Sabtu, 12 Jun 2010

Zahid fahamkah apa yang dikatakan?



Kenyataan berikut yang digariskan sungguh menarik:

Warga Tentera Perlu Berani Lakukan Transformasi, Kata Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kementerian Pertahanan menyarankan agar warganya lebih berani melakukan transformasi agar perkhidmatan yang disalurkan kepada rakyat lebih efektif, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah itu perlu supaya seiring dalam melahirkan warga kerja yang berkualiti dan tidak gentar berhadapan dengan sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Mengharungi proses transformasi ini, menuntut anggota perkhidmatan awam untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

"Saya menyeru anda semua untuk membuka minda, berfikir diluar kotak pemikiran sedia ada dan lari dari budaya biasa sama ada dalam pelaksanaan kerja mahupun dalam menjalani kehidupan harian," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Kementerian Pertahanan, hari Selasa.

Ahmad Zahid berkata sebagai organisasi pertahanan negara, warga kementerian seharusnya membina dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap aspek kestabilan, keamanan serta keselamatan bagi membantu negara ke arah mencapai aspirasi Wawasan 2020.

Baca seterusnya sini.

Fening lalat ana cuba fahamkan apa yang Menteri Pertahanan kita, Dato dr Ahmad Zahid Hamidi berkata. Dia bercakap seolah-olah dia berada di Kementeriaan Pelancongan atau Kementeriaan lain.

Apakah perkhidmatan warga pertahanan kepada rakyat? Mana ada?

Warga pertahanan memberi "perkhidmatan" pada musuh, komunis dan lain-lain. "Perkhidmatan" warga pertahanan tidak pernah memuaskan mereka-mereka yang diberi "perkhidmatan" kerana ada yang cedera, ada yang mati, ada yang kena tangkap sebagai tawanan, dan lain-lain.

Rakyat yang mendapat manafaat dari perlindungan dari perkhidmatan warga pertahanan pun tidak merasai perkhidmatan yang diberikan kerana mereka ambil mudah keamanan yang dikecapi.

Hai ... entahlah Zahid. Macam mana yang nak dibuka minda, berfikir diluar kotak pemikiran sedia ada dan lari dari budaya biasa?

Kerja dan budaya askar mana boleh buat begitu?Mereka kena berdisiplin, patuh pada arahan, dan cekap menjalankan arahan.

Tiada ulasan: