Isnin, 28 Januari 2013

Rafizi Gempur P.75

KUALA LUMPUR 28 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bakal gempur Bagan Datoh, Parlimen Datuk Zahid Hamidi Februari ini bagi menerangkan isu salahguna dan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan itu. “Saya bersetuju beberapa tarikh untuk turun ke Bagan Datoh dalam bulan Februari. “Saya juga masih menunggu saman Zahid Hamidi yang belum dihantar kepada saya. Tapi saya dah setuju turun habis-habisan gempur Bagan Datoh,” tulis Rafizi pada twitternya hari ini. Zahid 25 Januari lalu memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel di dalam laman blognya. Tegas Rafizi, saman Zahid akan dijawab di mahkamah kerana isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota tentera yang diabai tidak boleh dipadam dengan tipu helah teknologi. Rafizi semalam turut menolak keras laporan mendakwa beliau memohon maaf kepada Zahid dalam laman facebooknya. “Kenyataan palsu dan berniat jahat itu dirancang laman pro-Umno dengan tujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. “Saya menafikan sepenuhnya kenyataan maaf dan tetap dengan pendirian membawa perkara ini ke mahkamah. “Saya tidak akan berganjak membawa isu salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia,” katanya pada kenyataan. Rafizi berkata, tindakan menggodam akaun dan laman pro-Pakatan Rakyat, termasuk laman web dan facebook pimpinan Pakatan berpunca kegagalan Umno BN berdepan pendedahan memalukan. “Ini kejadian kedua dalam tempoh dua hari selepas laman facebook Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali. “Saya mengutuk muslihat dan tipu helah yang digunakan cybertrooper Umno kerana tidak beretika,” tegasnya.

Tiada maaf pada Zahid Hamidi, lawan di mahkamah

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut. Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia. Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook. Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional. Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini. Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Datuk Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN 27 Januari 2013

Selasa, 22 Januari 2013

FORUM KEBEBASAN AKEDEMIK & HAK ASASI LIVE

22/1/2013 LIVE DARI KLSCAH JAM 8 MALAM http://www.radiobangsarutama.com/

Buka Minda, Buka Hati

Di antara DAP dan UMNO, siapakah yang lebih mengancam survival orang-orang Melayu? 1. DAPkah yang melesapkan hampir separuh tanah rizab Melayu? Dari kira-kira tiga juta hektar negara menyambut kemerdekaan dulu, kini hanya tinggal 1.5 juta hektar sahaja. DAP yang belasahkah atau UMNOputra menghentamnya untuk kekayaan peribadi dan terus untuk memperhambakan orang Melayu? 2. DAPkah yang melakukan pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dahulu yang kawasan Melayu menjadi minority. Kawasan pilihan raya di negeri-negeri majority Melayu tidak ditambah? 3. DAPkah yang menjadikan peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu tidak ubah seperti rakyat India yang miskin sedangkan negara mereka kaya-raya,malah para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang melimpah ruah? 4. DAPkah yang kendurikan saham RM50 bilion-saham Bumiputera yang kini hanya tinggal RM2 billion sahaja? 5. DAPkah yang berpakat dengan Gerakan memingirkan orang-orang Melayu Pulau Pinang yang kini hanya tinggal gusi dan lidah sahaja, sedangkan para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang luar biasa sekali? 6. Adakah MCA, Gerakan dan MIC baik sangat terhadap orang-orang Melayu? Tidak cukupkah lagi apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika negeri itu diperintah oleh Gerakan? 7. DAPkah yang suatu masa dahulu merentap bantuan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)? 8. DAPkah yang bunuh orang-orang Melayu Islam di Memali dan di Lubok Merbau? Kesimpulannya, UMNO dan para pemimpinnya memang merupakan pengkianat bangsa dan agama. Mereka berterusan menjadikan orang Melayu sebagai hamba kepada pemimpin. Kehidupan orang Melayu masih mundur dan terpinggir berbanding dengan bangsa-bangsa lain walaupun sudah diberi masa 54 tahun untuk merubahkan kedudukan social, ekonomi dan pendidikan orang Melayu, tetapi UMNO gagal melakukannya. Orang Melayu masih ditakuk lama, lebih baik sedikit berbanding di zaman penjajah dahulu.

54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka

1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ? 2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula,walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar.? 3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya(TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?. 4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ? 5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ? 6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati ? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya ? 7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM. 8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya ?. 9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan. 10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu. 11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa ? 12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ? 13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ? 14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ? 15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British). 16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan ? Apakah signifikan syarat ini ? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” ? dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada. 17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban. 18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London. 19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan. 20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ? 21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris. ? 22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini ? (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara). 23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia. 24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama’ telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudianditangkap - kenapa ? 25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis ? 26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama’ seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris. 27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia ?. Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka. 28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjungsistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275). 29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba ?. 30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding ? 31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO. 32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya. 33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948. Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain. 34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ? 35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ? 36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini? 37. Kenapakah UMNO terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989.Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat. 38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat. 39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal. 40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini ? 41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan. 42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih ? 43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh UMNO – apakah dosa UMNO hingga ia semakin dibenci. 44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan ? 45. Kenapa UMNO masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat ? 46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa ? 47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil. 48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah UMNO terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka. ? 49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM ? 50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli UMNO) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenarperjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan.? 51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini.? 52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh UMNO. ? 53. Benarkah kita sudah Merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversive oleh pemerintah. 54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain. ?

Isnin, 21 Januari 2013

Forum Kebebasan Akademik & Hak Asasi

Tarikh : 22/1/13 ( Selasa) Jam : 8.00 pm Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor Panel : Dr Maszlee Malik , Prof Dr Aziz Bari, Saudari KS Bawani (mahasiswi UUM) , Puan Sharifah Zohra Jabeen ( Presiden Suara Wanita 1 Malaysia ) Ucap aluan : che’GuBard Anjuran : SAMM Segmentasi Mahasiswa, KAMI & lNSTEF Sebarkan

DSAI menang saman UTUSAN RM50 juta

KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu. Keputusan penghakiman itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini. Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Singham memutuskan artikel itu bersifat fitnah dan bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin politik. Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira fakta dan bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan, menunjukkan Utusan dipunyai oleh Umno. “Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” kata Singham dalam penghakimannya. Keputusan itu merujuk artikel bertajuk ‘Tolak Anwar-Hassan’ yang disiarkan muka depan akhbar kawalan Umno itu pada 17 Januari 2012. Anwar memfailkan fitnah terhadap Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak 20 Januari tahun lalu, yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual. “Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Singham. Menurutnya, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab. Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan. “Wartawan dan editor mempunyai hak untuk menyiarkan berita, tapi bukan fitnah, atau berita palsu,” tempelak Singham dalam penghakimannya. Katanya, hakim memainkan peranan penting dalam memastikan kebebasan badan kehakiman. “Keadilan perlu dilaksanakan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak mahupun parti politik, semua keputusan perlulah selari dengan fakta yang dibentangkan,” jelas Singham. Beliau mengarahkan Utusan membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar manakala pampasan damage (teruk) ditetapkan ke satu tarikh kemudian.

LAGI PENDIDIKAN DIPOLITIKKAN AGEN UMNO

Dengan bertemakan ‘Anwar Pengkhianat Negara’ seorang penceramah dipercayai dari BTN telah menyampaikan ucapan dihadapan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah

ANDA PERCAYA DENGAN POLIS???

KUALA LUMPUR: Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center. "Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama" yang dilakukan antara November dengan Disember tahun lalu turut mengejutkan badan tinjauan bebas tersebut. Lebih daripada separuh atau 56 peratus daripada 826 pengundi baru berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang ditinjau berkata bahawa mereka tidak mempercayai polis. Ini berbanding dengan 47 peratus berkata mereka tidak mempercayai parti-parti politik. Kesangsian kepada pihak berkuasa dalam undang-undang tertinggi di Malaysia itu melebihi semua institusi awam lain yang ditinjau, termasuk kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan kehakiman, lapor The Malaysian Insider. Masyarakat Cina adalah yang paling tidak mempercayai polis - dengan lapan daripada 10 meragui Bukit Aman berbanding 46 peratus bagi Melayu dan 55 peratus bagi India. Kesangsian kepada parti-parti politik adalah tertinggi di kalangan kaum India dengan 57 peratus, diikuti oleh 52 peratus Melayu dan 33 peratus Cina. Pasukan polis negara itu baru-baru ini telah dikritik oleh orang ramai dan pemimpin pembangkang selepas peristiwa rompakan dan serangan menyebabkan tanda tanya kepada statistik kerajaan yang menunjukkan penurunan ketara dalam kadar jenayah di Malaysia. Pada Julai lalu, Encik Liew Chin Tong dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendedahkan 86 peratus daripada polis di Malaysia tidak melawan penjenayah tetapi mengendalikan kertas kerja, aktiviti "mengintip" dan logistik. Ini menguatkan lagi dakwaan pihak berkuasa telah mengubah data jenayah untuk menunjukkan imej baik pasukan tersebut. "Hampir 14 peratus daripada pasukan polis beruniform bertugas di jabatan-jabatan berkaitan dengan jenayah," kata beliau merujuk kepada jabatan siasatan jenayah narkotik dan jabatan siasatan jenayah komersil di Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Sementara 86 peratus anggota polis tergolong kepada sektor bukan berkaitan jenayah (seperti) pengurusan, keselamatan dalaman dan ketenteraman awam, logistik, Cawangan Khas, dan pasukan petugas khas," tambah beliau. Beliau menyatakan jumlah kakitangan jabatan siasatan jenayah (JSJ) membentuk hanya lapan peratus atau 9,346 daripada 105,929 pegawai pasukan polis beruniform. "Ini bermakna enam kali lebih ramai polis ditugaskan untuk pekerjaan bukan berkaitan jenayah berbanding yang memerangi jenayah. Tidak hairanlah kita berasa tidak selamat," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu.

Ahad, 20 Januari 2013

APA KATA PAK SHEIKH KADIR.

Hanya 6 daripada 290,457 guru siswazah mohon sertai politik

BATU PAHAT 20 Jan. - Kementerian Pelajaran mendedahkan hanya seramai enam orang daripada 290,457 guru siswazah memohon untuk terlibat dalam politik walaupun kerajaan telah membenarkan tenaga pengajar yang menepati syarat terlibat dalam politik. Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah permohonan yang sedikit itu dipercayai berpunca kerana guru-guru masih bimbang mereka dikenakan tindakan akibat terlibat dalam politik. Menurutnya, selain itu, para guru turut bimbang identiti mereka yang terlibat dalam politik dan parti didedahkan oleh kementerian dan boleh menjejaskan tugas mereka. "Para guru dinasihatkan tidak perlu bimbang sekiranya ingin mengemukakan permohonan untuk terlibat dalam politik kerana kebenaran yang diberikan oleh kerajaan telah menjamin identiti mereka dirahsiakan dan tiada tindakan diambil. "Cuma mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan iaitu guru yang mempunyai jawatan penting dalam sekolah seperti guru besar dan pengetua tidak dibenarkan terlibat dalam politik," katanya selepas merasmikan majlis penutup Forum Penyatuan Islam bersama pesara guru peringkat negeri Johor di Hotel Pine Tree, di sini hari ini.

AKU CABAR ORANG MELAYU & INDIA.

Respect and Solute pada sahabat orang cina kita ini. datang ke sekolah ambil Peruntukan Rm 100 untuk anak.berpakaian kuning bersih.duit rakyat bukan duit umno B-End. Umat Melayu dicabar supaya bertindak sedemikian sebagai tanda keghairahan untuk menjatuhkan kerajaan melalui PRU 12. RM100 ni bukan boleh makan 5 tahun, jgn sebab sebanyak ni takut mengatasi segala. AKU CABAR!!!!!!!! AKU CABAR!!!!!!!! AKU CABAR!!!!!!!!

PEMBONSAIAN RAKYAT

Oleh kerana ceramah Umno-BN tak dapat sambutan peluang terbaik digunakan semasa bagi bantuan persekolahan RM100 yang kini sedang berlangsung di seluruh sekolah kebangsaan dan menengah.Kawasan sekolah diwartakan sebagai haram berpolitik tapi main dengan Umno-BN ni undang-undang hanya sebelah pihak iaitu parti yang lawan Umno-BN bukan untuk Umno dan puak yang digelar Tun Madey Syaitan yang dikenali.Tun Madey kata bukan aku kata. Di sebuah sekolah menengah di Shah Alam di seksyen 18,saya diberitahu pemimpin Umno bahagian Shah Alam sebelum hulurkan duit RM100 yang bukan duit poket pemimpin Umno tapi duit rakyat yang bayar cukai siap berkempen kepada budak-budak sekolah dan mak-bapak yang hadir terima duit RM100 dengan berkata zaman BN dulu harga rumah begitu murah tak macam zaman PR perintah harga rumah paling murah pun RM300 ribu ringgit. Hujah bodoh macam ni pun nak bodohkan orang Shah Alam.Cuba tanya balik berapa harga rumah di Kuala Lumpur dan Putrajaya takkan bawah RM100 ribu?Tahun 90-an hingga tahun 2007 berapa harga rumah takkan sama?Nak tawan balik Selangor pun janganlah bagi hujah yang nampakkan pemimpin Umno tak cerdik bab matematik dan ekonomi.Yang tetapkan harga rumah bukan pihak kerajaan tapi pihak pemaju berdasarkan nilai tanah dan harga semasa.Malu la kalau angkat orang macam ni jadi ahli parlimen Shah Alam. Dalam kawasan sekolah orang yang paling berkuasa ialah gurubesar.Tapi Umno layan guru besar macam tak ada nilai.Sepatutnya yang bagi duit RM100 tu gurubesar bukan pemimpin Umno-Bn yang kini keluar masuk kawasan sekolah untuk bagi duit RM100.Hanya pemimpin Umno-Bn saja yang berkuasa agihkan duit tu bukan gurubesar. Umno nak ceramah tang mana lagi bagi nampak ramai kalau bukan dalam kawasan sekolah depan mak bapak dan budak sekolah.Pemimpin Umno pakat bising suruh polis ambil tindakan terhadap ibu bapa yang bawa anak-anak dalam HKR#KL112.Polis juga patut bertindak terhadap pemimpin Umno yang ceramah politik dalam kawasan sekolah masa bagi RM100.Suruh rakyat bersyukur dapat RM100 dalam masa yang sama pemimpin Umno makan rasuah berjuta ringgit! Umno bukan saja cuci otak budak sekolah supaya jadi baka yang menyokong Umno tapi pelajar universiti yang dah boleh pikir sendiri yang tau beza yang mana intan dan yang mana kaca juga Umno nak cuci otak jadi penyokong BN seperti kes yang berlaku kepada seorang pelajar UUM yang bernama Bawani yang kini kecoh dalam media internet.Berita ni tak keluar dalam TV3 dan Utusan Meloya.

Cincin RM24 juta:Dah dua tahun baru Rosmah nak sumpah dengan nama Allah

Dulu PM Najib pernah bersumpah dengan nama Allah kata tak kenal wanita yang bernama Altantuya yang mati dibom hingga berkecai.Tapi apabila rakyat dikejutkan dengan dakwaan Deepak Najib terlibat dalam akuan bersumpah kedua P.Balasubramaniam dalam kes pembunuhan Altantuya rakyat mula pikir apakah benar Najib tak kenal Altantuya.Najib kata Deepak tak boleh dipercayai.Rosmah bini Najib juga mengelak daripada wartawan bila diajukan kes tesebut untuk dapat jawapan.Kenapa takut untuk jawab segala dakwaan yang ditimbulkan? Dua tahun lepas kita dikejutkan dengan laporan bahawa Rosmah Mansor bini PM Najib import cincin berlian bernilai RM24 juta yang didedahkan Chegubard dan sudah buat laporan kepada SPRM.Kini Rosmah Mansor kata sanggup bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak miliki cincin yang bernilai RM24 juta.Kata Rosmah ,"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis cerita,".Cincin yang mana satu Rosmah tak ada?Kenapa hampir dua tahun lebih baru Rosmah nak sumpah dengan nama Allah kata beliau tak ada cincin RM24 juta? Tak lama lagi kita akan hadapi pilihanraya umum ke 13 banyak lagi akan bersumpah dengan nama Allah sebagai talian hayat..Sumpah la berapa lori nak sumpah tapi rakyat dah ada matlamat untuk tumbangkan regim yang ada.

Bubar parlimen 22-2-13,penamaan calon 16-3-13 dan mengundi 30-3-13?

Inilah Malaysia negara kita yang paling pengecut dalam dunia pemimpinya nak umum tarikh pilihanraya.Jadi kabar angin bertiup kencang kata tarikh cadangan pembubaran parlimen ialah pada Jumaat 22-2-13, penamaan calon Sabtu 16-3-13 dan hari mengundi pru 13 ialah Sabtu 30-3-13.Betul atau tak betul ini sms yang diterima.Rakyat terpaksa korek sana korek sini dan buat ramalan kerana PM Najib jadi gelabah dengan kebangkitan rakyat yang akan jadi satu sejarah dalam ibu segala pilihanraya kali ini. Semua pemimpin Umno-BN dalam keadaan gelabah ya la dah 55 tahun berkuasa kalau hilang kuasa dalam sekelip mata boleh jadi gila dibuatnya.Mereka tidoq tak lena makan tak kenyang mandi tak basah dok pikir kalau hilang kuasa jadi lagu mana.Bukan dok pikir nak menang tapi pikir nak kalah haha. Kita rakyat tak kisah buat la bila pun dalam hati nawaitu kita nak tumbangkan Umno-Bn ja bukan pikir apa pon.Tak pikir pun RM100 dan RM500 bagi kita sapu bukan duit Umno tapi duit rakyat.Bila undi kita pangkah Asalkan Bukan Umno!Kalau bagi kita sapu undi pulak BN maknanya nilai diri kita,maruah kita takat duit yang BN bagi.BN dah banyak menipu rakyat sekali sekala kita kenakan BN pulak umpan kita makan undi lawan BN.

JANJI CAPATI! PENDIDIKAN TIDAK DIPOLITIKKAN. PUIH....

Najib ada sebut dalam tv3 suku pendidikan tidak akan dipolitikkan. macam haram jadi. negara yang bernama malaysia dari peringkat rendah sampai ke peringkat tertinggi mmg dilibatkan dengan politik UMNO./BARISAN NASIONAL. baru2 ni bantuan persekolahan RM 100, arahan penyerahan akan dibuat oleh wakil rakyat/wakil/ sewaktu dengannya yang WAJIB dari BARISAN Nasional. woi..... guru kelas pn dh cukup kalo nk bagi, tak pun buat je akaun BSN budak2 sorg 1, Than pam terus dalam akaun. itu untuk negeri naungan BN, negeri naungan PR pulak PPD main peranan menyusun. kena la pulak sekolah tunggu sampai jam 5 ptg sebab org yang sama nk bagi kat 1 DUN/PARLIMEN. di IPT pula dah mmg terang2 BN sponser puak2 pro umno. semasa Perhimpunan agung UMNO ada plak kelab IPT umno(agak2 je, tak ingat sangat nama yang betul). cuba DAP buat kelab IPT DAP, mau tiap2 hari ada 20 yang buat demo dengan mcm2 alasan yang basi. dalam BTN(alat propaganda UMNO) pulak kalo di kaji2 berapa ramai yang dari aliran pendidikan.

OSTAD KAZIM BUKAN PILIHAN PERTAMA

Dalam senarai ameno, ostad Kazim bukan calon utama untuk DUN Manjoi. Senarai ini dah bocor. Ostad Kazim calon nombor 3 untuk DUN Manjoi. Nombor 1 dan 2 orang baru. Bukan YB Dato' Nazri. YB Dato' Nazri terlalu baik untuk ameno jahat itu. Maknanya harapan ostad Kazim untuk jadi ADUN Manjoi amat tipis. Harapan pengikut setianya untuk jadi setiusaha politiknya juga amat tipis. Kecuali calon nombor 1 dan 2 tetiba ghaib!

LISTEN LISTEN LISTEN.!!!!!!

LISTEN!!!!! masa dah semakin suntuk... adakah sudah cukup solid gerak kerja PRU 13????? tepuk dada tanya hati. saat ini anak muda amat mengharapkan agar segala isu tempatan dapat ditampilkan dan dijadikan bahan untuk menjahanamkan UMNO/ BARISAN Nasional. Org yang dibelakang jangan tembak terlalu cepat, nanti tertembak kawan didepan. kalau nk main2 tempak pakai otak, kasi tembak musuk. bukan kawan yang didepan yang di tembak. sama macam PRU 12 2008 apabila sudah hampir bulan purnama maka ramai lah pembantu2 yang akan muncul...... yang nak membantu dialukan dengan sepenuh hati. yang ynak menjahanamkan tolong la hindarkan tangan2 macam ini. jgn pandang mudah P.75 dapat ditawan. all out and make sure we change MP P.75. PAHAM KE, X PAHAM KE. LU PUNYA PASAL. KALO ORG BAGAN DATOH MESTI FAHAM.