Isnin, 18 Mei 2015

AMK PERAK MENGECAM HUKUMAN MATI KEATAS DR MORSI DAN PIMPINAN IKHWANUL MUSLIMIN

Kenyataan Media AMK Perak
18 Mei 2015
Angkatan Muda Keadilan Perak mengutuk sekerasnya keputusan hukuman mati keatas Dr Mohamad Morsi dan pimpinan Ikhwanul Muslimin oleh pemerintah zalim dibawah pimpinan Fatah Al Sisi dan pemerintah tentera regim Mesir.
Keputusan yang dibuat ini mempunyai niat jahat untuk mengekang sokongan rakyat yang menentang rampasan kuasa tentera oleh Fatah Al Sisi.
Sebelum ini, Morsi telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun, kini regim tentera mahu memastikan kesan revolusi rakyat melalui Arab Spring 2011 di Mesir itu ditamatkan sepenuhnya dengan hukuman mati keatas semua pimpinan Ikhwanul Muslimin yang mendapat sokongan majoriti rakyat Mesir.
Seluruh jentera kerajaan mahkamah dan polis digunakan untuk menjayakan niat jahat dan kotor bagi menghapus sebarang penentangan kepada bekas regim Husni Mubarak.
Keputusan yang dibuat oleh mahkamah Mesir adalah keputusan yang gila kerana Dr Mohamad Morsi dan pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain tidak diberi ruang membela diri juga dibicarakan tanpa kehadiran mereka di mahkamah.
Sejak rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di bawah arahan Fatah Al Sisi, telah melakukan kezaliman yang sangat teruk dengan penangkapan, pembunuhan dan penyiksaan bukan sahaja kepada pimpinan Ikhwanul Muslimin bahkan aktivis rakyat Mesir turut menjadi mangsa yang mengakibatkan puluhan ribu nyawa terkorban.
Regim Mesir perlu dikutuk sekerasnya oleh masyarakat antarabangsa. Kebangkitan rakyat dan hak demokrasi bersuara rakyat Mesir jangan dinafikan.
AMK Perak mengesa pemimpin negara-negara Islam yang lain perlu menunjukkan solidariti dengan rakyat Mesir yang menentang regim tentera dan mengutuk penindasan politik yang dilakukan ke atas Ikhwanul Muslimin.
AMK Perak mendesak supaya kerajaan Malaysia menyuarakan bantahan melalui kedutaan Mesir di Malaysia dan menegaskan bahawa regim tentera Mesir perlu menghormati kehendak rakyat dan bukan menyalanguna institusi kehakiman.
Kami menyeru seluruh gerakan Islam dan Ngo bukan Islam mengecam dan memberi tekanan kepada Mufti Mesir supaya tidak menandatangani surat arahan menjalankan hukuman mati keatas pimpinan Ikhawanul Muslimin.
Suara Rakyat, Suara Keramat
Mohd Azlan Helmi
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak

MINI BBQ DI JDM KG TANAH LALANG (N54)





Aktiviti kecil2an akan diteruskan di JDM2 yang lain.....

Isnin, 13 April 2015

KENYATAAN MEDIA : JENTERA KEADILAN UNTUK PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

Parti KEADILAN Rakyat maklum tentang pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan bermula dengan penamaan calon pada 25 April 2015, pengundian awal pada 3 Mei 2015 dan hari mengundi pada 7 Mei 2015.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kubu terpenting untuk perjuangan kami selama ini. Selain menjadi kerusi parlimen kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh adalah nama yang dipilih untuk disematkan kepada Deklarasi Permatang Pauh – gagasan besar kepada perjuangan Reformasi dan KEADILAN. Pilihan Raya Kecil ini sangat penting di dalam usaha meneruskan agenda Reformasi dan masa yang sama memberi mesej jelas bahawa segala bentuk kezaliman, kepincangan, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh UMNO dan Barisan Nasional ditentang. Kemenangan di dalam Pilihan Raya Kecil ini menjadi bukti bahawa rakyat menolak dan mengecam pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih sebelum ini secara sah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
Jentera KEADILAN telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil ini. Demi menzahirkan kesediaan kami; KEADILAN bersama Pakatan Rakyat akan melancarkan Jentera Pilihan Raya seperti berikut;
Pelancaran Jentera KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh
Tarikh : Selasa, 14 April 2015
Masa : 8:30 malam
Tempat :Dataran Rakyat Guar Perahu (bersebelahan Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh, Jalan Taman Guar Perahu)
KEADILAN berbesar hati untuk menjemput seluruh rakyat dan rakan – rakan media bagi menghadiri majlis pelancaran ini.
DR AFIF BAHARDIN
Ketua Penerangan Negeri
KEADILAN Pulau Pinang

Siri 14: BN Tumbang, Anwar Bebas, Dr M Ditangkap, Disusuli Najib -Zainuddin Maidin

JIKA BN tumbang, Anwar akan dibebaskan, Dr Mahathir akan  ditangkap dan disusuli Najib pula. Itu andaian bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, berikutan amaran Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada Zainuddin amaran itu mempunyai maksud tersirat. Berdasarkan tempoh masa yang masa ada, BN masih mempunyai masa untuk melakukan pembetulan dan menarik semula keyakinan rakyat kepada kerajaan, sebelum PRU14, diadakan, sekiranya Najib meletak jawatan yang disandang,

Dalam tulisannya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menjelaskan pandangan bekas Perdana Menteri itu bukan sekadar ingatan untuk Najib malah buat diri Mahathir sendiri.
Menurut Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam, pengekalan BN untuk meneraju negara ini amat penting bagi mengelak pembangkang dari berkuasa.

Di situ, timbul andaian di atas, jika BN tumbang, bukan setakat Najib malah Mahathir sendiri akan menjadi sasaran.

“Tentunya bila PR menang Anwar Ibrahim akan dibebaskan seperti Mahathir membebaskan 21 orang tahanan ISA sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi Dr.Mahathir sendiri yang dianggap sebagai authoritarian akan ditangkap dan ditahan lebih dahulu dan disusuli dengan tangkapan ke atas Najib dan lain- lain untuk didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, skandal 1MDB atau lain lain”, dakwa Zam.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, turut mengingatkan Perdana Menteri situasi sebenar pandangan pelbagai lapisan rakyat terhadap kepimpinannya. Katanya, kemunculan Perdana Menteri dalam program Soal Jawab Khas terbitan TV3 minggu lalu, masih tidak menyakinkan penonton.

Bahkan beliau menyifatkan penerampilan itu sekadar memenuhi seruan dari dalam parti terutama dari Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Shahrir Abdul Samad yang mahu Najib memberi jawapan langsung kepada umum mengenai perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir.

“Yang tersembunyi ialah kemunculan Najib yang tergesa-gesa tanpa promosi pengumuman lebih awal di buat menerusi media cetak dan lain-lain media seperti yang biasa dilakukan terutama untuk meyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakyat.

The Powers of Incumbency mestilah digunakan dengan bijaksana atau secara profesional, jika tidak ia lebih mendedahkan keadaan yang panik di sebalik wajah tenang dan berani. Inilah kesan negatif yang telah berlaku, tulisnya di laman blog http://zamkata.blogspot.com.

Tetapi apa yang jelas, andaian di atas boleh disifatkan sebagai..
  • Pakatan pembangkang sudah mula menampakkan kekuatan yang menggerunkan BN, walaupun PAS/DAP nampak macam bertelagah buat sementara.
  • UMNO sendiri sudah mula bergelora kerana dilanda beberapa kepincangan, termasuk yang melibatkan bekas PM, Tun Mahathir. 
Adakah perletakan jawatan PM ini sebagai permulaan kepada penyelesaian, atau permulaan kepada kejatuhan UMNO? (ibnuhasyim)

Siri 13: Serangan Terbaru Dr M Jatuhkan Najib? Mengapa..

KALI ini saya ingin melaporkan pandangan golongan rakyat dalam perbincangan malam tadi di sebuah restoran di KL. Kira-kira belasan orang hadir, terdiri ahli veteran PAS, veteran parti pembangkang bukan PAS, bekas pengarang, pegawai kerajaan yang hampir pencen, ahli bisnes pasar malam dan usahawan kecil-kecilan.

Kami berbincang ringan-ringan mengenai tajuk 'Apakah mungkin PM Najib Terpaksa Letak Jawatan?'. Kami berbincang mengenai 'serangan terbaru Dr Mahathir terhadap Najib. Ini beritanya.. 

Dua hari selepas Datuk Seri Najib Razak muncul di kaca televisyen menjawab secara langsung kepada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, bekas perdana menteri itu kembali lagi dengan serangannya.

Dalam video yang dimuat naik di blog "Din Turtle", Dr Mahathir menafikan dakwaan Najib yang beliau kecewa dengan perdana menteri kerana tidak membina jambatan bengkok ke Singapura. Beliau juga mendakwa, Najib pada masa itu – ketika jambatan bengkok dari Johor Baru ke Singapura itu mula dicadangkan pada 2006 – menyokong projek itu.

Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau akan meneruskan beberapa dasar yang mereka persetujui ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan Najib menteri Kabinet.

"Harapan saya, bila Pak Lah dah takda (letak jawatan), dia akan buatlah jambatan tu, dan lain-lain, kereta api, macam-macamlah.. Perkara yang kita bersetuju semasa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas saya letak jawatan, tapi Pak Lah tak buat.
"Jadi, Najib ada satu masa sebut kata, walau Singapura setuju atau tak setuju pun, kami nak buat... Lepas tu bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata Dr Mahathir dalam satu daripada klip video itu.

Dr Mahathir berkata, beliau sedikit kecewa kerana Najib tidak menunaikan janjinya berhubung projek itu.

"Saya tak seronok sikitlah, dia tak buat. Pasal dia janji, bukan untuk saya, bukan saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa, tengok saya dah dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak.
"Tapi saya punya sikap, berlain sikit daripada orang lain. Saya tak nak saya kow tow kepada Singapura," katanya.

Dalam wawancara beliau dengan TV3 pada 9 April, Najib berkata, Dr Mahathir mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan dan projek "jambatan bengkok" yang menghubungkan Johor dan Singapura dibina semula.

Katanya, dua isu itu mungkin sebahagian sebabnya bekas perdana menteri itu tidak habis-habis mengkritiknya.

"Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat... Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor..." kata Najib ketika itu, sambil menambah yang beliau menghormati Mahathir sama seperti beliau menghormati orang lain.

Projek jambatan bengkok melibatkan meruntuhkan tambak di bahagian Malaysia dan menggantikannya dengan jambatan enam lorong yang akan bersambung dengan Singapura.

Reka bentuknya bengkok kerana Singapura tidak bersetuju merobohkan tambak di bahagian mereka supaya jambatan yang lurus merentasi Selat Tebrau boleh dibina. Singapura menentang hebat cadangan merobohkan tambak dan membina jambatan bengkok itu.

Mengulas kenyataan Najib mengenai perkara itu dalam nada sinisnya seperti biasa, Dr Mahathir berkata: "Pasal 'bridge' (jambatan) ni, kalau tak dapat, saya mati lah."

Dr Mahathir menegaskan, Malaysia sepatutnya meneruskan projek membina jambatan itu dan mengecam Najib kerana hanya menurut kemahuan Singapura.

"Kalau Singapura tak nak buat, saya buat tempat saya, apa salahnya... Itu hak kedaulatan kita, dalam wilayah kita, perairan kita. Bahagian tambak itu kepunyaan kita..
"Jadi, bila saya dapati ada orang kow tow kepada Singapura, nak minta persetujuan Singapura untuk buat benda di dalam negara kita, mana kedaulatan kita? Mana kemerdekaan kita?"

Dalam satu klip video berasingan, perdana menteri ke-4 itu sekali lagi menegaskan tidak bersetuju dengan BR1M, mengatakan ia seperti memberi wang kepada mereka yang tidak layak menerimanya. Katanya, beliau setuju jika bantuan kebajikan diberi kepada orang miskin dan fakir, tetapi bukan dalam bentuk bantuan wang tunai kepada mereka yang mempunyai pendapatan.

"Saya tak setuju dengan BR1M kerana saya tak suka suap orang dengan duit percuma. Anda bagi RM500 kepada orang yang bergaji RM4,000 sebulan untuk apa?
“Dan, 17,000 orang Cina di Ipoh menolaknya terang-terangan, ini menunjukkan ia bukan sesuatu yang kita patut buat." (Sumber The Malaysian Insider)

Begitu. 

Setelah dibaca dan fahami bersama, bekas pengarang yang tidak mahu namanya disebutkan berkata, 

"Pada saya, PM Najib tetap bertahan tidak mahu letak jawatan.. kecuali terdesak sangat. Soalnya sekarang, kenapa Tun Mahathir bersungguh menyerang Najib seolah-olah mahu menjatuhkan Najib seperti jatuh Pak Lah Badawi sebelumnya?"

"Aku dapat maklumat yang mengatakan bahawa Tun M sedang merangka untuk menaikkan anaknya bagi meneruskan cita-cita politiknya, seperti yang berlaku kepada Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew... Akhirnya Lee berjaya meletakkan anaknya sebagai PM di Republik itu, walaupun dipegang orang lain sebelumnya." Sambut kawan kami seorang pegawai kerajaan yang hampir pencen.

"Ana pun rasa begitu. Kerana pemimpin yang bercita-cita tinggi biasanya begitu. Lihat Lim Kit Siang pemimpin DAP, meletakkan anaknya sebagai Setia Usaha jawatan terpenting dalam DAP dan memerintah Pulau Pinang." Tambah ahli veteran PAS yang berniaga di pasar malam.

"PKR, Anwar meletakkan isterinya sebagai Presiden, bahkan anaknya menjadi Naib Presiden. Isterinya dipindahkan ke DUN Selangor untuk memerintah Selangor. Takkanlah Dr M nak biarkan anaknya begitu saja dalam UMNO, walaupun sekarang memerintah Kedah?" Tambah  lagi ahli veteran PAS itu.

"Aku lihat dari sudut lain, sudut ekonomi." Kata ahli veteran parti pembangkang bukan PAS, seorang usahawan. 

Sambungnya, "Aku yakin Dr M masih perlukan wang, dia bukan macam Nik Aziz, zuhud. Apa lagi beberapa syarikat anaknya Mukhriz Mahathir dilaporkan mula bermasalah. Orang yang mungkir janji tidak mahu meneruskan projek perancangannya perlu disingkirkan! Maka jawatan perdana menteri perlu ditukar kepada orang lain."

Begitu kira-kira forum berbincangan kami malam tadi. Apakah mungkin PM Najib terpaksa letak jawatan? Walaupun agak lari tajuk sikit, tetapi bersetuju bahawa Dr M akan terus pastikan Najib benar-benar letak jawatan, kerana ia mahu penggantinya, yang akhirnya adalah dari darah dagingnya sendiri. Dengan itu kepentingan dan keselamatannya atau politiknya akan terus terpelihara.(ibnuhasyim)

Siri 12: Tun Daim Pula Tambah Percepat PM Turun, PM Sudah Tiada Sokongan Lagi?

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berpandangan, para penyokong Datuk Seri Najib Razak kini mungkin hanya menunjukkan sokongan yang dibuat-buat kepada perdana menteri itu. 

Menurut bekas penasihat ekonomi negara itu, anggota Umno sememangnya akan menyatakan sokongan kepada presiden yang berkuasa pada masa itu. Daim bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakan ini mungkin tidak mencerminkan sentimen sebenar anggota berkenaan.

“Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah
“Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara Umno," katanya dalam satu temubual bersama Malaysia Gazette.

Daim memberi contoh perdana menteri sebelum ini, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang turut menerima sokongan ahli, namun tetap digulingkan.

"Macam Tunku Abdul Rahman, Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila sampai masanya, baru mereka ambil tindakan.
“Mungkin Umno masih yakin tetapi tidak senang hati sebab-sebab keadaan sekarang. Itulah yang kita takut terlambat," katanya.

Beliau mengulas mengenai sokongan yang disuarakan beberapa pemimpin Umno dan BN ke atas Najib ekoran serangan terbuka oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir. Mahathir antara lainnya membangkitkan mengenai pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pembelian jet mewah oleh kerajaan dan juga pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Menyentuh isu 1MDB, sekutu kuat Mahathir itu berkata, wujud konflik kepentingan apabila perdana menteri turut mempengerusikan lembaga penasihat firma yang dibelenggu hutang itu.

“Ia akan wujudkan konflik. Kalau menteri kewangan (buat) kesilapan, dia juga perdana menteri, hendak marah tidak boleh, hendak buang tidak boleh.
“Kalau menteri kewangan orang lain, kita boleh ambil tindakan. Sekarang ini memang susahlah sebab menteri kewangan adalah penasihat kepada 1MDB. Ini masalah besar.
“Saya pun tidak tahu, patut beliau fikir sedalam-dalamnya apa yang baik kepada negara,” katanya lagi.

Katanya, siasatan ketua audit negara ke atas 1MDB tidak sepatutnya mengambil masa yang lama kerana jabatan itu mampu menyiasat pelbagai syarikat berkaitan kerajaan dalam tempoh setahun. Katanya, kelemahan nilai ringgit dan kemerosotan keyakinan pelabur juga disebabkan tindakan kerajaan yang berbolak-balik dalam beberapa isu, termasuk 1MDB.

“Mungkin pasaran tidak percaya kepada kerajaan dan salah satu sebab mungkin disebabkan 1MDB.
“Selagi pasaran tidak yakin, tidak percaya, ringgit akan lemah. Bagaimana hendak bagi orang percaya kalau asyik bagi jawapan yang tidak betul?” soalnya.

Daim memberi contoh kenyataan 1MDB sebelum ini yang menafikan bahawa jutawan Tan Sri T Ananda Krishan Daim membantu firma tersebut melunaskan hutang. Kerajaan bagaimanapun mengaku di Parlimen bahawa ia sememangnya meminjam wang daripada Ananda.

“Macam mana orang mahu percaya. Kalau asyik beri jawapan salah akan timbul lagi banyak persoalan?,” soalnya lagi. -(sumber MK) 

Kalau sokongan yang ada ini  dibuat-buat, ertinya sekarang Najib tiada sokongan lagi bagi mempertahankan kedudukannya  sebagai PM sekarang? Apa lagi, akan merudumkah?