Rabu, 18 September 2013

PEJUANG ATAU PETUALANG?

GAMBAR ATAS: Lord Luis memberikan medal star Burma pada tahun 1946 di singapura kerana jasa Chin Peng menyekat kemaraan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941-1945. GAMBAR BAWAH: "TUN ABDUL RAZAK (BERCERMIN MATA) KETIKA MEMASUKI LATIHAN TENTERA JEPUN (GAMBAR MUZIUM NEGARA)" - (mukasurat 327, Biography of Tan Sri Samad Idris) Tercatat dalam lipatan sejarah, Jepun pernah menyerang Malaya dan menjajah Tanah Melayu. Sejarah juga membukti, tempoh penjajahan Jepun, ramai rakyat Malaya ketika itu hidup dalam kepayahan akibat penindasan pentadbiran Jepun. Justeru, dicatatsejarahkan sesiapa yang bersekongkol dengan pentadbiran Jepun semasa pemerintahannya di Tanah Melayu ketika itu sebagai pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara. Gambar di atas yang tersimpan di muzium negara membuktikan penglibatan secara langsung Abdul Razak bin Hussien dalam latihan ketenteraan Jepun. Ketika rakyat Tanah Melayu susah dan menderita akibat penaklukkan Jepun dan di saat rakyat marhean dan para komunis berjuang menggadai nyawa untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan tentera Jepun, pemuda bernama Abdul Razak bin Hussien, bapa kepada Najib bin Razak, dengan bangganya menyertai latihan ketenteraan Jepun. (Tun Abdul Razak when he is receiving japan military training during World War 2) The Hidden Truth: When Chin Ping and the rakyat miskin is busy fighting the Japanese during World War 2, (WW2) to protect our Tanah Melayu, our former Prime Minister Tun Abdul Razak is receiving his special training with the Japanese ARMY !!! As Malaysian is our duty to share the true historical fact out !!. Kalau Chin Ping yang berjuang menentang Jepun untuk membebaskan negara daripada penjajahan dianggap sebagai pengkhainat, mengapa sejarah negara menganggap Abdul Razak Hussein yang jelas bersama tentera penjajah sebagai pahlawan?

Selasa, 17 September 2013

Terima Kasih Chin Peng

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Ching Peng yang telah meninggal dunia. Nama Chin Peng ini bukan saja digeruni oleh barua penjajah malah sehingga akhir riwayat dia dengan abu mayat pun masih lagi ditakuti barua warisan penjajah. Jika Henry Gurney bukan anak kelahiran Malaysia, bapa pengasas negara israel diabadikan namanya di sekolah dan jalan dalam Malaysia. Chin Peng anak kelahiran Sitiawan, Perak, pejuang kemerdekaan negara dan orang yang bertanggungjawab membunuh Henry Gurney tidak dibenarkan balik ke Malaysia tanah kelahiran dia, malah abu mayat pun tidak dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia. Tika mana kita berbangga dengan bangunan tinggalan warisan penjajah dalam negara kita, pejuang kemerdekaan kiri negara ini dinafikan hak dan keinginan beliau pada saat akhir hidup untuk pulang ke Malaysia Ini membuktikan bahawa sejarah pejuang kiri negara Malaysia itu bukan saja cuba disembunyikan malah barua warisan legasi penjajah ini masih lagi mahu membodohkan rakyat. Sepatutnya sejarah itu diraikan dan diberi penghargaan kepada siapa saja susuk tubuh atau gerakan yang lawan menetang penjajah. Sejarah sebenar perlu dihormati agar disiplin ilmu itu difahami, Biarlah generasi kini dan akan datang terus mencari, membaca sejarah sebenar serta menilai dan akhirnya sejarah yang digelapkan itu akan terus dipertikai generasi demi generasi. Terima kasih komrad Chin Peng Terima kasih wahai pejuang kemerdekaan Malaya SAMM PERAK 16 September 2013

Ahad, 15 September 2013

The Power and Potential of Nonviolent Struggle

The Power and Potential of Nonviolent Struggle by Gene Sharp Gene Sharp, Senior Scholar of the Albert Einstein Institution, shares insights from his life study of how nonviolent struggle can work. For many years Gene and the Albert Einstein Institution have been mentors and catalysts for nonviolent struggle throughout the world. In this film Gene shows with example after compelling example what it takes to nurture successful nonviolent struggle. Military people trained in violence as the only way and people fighting against military violence can change their minds, hearts and ways as they learn how nonviolent struggle can work. Thoughtful strategy, discipline to carry it out, a willingness to learn and understand what people of a place want and will support are essential aspects of nonviolent struggle. Political power is not intrinsic to rulers nor is it monolithic. Political power is derived from the people of a place and will disintegrate when people withdraw their obedience and support. The film opens with a trailer of the award winning film - How To Start A Revolution. Gene gave this talk, in 1990 at the National Conference on Nonviolent Sanctions and Defense in Boston. Since then he continues his work, ever more research, and writing that is translated into numerous languages where ever nonviolent struggle challenges non democratic ways. Gene Sharp's books are available for order or free download from The Albert Einstein Institution, www.AEinstein.org Including: From Dictatorship to Democracy, Self-Liberation, There Are Realistic Alternatives This film is also available for broadcast on public access TV to download from PEGMedia.org. Phone your local public access TV station and ask them to broadcast this film so your local community can meet Gene Sharp and understand nonviolent struggle is a better alternative than war and other forms of violence

Jumaat, 13 September 2013

Apa dh jadi sebenarnya ZAHID HAMIDI???

tuduhan zahid ini dibuat 10 hari sblm pru 13 dan 132 hari selepas pru 13..drp beliau menjadi menteri pertahanan sehinggalah skrg beliau menjadi menteri dlm negeri..bkn main ykn lg bila beliau berkata "segala keterangan tlh dirakam dan direkodkan,kami dah ada semua itu"...PERSOALANNYA:KENAPA SEPI SAMPAI SKRG??KNAPA TK DAKWA "DALANG2" ITU YG KAMU KATA AKAN DIDAKWA SELEPAS PRU 13??ADAKAH DALANG2 ITU BNR2 WUJUD ATAU KAMU SDN SEBENARNYA DALANG YG INGIN MEMBURUK2KAN PEMIMPIN PR?? TENTERA SULU YG DITAHAN KE MANA??? kalau kamu yg tdk mendakwa berkemungkinan kamu yg bakal didakwa krana membuat tuduhan palsu..adakah pemimpin yg cakap berbelit2 mcm ni yg patut diletakkan sebagai naib presiden umno??..

Bersuara akan dipenjara.... ini berlaku di Malaysia

Tragedi. 2 keputusan penghakiman yang berbeza tetapi melibatkan peserta2 demo di negara neh. Kedua2 kes telah menyebabkan OKT dipenjarakan dengan setahun dan dua tahun. Kes pertama melibatkan 13 peserta demo yang melawan rampasan kuasa di Perak. Rujuk sini. Kes kedua pula melibatkan seorang peserta demo yang menyertai perhimpunan BERSIH 3 sehingga terlibat dalam konflik yang tidak disangka2. Kes berlaku di Terengganu. Penoreh getah yang berusia 26 tahun dihukum penjara setahun dan denda RM5,500 setelah didapati bersalah dalam 3 pertuduhan. Yang pertama ; Rosakkan kereta polis. Yang kedua ; Cederakan pegawai polis yang bertugas. Yang ketiga ; Cederakan wartawan Alhijrah. Kenapa demo yang begitu aman seperti BERSIH boleh bertukar menjadi GANAS? Mestilah sebab ada tukang yang buat PROVOKASI. Bila ada rakan2 perjuangan kita gagal menahan EMOSI maka mereka terperangkap lalu bertindak melakukan sesuatu yang mereka tak pernah ada niat nak buat pun. BTW, yang aku heran, berlambak2 rakyat kena bantai walaupun tak buat salah pada demo BERSIH 3 tue apa citer pula? Aku tak kata mencederakan POLIS itu betul. Merosakkan kereta polis itu betul. Ataupun memukul wartawan Alhijrah itu betul. Harap faham disini ye. Cuma aku kata kita perlu memahami kenapa rakyat marah sangat pada demo BERSIH 3. Bahkan selepas demo BERSIH 3 siri2 demo selepas itu pun RAKYAT jadi semakin MARAH dari hari ke hari. Ini kita kena fahami juga. Apa pun tindakan keras dan tegas hakim negara ini berkaitan dengan peserta2 demo menyebabkan aku memikirkan sesuatu. Apakah ini satu hint atau amaran langsung kepada rakyat bahawa jika kita melibatkan diri dalam apa juga demo, dan jika kita ditangkap, maka kita akan didakwa tanpa kompromi. Oleh kerana aktivis2 seringkali terlepas dengan denda akibat kutipan derma orang ramai, maka mungkin sudah sampai masanya penjara adalah tempat untuk mengendurkan semangat juang pejuang2 rakyat di negara ini? Jika ya apakah strategi mereka berkesan pada tanggapan korang?

Kudeta Perak: Pemenjaraan Segera 13 Aktivis Satu Kekejaman!

Kenyataan Umum 13 September 2013 Kudeta Perak: Pemenjaraan Segera 13 Aktivis Satu Kekejaman! Hari ini menyaksikan satu lagi siri hitam pasca PRU berlaku apabila 13 peserta demonstrasi menentang rampasan kuasa negeri Perak dipenjara serta-merta. Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada semua aktivis yang membantah kudeta di Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 adalah kejam dan tidak berhati perut. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar semua peserta demo dibebaskan segera bagi memberi laluan kepada pembelaan rayuan di mahkamah tinggi yang dinotiskan oleh peguam. Kerajaan pemerintah yang sebelum ini pernah menjatuhkan kerajaan sah negeri Perak melalui rampasan kuasa, hari ini telah menunjukkan belang taringnya menggempur rakyat yang hanya menyuarakan bantahan. Selepas menang PRU13, kerajaan kini boleh lakukan apa sahaja demi menunjukkan kekuasaan mereka bertujuan menakutkan rakyat. Ketika pembunuh dibebaskan, ketika perasuah dan peragut wang rakyat berprofile tinggi diberi hukuman yang cukup ringan, 13 rakyat yang menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa diberi hukuman cukup berat dan tidak setimpal. Malah 13 rakyat biasa ini dilayan seperti penjenayah berat! SAMM mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kamu hari ini tidak punya pilihan selain terus menderita dalam negara sekejam ini, ketika ruang demokrasi ditutup dan jika bersuara akan dihukum dengan seperti penjenayah. Hukuman yang tidak mengambil kira soal kemanusiaan ini juga bersifat seperti di zaman penjajah. Dengan tekanan terhadap rakyat seperti ini, apakah kita sudah benar-benar merdeka? Justeru SAMM menyeru semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit dan lawan. Ayuh bersama SAMM Perak, turun ke penjara Tapah memberi solidariti kepada 13 saudara kita yang dianiaya oleh regim legasi penjajah. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia

Rabu, 11 September 2013

KENYATAAN MEDIA DAN JADUAL JELAJAH #BantahTPPA

KENYATAAN MEDIA 10 SEPT 2013 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak putus usaha untuk terus menggesa semua pihak bersatu menentang perjanjian TPPA yang disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru. Lebih malang apabila penjajahan baru ini dihalalkan oleh pemerintah di atas kepentingan tertentu yang tidak menyebelahi rakyat. Semua rakyat harus disedarkan betapa perjanjian TPPA ini adalah 'keganasan ekonomi' yang bukan sahaja bakal menyebabkan rakyat ditindas oleh konglomerat bertaraf dunia yang bersifat 'samseng antarabangsa' secara terus, malah maruah kedaulatan negara turut tergadai. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Perjanjian TPPA tidak akan ditandatangani ketika kedatangan Presiden Obama di Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan pada bulan depan. Namun ramai yang tidak sedar proses metrai perjanjian TPPA hanyalah satu penangguhan. Ia tetap akan berlaku setelah pasukan perunding mencapai 'kata sepakat' yang dinafi dari pengetahuan umum. Maka satu Jelajah #bantahTPPA anjuran SAMM bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Gabungan membantah TPPA (BANTAH) dengan pendokong utamanya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) akan dilaksanakan bermula 17 September. Jelajah #bantahTPPA yang berbentuk ceramah umum ini akan merangkumi 13 lokasi di seluruh Negara dengan agenda utamanya menggerak mobilisasi untuk satu demonstrasi besar di KLCC pada 11 Oktober depan. Jelajah ini menampilkan wakil dari parti politik PR dan BN selain aktivis BANTAH dan wakil MTEM untuk sepentas menerangkan bahana penjajahan TPPA. SAMM dan rakan sekutu sekali lagi secara rasminya mengundang dua tokoh utama tanahair DS Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir untuk bersama dalam satu pentas raksasa pada aksi kemuncak Jelajah #bantahTPPA bertempat di KSS Kampung Baru pada 10 Oktober 2013, iaitu sehari sebalum demonstrasi besar #bantahTPPA menyambut Presiden Amerika, Barrack Obama di KLCC. Kedua-dua tokoh ini dilihat begitu lantang menggesa kerajaan Malaysia menolak Perjanjian TPPA. Dalam masa yang sama, Tun Mahathir dan DS Anwar juga pernah saling menuduh masing-masing pro kepada US. Maka kita sediakan ruang dan peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk mengenepikan tuduhan, lantas mengenepikan permusuhan politik domestik demi mempertahan kedaulatan negara. Rakyat juga sudah tentu ingin melihat sama ada tokoh-tokoh ini semata ingin pertahan ego politik domestik atau tampil mempertahankan negara dari dijajah ekonominya. Dikepilkan bersama, jadual penuh Jelajah #BantahTPPA yang akan singgah ke seluruh negara membawa penerangan demi kesedaran umum, betapa tanahair sedang dalam proses dijual jika rakyat tidak bertindak keras dan radikal dalam perlawanan ini. CHE'GUBARD Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) MEWAKILI SELURUH SEKUTU BADAN BERTINDAK BANTAH TPPA JADUAL JELAJAH #bantahTPPA MENJELANG DEMONSTRASI ANTI-TPPA | KLCC | 11 OKT 2013 SEPT 17 | TAMAN MELATI | WANGSA MAJU | K.LUMPUR (KICK-OFF) | 012-2231239 SEPT 19 | BUKIT GEDONG | BAYAN BARU | P.PINANG | 017-4760274 SEPT 20 | DEWAN KG BERJAYA | ALOR SETAR | KEDAH | 017-5568557 SEPT 21 | DATARAN RAKYAT DUN INDERA KAYANGAN | KANGAR | PERLIS | 019-4342244 SEPT 24 | MERU | IPOH | PERAK | 019-3039240 SEPT 26 | KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM, BADAK (KPI) | BACHOK | KELANTAN | 019-9317608 SEPT 27 | JALAN GONG PASIR | DUNGUN | TERENGGANU | 019-9809974 SEPT 28 | PADANG BALOK MAKMUR | KUANTAN | PAHANG | 017-9140090 OKT 1 | PUSAT KHIDMAT DUN KUALA KURAU | PARIT BUNTAR | PERAK I 012-5595258 OKT 4 | PUSAT KOMUNITI BAKRI-BENTAYAN | MUAR | JOHOR | 013-7133652 OKT 5 | TAMAN ASEAN | BANDAR MELAKA | MELAKA | 012-2478016 OKT 6 | TAMAN TASEK JAYA, SENAWANG | SEREMBAN | N.SEMBILAN | 018-3510949 OKT 8 | DEWAN SERI SEKINCHAN | SELANGOR | 012-3312364 OKT 10 | GRAND FINALE | KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU | 010-2675872

DAP Buat Hal Lagi Di Selangor : DAP kecam diskriminasi syarikat terhadap wanita bertudung

PETALING JAYA, 10 SEPTEMBER: DAP menggesa syarikat di Malaysia melayan calon pekerja secara adil dan saksama dalam proses pengambilan pekerja serta menilai mereka bukan daripada segi cara berpakaian tapi berdasarkan kecekapan, keupayaan dan produktiviti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, ekonomi negara akan mendapat manafaat jika semua syarikat bebas daripada diskriminasi dengan pekerja yang diambil menjalankan kelangsungan syarikat. “Wanita Muslim sepatutnya bebas mengamalkan tuntutan agama dan tidak wajar bagi majikan atau mana-mana pihak memaksa mereka memakai atau tidak memakai tudung. Mereka seharusnya bebas daripada apa jua bentuk diskriminasi dan prejudis, tidak wajar menempatkan mereka pada kedudukan lebih lemah dalam proses pengambilan pekerja apatah lagi langsung tidak diterima seperti yang dilaporkan. “Perkara ini bukan isu agama tetapi soal keadilan dan hak sama rata. Adalah amat perlu untuk melihat kembali keperluan memasukkan klausa pakaian dalam bahagian berkaitan diskriminasi di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang terdapat dalam perlembagaan Amerika Syarikat dan Mexico. “Perkara 8, Perenggan 2 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ‘tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam’,” katanya dalam kenyataan. Beliau yang juga Strategis Sosial Media DAP berkata demikian merujuk kepada status laman sosial Facebook wanita Muslim, Mira Kamil, baru-baru ini yang mendedahkan pengalamannya di mana kebanyakan syarikat di Malaysia tidak mengambil wanita bertudung bekerja. Permohonan kerja beliau di beberapa syarikat bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ditolak dengan alasan syarikat terbabit tidak mengambil wanita bertudung. Kejadian ini juga disahkan Harian Metro apabila seorang daripada wartawannya menyamar untuk mencari kerja di syarikat terbabit namun ditolak atas sebab sama. “Saya sekali lagi menekankan bahawa syarikat sepatutnya mengambil pekerja berasaskan merit dan kecekapan bukan daripada segi cara pemilihan mereka untuk berpakaian mengikut kepercayaan agama yang diamalkan,” ujarnya. -Roketkini.com

RTM perli polis....

Enggan siasat semula kes Altantuya, polis cuba tutup jenayah

KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER: Keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa. “Mereka tidak minat untuk cari siapa yang bunuh Altantuya. Nampaknya, Ketua Polis Negara (KPN) tidak endah ada pembunuhan walaupun jelas beberapa orang terlibat. “Mereka tidak nampak keperluan untuk melihat siapa yang membunuh dan mendapatkan satu keadilan terhadap mangsa pembunuhan. “Nampak sangat mereka lepas tangan, tak ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku, ini merupakan cara menutup jenayah,” kata Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, dipetik TV Selangor. KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan siasatan baru tidak perlu dan mahu semua orang menghormati keputusan mahkamah. Latheefa menyifatkan, siasatan tidak profesional polis boleh memberi kesan terhadap sesuatu kes di mahkamah. “Kerja polis tak mantap, tak complete (selesai) dan memberi satu penyiasatan yang tidak sempurna kepada mahkamah. “Sudah tentu mahkamah perlu melepaskan seseorang itu kalau tak cukup bukti. Yang salahnya polis kerana siasatan tidak profesional,” katanya.

Idris Jusuh Pula Tunjuk Bodoh

Seronok tinggal dan menjadi warganegara Malaysia. .patutla berebut warga asing mintak ic!!! Rupanya kita dapat menteri cerdik dan setiap nafas para menteri mewakili jiwa rakyat!! Untung rakyat Malaysia. .punyai menteri berjiwa rakyat..menteri yang mebela rakyat..sebelahi rakyat...itulahyang rakyat nak!!! Berbaloi baloi lantik menteri menteri ni..tak sia sia pangkah BN!!!Bak kata menteri tersayang..bukti perihatin kepada rakyat..cer tengok 1 ) Ayam mahal - jangan makan ayam makan daging / ikan ( padahal daging/ikan lagi mahal) 2 ) Rumah mahal - jangan beli rumah kalau tak mampu dah lah. (Sambil menunjukkan kotak kotak dan gambar khemah..terselit gambar jambatan..maybe suruh duduk bawah jambatan he he he ) 3 ) Kereta mahal - jangan beli Kereta. Kannn?? 4 ) Kos sara hidup mahal - pindah masuk hutan.Simple kan? 5 ) System pelajaran celaru - kejap Bi kejap Bm.. hantar anak belajar luar negara..mudah bukan? Nah..tu antara contoh bukti menteri yang rakyat pangkah undi hari tu MEWAKILI RAKYATNYA. Seronoknya...

Khamis, 11 Julai 2013

Gendang GST makin kuat bagaikan makin dekat !

Menteri Kewangan menafikan GST dalam masa terdekat tetapi bunyi riuh rendah GST kedengaran semakin kuat di mana-mana. Rakyat pula terus lelah melihat harga barangan keperluan di pasar, di kedai-kedai runcit, semakin melambung tinggi. Paling sakit hati harga barangan sudah tidak ada pengumuman kenaikan harga dah, naik senyap-senyap je! Orang yang tak biasa turun membeli keperluan hidup tak tahu, orang yang biasa membeli amat tahu, semuanya mahal hari ini! Hari-hari rakyat di luar bandar terutama orang Melayu merungut, harga barang makin mahal. Namun pangkah tetap pangkah Umno/Bn! Berpolitik cara tidak cerdik jugak yang dipilih, pilih Umno/Bn sampai ke tua!! GST kini makin dekat!

Rabu, 3 Julai 2013

Hanya satu dari lima laporan rasuah disiasat SPRM

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM hanya membuka satu kertas siasatan dari setiap lima kes yang dilapor, dedah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Beliau membandingkan statistik tahun 2011 antara SPRM dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC). Menurut Rafizi, sebanyak 6,475 maklumat berhubung rasuah diterima SPRM pada 2011, namun hanya 1,304 atau bersamaan 20% kertas siasatan yang dibuka. Berbanding ICAC yang menerima 4,010 laporan, namun membuka 3,072 kertas siasatan bersamaan 77% dari keseluruhan maklumat rasuah di Hong Kong pada tahun yang sama. “Ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat yang meragui keberkesanan SPRM. Menteri yang bertanggungjawab harus mengambil cabaran ini dengan serius,” kata Rafizi di Dewan Rakyat. Tambah Rafizi, sabitan kesalahan kes dikendalikan ICAC lebih tinggi mencecah 86% berbanding kesalahan kes yang dibawa oleh SPRM, iaitu sekadar 68%. Tegasnya, SPRM perlu membuktikan keberkesanan melalui pendakwaan terutamanya melibatkan laporan terhadap tokoh besar, seperti Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud. Penolong Pesuruhjaya Bahagian Siasatan SPRM, Lim Bee Kean pada 29 Jun mendedahkan, badan itu perlu meneliti 400 fail dan kenyataan lebih 20 individu melibatkan kes rasuah Taib Mahmud. “Mengatasi persepsi terhadap SPRM bukan semata-mata melalui iklan atau kempen jenama mahal yang menelan wang rakyat,” tegasnya.

Akhirnya PERKASA sedar diri.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir. Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan. "Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa" Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini. Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya. "Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa. "Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya. 3 Julai, 2013.

Isnin, 1 Julai 2013

Asal boleh tibai DSAI mesti muka depan

Sewaktu Senator Nick Xenophone dihalau pulang dari Malaysia lantaran keterlibatan aktifnya dalam politik negara ini serta keakrabannya dengan pemimpin oposisi, pesuruh propaganda United Malays National Organisation begitu bersemangat sekali menyuruh Senator Australia itu tidak masuk campur urusan politik Malaysia. Malaysia, bagi orang UMNO, dan politik Malaysia terutamanya hanya boleh dibicarakan, atau dimainkan oleh orang Malaysia sahaja. Malah para macainya turut galak menyatakan bahawa ehwal politik Malaysia hanya patut dikerjakan oleh mereka yang ‘ahli’. Dalam kata lain, hanya politisi UMNO. Selain daripada itu, tak boleh. Maka apabila saya melihat obsesi lidah rasmi UMNO dengan politisi Indonesia, si Jusuf Kalla; saya jadi keliru. Adakah Jusuf Kalla itu halal terbabit politik Malaysia kerana dia bersongkok macam orang UMNO? Muka depan Utusan Malaysia minggu lalu memetik Jusuf (disebut ‘Yusuf’) sebagai menyebut bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai imaginasi yang melampau. Selalunya kalau tajuk berita seperti ini disiarkan Utusan Malaysia, kita akan menyangka bahawa Utusan Malaysia mahu bercerita mengenai fantasi pelik Anwar yang pernah diberitahu kepada Jusuf. Ya lah, Utusan dan kelucahan kan hampir langsung tidak dapat dipisahkan. Tetapi Utusan Malaysia kali ini cuba memberitahu kita bahawa Anwar berimaginasi mahu menjadi Perdana Menteri meski kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Apa yang Utusan Malaysia tidak beritahu kita adalah Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar tidak kalah, malah menambah bilangan kerusi di Parlimen. Utusan Malaysia juga tidak beritahu kita bahawa 51% daripada jumlah keseluruhan pengundi memilih Pakatan Rakyat dan kerajaan UMNO yang ada hari ini ialah kerajaan minoriti yang gagal kelihatan popular di mata keseluruhan pengundi serata negara. Namun disebabkan Utusan Malaysia ini akhbar milik UMNO dan melazimi fitnah dan mahir manipulasi politik persepsi, maka disembunyikan hakikat yang itu dan sekadar bermain retorika imaginasi Anwar dan keinginan rakyat untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional (BN). Seolah-olah BN, Najib Razak, Muhyiddin Yassin langsung tak ada nafsu untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Dan Jusuf Kalla dipergunakan UMNO dan organ propagandanya untuk memperlihatkan apa yang ia mahu rakyat tahu. Langsung tidak disebut apa sebenarnya rundingan belakang pintu yang dibuat antara ketiga-tiga pemimpin itu. Asalkan boleh membantai Anwar Ibrahim, maka itulah dia bahan berita muka depan Utusan Malaysia. Seolah-olah tak ada berita lain, meski sudah hampir dua bulan pilihan raya berakhir. Ternyata obsessi Utusan Malaysia dan UMNO dengan si Anwar Ibrahim ini sampai kiamat pun tak akan berakhir. Barangkali itulah imaginasi melampau Utusan Malaysia setiap malam sebelum tidur. Imaginasi yang menjadi igauan dan mimpi ngeri berulang kali – Anwar Ibrahim.-Roketkini

