Khamis, 30 April 2009

MAHASISWA PERAK desak tarik balik keputusan kabinet



Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATUPERAK) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Dalam satu kenyataaan hari, Exco Penerangannya, Ahmad Shahir Abdul Aziz berkata, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.

Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Ahmad Syahir berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.

“Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

“Justeru, BERSATU PERAK berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” tegas Ahmad Syahir.

BERSATU PERAK juga,katanya, melihat tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.

‘Campuri bidang kehakiman’

“Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

“Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

“Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

“Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,” kata Ahmad Syahir.


Oleh itu, katanya, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang “membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak”.

Sehubungan itu, katanya, BERSATU PERAK turut mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah.

Cubaan Memecat Sivakumar




Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker

Beliau yang juga ADUN Sungai Remis dan ahli Parlimen Taiping merasa terkejut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang luar biasa.

Sehubungan itu, Nga mengecam BN kerana menggunakan Abdullah yang telah dipecat oleh Speaker sebelum ini, utnuk mengeluarkan surat tersebut.

Katanya, semua itu menunjukkan bahawa BN telah bertindak sewenang-sewenangnya.

Katanya, menurut peraturan tetap DUN Perak, Speaker (Sivakumar) mempunyak hak untuk menerima atau menolak sebarang usul, termasuk usul untuk memecatnya.

Nga menyamakannya dengan tindakan Speaker DUN Melaka menolak usul tidak percaya yang dibentangkan oleh wakil DAP terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam minggu lalu.

Beliau mendakwa tindakan Zambry itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. masih belum selesai.

Pembikinan Dinasti Perdana Menteri



Peribahasa Inggeris ada mengatakan "a picture paints a thousand words" atau dalam erti kata lain sebuah potret itu menceritakan seribu kata-kata tanpa perlu berbicara. Pepatah ini dikatakan diceduk daripada kata-kata hikmah Cina yang berkata, "One picture is worth ten thousand words."

Ambil contoh gambar rajah yang dipaparkan di atas. Ia diambil dari sebuah blog, stocktube.blogspot.com. Gambar ini menarik kerana ia boleh membawa pelbagai interpretasi dan makna, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat dan mentafsirkannya menurut fakta yang maklumat yang ada pada seseorang itu.

Secara kasar atau harfiah ia memaparkan empat gambar pemimpin negara, dua orang ayah dan dua orang anak. Seorang sudah meninggal dunia dan tiga lagi masih hidup. Salah seorang yang masih hidup sudah pun pencen sejak 2003.

Gambar tersebut juga mempunyai garisan-garisan yang menunjukkan keterkaitan di antara disetiap gambar tersebut.

Yang teratas ialah gambar Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bekas Perdana Menteri Malaysia kedua dan ayah kepada Perdana Menteri baru dan yang keenam negara, Datuk Seri Najib. Mengikut putaran jam, di bawah beliau ialah gambar Datuk Mukhriz Mahathir, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat.

Gambar ayah beliau terletak bertentangan dengan gambarnya. Datuk Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri walaupun kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dengan Khairy Jamaluddin dan Dr Khir Toyo.

Khairy ialah menantu kepada seorang lagi Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kelima bagi negara.

Kedudukan pemimpin-pemimpin tersebut dalam susunlapis senarai Perdana Menteri dinyatakan dalam ayat yang agak kecil di atas setiap gambar. Umpamanya Tun Razak sebagai Perdana Menteri kedua dan seterusnya.

Walau bagaimanapun bagi Datuk Mukhriz yang juga disebut sebagai Perdana Menteri simbol tanda tanya diletakkan pada penghujungnya. Mungkinkah ini membawa maksud beliau kini diasuh dalam tradisi keperdanamenterian seperti juga ayahnya dan bakal pemimpin tertinggi negara pada satu hari kelak?

Ditengah-tengah gambar itu terpampang satu ayat, "The making of a dynasty" atau pembikinan sebuah dinasti. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat istilah dinasti bermaksud "jurai raja-raja pemerintah yg berasal daripada satu keturunan atau keluarga atau tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal daripada satu keturunan".

Jadi bolehlah kita simpulkan perkataan dinasti yang dimaksudkan di dalam gambar tersebut memberi bayangan bahawa hubungan antara keempat-empat gambar tersebut adalah hubungan pemerintahan atau kekuasaan yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang dibawahnya.


Disebelah setiap gambar pula terdapat seakan-akan ayat monolog yang menggambarkan tokoh-tokoh dalam gambar tersebut berkata-kata. Mungkin ini bertujuan untuk menjelaskan lagi maksud tersirat yang terkandung disebalik gambar-gambar itu. Sungguhpun kata-kata itu boleh dianggap diucapkan secara berseloroh namun ia juga membawa maksud yang lebih daripada itu atau dalam istilah bahasa Inggerisnya mempunyai "double meaning".

Mari kita kaji dengan lebih mendalam ayat-ayat dalam "bubble" atau bulatan setiap ayat pada setiap gambar.

Bermula dengan Tun Razak beliau berkata,"Welcome back to Umno, Mahathir". Sejarah perjalanan dunia politik Tun Dr Mahathir mencatatkan beliau pernah dipecat dari jawatan ahli majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai 1969 oleh presiden parti ketika itu yang juga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Ini kerana beliau telah mengedar secara terbuka suratnya di mana beliau telah mengkritik hebat dasar dan kepimpinan Tunku yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Ini ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969 selepas kekalahan teruk kerajaan Perikatan Umno-MCA-MIC pada pilihan raya umum. Akhirnya Tun Dr Mahathir dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Setelah Tunku meletak jawatan 1970 Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri dan beliaulah antara pemimpin Umno yang berusaha keras melobi supaya Tun Dr Mahathir diterima kembali sebagai ahli Umno. Perlu dikata juga bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Harun Idris juga berjasa besar terhadap mantan Perdana Menteri dalam usaha membawa beliau kembali ke pangkuan Umno. Tun Dr Mahathir diterima semula sebagai ahli umno pada 7 Mach 1972. (Pada 19 Mei 2008 beliau keluar daripada Umno atas kerelaannya sendiri kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan penggantinya, Tun Abdullah. Beliau kembali semula kepada Umno sehari selepas Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri).

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi di bawa mati

Mungkin atas prinsip "hutang budi di bawa mati' inilah maka Tun Dr Mahathir dalam gambar rajah itu mengungkapkan kata-kata "TQ (thank you) Razak Senior, I'll make sure your son gets the reward". Apa yang disebut dalam monolog rekaan itu nampaknya ada kebenaran.

Setelah Tun Razak meninggal dunia di kota London pada 14 Januari 1976, sepupu beliau, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri ketiga. Tun Dr Mahathir pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.

Datuk Seri Najib yang ketika itu berusia 23 tahun dan masih menuntut disebuah universiti di United Kingdom diseru pulang bagi mengisi vakum politik yang wujud daripada kematian bapanya.

Beliau terus dicalonkan sebagai ganti ayahnya di Pekan, Pahang sebagai Ahli Parlimen dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebaik sahaja memenangi pilihan raya kecil yang diadakan.

Karier politik Datuk Seri Najib kembang mekar bak bunga mawar di taman sari di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir yang mengganti Tun Hussein pada 16 Julai 1981 sebagai Perdana Menteri.

Kerjaya politiknya bukan lagi maju mengikut peredaran masa tetapi boleh disifatkan melangkau masa seperti "quantum leap" kerana pada usia 29 tahun beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, menjadikan beliau Menteri Besar termuda pernah dilantik kejawatan tersebut.

Giliran Tun Dr Mahathir pula untuk membalas budi Tun Razak dengan mengasuh anak mentor beliau setapak demi setapak meniti hamparan dunia politik yang sudah dilakar untuknya sejak 1976.

Setelah berjaya Datuk Seri Najib digarap sebagai Perdana Menteri oleh mentornya, Tun Dr Mahathir, tiba giliran beliau pula menyatakan dalam dialog yang direka sebagai berkata,"TQ (thank you) Mahathir Senior,I'll make sure your son gets the reward". Reward atau habuan apa yang dimaksudkan disini? Susah tentu jawatan Perdana Menteri yang disandang Datuk Seri najib satu hari kelak akan menjadi hak milik Datuk Mukhriz pula. Objektif itu yang disasarkan oleh anak Tun Dr Mahathir itu apabila beliau berkata dalam ayat fantasi itu," Najib, remember what you promised my
papa".

Setelah tamat lapisan pertama yang terdiri dari lima Perdana Menteri, kini masuk era generasi kedua mengambil alih tampuk pemerintahan negara bermula dengan Datuk Seri Najib.

Tali temali kekeluargaan yang mengikat tiga daripada keluarga Perdana Menteri ini semakin kukuh dan erat dalam generasi kedua ini.

Tun Razak dan Tun Hussein adalah biras. Anak Tun Razak menjadi Perdana Menteri sementara anak Tun Hussein, Datuk Seri Hishammuddin dilantik Menteri Dalam Negeri dalam kabinet sepupunya. Datuk Mokhzani, adik kepada Datuk Mukhriz pula berkahwin dengan Mastisa Hani Mohamed, anak kepada Datuk Mohamed Abid iaitu cucu pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar.

Maka berkait rapatlah melalui tali hubungan perkahwinan jaringan yang wujud diantara keluarga Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Dr Mahathir.

Seperti juga dalam konsep "multi level marketing" yang diamalkan oleh sistem perniagaan jualan langsung, prinsip tolong menolong antara ahli adalah tunggak kejayaan.

Tidak mustahil kaedah yang sama digunapakai dalam bidang politik. Kini jaringan Perdana Menteri sudah tersedia, hanya menunggu masa untuk dipenuhi oleh calon yang sudahpun dikenalpasti sejak dahulu. Ia bukan lagi menjadi permainan nasib atau takdir semata-mata tetapi satu acuan yang telah direka sejak lama oleh pendokong-pendokong sistem terdahulu.

Datuk Mukhriz hanya perlu bersabar dan belajar untuk tidak melawan sistem, nama beliau sudah naik tunggu ambil tiket sahaja.

Isnin, 20 April 2009

NAJIB PURA2 BERANI





PERAHU sudah di air, dayung sudahpun di tangan. Najib Razak sudah berkuasa penuh sebagai Perdana Menteri keenam. Baginya, rakyat wajib didahulukan dan pencapaian perlu diutamakan.

Maka demi kepentingan rakyat, maka segala perbelanjaan mestilah dibuat dengan penuh hemah. Dan, demi meningkatkan pencapaian maka setiap urusan mestilah dinilai di segi manfaatnya kepada negara.

Lantas, bagi menyerlahkan pandangan ini kepada rakyat jelata, Najib pun melaungkan pendiriannya tidak mahu membazir dana rakyat dengan mengongkosi pilihanraya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan ini bukan bererti Barisan Nasional dan Umno yang dipimpinnya takut menghadapi Pakatan Rakyat di Penanti. Beliau hanya ingin menjimatkan wang rakyat, masa dan tenaga. Perhatian, katanya, mesti ditumpukan pada urusan ekonomi yang disergah kemelesetan ekonomi dunia.

Dilihat dari perspektif ini maka bolehlah dirumuskan bahawa pendirian Najib itu adalah bersandarkan perkiraan ekonomi. Lantas beliau memulangkan perhitungan kesan politik daripada pemikirannya yang enggan bertanding di Penanti itu kepada rakan-rakan politik dalam Umno dan Barisan Nasional.

Maka ramailah yang memberi pandangan. Reaksi Samy Vellu ibarat harimau kumbang yang terluka. Rekod buruk MIC dalam pilihanraya umum lalu tidak mematahkan semangat juangnya. Malah bertambah garang. Samy mahu BN meletakkan calon di Penanti!

Bagaimanapun Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon yang baru mendapat habuan jawatan menteri (meskipun kalah dalam pilihanraya umum lalu), cepat-cepat memuji kebijaksanaan Najib yang mengatakan tidak perlu bertanding di Penanti. Beliaupun mengulang-ulang kata hikmat Najib – elak membazir sumber dan tenaga.

Sementara bagi pencacai lain, ramailah yang mengingatkan ahli Umno supaya membaca kata Najib itu sebagai larangan jangan ada ahli parti itu berkira untuk bertanding sebagai ahli bebas. Siapa yang engkar akan dipecat!

Pada permukaannya memang pandangan Najib itu kelihatan sesuatu yang mulia. Namun ada sedikit masalah dalam kes ini. Mentor Najib, Dr Mahathir Mohamad pula berpendapat Umno kena lawan di Penanti. Jika tidak, katanya, adakah apabila berlaku kekosongan kerana ragam atau takdir yang membabitkan ahli Umno sendiri di kawasan kuat Umno, parti itu juga enggan bertanding untuk jimat wang, masa dan tenaga?

Tambahan pula, Penanti adalah kubu kuat Anwar Ibrahim. Sebagai seteru nombor satu Anwar, tentu Mahathir tidak mahu melihat Anwar menang tanpa bertanding dan berkokok ke seluruh pelosok negara mengungkit betapa Umno yang baru beliau (Dr Mahathir) sertai semula takut untuk bersabung!

Kesimpulannya, adakah Najib bersedia berbalah dengan Mahathir? Dan, mampukah Najib membuktikan ketegasannya dalam mempertahankan pendirian politik (yang bersandarkan perhitungan ekonomi)?

Untuk membuktikan ketegasan, Najib perlu kesampingkan semua hujah pihak yang mahu BN bertanding di Penanti, termasuk pandangan Dr Mahathir. Dalam keadaan ini barulah rakyat akan berasa lega akhirnya ada pemimpin negara yang benar-benar tegas dengan pendiriannya. Barulah dalam keadaan itu rakyat mungkin terbuka pintu hati untuk meletakkan kepercayaan kepada anak mantan perdana menteri malaysia kedua ini.

Bagaimanapun Najib tetap Najib. Tak pernah berpendirian tegas. Awal-awal lagi beliau telah lakarkan ruang untuk keluar daripada kemelut politik yang bakal berlaku. Najib membuat kenyataan berani ini dengan bersyarat – jika dipersetujui oleh rakan-rakan dalam Umno dan Barisan Nasional.

Maknyanya, Najib masih ada peluang berpatah arah jika rakan lain tak setuju. Itu demokrasi ala Najib. Meskipun begitu, bila hendak menghalalkan hujah tidak mahu bertanding, Najib mengatakan kerana tidak mahu terjebak dengan helah politik Pakatan Rakyat yang menggunakan pilihanraya kecil untuk sentiasa di hati rakyat. Walhal, di atas nama demokrasilah pilihanraya kecil itu diadakan! Fairus letak jawatan untuk membersihkan namanya daripada gugatan rasuah kuari. Begitu juga dengan Arumugam yang berhenti jadi Adun Bukit Selambau untuk memelihara keselematan ahli keluarganya.

Bila tidak tertanggung amanah politik, mereka memulangkan hak menentukan pemimpin kepada rakyat. Bukankah itu demokratik? Dan, nilai demokrasi tulen tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Sepanjang kerjaya politiknya mana Najib pernah membuat keputusan nekad untuk menegakkan pendirian politiknya. Pada tahun 1987 apabila berlaku keretakan Team A menentang Team B dalam Umno, beliau hanya membuat keputusan untuk bersama Team A setelah nyata Team B tidak boleh menang.

Bagaimanapun jika Najib buat keputusan awal menyertai Team B, kemungkinan Team A pimpinan Mahathir hendak menang mungkin tipis. Jika tidak percaya, tanya Tun Musa Hitam!

Mengambil kira caragaya politik Najib selama ini dan juga betapa rapuhnya kedudukan Umno yang telah tidak menang tiga pilihanraya kecil yang ditandinginya berturut-turut, agak sukar untuk menelan hujah bahawa Najib enggan bertanding di Penanti kerana soal ekonomi. Ia lebih condong kepada kegusaran akan kalah lagi.

Yang jelas pemikiran Najib ini adalah satu statement politik. Belumpun sebulan menjadi Perdana Menteri Najib gagal untuk membayangkan betapa beliau boleh menjadi negarawan seperti bapanya. Pendirianny berhubung Penanti lebih mudah dibaca beliau sebagai ahli politik kaliber Abdullah Badawi sahaja

Isnin, 13 April 2009

BUBAR DUN ATAU TIDAK???



Suka atau tidak, pilihanraya kecil di Bukit Gantang adalah referendum menolak “kerajaan haram” Zambry Kadir. Rampasan kuasa yang dilakukan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak oleh Barisan Nasional tidak direstui oleh rakyat Bukit Gantang.

Signal ini bertambah jelas jika dilihat daripada peningkatan jumlah majoriti yang diperolehi oleh NIzar Jamaluddin. Propaganda Nizar adalah boneka Cina DAP tidak berjaya “mengolah persetujuan” rakyat Bukit Gantang untuk menolak Nizar Jamaluddin.

Jutaan wang ringgit yang dibelanjakan juga tidak mampu untuk membeli jiwa yang bebas. Propaganda yang bertalu-talu dari media arus perdana terutamanya RTM dan TV3 ternyata sudah tidak lagi berkesan.

Najib yang baru diangkat menjadi perdana menteri turut ditolak oleh rakyat Bukit Gantang kerana beliaulah dibelakang rampasan kuasa dinegeri Perak.

Hanya satu jalan sahaja untuk mengembalikan kestabilan politik di negeri Perak. Bubarkan DUN dan serahkan kembali kepada rakyat tentang siapa pilihan mereka untuk memimpin negeri Perak. Sama ada Pakatan atau Barisan, biar rakyat tentukan.

Bukit Gantang telah mohon derhaka apabila Nizar Jamaluddin diangkat menjadi Ahli Parlimen mereka.

Sekarang tiba giliran rakyat negeri Perak untuk menentukan masa depan mereka!

Kabinet baru dibayangi Tun Mahathir: AMK



Kabinet baru di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat dibayangi oleh bayang-bayang Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, demikian kata Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hashim.

Menurutnya, pada kebiasaannya apabila seseorang itu memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, secara automatiknya dia akan tercalon untuk memegang jawatan dalam Kabinet.

“Tetapi apa yang sebalik::nya berlaku ialah, Ketua Pemuda UMNO iaitu Khairy Jamaluddin tidak termasuk dalam barisan Kabinet tersebut, apa yang berlaku ialah calon yang kalah semasa pemilihan baru-baru ini pula dilantik sebagai menteri iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

“Ini menunjukkan bahawa barisan Kabinet yang baru dilantik itu dibayangi oleh Tun Dr Mahathir,” katanya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran meraikan kemenangan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang.

Faizal berkata, rakyat harus menilai sendiri bahawa UMNO bukanlah parti yang memenangi hati masyarakat lain.

“Penubuhan Satu Malaysia seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Najib agak susah untuk direalisasikan kerana UMNO sendiri suka memainkan isu berkaitan perkauman.

“Sebagai contoh, semasa pilihan raya juga mereka selalu mengutarakan mengenai isu perkauman supaya ia menjadi perhatian semua pihak.

”Isu perkauman tidak boleh lari daripada parti berkenaan walaupun mereka sering berselindung dari masalah tersebut,” katanya.

Menurutnya, janji UMNO untuk melantik Timbalan Perdana Menteri kedua juga hanyalah omongan kosong semata-mata.

“Perkara itu mungkin tidak berlaku dan mereka hanya ingin menarik perhatian bangsa lain sahaja untuk menyokong UMNO,” katanya.

STATISTIK KEPUTUSAN PRK P056 BUKIT GANTANG







Sabtu, 11 April 2009

SIAPA PEMBUNUH ALTANTUYA?????

Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin memutuskan kedua-dua anggota unit tindakan khas (UTK) itu dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.


Gambaran lakaran wajah mereka berdua


Wajah Azilah Hadri (atas) yang hampir terselindung dan wajah Sirul Azhar yang hanya nampak sedikit di sebelah kiri sahaja.




Abdul Razak Baginda bercermin mata. Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.


Peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua yang turut dijatuhi hukuman yang sama memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan berbuat demikian (fail rayuan) Isnin ini (13 April 2009)

Khamis, 9 April 2009

SIPOLAN YANG DIPINGGIR



Lebih banyak persoalan daripada jawapan.Senarai Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak petang tadi menimbulkan pelbagai kemusykilan mengenai tahap sebenar kesihatan politik dalaman partinya.

Tinjauan mendapati pelbagai pihak melihat beberapa sudut keputusan Najib agak pelik menurut tradisi UMNO.

Perkara yang paling jelas ialah kedudukan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.Namanya langsung tidak tersenarai dalam Jemaah Menteri, malah tiada jawatan Timbalan Menteri disediakan untuknya.

Dalam keadaan biasa keputusan Najib ini, tidaklah menjadi satu isu besar. Bagaimanapun apabila Najib melantik Naib Ketua Pemuda UMNO, Razali Ibrahim menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, persoalan mula timbul kenapa Khairy yang juga ahli Parlimen Jelebu diketepikan?

Tambah mengelirukan ialah Mukriz Mahathir yang tewas dan tercorot dalam persaingan tiga penjuru dengan Khairy dan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo,dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Malah Ketua Puteri UMNO, Rosnah Rashid Shirlin diberikan jawatan Timbalan Menteri Kesihatan.

Yang menjadi tanda tanya adakah Lembaga Disiplin UMNO akan dan telah mendapat bukti baru mengenai rasuah politik yang membabitkan Khairy dalam proses pemilihan UMNO akhir Mac lalu.

Jika ada, mungkinkah ini bererti nasib Khairy akan sama dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Isa Samad yang digantung jawatan Naib Presiden selepas pemilihan kerana ada bukti ditemui beliau terlibat dengan rasuah politik?

Jika ini berlaku, adakah pergerakan Pemuda UMNO akan diketuai sementara oleh Naib Ketuanya iaitu Razali Ibrahim yang dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan?

Walaupun Khairy membuat kenyataan bahawa Najib semalam telah memaklumkannya mengenai keputusan tidak melantiknya dalam Jemaah Menteri kerana mahu Khairy menumpukan perhatian membina semula imej Pemuda UMNO, umum dapat merasakan bahawa UMNO sebenarnya masih mengalami sakit dalaman.

BONAMA-cara salam yang betul

the BODEK or BALLS-CARRYING culture ........ they retracted the Fatwa to ban Yoga so that more of them can train to bend 180 degrees to KISS THE FEET ..............

Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Istiadat telah mengeluarkan Surat Pekeliling mengenai adab dan cara bersalam yang betul mengikut norma ke Malaysianan. The Cabinet Committee overseeing ceremonial affairs has set out the following guidelines for the correct way of greeting or paying homage the Malaysian way
Sila fahami ..... For your understanding (and perhaps compliance(?)..........




Cara bersalam yang betul The correct way to pay homage/greet

1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah. bow at 90 degrees .....MAXIMUM EFFECT IF ABLE TO BOW 180 degrees TO KISS HIS FEET!!!
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam. clutch hand of the person you are greeting with both hands
3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih. tilt head to slightly to the right for maximum 'FEEL' and for the camera.
4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci. purse lips to kiss approx 1 inch


Contoh dibawah: see example below




CARA INI DI NAMAKAN
' BONAMA' iaitu .. this method of greeting is called 'Bonama'

BODEK NAK MAMPUS !!! translated as ingratiate (bodek) to (nak) death (mampus)

PROGRAM PIDATO RAKYAT

PIDATO RAKYAT PASCABUKIT GANTANG
TARIKH : 11 APRIL 2009 (SABTU)
MASA : 9 MLM
TEMPAT : DEWAN DATO'AHMAD SAID, SG ROKAM
TETATU : DSAI, DS NIZAR & YB MANIKUMAR

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Selasa, 7 April 2009

BN HARAM JADAH, KORANG AJO...

Terkejut apabila dapat berita kengkawan Sri Kandi yang telah terima musibah yang tidak pernah dicapai dek akal akan berlaku di PRK Bukit Gantang ni...cuba korang bayangkan kalau adik atau anak atau saudara perempuan anda dilakukan demikian rupa..bagi ummi ia adalah satu tindakan kurang ajar...kalau dah anak buah perangai tak senonoh..tak hairan orang atasannya berperangai begitu juga...bak kata pepatah 'bapak borek anak rintik'..

insiden melondehkan seluar petugas Sri Kandi adalah satu tindakan yang tak bermoral...sepertinya orang2 amno/bn ni dah seperti duk di zaman batu..macam zaman ni takde undang2..sesuka hati main langgar aje..janji apa yang dihajati tercapai...baca cerita insiden yang sebenarnya berlaku...

Lebih kurang jam 4:30 petang tadi, berlaku satu kejadian yang tidak diingini kepada Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat dari Srikandi PKR Malaysia. kejadian berlaku ketika kumpulan Srikandi PKR sedang menjalankan kerja-kerja mengedarkan risalah kempen pilihanraya di kawasan Simpang.

Kejadian tersebut berlaku ketika 6 orang Petugas Pilihanraya (Srikandi PKR) melalui sebuah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. mangsa menceritakan bahawa ketika mereka melalui kawasan kaki lima Bilik Gerakan UMNO/BN, beberapa petugas UMNO/BN seramai hampir 10 orang yang berada di kawasan tersebut telah bertindak mengepung salah seorang dari mereka kemudian telah mengheret mangsa kedalam bilik gerakan UMNO/BN.

Sebelum itu kumpulan pertama seramai 3 orang yang berada dihadapan mereka telah diganggu dan kumpulan tersebut telah cuba merampas risalah yang mereka bawa dan berlaku adegan tarik-menarik tetapi kumpulan tersebut berjaya meloloskan diri.

Walau bagaimanapun, dalam kekecohan tersebut, kumpulan pertama tadi tidak sedar bahawa rakan mereka yang berada dibelakang telah dikepung dan diheret masuk kedalam Bilik Gerakan tersebut dan mereka hanya menyedari kejadian setelah seorang pekedai berbangsa cina memaklumkan kepada mereka kemudian.

Setelah dimaklumkan, mereka berpatah balik tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah petugas UMNO/BN yang ramai. kebetulan ketika kejadian berlaku, bapa mangsa berada berhampiran tempat kejadian dan bapa mangsa kemudian bergegas menyelamatkan anaknya selepas berlaku sedikit kekecohan.

Mengikut mangsa, kumpulan seramai hampir 10 orang tersebut dalam lingkungan umur 40 tahun keatas ketika kejadian telah cuba menanggalkan seluar mangsa tetapi mangsa bernasib baik kerana memakai seluar jeans yang agak ketat dan memaki talipinggang.
Kumpulan tersebut juga dalam kekecohan telah mencabul mangsa beramai-ramai.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang pada jam 5:00 petang tadi

KERJA HARAM BN......

JAM HAMPIR MENUNJUKKAN 3.00PAGI,KELIHATAN PARA PETUGAS KHUSUSNYA DARI PAKATAN RAKYAT TIDAK KIRA SAMAADA YANG TUA MAHUPUN YANG MUDA MASIH LAGI RANCAK BERBUAL DAN BERBINCANG.TIDAK DAPAT DIPASTIKAN ADAKAH MEREKA SEMUA DATANG DARI LUAR ATAUPUN TIDAK.TERMASUKLAH JUGA KAMI YANG DATANG DARI BAHAGIAN BAGAN DATOH KHUSUSNYA AMK.UCAPAN TAHNIAH DAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA JENTERA AMK BAGAN DATOH KHUSUSNYA DIATAS KOMITMEN DAN SEMANGAT JUANG YANG AMAT TINGGI SEWAKTU HAMPIR BERADA DISINI SELAMA LEBIH KURANG 9 HARI.DIHARAP DENGAN BERBEKALKAN PENGALAMAN YANG SERBA TERHAD DAN SINGKAT INI DAPAT DIMANFAATKAN SEPENUHNYA BAGI MENGUKUHKAN LAGI JATI DIRI DAN TAHAP PERJUANGAN DIKALANGAN AMK ITU SENDIRI.SESUNGGUHNYA BANYAK YANG TELAH DIPELAJARI DARI PRK INI.

WALAUPUN TEMPOH BERKEMPEN SUDAH TAMAT MASIH KELIHATAN PETUGAS2 BN MELAKUKAN KERJA2 MENAMPAL POSTER DAN MENAIKKAN BANNER. TIDAKKAH ITU SEMEMANGNYA MELANGGAR ETIKA DAN UNDANG2 PILIHANRAYA BAHAWA TEMPOH BERKEMPEN TAMAT PADA JAM 12 MALAM SEBELUM HARI MENGUNDI. ADAKAH MEREKA SENGAJA MELANGGAR UNDANG2 ATAU MEREKA TELAH DIDIDIK OLEH PEMIMPIN MEREKA UNTUK MELANGGAR UNDANG2. DALAM TEMPOH 9 HARI BERKEMPEN DISINI, PETUGAS2 AMK BAGAN DATOH MEMBERI SEPENUHNYA KOMITMEN UNTUK MEMASTIKAN TIADANYA PENCABULAN DEMOKRASI WALAUPUN DILUAR KUDRAT KAMI.

DENGAN PANTAS PETUGAS PAKATAN RAKYAT MEMBERHENTIKAN KERJA2 PETUGAS BN DENGAN CARA YANG SUNGGUH BERHEMAH DAN PENUH DIPLOMASI. MALANGNYA TERDAPAT JUGA SITUASI DIMANA PETUGAS PAKATAN RAKYAT TELAH DIPROVOKASI DENGAN CARA YANG CUKUP JIJIK. MEREKA MENGATAKAN SPR ADA BERSAMA PADA MASA ITU. SELEPAS BERTIKAM LIDAH PETUGAS BN AKUR DAN BERGANJAK DARI SIMPANG TRONG. TIADA SEBARABG LAPORAN DIBUAT KERANA SUDAH PASTI AKAN KE TONG SAMPAH. MAKLUMAT TELAH DISAMPAIKAN KEPADA SAHABAT2 YANG BERJAGA DI TEMPAT MASING2 BAGI MEMASTIKAN KERJA2 SELEPAS TAMAT TEMPOH BERKEMPEN TIDAK DIJALANKAN LAGI OLEH PETUGAS BN

Isnin, 6 April 2009

MENGANGKAT PEMIMPIN.....

PERTAMANYA YANG DAPAT SAYA LIHAT HAMPIR SEMUA JENTERA DARI SELURUH NEGARA BERSAMA2 BERKERJA KERAS.TIDAK HANYA BERTUNJANGKAN BENDERA PARTI TETAPI BERTUNJANGKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT.SEMUA JENTERA BERTUNGKUS LUMUS BAGI MENGANGKAT SEORG PEMIMPIN YANG SUKAR DICARI GANTI. ATAS KERJASAMA DAN PERPADUAN YANG UTUH INI DAPAT DILIHAT AMAT BESAR HARAPAN PENDUDUK BKT GANTANG AGAR HAK RAKYAT DIKEMBALIKAN DAN PEMIMPIN MUDA SEPERTI BELIAU SEBAGAI TAMPOK KEPIMPINAN. DAPAT DILIHAT SEMUA AGENSI KERAJAAN TURUN MENGADAKAN PROGRAM..... NI LA TAKTIK YANG BIASA DIMAINKAN OLEH BN. BAYANGKAN APABILA DUN DIBUBARKAN.... PERAK AKAN MEWAH DENGAN PROGRAM2 DAN KETIKA ITU BERU BN AKAN TERBELIAK BIJI MATA NAMPAK AKAN POTENSI2 DI PERAK. SAYA MENYERU PENDUDUK BUKIT GANTANG AGAR MEMILIH CALON PAKATAN RAKYAT KERANA IA MERUPAKAN REFERNDUM KEPADA PENOLAKAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN HARAM BN DI PERAK..

KETUA AMK BAGAN DATOH

CALON TERBAIK BN DI BUKIT GANTANG



Bagi mereka yang masih belum mengenali calon Umno/BN bagi P059 Bukit Gantang....Inilah wajah yang akan menjadi wakil anda sekiranya beliau memenangi pilihanraya kecil ini.

Ahad, 5 April 2009

WAKIL KAUM CINA SELAR KENYATAAN ZAHID HAMIDI


SIMPANG, 4 APRIL 2009-Pada pendapat saudar Eric Khor (Setiausaha AMK Negeri Perak) budaya menari dengan seluar yang seksi dan pendek merupakan satu budaya yang berasal dari barat. Ia bukan satu budaya kaum tiong hua sepertimana yang nyatakan oleh zahid hamidi dalam kempen di dun kuala sepetang . Walaubagaimanapun, ia boleh dikatakan kaum tiong hua boleh menerima budaya tersebut. Seperti contoh org melayu menerima budaya hip hop atau rap, sebaliknya ia bukan budaya melayu.

Pemimpin yang jahil seperti zahid hamidi tidak layak untuk menilai apa itu sebenarnya budaya kaum cina sedangkan dia langsung tidak memahami budaya cina. Saudara eric juga menyeru agar pengundi di p056 bkt gantang mengundi dan menyokong penuh PAKATAN RAKYAT. Satu undi yang terlepas untuk BN itu memberikan maksud bahawa pengundi tersebut bersetuju dengan rasuah, mengkhianati anak….. cucu…. Cicit…. Pada masa hadapan. Sebaliknya satu undi untuk PAKATAN RAKYAT seumpama menanam sepohon pokok pada masa kini supaya generasi akan datang akan mendapat perlindungan dibawahnya.

Sabtu, 4 April 2009

DI BALIK KELAMBU ZAHID HAMIDI



Agak malang nasib rakyat apabila negara sejak 51 tahun dahulu lagi ditakbir macam harta mak bapak mereka. Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO yang baru telah diamanahkan mengemudikan gerak kerja UMNO dalam PRK BKT Gantang. Ia dibuat atas jasa beliau turut memainkan peranan merampas kerajaan PR PERAK (membolehkan beliau mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Mac lalu)

Siapa Zahid Hamidi??? Masih ingat lagi kes pukul 'boyfriend'anaknya di Country heights Kajang? Kononnya, lelaki itu dipanggil untuk berunding mengenai status hubungan tersebut. Sebaik tiba dirumah jam 11 mlm, lelaki tersebut ditumbuk dimuka oleh Zahid sendiri. Kemudian mengarahkan org2nya membelasah sehingga cedera teruk.

Peristiwa berkenaan telah menjadi kes polis dan masih belum selesai sehingga kini. Sedikit masa lalu Zahid turut mendapat habuan-projek besar....juta.... juta.... juta... ringgit di Pelentong, Johor. Adiknya 'Mohd Nasa'e yang kelolakan. projek berkenaan akhirnya bermasalah, tetapi kerajaan pula yang disalahkan.

Sebelumnya, Nasa'e cuma ada kereta Proton saga buruk, kemudian menukar BMW 528i!!!! isteri pun muda lawa. Dah jadi org penting dan gaya cakapnya pun teratur, satu.... satu.... tau tak zahid ada beberapa buah superbike???? lebih dari 10 biji.

Dalam musim haji lalu, Zahid adalah Menteri yang paling sibuk di Tanah Suci-diberi liputan meluas setiap hari mengenai aktivitinya disana. Selain daripada Menteri Agama, dia turut mencalonkan diri untuk jawatan Naib presiden UMNO. Usahanya itu membuahkan hasil dan mendapat undi tertinggi pula. Agak malang, seminggu selepas pulang ke tanah air dengan 'tittle' HAJInya, Zahid sudah mula berbohong dan membuat fitnah. Dia berbohong mengenai pemberian tanah kg baru dan kg tersusun oleh kerajaan PR PERAK. Bohong adalah satu drp tanda orang munafik. Tempat tetap bagi si munafik adalah jelas iaitu neraka. org mcm ni tak boleh diikut, malah suka atau cenderung hati pun dilarang.

Ia bukan tuduhan, tetapi sebagai manusia yang ada perhitungan akhirat kita harus insaf, fikir dan tepuklah dada....

DIMANA DAN KEMANA KITA???

Jumaat, 3 April 2009

NEWS FROM BKT GANTANG (N.15 DUN TRONG)

Jadual Calon PAS P.59 HARI INI (jumaat)

6.00 pg Solat subuh Taman Kaya Fasa 1
8.00 pg Sarapan pagi / Rayu Undi Kg. Pauh
8.30 pg Ziarah Al-Malak Kg. Pauh
9.00 pg Rayu Undi Pasar Taman Kaya
10.00 pg Ziarah Jenazah (Mahbob Ismail)No.14, Lorong Jati, Taman Simpang Makmur
11.00 pg Rehat

12.40 tgh Tzakirah & Solat Jumaat Masjid Air Kuning @ Masjid Matang

3.00 ptg Dialog Rakyat dengan DS Nizar Jamaluddin “Penjelasan tentang isu : Tanah Perkampungan Dewan Batu 2 ½
4.30 ptg Solat Asar Masjid Kg. Jelutong
4.50 ptg Program Khidmat Kesihatan dan BBQ Kg. Baru, Jelutong
5.20 ptg Dialog Rakyat dengan DS Nizar Jamaluddin “Penjelasan tentang isu : Tanah Perkampungan Kg. Senduk, Bukit Gantang
6.00 ptg Ziarah pengundi UMNO yang berjanji akan memberi undi kepada calon Kg. Chengal Jantan

7.30 mlm Solat & Kuliah Maghrib Surau Taman Changkat Jering
8.40 mlm Makan Malam Kedai Zamri Kanji Arab
9.30 mlm Ceramah Kg. Setia (Simpang Halt)
10.30 mlm Ceramah Padang Besar (Changkat Jering)
11.00 mlm Ceramah Batu 6(Changkat Jering)
11.40 mlm Ceramah Kg. Sentosa
12.30 mlm Lawatan Bilik Gerakan PKR Taman Molek


3 APRIL 2009 PEKAN TEMERLOK
YB LIM GUAN ENG

4 APRIL 2009 PEKAN SG.ROTAN
YB. NGAH KOH MING
YB KESAVAN

DATARAN SIMPANG
TOK GURU NIK AZIZ






AKSI2 MENGGHAIRAHKAN DIHIDANG BUAT PEMIMPIN BN (TERMASUK USTAZ ZAHID HAMIDI)PENYOKONG BN DI KUALA SEPETANG


Inilah dia tokoh ulama' UMNO yang menjadi idola penyokong-penyokong UMNO. Seorang yang warak dan tak sukakan maksiat apatah lagi untuk menghadiri majlis-majlis yang penarinya seksi-seksi sehingga menjilat jari. Apakan daya, masih ramai lagi umat-umat Melayu kita yang mengaku Islam masih lagi tak puas-puas mendambu-damba kononnya UMNO inilah pejuang Islam yang sejati. Lihatlah bagaimana tokoh agama ini yang berperanan menjaga hal ehwal agama sanggup duduk di depan sekali sambil menyaksikan tarian separuh ***** dan menjolok mata dengan dihidangi iringan muzik yang mengasyikkan. Tidak pula TV3 dan TV1 mengulang tayang sepertimana yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim sewaktu pilihanraya lepas. Kalau dulu UMNO melalui TV kesayangannya tak habis-habis mengulang tayang Anwar Ibrahim sedang menggayakan tarian ketika bersama-sama dalam majlis yang dihadiri oleh kaum India.

Mana dia Dr. Mashitah, Mana dia Ustaz Firdaus, Mana dia Ustaz Nakhaie yang hebat berpidato tentang halal dan haram. Nah....sekarang ini lihatlah sendiri tokoh ulama' UMNO yang bernama Zahid Hamidi.

Saya bukannya bertujuan untuk menjatuhkan tokoh Islam UMNO ini tapi cuba nak menyedarkan ustaz-ustaz dalam UMNO supaya muhasabah kembali dan melihat secara jelas bentuk islam hadhari yang telah dipopularkan oleh UMNO.

Konsep Islam moden yang dipelopori oleh UMNO sebenarnya hanya memenatkan umat islam dan membawa umat Melayu Islam hilang arah tuju sehingga menafsirkan sesuatu yang haram itu halal dan sesuatu yang halal itu haram. Pemahamam secara terbalik ini sekaligus akan menghancurkan umat Islam sendiri yang sudah pun semakin tenat dan nazak di bumi Malaysia.

Apabila PAS dan ahli-ahli agama cuba untuk menegakkan Islam sebenar di bumi Malaysia, PAS telah dianggap berfikiran sempit dan bertujuan atas kepentingan politik. Apabila mufti berfatwa bahawa jom heboh haram kerana menampilkan penyanyi yang tidak menutup aurat , maka mufti itu akan diselar oleh sesetengah pemimpin UMNO yang tak berapa faham tentang agama. Yang faham dan tahu pula dalam UMNO hanya mengangguk kepala tanda "yes" apa sahaja pandangan dari pemimpin UMNO.

Saya percaya ceramah UMNO ini adalah halal kerana tidak nampak FRU dan ianya dihadiri oleh tokoh agama UMNO yang disegani Ust. Zahid Hamidi bersajikan hiburan dan tarian seksi dari penari-penari yang dijemput khas ini.

Tahniah buat Zahid Hamidi. Bukan sahaja memenangi jawatan di majlis tertinggi tapi juga mampu menghadiri majlis-majlis sebegini. Sah dan nyata ustaz-ustaz UMNO indah khabar dari rupa.

PAS adalah yang terbaik. PAS adalah pilihan sebenar. PAS adalah pendokong kebenaran. PAS adalah simbol keharmonian sebenar. Sebab PAS meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Islam yang diwarisi oleh Rasulullah SAW, bukannya Islam Hadhari yang diwarisi oleh Pak Lah. PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa mewujudkan persepakatan yang akrab dalam menjaga kebajikan semua kaum dengan berpaksikan kitab Allah dan menjadi Rasulullah sebagai ikon kepimpinan untuk semua bangsa. Rasulullah telah membuktikannya dan PAS di Kelantan juga telah membuktikannya. Tidak ada seorang pun kaum lain di Kelantan yang hidup tertindas di bawah kepimpinan Tn. Guru Hj. Nik Abd Aziz. Itulah hebatnya pemimpin yang menjaga rakyat berasaskan Islam. Islam untuk semua dan PAS juga untuk semua. Pakatan Rakyat sememangnya untuk semua.