Isnin, 29 Jun 2009

BN TAKDE TELOR...



Umno-umno apa nak jadi, Hujah TV9 itu hari tu pun zahid bagi macam-macam alasan. TGNA ceramah pon buat repot polis, kelakar lah puak-puak UMNO ni, kalu berani lawan baliklah kata-kata TGNA tu, bukan buat repot polis, macam budak-budak je perangai, nak mengadu je tau. ajak debat terbuka pun bagi alasan, bn mmg pandai wat keja mcm ni.

Ahad, 28 Jun 2009

Memorandum Pemuda PR mendesak kes liwat 2 DS Anwar Ibrahim digugurkan

PEMUDA PAKATAN RAKYAT

26 Jun 2009Y.Bhg. Dato’ Mohd. Yusof Bin Hj. Zainal Abiden
Peguamcara Negara II
Jabatan Peguam Negara
MALAYSIA

Y.Bhg. Dato’

MEMORANDUM MENDESAK PERTUDUHAN JENAYAH LIWAT KEDUA TERHADAP YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM DIGUGURKAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan kes yang telah ditetapkan untuk dibicarakan pada 8hb Julai 2009 adalah berkaitan.

1. Untuk makluman Y.Bhg. Dato’, pihak Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim untuk kali yang kedua berikutan dengan pendedahan mengenai laporan perubatan oleh seorang doktor dari PUSRAWI dan 3 orang Pakar Hospital Besar Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan terhadap si pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah didapati TIADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN BERLAKU TUSUKAN (PENETRATION) SECARA KLINIKAL DAN KONKLUSIF PADA DUBUR SI PENGADU yang boleh mensabitkan atau membuktikan bahawa kejadian liwat seperti yang didakwa telah berlaku.

2. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa segala pertuduhan yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim ini merupakan satu perancangan konspirasi politik oleh pihak tertentu yang menyedari bahawa kekuasaan mereka selama ini telah tergugat sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu diumumkan. Perancangan konspirasi liwat ini adalah merupakan satu alternatif bagi pihak tersebut untuk memastikan kemaraan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di arus perdana politik dapat dihancurkan dan dengan pertuduhan ini ia akan dapat memburukkan kredibiliti YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di mata rakyat Malaysia dan dunia.

3. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ telah di arahkan oleh Peguam Negara Malaysia untuk mengetuai barisan kumpulan Pendakwaan yang akan mengendalikan kes ini kelak dengan tujuan untuk menyabitkan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam apa keadaan sekali pun (at all cost). Pihak Pemuda Pakatan Rakyat juga percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ telah diberikan arahan dan harapan yang tinggi oleh pihak tertentu untuk memastikan agar YB Dato’ Seri
Anwar Bin Ibrahim akan disabitkan di dalam kes liwat ini selepas KEGAGALAN pihak Pendakwaan yang dikepalai oleh Peguam Negara Malaysia pada tahun 1998.

4. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat ingin memohon supaya Y.Bhg. Dato’ untuk MENGGUGURKAN pertuduhan ini berdasarkan kepada laporan perubatan yang dinyatakan di atas dan memohon supaya Y.Bhg. Dato’ tidak sesekali tunduk kepada mana-mana arahan atau tekanan supaya kes ini diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Peguam Negara Malaysia selama ini. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan yang sangat berpengalaman dan dihormati oleh pendukung keadilan untuk memastikan Jabatan Peguam Negara tidak terus diperkudakan oleh pihak tertentu bagi maksud memenuhi tuntutan nafsu mereka yang ingin terus berkuasa walaupun semakin ramai rakyat negara ini kian kuat menolak mereka.

5. Adalah besar harapan rakyat Malaysia supaya Y.Bhg. Dato’ untuk mengembalikan semula imej cemerlang Jabatan Peguam Negara sebelum Tan Sri Abdul Gani Patail dilantik menjadi Peguam Negara Malaysia hasil habuan dari kerajaan selepas usaha beliau dengan dibantu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dipenjarakan dalam kes sebelum ini.

6. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya Y.Bhg. Dato’ memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan ini dan seterusnya tidak dipergunakan oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara Malaysia, maka tindakan Y.Bhg. Dato tersebut akan disokong oleh semua rakyat Malaysia yang telah marah dan berasa jijik dengan sikap yang diamalkan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan yang membiarkan institusi di bawah jagaan mereka dilacurkan demi kepentingan pangkat yang di sandang oleh mereka.

7. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat berharap agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta ke arah menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.

”PULIHKAN KREDIBILITI INSTITUSI KEHAKIMAN: GUGURKAN DAKWAAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM”

Yang Benar,

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

YB LOKE SIEW FOOK
Ketua
Pemuda Sosialis DAP

Selasa, 16 Jun 2009

Nizar Angkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang





Dato' Seri Mohd. Nizar Jamaluddin mengangkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang di sesi permulaan Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009.

Isnin, 15 Jun 2009

Nizar Dihalau Dari Parlimen, Selepas Angkat Sumpah



Ahli Parlimen Bukit Gantang Mohammad Nizar Jamaluddin dan empat Ahli Parlimen lain diarah keluar dari Dewan Rakyat sebaik sahaja Nizar mengangkat sumpah pagi tadi.

Speaker Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Nizar melaungkan "Hidup Rakyat" setelah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak tepat jam 10.00 pagi tadi.

Selain Nizar, empat Ahli Parlimen iaitu N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis), dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) juga diarahkan keluar.

“Kesalahan” mereka berlima, menurut Pandikar, adalah kerana memakai lilit kepala ‘Bubar DUN’ Perak di dalam Dewan.

Pemakaian lilit kepala dan tangan menuntut DUN Perak dibubarkan adalah sebahagian daripada kempen wakil Pakatan Rakyat dalam usaha memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan.

Perak diheret dalam krisis perlembagaan paling buruk dalam sejarah negeri itu setelah Perdana Menteri Najib Razak dikatakan mendalangi rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar.

Najib turut berada di dalam Parlimen pagi ini apabila Nizar diusir.

“Bagaimana kita boleh bersidang di dalam Parlimen, sedangkan berlaku kezaliman dan kekejaman di DUN Perak, dimana Speaker yang sah dihalau keluar oleh polis diatas arahan Speaker haram,” Nizar memberitahu sidang media di luar Dewan.

Beliau merujuk kepada insiden dimana polis mengheret keluar Speaker Perak V. Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri dan mengurung beliau di dalam sebuah bilik pada bulan lalu.

Polis bertindak demikian di bawah telunjuk BN bagi membolehkan parti itu menabalkan N Ganesan dari MIC sebagai Speaker baru, sungguhpun beliau bukan seorang wakil rakyat atau melalui proses pengundian telus di dalam DUN Perak.


Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata tindakan Speaker Parlimen menghalau Nizar dan rakan-rakan lain adalah keterlaluan.

“Tindakan kami tidak menyalahi mana-mana aturan Dewan Rakyat. Tidak ada aturan khusus yang melarang pemakaian lilit kepala. Kami meminta Speaker supaya tunjukkan dimana kesalahan kami,” kata Khalid.

Di luar Dewan, anggota-anggota keselamatan Parlimen dikerah bertindak keras dan mengarahkan semua tetamu menanggalkan lilitan kepala ‘Bubar DUN’.

Keselamatan di Parlimen amat ketat hari ini dengan tetamu dan Ahli Parlimen perlu melalui beberapa kolum keselamatan dari susur masuk ke Parlimen menuju Pintu Utama bangunan itu.

Persidangan dua minggu Dewan Rakyat bermula hari ini.

Ahad, 14 Jun 2009

Wira Perak Melangkah Ke Parlimen Esok


Dato Seri Nizar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang di hadapan Speaker Dewan Rakyat pada pagi Esok iaitu 15 Jun 2009. Kehadiran beliau di Parlimen akan menghangatkan lagi persidangan kali ini.

ZAMRY HARAM MEMPEKUDA RAKAN MUDA DAN BELIA.






7 JUN, MANJUNG - Hari Belia 2009 Peringkat Negeri Perak yang diadakan di stedium Manjung telah dieksploitasi sepenuhnya oleh kerajaan haram UBN. Ini jelas menunjukkan tindakan terdesak Zamry haram dalam meraih sokongan anak muda, sedangkan rata2 yang hadir pada hari tersebut adalah dari rakan muda(diangkut dengan bas dari setiap daerah) dimana mereka belum layak untuk mengundi.

Didalam majlis tersebut tidak kelihatan apakah pentingnya banner2 yang terdapat gambar zamry haram dan kata2 yang kononnya menyatakan sokongan. Ataupun banner2 yang dibawa rakan muda telah ditaja oleh pihak2 tertentu????

Amat menyedihkan apabila dilihat rakan muda dan belia Perak diperalat oleh UBN. Anak muda sepatutnya diberikan ruang dan peluang yang luas dalam sambutan hari belia. Sebaliknya anak muda yang ingin berpersatuan dipaksa berpolitik gara2 UBN Perak.Adakah anak muda perlu berpolitik dalam semua benda??? Inilah budaya UBN..... Inilah tindakkan tidak bertanggungjawab Zamry haram. Rata2 belia pada hari tersebut tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.

Khamis, 11 Jun 2009

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN BANTUTKAN RAYUAN DS NIZAR


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada mahkamah persekutuan untuk menyemak balik keputusan mahkamah rayuan, mengisthiarkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar tidak dapat mengemukakan rayuan itu kerana sehingga sekarang ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujahan bertulis mengenai keputusan berkenaan.

Tiga hakim berkenaan ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Zaitun Ali

Hakim Md Raus sebelum ini pernah berjanji untuk memberikan alasan kehakiman bertulis kepada peguam Datuk Sri Nizar dalam masa 7 hari.

Tapi 2 minggu sudah berlalu dan peguam Datuk Seri Nizar masih belum menerima hujahan bertulis dari 3 hakim berkenaan.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Ngar Kor Ming ketika dihubungi Tv Antara melahirkan rasa kesal dengan perkembangan itu.

“Kita amat kecewa sekali sehingga hari ini, telah lebih 2 minggu peguamcara Datuk Seri Nizar masih belum terima daripada Mahkamah Rayuan demi membela kewibawaan institusi kehakiman. Saya memohon kepada Ketua Hakim Tun Mohd Zaki supaya mengarahkan arahan kepada Mahkamah Rayuan sediakan alasan kehakiman yang betrtulis dengan segera. Kerana tempoh 20 hari untuk memfailkan rayuan sudah semakin dekat tanpa alasan kehakiman ia akan menyulitkan Datuk Sri Nizar untuk kemukakan isu rayuan diperingkat Mahkamah Persekutuan.” Ujar Ngar.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.

Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan itu dan justeru itu terus menjadi menteri besar yan sah.

Panel hakim Mahkamah Rayuan bagaimanapun membuat keputusan sebaliknya, dan menyanggah hujah bertulis Abdul Aziz.

Tiga hakim berkenaan mengambil masa hanya 5 minit untuk mengumumkan keputusan yang memihak kepada Zambry, tanpa disokong oleh hujah bertulis.

Ngar berkata seluruh proses bersabit krisis perak di Mahkamah Rayuan menimbulkan persoalan mengenai kewibawaan institusi kehakiman.

“Ini adalah satu perkara yang amat aneh sekali kerana apabila Barisan Nasional membuat permohonan kita dapati Mahkamah Rayuan cepat dan cekap membuat keputusan seperti pergantungan perlaksanaan penghakiman. Bermakna Yang Arif Ramli Ali membuat keputusan dalam tempoh beberapa jam sahaja untuk menggantung keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tapi bila pakatan rakyat membuat rayuan sehingga hari ini tiada apa- apa berita.” Tambahnya lagi.

Datuk Sri Nizar kini hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir bagi mengatasi krisis politik negeri Perak yang berpanjangan sejak awal Febuari lalu.

Jika disahkan sebagai menteri besar Perak, beliau bertekad untuk memohon istana Perak membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan pilihanaya negeri diadakan semula.

REBRANDING PARTI KEADILAN RAKYAT




PKR akan mengadakan kongres nasional khas Sabtu ini untuk membahas dan meluluskan beberapa usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Usul utama lain ialah memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti dan mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun.

Naib Presiden PKR, R.Sivarasa yang juga pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan, berkata, semua usul berkenaan dijangka diluluskan dalam kongres khas sehari itu.

Kongres akan berlangsung di pusat konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Kajang, bermula jam 8 pagi.

Sivarasa berkata PKR mempunyai kira-kira 300,000 ahli di mana keahliannya mencecah kira-kira 10,000 setiap bulan.

Sehubungan itu, katanya, PKR akan meminda sistem pemilihan parti untuk membolehkan ahli biasa di semua peringkat dalam parti memilih pucuk pimpinan.

"Ia adalah untuk menunjukkan komitmen untuk reformasi dalam parti.

"(Pindaan) dapat membantu menghapuskan kecenderungan yang kurang sihat seperti politik wang dan amalan cawangan hantu, seperti yang dilihat dalam parti politik lain di Malaysia.’ kata beliau.

"Sekiranya ia diluluskan, PKR akan mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memberi hak kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan parti," katanya lagi dalam sidang akhbar hari ini,” tambah Sivarasa.

Dalam kongres khas itu, Sivarasa berkata, pihaknya juga akan mendapatkan sokongan dua pertiga daripada perwakilan untuk menghadkan tempoh seorang presiden kepada tiga penggal atau sembilan tahun.

Beliau berkata PKR akan turut melaksanakan sistem pemilihan baru yang lebih berwibawa dan berteraskan amalan undi sulit. .

"Ini adalah untuk memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti," katanya.

Sivarasa berkata pihaknya bercadang untuk menggunakan dakwat kekal, sebagai satu usaha untuk menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan berjalan dengan lancar.

Mengulas lanjut mengenai cadangan pindaan yang berkaitan dengan umur dalam AMK, Sivarasa berkata, pelaksanaannya akan berkuatkuasa serta merta bagi semua jawatan yang dilantik.

Bagaimanapun, pemilihan tahun depan, masih menggunakan had umur 40 tahun kerana atas sebab-sebab teknikal dan dijangka bakal dilaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya tahun 2013.

Mengenai memberi peruntukkan kepada wanita sebanyak 30 peratus untuk memegang jawatan dalam parti, beliau berkata, setahunya, tidak ada parti di Malaysia yang memberi komitmen sebesar itu kepada wanita.

"Pindaan struktur pimpinan dalam parti dibuat kerana PKR benar-benar mahu mejadikan sebuah parti yang bersifat nasional," kata Sivarasa.

PKR kini mempunyai sebanyak 190 bahagian termasuk Sabah dan Sarawak.

Mengenai pertukaran nama bahagian kepada cabang dan cawangan kepada ranting, Sivarasa berkata, pertukaran tersebut bertujuan untuk menggantikannya dengan istilah yang lebih "progresif dan saksama".

"Kita mahu menjauhkan dari istilah yang diungkit sebagai mempunyai unsur struktur tradisional atau struktur feudal," katanya.

Menurut Sivarasa, PKR juga akan meminda perlembagaan bagi menambah jawatan naib presiden, daripada lima kepada tujuh orang.

PKR menjangka kira-kira 2,500 perwakilan akan menghadiri kongres khas tersebut.

Permuafakatan Pakatan Rakyat berkenaan isu Kerajaan Perpaduan


10 Jun 2009

Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Insyaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Janda Najib Razak






SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Sem
uanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-mas
ing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.

Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.

Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!

Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.

Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.

Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?

Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib. Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.

Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.

Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.

Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.

Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.

Oleh Mohd Sayuti Omar (detikdaily)

Pendakwa Raya Kes Anwar Tidak Beretika, Enggan Serah Bahan Kes




Pendakwa raya dalam kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim tidak professional dan bertindak tanpa etika apabila enggan menyerahkan dokumen dan bahan berkaitan bagi membolehkan Anwar membuat persiapan membela dirinya, kata peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sankara Nair berkata segala bahan yang diminta adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan hak Anwar sebagai pihak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan adil.

Perbicaraan itu akan bermula 1 Julai depan, namun pasukan peguam Anwar masih belum mendapat bahan seperti contoh DNA dan dokumen tertentu untuk diperinci sebelum mahkamah bersidang.

“Selagi pihak pendakwa raya tidak memberikan kami dokumen dan bahan berkenaan dalam tempoh yang sesuai, pasukan peguam Anwar tidak mungkin dapat menyediakan pembelaan terbaik, yang seharusnya menjadi hak beliau,” Sankara berkata.

Anwar hari ini terpaksa memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya membekalkan kepada beliau semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.

Dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Anwar mahu pendakwa raya membekalkan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.

Pihak pendakwa raya juga gagal menyerahkan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.

Oleh kerana kes itu melibatkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, Anwar perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.

Sankara berkata semua dokumen dan bahan itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi mantan Timbalan Perdana Menteri itu menyediakan pembelaan yang tuntas.

Sankara kecewa dengan sikap pendakwa raya kerana tidak mengendahkan segala permohonan peguam bela untuk mendapatkan bahan-bahan berkenaan walaupun permohonan dibuat seawal 8 September 2008.

Malah, pihak pendakwaraya cuba memesongkan fakta dengan mendakwa kononnya peguam Anwar sudah pun dibekalkan dengan rakaman CCTV tetapi hakikat adalah sebaliknya.

Sankara berkata pihaknya hanya boleh merumuskan pendakwa raya dalam kes berkenaan enggan menyerahkan bahan-bahan berkenaan kepada pihaknya kerana:

i. Mahu menafikan Anwar pembelaan yang sebaik mungkin dalam menghadapi tuduhan berkenaan

ii. Menafi atau menyembunyi dari Anwar bukti yang boleh membantu pembelaan beliau

iii. Ingin “menyerang hendap” Anwar dengan bukti yang tidak boleh diperinci atau disiasat oleh pihak berkecuali sebagaimana yang dilakukan oleh pendakwa raya dalam kes-kes Anwar pada tahun 1998/99.

iv. Menafikan Anwar peluang untuk memeriksa dan mengesahkan contoh DNA dan sampel lain yang “mereka kini sedang gunakan untuk membuat dakwaan tidak berasas” terhadap Anwar.

Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Kondominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas beliau menemui Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri. Anwar ketika itu mengecam Najib berhubung beberapa isu termasuk pembunuhan mangsa Mongolia Altantuya Sharibuu serta sogokan dalam kontrak pembelian peralatan tentera.

Dakwaan Saiful bukan sahaja dilihat mempunyai motif politik malah lebih rapuh apabila doktor yang memeriksa beliau mendapati tidak ada kesan-kesan untuk menyokong dakwaan Saiful kononnya mangsa liwat.

Najib dan UMNO telah menggunakan dakwaan Saiful sebagai modal politik untuk mengaibkan Anwar dan keluarganya pada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Namun cubaan itu gagal apabila Anwar menang dengan majoriti besar dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

RAHSIA ROSMAH MANSOR

69 ORG YANG DITAHAN PADA SIDANG DUN 7 MEI MELAPOR DIRI



Mereka yang kena tangkap sewaktu sidang DUN 7/Mei/09 lapor diri. Tak sampai 10 minit, pihak IPD suruh balik dengan alasan bahawa peguam negara masih buat siasatan..Dato Seri Nizar dan beberapa pimpinan parti,telah bergerak menuju ke Balai Polis Ipoh namun kesemua yang ditahan pada 7 MEI lalu diarah balik tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.Akibatnya ramai yang mersa marah dengan sikap Polis RAJA di Malaysia yang mempermainkan kesemua mereka.Ini boleh dilihat seperti satu lagi mainan politik dari UBN…!!!!!

Selasa, 9 Jun 2009

TINDAKAN TERDESAK UBN: SIBUK DENGAN KERAJAAN PERPADUAN




Isu kerajaan Perpaduan terus menguasai tajuk-tajuk utama media milik Umno@BN. Apabila Umno@BN memberi liputan yang meluas idea yang dikemukakan oleh Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang menunjukkan bahawa Umno@BN merasakan akan mendapat manafaat daripada isu ini. Ditambah pula dengan liputan Lim Guan Eng yang inginkan penjelasan( seronok UBN jadi batu api) Jika tidak jangan mimpi media milik Umno@BN memberi publisiti kepada sebarang berita dan ucapan pimpinan Pakatan Rakyat.

Kepada semua ahli dan penyokong PR dinasihatkan apa-apa perkembangan berkaitan isu ini sila dapatkan maklumat daripada pimpinan dan lidah rasmi parti. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh pimpinan wajib taat selagi tidak menyuruh kepada perkara kemungkaran dan kemaksiatan. Yakinlah keputusan yang dibuat secara musyawarah jauh lebih baik, afdal dan berkat berbanding dengan keputusan secara individu atau kumpulan tertentu. Lebih-lebih mereka yang tak ada kena mengena dan bersangkut paut dengan PR macam hishammudun atau zahid hamidi. Mereka akan tulis dan bercakap berdasarkan apa yang bersarang dalam akal dan pemikiran mereka yang sempit dan terhad.

Usah mudah melatah dan terbawa-bawa dengan propaganda media Umno@BN. Itu memang sudah kerja mereka dulu kini dan selamanya. Malah tidak pelik pun, kerana Umno@BN kini berada dalam situasi tersepit dan terdesak. Pergolakan dalaman Umno , kemelut dalam parti komponen, isu ketelusan dalam pemerintahan dan sistem kehakiman, kegawatan politik dicetuskan Umno di Perak menyebabkan Umno@BN sanggup membuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Sokongan padu dan berterusan majoriti rakyat secara konsisten dalam pilihanraya Umum ke 13 dan pilihanraya kecil pasca pilihanraya begitu mencemaskan UmnO@BN. Begitu juga kerjasama erat yang wujud dalam Pakatan Rakyat begitu dicemburui oleh Umno. Sambutan dan sokongan rakyat kepada PR menyebabkan Umno bertambah panik dan terpaksa menekan butang kecemasan untuk terus bertahan dalam politik negara.

Justeru itu tidak hairanlah pemimpin Umno@BN merasakan isu kerajaan Perpaduan boleh menjadi talian hayat untuk terus berkuasa. Namun yakinlah dengan kebijaksanaan pimpinan PR dan hidayah serta petunjuk dari Allah SWT isu ini akan menjadi perangkap kepada Umno@BN.

UBN PASIR SALAK BUTA SEJARAH



Keengganan Ahli Parlimen Pasir Salak menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam, berkenaan sejarah sebenar kemerdekaan negara.
.

DSAI commenting on Barack Obama's "Engaging the Muslim World" speech



Anwar Ibrahim offering his views on Barack Obama's speech in Cairo on June 4, 2009.

Isu Kerajaan Perpaduan Yang Dibangkitkan Di Muktamar PAS


08 Jun 2009

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.
Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.

KEADILAN berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KEADILAN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Sabtu, 6 Jun 2009

Khamis, 4 Jun 2009

AMK BAGAN DATOH MENGGESA AGAR PROJEK MEGA DIPANTAU DEMI KESELAMATAN DAN HAK RAKYAT



Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh menggesa semua pihak dan seluruh agensi kerajaan atau swasta agar memantau dan memeriksa kembali segala projek pembangunan dan struktur bangunan yang dalam proses pembinaan mahupun yang sudah siap.

Ketua AMK Bagan Datoh, Yahya Sijari berkata bahawa langkah ini perlu berikutan kejadian struktur bangunan Jaya Supermarket dan bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh mengundang situasi cemas dan panik kepada seluruh rakyat.

Beliau juga mendesak semua pihak agar segera meneliti kembali segala prosedur pembinaan dan spesifikasi yang telah ditetapkan dalam sebarang pembinaan bangunan, rumah, jejantas, jambatan dan segala struktur projek pembangunan.

Menurutnya lagi Malaysia yang berada di luar lingkaran api pasifik yang tidak menyaksikan sebarang gegaran gempa yang luar biasa sewajarnya tidak mengalpakan semua pihak dalam merangka dan melaksanakan sebarang pembangunan agar ianya kukuh dan stabil untuh tempoh masa yang panjang.

Justeru, AMK Bagan Datoh menggesa semua pihak mengambil pendekataan proaktif dan pantas untuk memastikan rentetan struktur bangunan runtuh di negara ini tidak berpanjangan.

Antara cadangan-cadangan yang dikemukakan beliau adalah :

Pertama : Prosedur pembinaan bangunan perlu diteliti semula. AMK Bagan Datoh merasakan seluruh agensi yang bertanggungjawab perlu meneliti semula prosedur sedia ada dan memastikan segala prosedur tersebut dipatuhi oleh semua pihak yang melaksanakan sesuatu projek tersebut.

Kedua : Segala projek yang telah dijalankan perlu dipantau oleh sebuah agensi bebas yang mempunyai kredibiliti dan kepakaran agar segala kecacatan dan ketidakpatuhan terhadap sebarang aspek pembinaan yang tidak menepati spesifikasi dapat dikesan dan diperbaiki dengan lebih awal dan pantas.

Ketiga : Pemberian projek perlu memenuhi standart dan kelulusan yang ketat disamping segala unsur rasuah dan penyelewangan dapat dibanteras.

Pihak SPRM perlu proaktif dan bertindak pantas dalam sebarang laporan rasuah yang dibuat dan juga menyiasat daripada semua aspek jika berlaku lagi sebarang kejadian yang tidak diingini ini berlaku.

Keempat : Latihan dan pendidikan semula kepada semua kontraktor-kontraktor dan pekerja di sektor pembinaan sedia ada agar segala aspek pembangunan yang sedang dan akan dijalankan kelak menggunakan teknologi terkini serta mamahami amanah yang dipikul dalam melaksanakan sebarang projek. Malahan dalam aspek pengurusan budget pembangunan projek perlu dipantau agar tidak mengalami ketirisan perbelanjaan akibat unsur rasuah, penyelewangan dan mengambil kadar untung pada kadar yang tidak munasabah.

Kelima : Kerajaan perlu mengarahkan agensi perlaksananya dengan segera mengeluarkan arahan untuk memeriksa semua struktur bangunan, premis , jambatan, jejambat , lebuhraya, lapangan terbang dan lain-lain diperiksa dengan segera kembali. Kita tidak mahu kejadian bangunan runtuh akibat kelemahan manusia ini berlaku kembali. Malahan ianya menjejaskan imej negara apabila projek Ringgit Malaysia ratusan juta berhadapan dengan masalah serius. Kini rakyat semakin bimbang dengan tahap keselamatan mereka akibat rentetan kejadian struktur bangunan runtuh
tersebut.

"Kejadian ini juga perlu mencelikkan semua pihak agar tidak duduk diam dalam menangani isu ini. Undang-undang dan peraturan sedia ada tidak akan berguna jika sekadar menjadi hiasan dan tiada sebarang tindakan tegas untuk melaksanakan dan penguatkuasaan.

AMK Bagan Datoh juga menggesa aspek penyelenggaraan bangunan dan kemudahan awam dijalankan dengan lebih komited , sistematik dan bersepadu.

"Tiada gunanya jika projek berbillion-billion dilaksanakan tetapi dalam aspek penyelenggaraan tidak diambil kira untuk survival dalam waktu yang panjang," kata Yahya sijari.

Beliau juga berharap agar kejadian yang berlaku ini menjadi yang terakhir akibat faktor kecuaian manusia.

