdirnya BN mendapat sokongan yang lebih meluas, maka ketika itu biar BN membentuk kerajaan. Jika rakyat mahukan kerajaan Pakatan Rakyat, mereka akan memberikan sokongan yang lebih meluas. Paling penting kerajaan perlu stabil dan mantap, mendapat mandat jelas daripada rakyat.

Tidak ada sebab pihak yang mahu membentuk kerajaan takut kepada rakyat. Jika mereka takut untuk menghadapi rakyat, meminta mandat rakyat; sudah tentu mereka tidak layak membentuk kerajaan. Patik yakin Tuanku sedia maklum peri penting mandat rakyat atau consent of the governed.

Ampun Tuanku,

Patik pohon pertimbangan Tuanku yang dibuat dengan hikmah bijaksana, ilmu dan iman.

Tidak ada hinanya membuat perubahan kepada keputusan yang sudah terkhilaf. Tetapi tentu rosak kemuliaan jika mempertahankan yang salah dan silap.

Semoga Tuanku membuat keputusan sebaik-baiknya yang akan meningkatkan rasa hormat dan kasih rakyat. Patik doakan agar ALlah memberikan hidayat dan taufik kepada Tuanku, melindungi Tuanku daripada tekanan dan memelihara kemuliaan Tuanku.

Daulat Tuanku!

3 Penasihat MB Haram BN terima RM720 Ribu

3 Penasihat MB Haram BN terima RM720 Ribu
Khamis, 12 Februari 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Perak

IPOH, 12 FEBRUARI (SK) - Kerajaan Haram Barisan Nasional (BN) Perak akan menggunakan wang rakyat untuk membayar RM720,000 untuk membiayai gaji tiga penasihat Menteri Besar BN.

Tiga penasihat berkenaan yang bertaraf exco menerima menerima gaji sebanyak RM240,000 setahun seorang dimana termasuk gaji bulanan RM15,000, elauan percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjatapi.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming ketika membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Kerajaan Haram BN Perak, Dr Zamby Abd Kadir pagi ini.

Laporan tersebut dibuat di Ipoh pada jam 11 pagi tadi, oleh pemimpin DAP yang mendakwa menteri besar itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut.

“Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat,” menurutnya yang dipetik dari media.

Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Mereka terdiri daripada Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam, Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

Khamis, 12 Februari 2009

DS Nizar Tidak Derhaka Kepada Sultan, Sejarah Berulang Kembali !


TAN SRI MOHAMAD GHAZALI JAWI


DYMM SULTAN IDRIS SHAH

Dalam mencari sebuah jalan penyelesaian “perang tempoyak” di Perak hari ini, bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Peristiwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk. Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu. Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi (foto) iaitu bapa kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza. Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah (foto atas) sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi Menteri Besar buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah. Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi Menteri Besar

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.” Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi Menteri Besar. Untuk beberapa ketika Sultan Idris tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang. Beliau benar-benar melaksanakan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya. Ghazali berhenti menjadi Menteri Besar Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihatkan agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB pada tahun 1977.

MASIH BOLEH BUBARKAN DUN PERAK


Walaupun sultan sudah lantik MB dan exco haram, namun menurut pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari masih ada ruang untuk membetulkan keadaan. Dibawah teori perlembagaan, sultan boleh membubarkan DUN apabila melihat respon rakyat yang membantah kerajaan haram.

Sultan juga boleh menarik balaik perlaantikan MB haran dengan alasan berlaku salah faham atau kesilapan….. tetapi ini tak logik langsung, yang terbaik bubarkan DUN dan biar rakyat jelata yang meneentukan.

97% RAKYAT PERAK MAHU DUN DIBUBARKA


Melalui kajian yang telah dijalankan oleh pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya,Dr Abu Hassan Hassbullah terhadap responden bermula di Pasir Salak hingga Kuala Gula, Bukit gantang mendapati 97% rakyat Perak mahu DUN dibubarkan supaya dapat meraikan demokrasi sebenar dan bukan individu yang menentukan kerajaan.

Rakyat perak harus bangkit membetulkan keadaan, bukannya dengan bertanya kepada 5-6 orang seperti yang dilakukan oleh media BN, semua cakap tak payah bubar DUN laaaa.

