Khamis, 29 Mac 2012

IMAM HOSLAN ISLAMKAN 2 BANDUAN DALAM PENJARA.......


Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya. -mk

Rabu, 28 Mac 2012


Kenyataan Media
Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Malaysia 28 Mac 2012 TENDER BARU UNTUK MENGENDALIKAN NFC BERTUJUAN MENUTUP KESALAHAN PERDANA MENTERI.



KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah:

1. Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan;

2. Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.
Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak.
KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.

Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.

Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan.
Mohd Rafizi Ramli
Perngarah Strategi
Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Malaysia

Malam kemuncak kempen BANTAH(FELDA)


Ceramah Kemuncak Kempen BANTAH

Tarikh: 29 Mac 2012 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Kompleks Sukan Seksyen 15, Bangi

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir pada malam tersebut.

Mari beramai-ramai memberi sokongan membantah penyenaraian Felda GVB

—Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

''ADAT JAHILLIAH'' MASIH ADA LAGI.......


Parit: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.

Gambar: TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.

Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.

Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.

Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam. -dr sumber :gB

Selasa, 27 Mac 2012

PILIHANRAYA KE 13 SEMAKIN HAMPIR.......


Malam tadi semua ahli Parlimen UBN telah berhimpun di Seri Perdana kediaman perdana menteri di Puterajaya bagi menghadiri majlis makan malam yang diadakan Najib Tun Razak. Majlis makan malam, malam tadi dikira anih kerana jarang dilakukan Najib ketika parlimen sedang berlangsung. Ghalibnya perdana meteri (Najib) mengadakan majlis makan malam sebaik saja selesai pembentangan Bajet di parlimen.


Kerana melanggar kebiasaan itu, majlis makan malam adalah pelik dan di luar kebiasaan. Justeru itu ada yang menyangka majlis makan malama pelik itu menanda perlimen penggal ke 12 sudah hendak dibubarkan.

Apa lagi seorang ahli parlimen yang turut hadir pada majlis itu menjelaskan, menurut Najib majlis makan malan tadi bukan apa-apa kecuali sebagai majlis perpisahan sesama kita.

"Apakah malan ini ada meting,?" tanya ahli parlimen berkenaan kepada Najib.

"Tak ada ia cuma majlis makan untuk perpisahan sesama kita sahaja," begitulah balas Najib bergurau. Ahli majlis berkenaan pulang sebaik selesai makan.

Majlis malam tadi dihadiri oleh hampir seluruh MP UBN... hanya beberapa orang yang tidak ada hadir yang berada di luar negeri. Bagai mana pun bekas PM Abdullah Badawi tidak hadir.

Ada yang menyifatkan majlis makan malam adalah majlis makan malam terakhir dengan perdana menteri dan menunjukkan bahawa selepas tidak ada majlis makan bersama perdana menteri dengan wakil rakyat.

Mungkin ada kebenaran pendapat beberapa pihak bahawa pilihan raya umum sudah hampir benar.

SAHIH:UMNO BN AKAN TERUSKAN GST SELEPAS PILIHANRAYA.....


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata(gambar), beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.

"Harapnya (mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat penting kepada negara," katanya.


Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan akan melaksanakan dasar kontroversi itu selepas pilihan raya umum akan datang, dalam majlis bersama anggota Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia hari ini.

Walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, Idris berkata beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

"Kamu kena tanya perdana menteri. Beliau menteri kewangan tetapi saya tidak rasa ia akan berlaku sekarang. Seperti saya pernah sebutkan, ia memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan, sekurang-kurangnya setahun (daripada tarikh diumumkan)," katanya.

"Tetapi saya percaya terdapat banyak sebab untuk negara kita melaksanakannya. Ini menunjukkan kenapa 143 negara sudah melaksanakan GST.

CERITA BENAR DISEBALIK PENANGKAPAN YB UMNO(MELAKA) DI PUSAT HIBURAN


Maklumat yang diperolehi..YB kat Melaka yang kena cekup dalam serbuan di Pusat Hiburan Melaka Raya awal pagi semalam sebenarnya baru pulang dari solat tahajud di sebuah masjid.Ketika pulang, dan merasakan bertanggungjawab kerana baru dilantik sebagai Timbalan Hal Ehwal Agama Islam Melaka maka beliau singgah sebentar di pusat hiburan tersebut untuk menziarahi pengunjung dan bertanyakan khabar serta masalah pekerja di dalamnya..


Dua orang wanita yang mengapit beliau semasa minum,adalah wanita yang sedang ditarbiyyah oleh beliau,kerana beliau mengikut jejak langkah Al Syahid Hasan Al Bana yang berdakwah kedalam kelab malam di Mesir.


Jangan sangka buruk beb..tapi perangai ini memang habis-habis burukkk..sebenarnya inilah kesan daripada amalan "Kemoderetan Rasullullah" yang di amalkan oleh Pak Najib, apabila Ustazah Mashitah memberikan title tersebut kepada PM lalu dengan cepat dan pantas diamalkan pula oleh Yb yang kantoi ini..


Ops Tapis: YB antara 27 diperiksaBANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003)

SAMM:HENTIKAN ISU ISRAEL,TUMPU ISU YANG MEMBEBANI RAKYAT....


Regim selama ini mendabik dada kononnya merekalah pejuang Palestin dengan menjadi penentang Israel nombor wahid. Malah sentiasa menjadikan isu hubungan Israel ini sebagai modal politik menyerang musuh politik mereka yang konon kompromi dengan Israel.

Sejak tiga tahun kebelakangan ini, SAMM tanpa jemu mendedahkan betapa hipokritnya regim dalam perkara ini. SAMM telah mendedahkan perbagai dokumen yang membuktikan memang wujud hubungan Malaysia membantu ekonomi Israel ini.

SAMM ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada beberapa ahli parlimen Malaysia seperti Er Teck Hwa (DAP, gambar kiri), wakil rakyat Bakri yang telah beberapa kali membawa pendedahan SAMM mengenai isu berkaitan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel.

Selama ini regim cuba menipu rakyat dalam hubungan Malaysia Israel namun apabila Ahli Parlimen Bakri dengan sokongan beberapa ahli parlimen lain membawa beberapa dokumen yang dibekalkan oleh SAMM kepadanya untuk dibuktikan dalam parlimen Malaysia mengenai kewujudan hubungan dagang Malaysia Israel maka Menteri berkenaan terperangkap untuk mengakuinya. Cuma penjelasan dangkal Menteri dalam persidangan lepas menyebabkan Teck Hwa bangun beberapa kali sehinggalah diperintah keluar dewan.

Perlu ditegaskan hubungan dagang Malaysia membantu ekonomi Israel bukanlah kes terpencil apabila menurut laporan Kesatuan Eropah menyatakan dengan jelas Malaysia merupakan negara yang ke 15 menjadi rakan dagang bagi membantu ekonomi Israel.

Regim juga lepas tangan dengan hanya menyatakan perdagangan tersebut hanya libatkan syarikat asing yang beroperasi dalam negara Malaysia. Persoalanya ialah barangan tersebut tetap melalui pelabuhan dan Kastam Diraja serta perlu mendapat kelulusan Kementerian berkaitan dan kita mempunyai kuasa jika benar mahu menghalangnya.

Namun yang terbaru, bulan lepas SAMM telah mendedahkan bahawa ia bukanlah semata melibatkan syarikat asing dan peralatan elektronik semata-mata. Malaysia telah juga berurusan dagang melibatkan komoditi utama negara iaitu penghantaran produk sawit ke Israel bagi membantu ekonomi mereka.

Syarikat berpengkalan di Malaysia dan produk komoditi tempatan digunakan bagi membantu ekonomi Israel. Antaranya ialah IOI loaders Crocklaan Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat IOI Group yang merupakan syarikat yang punya kaitan rapat dengan regim penguasa. Mewaholeo Industri Sdn Bhd pula mempunyai alamat perniagaan berdaftar di dalam negara. Walaupun mempunyai pegangan asing tetapi ia masih beroperasi sebagai sebuah syarikat tempatan. Ini hanya sebahagian dari banyak syarikat lain yang turut terlibat dalam penghantaran produk sawit tempatan bagi membantu ekonomi Israel.

Menurut laporan dalam laman web RSPO dalam perniagaan sawit IOI disebut dengan jelas punya rantaian perniagaan dengan Felda - Johor Builkers Sdn Bhd. Dengan jelas penghantaran syarikat IOI ini menurut dokumen rasmi kerajaan menyatakan penghantaran terus ke Israel dan untuk syarikat Israel.

Menurut beberapa carian lain pula penghantaran produk sawit Malaysia ke Israel bukan semata untuk pasaran tempatan Israel tetapi sebaliknya telah menjadikan Israel juga menjadi negara pengeluar produk hasil sawit yang diambil dari Malaysia dan diperniagakan semula.

Ternyata dengan pendedahan ini regim penguasa sudah tidak boleh mengelak lagi. Regim cuba menggambarkan kononnya merekalah pejuang sejati isu Israel dan Palesti namun dalam sisi lain regim penguasa inilah menjadi penerus dan pelindung hayat Israel.

Satu lagi pendedahan ialah mengenai beberapa syarikat tempatan (bukti ditunjukkan dalam sidang media) mempunyai sijil halal Israel (Kosher) seperti Jakim. Untuk mendapat sijil halal ini kakitangan (Rabbai) agensi Israel wajib datang dan membuat pemeriksaan kebersihan dan seumpamanya. Ini bermaksud negara secara sedar membenarkan kakitangan Kerajaan Israel beroperasi di Malaysia.

Kami juga punya bukti bergambar bagaimana hampir setiap kali barangan khususnya makanan untuk dibuat penghantaran pegawai kerajaan Israel pasti berada dalam negara bagi memastikan "keselamatan" dan taraf "halal" barangan tersebut.

Dalam negara terlalu banyak sangat isu seperti kenaikan harga, keselamatan (kes jenayah meningkat), beban pendidikan (pembiayaan pembelajaran) dan banyak lagi, namun kita sudah terlalu banyak menghabiskan masa membincangkan isu Israel-Palestin dan Malaysia ini yang sebenarnya masing-masing cuba menunjuk hero dengan memutar belit perbagai perkara. Ayuh kita letakkan noktah dalam isu ini. Israel negara haram, regim penguasa dicabar mengambil sikap berani.

Dengan ini SAMM menyarankan mana-mana ahli parlimen yang prihatin dalam isu Israel supaya membentangkan usul seperti di bawah:
Parlimen meluluskan usul tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menggubal satu undang-undang melarang sebarang bentuk hubungan termasuk hubungan dagang secara langsung mahupun tidak langsung dengan Israel. Undang-undang tersebut juga seharusnya terkandung larangan penggunaan pelabuhan atau sebarang kemudahan negara untuk sebarang bentuk kepentingan yang mempunyai kepentingan Israel.
Parlimen juga seharusnya meluluskan satu usul mengiktiraf HAMAS atau mana-mana parti politik yang dipilih oleh majoriti rakyat Palestin untuk mentadbir negara mereka.
SAMM juga mencabar semua ahli parlimen Barisan Nasional khususnya UMNO untuk sepakat menyokong usul tersebut. Jika tidak sahlah regim penguasa yang mempunyai jumlah majoriti dalam parlimen Malaysia cuma bersikap "munafik" dalam isu menentang Israel ini dan hanya menggunakan isu ini sebagai alat politik domestik semata-mata.
Related Posts with thumbnails for bloggerblogger widgets

''depa tabuh lebih'' Kadir terjun ke PR




SU Agung Umno minta saya keluar parti - Kadir

SERI KEMBANGAN, 26 Mac: Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno.

Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya.

"Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa.

"Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti...hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu.

Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya.

Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat.

Tambahnya, ada juga yang perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapatkan tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.

Abdul Kadir juga sebelum ini mendedahkan Umno menabur wang di kampung-kampung untuk beli undi pilihan raya dan menuntut tindakan 'hodoh dan jijik' itu dihentikan segera.

Bagaimanapun kritikan-kritikannya itu disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai menghentam parti dan beliau kemudian menjadi mangsa serangan media arus perdana sehingga ada desakan agar beliau keluar Umno.

Aktif politik semula

Dalam pada itu beliau yang juga bekas menteri penerangan dan komunikasi, hari ini tetap mempertahankan segala dakwaannya terhadap Umno malah berkata ianya baik untuk dikaji.

Beliau juga menegaskan akan kembali semula untuk aktif dalam politik selepas lama bersara untuk menumpukan kepada perniagaannya sebelum ini.

"Dengan ini saya isytiharkan berhenti daripada bersara dan akan membawa perjuangan Umno (yang lama) di tempat yang lebih sesuai," katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik, Abdul Kadir berkata beliau setakat ini hanya mahu menumpukan kepada Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang beliau kini sebagai timbalan presiden.

Namun katanya, ia bergantung kepada keadaan selepas ini.

"Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kebetulan kawan-kawan saya pujuk saya, tapi saya buat keputusan sendiri.

"Buat masa ini dengan NGO (Amanah), perkara lain belum terfikir, tengok keadaan la. Kalau depa tabuh (serang) kuat sangat, kita terjun la", katanya sambil tersenyum. -HD