Polis, SPRM Dan SPR Buat Bodoh Sahaja Terhadap Kesalahan Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai. Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu. Katanya, dalam video terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras. Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 ‘pekerja pilihan raya’ sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi. Ini bererti lebih daripada seorang ‘pekerja pilihan raya’ diperlukan Zahid untuk memenangi satu undi dan perkara itu boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia. “Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” kata Kit Siang dipetik Roketkini. Sementara itu, menurut laporan Keadilan Daily, PKR berusaha membatalkan kemenangan Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datoh dengan pendedahan bukti video pemberian rasuah untuk mengundi beliau. Video-video tersebut boleh didapati di Youtube yang mendakwa Zahid mengakui memberi RM100 kepada 23,000 orang dan 5kg beras dengan “pelekat” untuk diberikan kepada pekerja kempen BN. “Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya. “Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen,” kata Rafizi Ramli. Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dua petisyen pilihan raya difailkan berhubung salah laku calon BN di Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk membelanjakan lebih RM2 juta semasa berkempen. Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, petisyen pertama membabitkan sogokan dilakukan Zahid kepada pengundi dengan memberikan mereka wang RM100 dan 5 kilogram beras setiap orang. “Satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya dan kesalahan mengambil petugas pilihan raya dalam jumlah yang tidak munasabah,” katanya. Rafizi berkata, Zahid membelanjakan lebih RM2 juta ketika berkempen, iaitu melebihi had yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak RM200,000. Menteri Dalam Negeri itu juga menggunakan 24 ribu petugas pilihan raya, sepertimana diakui sendiri dalam video yang dimuatnaik di laman web rasmi beliau. Dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi, Rafizi turut menunjukkan video berkenaan di mana Zahid turut mengaku memberi wang dan beras kepada pengundi. “Zahid telah melakukan tindakan kurang bijak dengan menayangkan kenyataannya secara terang-terangan,” kata Rafizi kepada media.

Pahang Negeri Pertama Larang adakan Tazkirah di bulan Ramadhan

Ahad, 30 Jun 2013

SPR Terus Perbodoh Rakyat: Tiada Logik Dakwat Kekal Untuk PRK

Kenyataan Media 28 Jun 2013 SPR Terus Perbodoh Rakyat: Tiada Logik Dakwat Kekal Untuk PRK Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N1 Kuala Besut. Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat? Logiknya penggunaan sistem dakwat kekal ialah untuk memastikan setiap pengundi dicalit dakwat tersebut sebagai tanda sudah mengundi, dan ia melibatkan semua pengundi pada pilihanraya umum. Dakwat seharusnya kekal selama 7 hari memandangkan hampir 300 ribu pengundi awal dan pengundi pos membuang undi mereka 5 hari sebelum hari mengundi. Maka jika sistem ini berjalan baik, mereka yang sudah mengundi samada pengundi awal atau pengundi biasa, tidak boleh mengundi kali kedua kerana dakwat masih dijari. Ini konsepnya. Tetapi apa yang berlaku pada 5 Mei lalu ialah ratusan ribu pengundi awal telah terdedah untuk mengundi lebih dari sekali malah pengundi yang membuang undi 5 Mei juga boleh berbuat demikian kerana didapati dakwat kekal itu sebenarnya pewarna tiruan sahaja, tidak mampu kekal walau 5 minit merujuk kepada banyak kes dan laporan polis. Integriti pilihanraya hancur dan undang-undang PRU-13 dicemari dengan teruk sekali. Kini setelah SPR hilang sepenuhnya kepercayaan rakyat dan didesak oleh majoriti rakyat supaya berundur, SPR yang sama telah cuba untuk perbodoh rakyat dengan cadangan sistem dakwat kekal di PRK K.Besut. Mana mungkin sebuah pilihanraya kecil mengamalkan sistem dakwat kekal melainkan pengundi di seluruh negara selain pengundi DUN K.Besut ditandakan dakwat kekal terlebih dahulu sehari sebelum hari pengundian N1 K.Besut. Dengan kata lain, menandakan dakwat kekal kepada hanya sekelompok pengundi di K.Besut sedangkan berbelas juta pengundi tempat lain bebas untuk masuk dan menyamar sebagai pengundi. Dakwat kekal untuk pilihan raya kecil adalah sangat tidak relevan. Justeru itu, SAMM melihat cubaan Timbalan Pengerusi SPR membuktikan dakwat yang bakal digunakan di PRK K.Besut lebih kekal dari 5 Mei adalah berniat jahat untuk menutup isu sebenar. Rakyat kini tidak mahu lagi dakwat kekal, rakyat mahu dakwat kekal pada 5 Mei dan kegagalan berbuat demikian sepatutnya kamu dan semua koncu kamu meletakkan jawatan. Cubaan yang baik dari SPR, namun rakyat semakin bijak dan semakin kental untuk terus melawan! Biarpun ada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerima keputusan pilihanraya sepertimana ahli parlimen Barisan Nasional, namun rakyat tetap menolak keputusan yang penuh penipuan, menggelapkan demokrasi yang juga merampas kemanangan rakyat. Anak muda akan lawan sampai menang! Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan! Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

SPRM akan siasat SPR berhubung kemelut dakwat kekal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut. Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas. Terdapat rungutan umum berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 5 Mei. Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan. SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal. Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus. Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis. - sumber .TMI

PENYAMUN DILANTIK PENGERUSI TABUNG HAJI?

Inilah yang berlegar di blog-blog Umno yang mengatakan Azeez Rahim, ahli Parlimen Baling dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mungkin ada benarnya kerana Najib kini sedang mem’bedak’ jawatan-jawatan sedemikian di kalangan Umno seperti juga dilaporkan TMI. Antara sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan – Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji, Perbadanan Nasional Berhad. Blogger Rocky Bru juga bercerita tentang Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mengikut maklumat dari laman web Tabung Haji, pada tahun 2011 dia dilantik Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji. Munasabahlah kalau dia akan dinaikkan ‘pangkat’ oleh Najib sebagai Pengerusi Tabung Haji. Maka akan bersepahlah muka-muka 47 persen dalam syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan. Duit Tabung Haji pun banyak juga untuk dikebas atas nama projek dan elaun, insyaallah boleh senyum sepanjang masa.

Khamis, 4 April 2013

TAMATNYA TEORI RAHMAN

R= RAHMAN
A= ABDUL RAZAK
H= HUSSEIEN ONN
M= MAHATHIR
A= ABDULLAH
N= NAJIB

KEADILAN genap 14 tahun hari ini, tarikh keramat ‘Reformasi’


KUALA LUMPUR 4 APRIL: KEADILAN hari ini mencapai genap usia 14 tahun selepas ditubuhkan pada 4 April 1999.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tanggal 4 April merupakan tarikh keramat lahirnya Parti Keadilan Nasional yang kemudian ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
“Salam Reformasi! Hari ini 4 April adalah tarikh keramat lahirnya Parti Keadilan Nasional. Satu wadah baru perjuangan dan kebangkitan rakyat. Selamat hari keadilan. Reformasi!” kata Wan Azizah sempena ulang tahun itu.
Idea untuk menubuhkan sebuah parti politik baru timbul selepas insiden pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
Keputusan itu diambil kalangan pemimpin pelbagai peringkat, aktivis dan penyokong gerakan reformasi.
Namun, usaha tersebut tidak diluluskan Pendaftar Pertubuhan.
Jalan lain untuk menubuhkan parti politik baru dengan mengambil alih sebuah parti politik sedia berdaftar iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990 dan dinamakan semula dengan Parti Keadilan Nasional.

Pelancaran KEADILAN berlangsung di Hotel Renaissance, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April 1999.
“Sejarah mencatatkan Parti Keadilan Nasional dilancarkan penubuhannya pada 4 April 1999 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur,” kata Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty di twitter.
Semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999, Parti Keadilan Nasional membentuk kerjasama dengan PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), dikenali sebagai Barisan Alternatif.
Dalam pilihan raya pertama yang disertai itu, Parti Keadilan Nasional berjaya memenangi lima kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta empat buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Kerusi DUN bertambah pada 2001 melalui Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah.

Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.
Selepas Pilihan Raya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.
Pada 3 Ogos 2003, Parti Keadilan Nasional dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kuala Lumpur.
Pada waktu itu, Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihan Raya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform KEADILAN. Calon tunggal yang menang ialah Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Akhirnya Parti KEADILAN Rakyat diluluskan penubuhannya selepas pilihan raya umum.
KEADILAN mendapat suntikan baru selepas pembebasan Anwar pada 2 September 2004, menyaksikan sokongan rakyat yang kian meningkat sehingga hari ini.

PENTAS REFORMASI PRU 13

TARIKH : 8 APRIL 2013
TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT YB KASAVEN
PENCERAMAH
1. KS BAWANI (PENYELARAS MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA)
2. TAN KAR HING (TIM. SU MPN PERAK)
3. UST, MUHAMAD LABIB ABD HAMID (KETUA PEMUDA PAS SABAK BERNAM)
4. MUHD RAZI MAT SAAD (SAMM PERAK)


SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!!

Rabu, 3 April 2013

Lucky no is 11

3/4/13 = 3+4+1+3 = 11

sebenarnya Najib lupa satu perkara...
dia bubar hari Rabu

R = RAKYAT
A = AKAN
B = BUANG
U = UMNO

Ayuh semua Rakyat Malaysia!!!!

Tolak BN..Tumbang BN..
Zero undi untuk BN dan sekutunya...
UNDILAH PAKATAN RAKYAT...

muka najib sedih bubar parlimen

Dalam keadaan sedih dan dukacita, Najib Razak membubarkan parlimen hari ini. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan ‘rasuah-rasuah’ pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan PM memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka.

Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir?

Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.

Rakyat cuba dibeli semahunya, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya.

Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihanraya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup.

Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalannya walaupun telah berhabisan ‘menjual negara’ melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya.

Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya tidak berlaku jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan juga gagal.

Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan ‘maruah’.

Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini.


Isnin, 1 April 2013

Pusat Khidmat DUN Rungkup Lingkup



Parlimen belum bubar, tapi YB UMNO dh tutup kedai. aper citer ni. takkan merajuk nama tak naik jadi calon......

Isnin, 11 Mac 2013

MEET ANWAR : SAPA NK???



Jemputan ke program Dialog Anak Muda anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  16 Mac 2013 (Sabtu)
Masa    :  2.30 PM - 5.30 PM
Lokasi  : One World Hotel, First Avenue, Bandar Utama City Centre, 47800, Petaling Jaya, Selangor


One World Hotel’s GPS coordinates: 101° 37’ 1” E, 3°8’ 51” N

Dialog dua hala ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sdr. Azmi - 0176881865 dan Sdr. Loo - 0163385155 atau emel ke aic.msia@gmail.com.


Boleh sahkan kehadiran secara online di http://aicmalaysia.blogspot.com/2013/03/meet-anwar-selangor-l-16-mac-2013-l-230.html

Ahad, 10 Mac 2013

ULAMA BERHATI BUSUK



RIBUAN AHLI DAN PENYOKONG UMNO BAGAN DATOH DATANG DENGAR GEBANG FATHUL BARI, KAHKAHKAHKAH, 
CUMA NAK AJAK PAS BERSATU SAMA UMNO DAN PECAHKAN PAKATAN RAKYAT :: Itu jelah sebenarnya tujuan Fathul Bari datang ke Bagan Datoh semalam. Majlis Dialog 1Malaysia Tolak Fitnah di Tapak Pasar Pekan Batu 20, Bagan Pasir


UMNO BAGAN DATOH TERDESAK

TINDAKAN UMNO BAGAN DATOH MENGGUNAKAN PESANAN SMS PERCUMA UNTUK MERAMAIKAN CERAMAH ULAMA UMNO. ADA KE ORG YANG DTG????

Jumaat, 8 Mac 2013

tanya sama najib apa sebab goyang.........

8 MAC buat kali ke 5


Akhirnya Kita Bertemu 8 Mac Kelima, dan Parlimen Masih Di Situ

Saya mula menulis artikel ini ketika satu jam menghampiri tarikh 8 Mac, sebuah tarikh keramat di mana fasa kedua reformasi tanahair berlaku. 8 Mac lima tahun yang lalu, sebahagian daripada rakyat Malaysia yang punya rasa tanggungjawab ke atas negara telah dengan berani menongkah arus untuk perubahan dengan mengundi selain Barisan Nasional.

Separuh daripada rakyat yang keluar mengundi telah memberanikan diri melakukan perubahan tanpa 'clue' atau 'leads' atau testimoni yang betul-betul menjamin. Dengan kata lain, mereka memilih dalam gelap di atas kekecewaan 'wayang' seorang Mr. Clean yang tidak berapa clean iaitu Paklah. Ketika itu, hanya Kelantan sebagai negeri testimoni yang tidak mampu membuktikan banyak kelebihan selain kewarakkan pemerintahan TG Nik Aziz - modal dan model yang cukup besar. Faktor Anwar Ibrahim juga tidak boleh diketepikan, beliau faktor penyatu membawa harapan baru kepada negara. Dengan faktor-faktor yang tidak seberapa termasuklah kelemahan Umno di bawah Paklah itu sendiri, maka tercetuslah apa yang dinamakan Tsunami 8 Mac.

Tanggal 8 Mac adalah sejarah negara yang juga digelar tsunami politik oleh kebanyakkan orang politik, manakala orang yang bukan politik turut merasai satu kejutan budaya apabila pada malam yang sama selepas pengiraan undi, jauh di sudut hati mereka menyatakan betapa Umno dan Barisan Nasional tidak mustahil untuk ditumbangkan. Perasaan seperti ini tidak wujud sebelum 8 Mac, perasaan Umno dan BN boleh ditumbangkan ini wujud hanya pasca 8 Mac.

Saya masih ingat pada malam pengiraan undi itu awalnya dapat dilihat satu 'backdrop' besar yang tertera perkataan "Tahniah Paklah Kerana Berjaya Mengekalkan Majoriti 2/3" terpapar di dewan utama PWTC. Namun 'backdrop' tersebut hilang dari pandangan ditutup oleh kain hitam yang besar. Peristiwa penutupan 'backdrop' ini adalah satu semiotik menifestasi kekalahan Barisan Nasional, namun rakyat masih belum cukup menang walaupun jumlah pengundian seluruh negara menghampiri 50-50 dari sudut undi popular. Keputusan ini amat mengejutkan, lantas ia juga mengejut rakyat dari 50 tahun tidur yang tidak berapa lena. Rakyat terjaga terus dengan mata yang buntang memerhati perkembangan politik tanahair secara lebih serius.

Selepas Tsunami 8 Mac sehingga bertemu 8 Mac yang kelima iaitu hari ini, begitu banyak peristiwa yang berlaku dan seterusnya memberi impak kematangan kepada hampir semua rakyat Malaysia untuk bersama menyertai pertembungan era baru sistem dua parti. Dalam ruangan yang terhad ini saya tidak mampu mengolah semua peristiwa yang berlaku di antara 'lima kali 8 Mac', namun cukuplah jika saya katakan rata-rata rakyat Malaysia hari ini telah mengambil tahu hal politik tanahair berbanding sebelum 8 Mac yang pertama. Setiap dari mereka tidak melepaskan peluang untuk celik politik dan ingin menjadi sebahagian dari sejarah perubahan negara dengan peranan masing-masing, ia perkembangan yang sangat sihat kepada Pakatan Rakyat dan sangat sakit kepada Barisan Nasional. Mengapa?

Saya jelaskan, pertembungan kali ini amat berbeza dari pertembungan terdahulu. Jika dulu mereka yang menyokong pembangkang dikatakan menongkah arus tetapi hari ini ia bukan lagi menongkah arus, sebaliknya ia adalah menyusuri arus kerana arus perubahan itu sangat deras dan tidak mampu lagi dibendung.

Lima kali 8 Mac menyaksikan sorotan isu-isu besar yang menarik perhatian umum, daripada kehadiran cincin 24 juta dan kisah kemewahan Imelda Rosmah, penyelewengan pinjaman penternakkan suami menteri yang menyediakan kondo untuk lembu NFC di mana gaji setiap anak-anak mereka seumpama terkena loteri RM30-RM50 ribu setiap bulan, ini semua berlaku ketika rakyat semakin tertekan dengan kenaikkan harga petrol dan barangan asas keperluan harian. Ketika rakyat tidak cukup duit nak makan dengan gaji seterusnya lambat lagi, ketika yang sama juga duit rakyat RM setengah juta digunakan untuk 'kenduri' pertunangan anak Perdana Menteri. Ini semua punya kesan yang mempengaruhi kederasan arus perubahan.

Lima kali 8 Mac juga menyaksikan keangkuhan, keganasan dan kezaliman pemerintah. Jangan sesiapa pun antara kita lupa bagaimana angkuhnya kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78sen per liter, ada yang bertumbuk di stesen minyak malam yang zalim itu. Bagaimana angkuhnya kerajaan memonopolikan pelbagai keperluan asas seperti harga gula yang naik dari RM1.20 hingga RM2.30 dalam lingkungan masa setahun setengah.

Lagi, kematian Kugan yang mati dalam lokap, Beng Hock dan Sarbini yang mati di bawah jagaan SPRM, adik Aminulrashid yang mati kononnya sebagai penjenayah dan ramai lagi rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Malah dalam kes Aminulrashid polis yang melepaskan 21 das tembakkan akhirnya didapati tidak bersalah dan minggu yang sama seorang lagi anak bangsa terkorban apabila motornya ditendang polis berpakaian preman. Rakyat terkesan dan sedia untuk menyertai perubahan dengan persoalan yang bermain di minda "nasib yang sama akan diharungi jika ia berlaku di kalangan keluarga sendiri", maka adalah tidak selamat untuk terus memberi mandat kepada kerajaan yang mengamalkan 'negara polis' ini. Belum saya cerita apa yang berlaku pada Bersih 2 dan Bersih 3, rakyat jadi saksi.

Lima kali 8 mac juga menyaksikan negara ini dijual sehabisnya. Tanah rezab melayu terus layu jumlahnya, Batu Putih lesap, Tanjung Pagar tergadai. Lagi, isu PKFZ tiada hujung pangkal, hilang berbelas bilion wang rakyat. Isu kapal selam scorpene yang melibatkan penyelewengan komisyen separuh bilion walhal kapal selam yang sama tidak mampu menyelam dan pembeliannya juga tanpa pakej torpedo menjadikan tambahan RM900juta wang rakyat perlu dihabiskan untuk sistem peluru berpandu, rakyat terus ditongongkan. Jet pejuang tanpa enjin, stadium runtuh bukan sekali malah dua kali runtuh, jambatan runtuh, makmal komputer runtuh. Saya tak mampu sebut semua, hanya yang terlintas sahaja yang sempat ditulis tetapi kesimpulannya tetap sama - rasuah penyelewengan cukup berleluasa dan rakyat menilai.

Dalam masa yang sama, lima kali 8 Mac juga memberi satu gambaran yang tidak mampu dipadam kebenarannya iaitu pentadbiran yang cekap dan amanah negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat sehingga mampu melakukan penjimatan yang menguntungkan rakyat. Prestasi cemerlang negeri Pakatan Rakyat bukan omongan syok sendiri tetapi diiktiraf sendiri oleh Jabatan Audit Negara lantas ia menjadi testimoni yang penting betapa bukan Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir malah Pakatan Rakyat punya pakej jauh lebih baik. Justeru itu, timbul faktor keyakinan terhadap Pakatan Rakyat bukan sahaja untuk mentadbir negeri, malah sedia untuk menerajui Putrajaya.

Semua ini rakyat Malaysia sudah tahu, sudah khatam, sudah hafal dan ada yang sudah jelak lagi muak. Rakyat sudah bersedia seutuhnya demi perubahan ini tidak sabar untuk menolak Barisan Nasional setelah habis mandatnya sejak 8 Mac lima tahun yang lalu. Namun malangnya sudah masuk lima kali 8 Mac rakyat masih tidak berpeluang untuk melaksanakan menifestasi yang bakal menamatkan pemerintahan 56 tahun Umno Barisan Nasional. Buat kali pertama dalam sejarah, parlimen belum dibubarkan selepas 5 tahun pilihanraya lalu, berlalu. Mengapa?

Ura-ura pembubaran Parlimen sudah kedengaran sejak suku keempat tahun 2011, ketika itu kita menjangkakan tidak sempat bertemu 8 Mac keempat tetapi ianya 'false alarm'. Dalam tempoh yang sama, Najib beberapa kali menyatakan hasrat untuk bubar namun sudah mencecah 8 Mac kelima, masih belum bubar. Daripada BR1M asalnya adalah 'one-off' yang bermaksud sekali bayar, kini sudah 'two-off' dan dijanjikan BR1M ketiga dengan rasuah yang lebih besar walaupun berbentuk 'janji', parlimen masih belum dibubar. Mengapa?

Persoalan mengapa parlimen belum dibubar untuk memberi laluan PRU-13 juga rakyat sudah tahu apa sebabnya - Umno Barisan Nasional akan kalah. Umno BN juga tahu mereka akan kalah, maka atas sebab yang sama parlimen belum mampu dibubarkan. Percayalah, sudah sampai satu tahap di mana jika Umno dan Barisan Nasional menipu pilihanraya sekalipun, mereka tetap tumbang di atas kebangkitan luar biasa rakyat Malaysia mencebur perubahan. Apa lagi yang mampu 'mereka' lakukan?

Baru-baru ini peristiwa besar melanda tanahair, peristiwa ini hadir 'tepat' pada masanya. Telah berlaku tuntutan ke atas negeri Sabah oleh 'Kesultanan Sulu' yang menyaksikan pencerobohan Lahad Datu dan mengundang kematian 8 orang perajurit negara setakat ini. Seperti yang pernah saya ulas sebelum ini, kematian berlaku di atas kelalaian pemerintah dalam membuat keputusan. Mengikut bacaan umum, hasil dari tragedi Lahad Datu ini bakal menyaksikan Umno Barisan Nasional akan tumbang lebih besar dari jangkaan, malah jika isu Lahad Datu ini tidak mencelah pun Umno Barisan Nasional tetap akan tumbang menyembah bumi. Tetapi cuba fikir baik-baik, bagaimana Umno dan Barisan Nasional nak tumbang kalau pilihanraya tidak menjadi pilihan untuk dilaksana dalam masa terdekat?

Tidak mustahil akan berlaku darurat dan pilihanraya akan ditangguh sehingga 'mereka' rasa selamat untuk masuk gelanggang pilihanraya, hanya selepas itu darurat dihentikan dan parlimen dibubar. SPR sendiri akui bahawa pilihanraya boleh ditangguh jika kemelut Lahad Datu dan Sabah berpanjangan.

Andainya peristiwa ini dikatakan sandiwara maka ramai yang akan melatah. Saya ingin berterus terang, tembakkan yang berlaku adalah benar, letupan bom adalah benar, mereka yang terkorban adalah benar terkorban, tidak timbul soal hidup kembali bila dikait dengan perkataan 'sandiwara'. Jujurnya mereka yang terkorban adalah wira yang mempertahankan kedaulatan negara. Namun begitu, bagaimana terjadinya pencerobohan, bagaimana askar sulu tembus dan berkampung selama 3 minggu di Kg Tandou tanpa tindakkan tegas pemerintah negara, bagaimana begitu banyak hal tidak masuk logik berlaku - ini menjadi tanda tanya yang sangat penting hingga timbul soal "apakah ia satu konspirasi"? Konspirasi ini dibaca oleh sesetengah pihak dengan bunyi 'plot' dan juga 'sandiwara'.

Konspirasi terancang seperti ini boleh disusun bermacam cara bergantung kepada objektif yang hendak dihasilkan, samada untuk satu polemik baru bagi menutup polemik sedia ada, atau untuk membeli masa, atau pelbagai lagi. Kesimpulannya, hampir semua isu semasa berjaya dilitupi dengan 'kanvas' Lahad Datu. Walaubagaimanapun, tidak semua yang dirancang itu menjadi mengikut apa yang dirancang. Plot ini akhirnya tidak berjaya menjadikan Najib Razak seorang 'hero' baru kerana kegagalan Najib dan Kerajaan Malaysia mengendalikan konflik Lahad Datu dengan baik. Malah percaya dan yakinlah konspirasi yang menggugat kedaulatan negara ini gagal memberi bekalan positif untuk kempen Umno Barisan Nasional. Hanya yang Umno dan Barisan Nasional mampu lakukan ketika ini ialah, terus membeli masa dengan mengheret pertembungan pilihanraya ke masa tambahan semaksimum yang mungkin.

Mungkin esok berlaku pembubaran parlimen, kerana kebetulan esok adalah 8 Mac yang jatuh pada hari Jumaat. Tetapi harus diingat walaupun parlimen bubar esok (atau tarikh lain terdekat) kononnya kerna telah lama dirancang bubar pada sekian tarikh, masih tidak mustahil pilihanraya tidak menjadi pilihan dalam masa terdekat di atas alasan -keselamatan negara belum terjamin. Jangan lupa, plot masih berjalan.

Akhir sekali ingin saya rumuskan bahawa inilah nasib rakyat Malaysia, walaupun telah melampaui lima kali 8 Mac, dari 8 Mac 2008 bertemu 8 Mac 2013, keghairahan untuk menggapai perubahan masih tertangguh. Namun saya optimis mengatakan walau bila pun pilihanraya, rakyat akan tetap dengan istiqomah menolak Umno dan Barisan Nasional demi sebuah kerajaan rakyat yang baru bersama PM baru yang segak dan lulus pelbagai ujian.

Inilah masanya, inilah zamannya. Kita menjadi bukan sekadar menjadi saksi perubahan, tetapi menjadi sebahagian daripada agenda perubahan itu. Ingatlah, perubahan itu tidak boleh ditunggu, tetapi harus dituntut dengan segala kuderat dan kebijaksanaan.

Sekian,

Edy Noor Reduan 
Aktivis Blogger 
Pengarah Propaganda SAMM