Ahad, 29 November 2009

CERAMAH IBADAH QURBAN disampaikan oleh YB Ustaz Taib Azamuddin Muhd Taib pada 29 Nov 09 selepas solat maghrib di Markaz Tarbiah PAS, Kg Jamuan Tiada P


Keputusan mahkamah tinggi yang mengarahkan SPR mengadakan PRK di Kota Siputeh boleh memberikan kesan dan menggegarkan lutut tiga ahli “DUN Lompat” di Perak.”Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak permohonan SPR iaitu salah satu cawangan Umno di Negara ini,maka ini bermakna mahkamah juga mengiktiraf kuasa speaker mengatasi kuasa SPR dalam menentukan kekosongan kerusi DUN.”tegas YB Nizar.

Di Perak,speaker S.Sivakumar telah mengarahkan agar kekosongan di tiga DUN yang membabitkan ADUN dari PR yang telah melompat menjadi Adun bebas.Namun mengapa SPR tidak mengiktiraf kuasa speaker.Nizar juga berpendirian,sekiranya kuasa speaker terpakai di Kota Siputeh sudah tentu keputusan yang sama juga akan digunakan dalam kes di Perak dan kes 3 DUN “Lompat”ini akan ditentukan melalui suara rakyat dalam PRK yang akan diadakan di Perak nanti.

Beliau yakin bahawa kes di Perak berlaku kerana wujud tangan-tangan jahat dari luar yang telah mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh.”Jika Makamah Rayuan tak terima,ini jelas dan bermakna dalam kes 3 Dun di Perak akan konsisten ikut Mahkamah Tinggi.”katanya.

Beliau juga membayangkan bahawa jika ada PRK di tiga DUN ini,Pakatan Rakyat menyakini bahawa rakyat perak masih konsisten dalam memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi PRK tersebut dan mentadbir negeri Perak.

We continue to see high crime rate

Selasa, 17 November 2009

PRK lg!!!!!


KUALA LUMPUR 16 Nov. – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh hari ini diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini ekoran penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut.

Keputusan oleh Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin itu mengundang satu lagi pilihan raya kecil jika proses rayuan berakhir dengan mengekalkan ketetapan yang dibuat mahkamah hari ini.

Permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menangguhkan pilihan raya kecil yang patut diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi tersebut akan didengar Jumaat ini.

Hakim Alizatul membuat keputusan tersebut pada prosiding yang bermula pukul 5.30 petang dan hanya berakhir kira-kira pukul 7 malam ini.

Sejajar dengan pengisytiharan tersebut, Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) secara rasmi tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN Kedah, esok.

Dalam penghakiman yang mengetepikan keputusan SPR itu, Hakim Alizatul menyatakan, suruhanjaya berkenaan telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional ketika mengekalkan Abu Hassan sebagai Ahli DUN (ADUN) kawasan tersebut.

Tegas beliau, Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah (UTNK) menyatakan dengan jelas berlaku kekosongan kerusi sekiranya ADUN tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran Speaker bagi dua persidangan berturut-turut.

Selain itu, ujar beliau, mesyuarat yang gagal dihadiri oleh Abu Hassan pada 19 April dan 9 Ogos lalu adalah dua mesyuarat dalam satu penggal yang sama.

Pada hemat beliau, berdasarkan Perkara 2 undang-undang tersebut berhubung tafsiran mesyuarat dan penggal, SPR tersalah tafsir apabila mengkategorikan bahawa ia adalah dua mesyuarat dalam penggal yang berbeza.

Di samping itu, SPR telah tersilap apabila menerima sijil cuti sakit Abu Hassan yang dinamakan sebagai responden pertama walhal mereka tidak boleh berbuat demikian.

‘‘SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan,’’ katanya.

Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukan lagi seorang ADUN ekoran kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos lalu dan kerusi tersebut adalah kosong.

Abdul Isa turut memohon perintah mahkamah supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Speaker DUN Kedah itu memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu selepas SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih seorang ADUN.

Peguam Sulaiman Abdullah mewakili Abdul Isa sementara Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said mewakili SPR.

Menurut Kamaluddin, pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan tersebut.

Ketika ditemui pemberita sejurus selepas prosiding selesai, Abu Hassan berkata, beliau menerima keputusan mahkamah dan menyerahkan kepada peguamnya untuk meneruskan proses perundangan.

Ditanya sama ada beliau sedih atau kecewa, Abu Hassan menganggap ia perkara biasa bagi orang politik.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun mewakili Abu Hassan.

Sabtu, 7 November 2009

Mahkamah Tangguh Buat Keputusan - Komen Dato Seri Nizar



Putrajaya 5/10/2009 - Krisis perlembagaan negeri Perak dilihat semakin tiada menunjukkan tanda-tanda akan berakhir apabila Mahkamah Persekutuan menangguhkan pengumuman penghakimannya berhubung isu itu ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Panel lima hakim berkenaan menangguhkan pengumuman keputusannya setelah mendengar penghujahan secara panjang lebar selama lebih enam jam daripada tiga pihak yang terlibat dalam isu perlembagaan Perak itu. Para hakim yang menganggotai panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria dan Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Pada awal penghujahan, para peguam yang mewakili Dato Seri Nizar menggesa agar pihak mahkamah menimbang mengadakan panel penuh seramai 11 hakim untuk mendengar pembentangan hujah memandangkan kes ini adalah besar dan melibatkan penentuan kerajaan negeri. Namun permohonan tersebut ditolak.

Peguam utama Sulaiman Abdullah yang mewakili Dato Seri Nizar dalam hujahnya menyatakan kekesalan terhadap pihak mahkamah kerana menggunakan pendekatan yang tidak betul dalam melihat krisis perlembangaan di Perak. Perkara asas dalam artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Perak dengan jelas menyatakan seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan dan satu-satunya cara yang boleh menyingkirkan beliau ialah melalui undi tidak percaya oleh anggota dewan undangan negeri.

Hujah beliau telah disokong oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada 11 Mei dahulu namun telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan dalam penghakiman ringkas 19 jam kemudian.

Peguam Negara Abdul Gani Patail dalam hujahnya berkata bahawa Sultan Perak menimbang fakta serta keadaan yang wujud sebelum mengisytiharkan pada 5 Feb bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan fakta dan kronologi kes, beliau berkata bahawa pada masa dan keadaan ketika itu, Dato Seri Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam DUN Perak apabila 31 ADUN telah berjumpa dengan Sultan untuk menyatakan undi mereka.

Namun dalam penggulungan hujah, peguam yang mewakili Dato Seri Nizar membalas bahawa ketika Dato Seri Nizar memohon untuk membubarkan DUN Perak iaitu pada 4 Feb, beliau masih Menteri Besar yang sah dari segi undang-undang dan juga dari segi pernyataan Peguam yang mewakili Dato Seri Zambry. Berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak, Sultan mesti memperkenankan permohonan tersebut kerana ketika masa itu beliau (Nizar) adalah Menteri Besar Perak.

Krisis perlembagaan Perak ini bermula apabila SPR telah menidakkan permintaan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang telah menyatakan bahawa 3 kerusi DUN iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah dikosongkan.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, Dato Seri Nizar melahirkan rasa kecewa dengan penangguhan keputusan hari ini kerana kes berkenaan mempunyai kesan serius terhadap kepentingan awam.

Budget 2010 Forum





Islam and Democracy in East Asia



Anwar Ibrahim, leader of the Opposition in the Malaysian parliament and Former Deputy Prime Minister of Malaysia, speaks on governance, democracy and contemporary politics in Southeast Asia then joins T.J. Pempel, professor of political science at UC Berkeley, in discussion. Series: "Richard and Rhoda Goldman School of Public Policy at UC Berkeley"

Jumaat, 6 November 2009

DSAI GAGAL DAPAT BUKTI KES LIWAT

Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.

Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.

KERETA LAMA TUKAR BARU-POLISI 1 MALAYSIA YANG GAGAL


'Swap Skim' proton tamat serta merta...kerajaan sudah tarak duit nak tampung subsidi.Mengikut sumber-sumber dari para penjual kereta, Proton sudah menamatkan 'swap skim' telah dihentikan serta merta kerana proton menanggung hutang yang tinggi kepada wakil pengedar/penjual kereta proton.

Lagi sumber memberitahu kerajaan belum lagi menjelaskan subsidi RM5000 bagi sebuah kereta untuk pertukaran kereta baru. Hutang yang meningkat jutaan ringgit itu menyebabkan proton terpaksa menghentikan program 'swap skim' yang sebelum ini dilancarkan bagi membantu industri kereta tempatan terutama proton dan perodua.

Dan cakap-cakap dikalangan penjual dan pengedar perodua belum lagi mendapat arahan untuk menghentikan program 'swap skim' manakala proton menghentikan program tersebut hari ini dengan mengeluarkan pekeliling serta-merta.

Nampaknya polisi Dasar Automotif Negara bagi membantu pengeluar kereta tempatan gagal. Ini menunjukkan kerajaan tidak mempunyai dana lagi dan hutang subsidi kereta proton akan menyebabkan proton tersembab lagi.

Lagi polisi 1Malaysia gagal...proton merana...rakyat papa.....