TIDAK BERTAMADUNAN APABILA INDIVIDU YANG TENTUKAN KERAJAAN


Segala majlis sumpah menyumpah telah pun dijalankan dengan perancangan yang licik oleh BN. Maka wujudlah kerajaan haram yang diketuai oleh Zambery dan didalangi Najib Altantuya. Walaubagaimanapun Dato seri Nizar adalah MB Perak yang sah berdasarkan perlembagaan. Ini kerana Perkara 16(6) Undang0undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawaperlucutan jawatan MB hanya boleh berlaku dengan 3 kaedah:

1. Pembubaran DUN
2. Undi tidak percaya dalan sidang khas DUN
3. MB meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi di Perak sekarang sama seperti di Palestine, Isarael merampas tanah( BN merampas/merompak Perak) dengan jelas bahawa YB Ir Nizar adalah MB yang sah kerana tiada hitam putih yang menyatakan bahawa beliau meletak jawatan.

Apa yang di war-warkan oleh media BN bahawa PR adalah penderhaka, sedangkan PR mahu memartabatkan Perlembagaan dan tidak mahu rakyat memandang sultan berat sebelah. Serahkan kembali mandat kepada rakyat, itu adalah cara terbaik untuk melihat siapa yang akan diterima. Bukan merampas melalaui pintu belakang dan mempergunakan Institusi Raja, itu adalah cara orang BACUL!!!!! Apa nak di herankan, media BN memang berfungsi memutar belit maklumat dan penghasut besar…..

BN pergi mengangkat sumpah, sebaliknya rakyat menyumpah kerajaan haram…… BN tidak langsung memikirkan demokrasi dan rakyat Perak, yang penting perut buncit mereka jaaa. YB S kesaven juga ada menyatakan beliau diumpan bertubi-tubi barua-barua MIC perak supaya meninggalkan PR. BN telah mengguna pakai kaedah palig haprak iaitu:

1. Menggunakan Institusi Raja, UMNO berjaya sepenuhnya setakat ini
2. Melaga-lagakan komponen PR melalui media BN.
3. Tuduhan derhaka kepada sultan.

50 tahun dulu menjadi la taktik ni, sekarang zaman dah berubah…. Hang jebat pun dah ramai sekarang ni. Khabarnya Adun BN sendiri pun ada yang tak setuju si Zambery ni jadi MB, dan BN amasih mengintai2 adun India dari PKR. Yang nyata dan terang UMNO perlu disalahkan dalam kemelut politik di Perak kerana menumbangkan Kerajaan PR melalui rampasan kuasa. Mereke telah membuktikan bahawa formula Yahudi berkesan, persoalannya sampai bila mereka akan bertahan. Kepentingan politik UMNO lebih penting dari kehendak rakyat.

KEMELUT POLITIK PERAK… HURM…


Balas Dendam…..
TPM membalas dendam terhadap kerajaan PR selepas kjekalahan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Sultan oh Sultan…..
Hormati peranan sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya- kenyataan Ku LI MP Gua Musang

Kurang bijak….
BN mendapatkan mejoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah – kenyataan dari bekas PM Tun DR Mahathir
Kualiti tak penting, yang penting kuantiti. Kalau macam tu ranaplah kerajaan dan khazanah Perak….

Masa depan kita???
Masa depan rakyat perak macam mana??? Demokrasi sudah hilang, duit dan harta sudah menjadi tuhan, ada duit semua jalan, kualiti bukan jadi pilihan, apa yang akan terjadi kalau ini berturusan, kita sebagai rakyat yang menentukan, mari lakukan PERUBAHAN.

Ahad, 8 Februari 2009

CERAMAH KEMBALIKAN HAK RAKYAT

PENTAS PEMUDA PAKATAN RAKYAT

“KEMBALIKAN HAK RAKYAT”

TEMPAT : PERKARANGAN RUMAH YB. S.KESAVAN
LOT NO.81, BATU 10(DEPAN SRJKC)HUTAN MELINTANG
TARIKH : 9 FEB 2009
MASA : 9.00 MALAM

SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR!!!

Ahad, 1 Februari 2009

Ape CERRR 2 EXCO kita Ni YOP!!!!!!!BiKiN PaNaS!


Ini adalah terjemahan sebahagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam. https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/

“Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali kedalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.

Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”

Apa yang berlaku?

Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.

Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.

Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….

Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!

Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.

Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”

No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.

Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.