Semua pihak khususnya kerajaan perlu proaktif dalam isu ini. Kegagalan bertindak pantas pasti mengundang kecelakaan yang sukar dijangka di masa hadapan.

Kini adalah masa untuk bertindak menyelesaikan masalah dan bukan hanya menjalankan siasatan dan akhirnya ditutup tanpa sebarang penambahbaikan dan penguatkuasaan katanya lagi.


PUNCA TRAGEDI DI TERENGGANU.....(TEMBAKAN LASER YANG BERKUASA TINGGI DARI RAKSAKSA UBN)


10 SAAT KEMUDIAN......

KRISIS PERAK KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN 8 JUN INI





Walaupun masih belum menerima penghujahan bertulis keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei yang mengesahkan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar, namun ini tidak menghalang langkah Mohammad Nizar Jamaluddin untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

"Kita masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Walau bagaimanapun setelah berbincang dengan peguam pihak kami akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin 8 Jun depan," kata Nizar.

Tambahnya pasukan peguam beliau akan memohon agar rayuan beliau akan didengar oleh panel penuh sembilan hakim.

Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei.

Bagaimanapun faks daripada pejabat Mahkamah Rayuan memberitahu bahawa mahkamah tersebut masih dalam proses menyediakan penghakiman bertulis tersebut menurut peguam Nizar, Leong Cheok Leng.

"Kita berharap akan menerima dokumen tersebut pada minggu ini supaya kami dapat bersedia untuk proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan," katanya.

Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rauian beliau.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung sidang 15 Jun depan.

Isnin, 1 Jun 2009

1 PERAK GELITA....












Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak dan Himpunan Aman ini adalah bagi meneruskan bantahan pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional dan mendesak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.

Program sehari yang membabitkan setiap Dun seluruh Perak telah bermula pukul 6 petang dan diisi dengan ucapan daripada pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat Dun masing-masing.

Ini diikuti dengan berbuka, solat Maghrib dan bacaan Surah Yassin. Selepas Isya’ solat hajat berjamaah akan diadakan dikuti dengan tazkirah.

Bagi penyokong bukan Islam sebagai menghormati program tersebut mereka boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di tempat masing-masing.

Semua penyokong Pakatan Rakyat berpakaian hitam tanda sokongan padu.

sekitar keputusan PENANTI dan ceramah kemenangan RAKYAT

TAHNIAH KPD DR MANSOR DARI AMK BAGAN DATOH











Debaran amat terasa apabila kami bergerak sekitar jam 740 mlm ke IKBN di mana tempat pengumuman calon diadakan. Jalan masuk telah ditutup oleh POLIS sejak awal lagi menyebabkan penyokong PR terpaksa berjalan kaki dengan harapan dapat bersama2 dalam memperdengar keputusan pengundian. Tetapi amat kecewa sekali apabila dihadapan IKBN kami ditahan sekali lagi oleh POLIS.... kami sekadar penyokong, bukannya pemberontak.YB2 PR juga tidak dibenarkan masuk dengan alasan tiada pas masuk.

muka kak min dan ramizu haram tidak kelihatan.

Ribuan rakyat hadir di Yayasan Aman untuk meraikan kemenangan Pakatan Rakyat.

Ucapan kemenangan telah disampaikan di Yayasan Aman Penanti sebebtar tadi dan telah di pengerusikan oleh YB Dato Johari Abdul, YB Saifudin Nasution telah menyampaikan amanat beliau disusuli oleh ADUN Penanti memerangkap TKM1yang baruYB Dr Mansor Othman, turut kelihatan Ust Salleh Man YDP PAS Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.

Antara yang turut hadir Sdr Md Sabu, YB Azmin Ali, anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang- YB Abd Malik Kassim, YB Lim Hock Seng, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Abd Halim Husin, Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang Datuk Zahrin Hashim serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Keputusan Penuh Dari Pusat Pejumlahan Undi

Keadilan-6052
Kunci-392
Waw-494
Payung-56

Dr Mansor Othman Dari Parti Keadilan Rakyat menang dengan majoriti 5558 undi

kita jumpa di Manek Urai......