Rabu, 3 April 2013

muka najib sedih bubar parlimen

Dalam keadaan sedih dan dukacita, Najib Razak membubarkan parlimen hari ini. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan ‘rasuah-rasuah’ pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan PM memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka.

Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir?

Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.

Rakyat cuba dibeli semahunya, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya.

Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihanraya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup.

Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalannya walaupun telah berhabisan ‘menjual negara’ melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya.

Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya tidak berlaku jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan juga gagal.

Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan ‘maruah’.

Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini.


Tiada ulasan: