Ahad, 20 Jun 2010

Angkara NAJIB: Pasar Bagan Datoh TUTUP 2 hari

20hb ini PM Dato' Seri Najib akan turun ke Bagan Datoh. Kunjungan ke Bagan Datoh tiada siapa yang menghalang, itu tugas beliau sebagai PM Menteri Malaysia. Rakyat Bagan Datoh sentiasa mengalu-alukannya.

Masalahnya apa kena mengena dengan lawatan kerjanya ke Bagan Datoh dengan peniaga-peniaga di Pasar Pekan Bagan Datoh yang itulah kerja sehari-harian mencari rezeki? Mengapa ada arahan dari Majlis Perbandaran Teluk Intan mengarahkan supaya pada 19 dan 20hb Jun ini para peniaga menutup gerai-gerai ikan dan sayur mereka sempena lawatan PM ke Bagan Datoh.

Semata-mata meraikan PM pintu rezeki mereka pula ditutup. Inilah UMNO BN yang lebih mengutamakan pemimpin dari rakyat jelata. Di mana perginya slogan "Rakyat didahulukan..............". Cacatkah program menyambut Najib di Bagan Datoh hanya kerana para peniaga tetap meneruskan perniagaannya? Yang jelas para peniaga yang terjejas pendapatannya gara-gara Najib melawat Bagan Datoh.

Semua para peniaga kesal dan membantah arahan menutup Pasar Pekan Bagan Datoh selama dua hari oleh MPTI sempena lawatan Najib ke Bagan Datoh. Orang ramai yang setiap hari membeli ikan dan sayur juga kesal di atas arahan ini.

Sebelum ini sewaktu Najib melawat Kelantan juga berlaku perkara yang seumpama itu. Difahamkan semata-mata Najib mahu minum teh di Kedai Kopi berhampiran Pejabat PAS konon nak tunjuk mesra pada rakyat, semua jalan menuju ke kedai kopi ditutup pada orang ramai, orang ramai yang sentiasa minum teh di kedai tersebut juga dikawal pergerakan mereka, yang menggelikan petugas UMNO hanya menyediakan beberapa buah meja untuk Najib dan kuncu-kuncunya dan hanya mahu membayar meja yang Najib duduk sahaja. Punya kedekutnya UMNO BN.

Allah Maha Besar, program yang sepatutnya penuh gilang gemilang di majlis perasmian Festival 2010 di Kota Bharu bertukar menjadi hambar dan sunyi sepi. Kerajaan Negeri memulaukan program tersebut apabila penganjur melanggar persetujuan yang dicapai bersama sebelum itu. Kerajaan Negeri dipinggirkan oleh penganjur sedangkan program tersebut anjuran bersama. Tuan Guru Menteri Besar dinafikan haknya untuk berucap sebagai mewakili tuan rumah dalam majlis perasmian. Pemangku Sultan Kelantan yang dijadualkan hadir bagi merasmikan festival tersebut membatalkannya pula dengan sebab-sebab yang tidak diketahui. Kehadiran malam itu sekitar 300 sahaja.

Akibatnya rakyat Kelantan yang lebih menyayangi Tuan Guru dari PM turut memulaukannya. Ditakdirkan Allah, hujan pula turun dengan lebat sepanjang petang. PM tidak jadi merasmikan festival tersebut,dia lari pulang ke Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Mohammad yang menggantikannya, sebaik beliau memulakan ucapan, blakout pula berlaku, Stadium menjadi gelap gelita, pembesar suara tidak berfungsi, Datuk Pa berucap menggunakan haler yang biasa digunakan untuk demontrasi.

Siapa sangka akan berlaku insiden yang begitu mengaibkan pembesar no 1 Malaysia.

Tidak mustahil, akibat menzalimi para peniaga di Bagan Datoh, kejadian seumpama itu boleh berulang di Bagan Datoh. Kita tidak doakan tetapi memberi peringatan. Jadikan apa yang berlaku di Kota Bharu sebagai iktibar akibat melanggar persetujuan.

2 ulasan:

mbah gedi berkata...

dasar dah namanya pembangkang, semuanya tak betul dimata kamu, ada sahaja alasan dan kesalahan org yg akan kamu cari, kamu sahaja lah yg betul, org lain salah, dasar pembangkang memang sungguh hatimu busuk, dengki, hasad, menyebar fitnah dan memporak perandakan org kamu mmg hebat, dah pembangkang sendiri tak mampu nak buat program mcm tu cakap banyak pulak, kamu bawaklah presiden kamu turun buat program mcm tu, nak dengki dan sakit hati biarlah secara sihat, bukan dgn cuba mengucar-ngacirkan keadaan, aku sendiri pergi program tadi, ada bendera PAS yg menyibuk dicelah2 bendera UMNO-BN di pintu masuk bagan sungai tiang, apakah niat kamu berbuat demikian, dengan niatnya jika ada org UMNO-BN mencabutnya pasti akan jadi huru hara, tapi org UMNO-BN pun dah naik masak dengan plaining kamu, mmg perangai dan sikap kamu sejak azali lagi dengki, khianat, busuk hati, iri hati dan segalanya2 yg sewaktu dengannya...

Unknown berkata...

Syukur Alhamdulillah, segala niat yg baik Allah akan permudahkan, Alhamdulillah program berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya, terima kasih yg tak terhingga di atas segala sokongan dan semangat yg diberikan oleh seluruh rakyat yang masih cinta dan sayangkan kerajaan, semoga Allah Merahmati, Meredhai dan Memberkati kita semuanya...amiiin ya rabbal a`lamin