Selasa, 22 Januari 2013

Buka Minda, Buka Hati

Di antara DAP dan UMNO, siapakah yang lebih mengancam survival orang-orang Melayu? 1. DAPkah yang melesapkan hampir separuh tanah rizab Melayu? Dari kira-kira tiga juta hektar negara menyambut kemerdekaan dulu, kini hanya tinggal 1.5 juta hektar sahaja. DAP yang belasahkah atau UMNOputra menghentamnya untuk kekayaan peribadi dan terus untuk memperhambakan orang Melayu? 2. DAPkah yang melakukan pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dahulu yang kawasan Melayu menjadi minority. Kawasan pilihan raya di negeri-negeri majority Melayu tidak ditambah? 3. DAPkah yang menjadikan peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu tidak ubah seperti rakyat India yang miskin sedangkan negara mereka kaya-raya,malah para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang melimpah ruah? 4. DAPkah yang kendurikan saham RM50 bilion-saham Bumiputera yang kini hanya tinggal RM2 billion sahaja? 5. DAPkah yang berpakat dengan Gerakan memingirkan orang-orang Melayu Pulau Pinang yang kini hanya tinggal gusi dan lidah sahaja, sedangkan para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang luar biasa sekali? 6. Adakah MCA, Gerakan dan MIC baik sangat terhadap orang-orang Melayu? Tidak cukupkah lagi apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika negeri itu diperintah oleh Gerakan? 7. DAPkah yang suatu masa dahulu merentap bantuan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)? 8. DAPkah yang bunuh orang-orang Melayu Islam di Memali dan di Lubok Merbau? Kesimpulannya, UMNO dan para pemimpinnya memang merupakan pengkianat bangsa dan agama. Mereka berterusan menjadikan orang Melayu sebagai hamba kepada pemimpin. Kehidupan orang Melayu masih mundur dan terpinggir berbanding dengan bangsa-bangsa lain walaupun sudah diberi masa 54 tahun untuk merubahkan kedudukan social, ekonomi dan pendidikan orang Melayu, tetapi UMNO gagal melakukannya. Orang Melayu masih ditakuk lama, lebih baik sedikit berbanding di zaman penjajah dahulu.

Tiada ulasan: