Selasa, 28 Julai 2009

CERAMAH RAKYAT



Ceramah Politik anjuran PAS di Teluk Intan


Tarikh : 30 Julai 2009 (Khamis)


Masa : 9 pm


Tempat : Markas PAS Cawangan Kampung Bahagia, Teluk Intan


Penceramah :


Ustaz Abu Bakar Husain

YB Taib Azamudden

YB Chang Li Kang

YB V.Sivakumar

Ahad, 26 Julai 2009

Gelombang Pertama MIC Sudah Bermula..




Bekas Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam bersama adiknya, yang juga Ketua MIC Cawangan, hari ini mengumumkan keputusan mereka untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kedua-dua mereka merupakan Ketua Cawangan dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Ia diumumkan oleh mereka pada satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan di sini petang tadi. Turut hadir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya tapi saya sertai kerana suasana politik semasa," kata Subramaniam, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat.

Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Subramaniam berkata, beliau sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR.

"Sudah lama sokong PKR, dasar-dasar... baru sekarang berani untuk keluar," katanya.

Subramaniam berkata, beliau akan memaklumkan MIC tentang keputusannya.

"Keputusan muktamad untuk keluar MIC hanya dibuat baru-baru ini," kata beliau ketika ditemui wartawan sambil menambah bahawa "keputusan mereka tidak dipengaruhi semangat adik-beradik."

Turut sertai PKR hari ini ialah adik Subramaniam, Dr. Streram Sinnasamy yang merupakan Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa.

Subramaniam merupakan Pengerusi MIC Cawangan Taman Perangsang.

Kedua-dua merupakan antara 12 pengerusi cawangan dalam Petaling Jaya Selatan yang mengumumkan keluar MIC hari ini.

Turut mengumumkan keluar ialah Ketua MIC Cawangan Pekan Meru.

Kesemua 13 cawangan itu turut dibubarkan.

MENYUSUL?

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama."

"Selepas pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kapar.

Ahad, 19 Julai 2009

Siasatan SPRM Ke Atas ADUN PR, Gimik Politik




Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas anggota Exco Pakatan Rakyat Selangor yang kononnya menyalahguna peruntukan DUN adalah gimik politik Umno-Barisan Nasional.

Malangnya, kata beliau apa yang dilakukan itu, memerangkap diri sendiri apabila rakyat mula hilang kepercayaan terhadap badan bebas tersebut yang dituduh menyebabkan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Banyak lagi kes rasuah yang lebih serius melibatkan wang rakyat telah dilaporkan, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan."Pada tahun 2008, bila PR jadi kerajaan, kami tahu setiap kawasan diberikan peruntukan RM500,000.

Sebenarnya, ini adalah praktis kerajaan dulu juga, jadi bila kami check akaun kami, kebanyakan duit ini telah digunapakai oleh bekas Adun Barisan Nasional dalam tempoh 3bulan. Macam mana seorang wakil rakyat boleh menghabiskan wang rakyat begitu sahaja. ADUN PR dah buat bising tapi nampaknya SPRM tak buat apa-apa langkah untuk menyiasat mereka, selepas ADUN PR jadi kerajaan kita lihat pegawai SPRM bekerja bersungguh-sungguh untuk menyiasat akaun peruntukan.

Banyak lagi kes, termasuk isu PKFZ yang menelan belanja lebih RM12.5 bilion, membabitkan wang rakyat dan banglo mantan menteri besar, Khir Toyo telah dilaporkan, tetapi tiada tindakan diambil oleh SPRM sehingga ini.

Kalau ikut kanun kesiksaan jenayah, 24 jam ditahan ini hanya digunapakai dalam kes jenayah dan seseorang itu ditangkap atau ditahan polis. Jadi dalam kes Teoh ini, beliau bukan penjenayah, beliau bukan seorang suspek, beliau hanya diminta untuk membantu siasatan sebagai saksi sahaja. Jadi cara SPRM ini memang menimbulkan banyak persoalan dan cara mereka amat diragui.

Isnin, 13 Julai 2009

100 HARI PM, GIMIK POLITIK


Perdana Menteri Najib Abdul Razak menandakan hari ke-100 pemerintahannya dengan mengumumkan 11 langkah populis dalam usaha merampas kembali sokongan rakyat dari Pakatan Rakyat. Selepas majoriti 2/3 pemerintah terkubur dalam PRU-12 lalu, Umno-BN berusaha untuk memacu momentum politik yang tersadung kekalahan dalam siri pilihanraya kecil lepas. Nekad mematikan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, Najib mengumumkan diskaun 20 peratus kepada pengguna kerap tol lebuhraya. Najib juga berkata ini dan 10 rancangan yang lain akan disusuli dengan lebih banyak langkah populis di masa hadapan.Najib berkata demikian kepada lebih 3,000 penyokongnya di majlis meraikan 100 hari pemerintahan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah populis ini sebagai gimik politik. Naib Presiden Mustapha Kamil Ayub berkata Kerajaan Pusat mampu melakukan yang lebih baik, namun kepentingan politik membantutkan kekuatan itu. Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup berbelanja berbilion ringgit membeli sistem pembekalan air dari pemegang konsesi air supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos kehidupan Lembah Klang yang tinggi.


Mustapha juga berkata kepedulian rakyat yang jitu mendorong kerajaan Selangor untuk memperkenalkan program 20 meter padu air percuma untuk semua pengguna domestik. Sekiranya pemerintah ikhlas mahu membantu rakyat, Mustapha menyeru Najib supaya meniru jejak langkah Selangor dan memilik-negara lebuhraya dari tangan konsesi. "Dalam konteks pakatan, hal utama seperti air, jalanraya, hospital dan lain-lain, memainkan peranan yang lebih dalam persoalan untuk mengurangkan beban rakyat. Soal Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan sedia menggunakan sumber lain untuk menanggung kos pembekalan air, komitmen terhadap rakyat. Dalam masa yang sama, dalam keadaan ekonomi agak parah, rakyat perlu dibantu dengan cara demikian.” “Diberikan satu bentuk di mana jika tidak secara langsung perlu ada kajian. Cara berkenaan (diskaun 20%) tidak melambangkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat. Tidak mencukupi kalau sekadar potongan 20% kepada pengguna kerap," Pendedahan dokumen konsesi lebuhraya mendedahkan kerajaan Malaysia dan pemegang konsesi telah menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat dalam satu perjanjian yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun. Umno-BN beralasan bahawa kerajaan terpaksa membayar subsidi yang mahal kepada konsesi sekiranya kerajaan menghalang kenaikan harga tol.


Siri-siri bantahan dan demonstrasi rakyat membantah kenaikan harga tol bagaimanapun dijawab dengan kekerasan pihak berkuasa. ”Sebelum itu mereka kata tidak mampu dan perjanjian tidak boleh diubah. Sebelum ini mereka kata bahawa kerajan perlu beri subsidi dan pampasan kepada syarikat konsesi Kerana ia kewajipan secara kontrak, tiba-tiba dia boleh bagi 20%. Bagaimana 20% ini boleh dilaksanakan? Samada kerajaan perlu bayar subsidi yang lebih tinggi atau ini memang sesuatu yang didalam kuasa kerajaan. Ini tidak dijelaskan,” kata Pengarah Strategi PKR, Tian Chua. Kata Tian Chua lagi, beliau mengganggap pusingan-U ini hanya satu gimik politik yang digunakan Najib untu menawan hati rakyat. "Ia hanya gimik politik untuk menunjukan Najib prihatin terhadap kebajikan rakyat, tapi sebenarnya tidak mengubah atau menyesesaikan masalah. 20% bukan untuk semua hanya sebahagian pengguna. Saya kurang pasti cara mereka untung menghitung siapa layak atau tidak. Ia masih belum jelas," a“Yang penting kita harus mengkaji semula perjanjian konsesi supaya kerajaan boleh mengambilalih atau mengurangkan tol. Itu langkah yang lebih berkesan daripada hanya menggunakan diskaun,” katanya. (TVA)

UBN SAH PARTI RASUAH


Semalam Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan sebuah jambatan baru jika Barisan Nasional (BN) menan pilihan raya kecil N41 Manek Urai.

Janji untuk membina jambatan baru yang dianggarkan mencecah jumlah 7 ke 10 juta itu, dibuat pada majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama.

Jambatan itu yang akan dibina di Manek Urai Lama menghubungkannya ke Bandar Kuala Krai dan Gua Musang.

Majlis itu turut dihadiri oleh Tuan Aziz (calon BN), Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) dalam kenyataannya hari ini menyifatkan pemberian jambatan itu jika BN menang adalah satu amalan rasuah.

Kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Amin Iskandar iaitu Pengarah Ekskutif NIEI, “janji untuk memberikan jambatan kepada penduduk Manek Urai jika mengundi BN telah melanggar prinsip “pilihanraya yang adil” oleh kerana kerajaan pusat telah menyalahgunakan kuasa dengan memberikan janji pembangunan dalam tempoh berkempen bagi pilihanraya kecil Manek Urai sedangkan lawan mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukan perkara yang sama.”

Beliau menambah lagi dengan mengatakan bahawa Muhyiddin melakukan semacam jenis ugutan.

Katanya, “apa yang dilakukan oleh Muhyiddin ini juga boleh dilihat sebagai “politik ugut” oleh kerana penduduk Manek Urai tidak akan diberikan jambatan jika mereka mengundi lawan BN.”

NIEI adalah sebuah NGO pemantau pilihan raya di Malaysia, penubuhannya adalah bertujuan untuk memastikan pilihan rya di Malaysia adil dan bebas.

Beliau akhirnya dalam kenyataan tersebut memberi cadangan supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa suatu akta baru kepada Parlimen Malaysia, ini bertuuan agar Undang-undang Anti Rasuah Pilihanraya ditubuhkan.

Dalam perkembangan berkaitan DS Anwar Ibrahim sependapat dengan NIEI mendakwa tawaran TPM untuk membina jambatan baru di Manek Urai jika BN menang adalah satu amalan rasuah.

Memetik berita dari MKini, “[k]etua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuah.”

Beliau seperti yang dilaporkan oleh laman berita itu, berkata, “[d]ari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini.”

Anwar berucap dihadapan 5,000 penyokong bersama-sama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit di Sungai Peria malam tadi, begitu menurut laporan MKini.

Khamis, 9 Julai 2009

MUDAHNYA MENYERTAI ASKAR WATANIAH.....






Baru-baru ini kementerian pertahanan telah mengadakan pengambilan askar wataniah baru di parlimen Bagan Datoh. Ia mendapat sambutan yang sangat mengecewakan. menurut sumber, Parlimen Bagan Datoh memerlukan sekurang2nya 200 orang iaitu, 100 orang dari DUN Rungkup dan 100 orang dari DUN Hutan Melintang. Apa yang diberitakan tidak sampai separuh yang hadir mendaftar menyebabkan tindakan terdesak terpaksa diambil.

Tindakan terdesak yang dimaksudkan adalah melonggarkan prosedur seperti tidak melakukan ujian kesihatan (pemohon agak2 sendiri sihat atau tidak), lebih memalukan lagi berat badan dan ketinggian juga main agak2 sahaja (macam isi borang liga futsal parlimen Bagan Datoh). Urine test dan medical chekup tidak dilakukan, sebaliknya pemohon terus diterima dan mengangkat sumpah walaupun pernah terlibat dengan jenayah atau penyalahgunaan dadah. Pemohon yang mempunyai rekod kesihatan yang tidak baik juga amat mudah diterima sebagai askar wataniah(terdesak sungguh)dan hanya melihat kepada kuantiti, bukan pada kualiti pemohon.

Mungkin ini sekadar cakap2 kedai kopi, walaubagaimanapun kami berharap agar pihak yang berwajib perlu menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan pertahanan negara.
Janganlah kerana arahan pak menteri yang mendesak untuk disegerakan,segala2nya dilakukan dengan caca merba sahaja.Mungkin inikah yang dimaksudkan dengan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

PENYALAHGUNAAN KUASA UBN BAGAN DATOH



UBN Bagan Datoh mengadakan penerangan isu-isu semasa pada 11/7/09 ini. Apa yang menjadi kemushkilan adalah surat jemputan bukanlah menggunakan latter head UBN sebaliknya menggunakan logo kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. secara terangan didalam surat ini menyatakan program tersebut anjuran 5 cawangan UBN Bagan Datoh.

Pelik2, takkan latter head UBN habis??? Inilah cara kotor yang mereka gunapakai untuk kepentingan politik dan memperdaya org2 kampung.

CERAMAH DSAI : KEMBALIKAN NEGARA HUKUM & HAK RAKYAT

Ceramah Perdana di Ampang 08/07/2009







DAKWAAN KEATAS DSAI TANGGUH 15 JULAI



Anwar Ibrahim's sodomy trial has been adjourned to next Wednesday, July 15, as his lead counsel Sulaiman Abdullah is unwell.

The hearing was to have started before justice Mohamad Zabidin Mohamad Diah at the Kuala Lumpur.

Ahad, 5 Julai 2009

SLOGAN 1 MALAYSIA HANYA LAKONAN




Nampaknay semangat 1 Malaysia yang digagaskan oleh Najib Razak tidak menyerap ke dalam diri Mnteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Ataupun mungkin Nazri belum bersedia untuk mempraktikan 1 Malaysia itu dalam konteks menyeluruh pada semua peringkat.


Kenapa dikatakan begitu, kerana kalau semangat 1 Malayisa yang membawa slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sudah tentu Nazri tidak bersedia untuk mengkritik Pengerusi Hak Asasi Malaysia (Suhakam), Abu Talib Othman begitu rupa.


Kalau pun beliau tidak berkenaan dengan Abu Talib beliau akan menggantungkan kata-katanya sehingga tidak lancang begitu sekali. Tetapi Nazri yang dikenali sebagai seorang anggota kabinet lantang dan bercakap terus terang telah mengkritik secara terbuka terhadap bekas Peguam Negara itu di parlimen semalam ekoran pandangannya mengenai pergolakan politik di Perak baru-baru ini.


Pada pandangan Abu Talib rakyat Perak sepatutnya diberikan haknya bagi menentukan kerajaan yang mereka ingini. Ternyata pandangan bebas dan tanpa motif politik Abu Talib itu tidak disenangi Nazri kerana ia dilihat tidak memihak kepada UBN.


Nazri mentafsirkan kenyataan peribadi Abu Talib itu boleh mempengaruhi para hakim yang sedang membicarakan kes perebutan jawatan MB antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kader kerana beliau adalah bekas Peguam Negara.


Alasan Nazri, Abu Talib tidak berhak memberi ulasan begitu kerana soal politik Perak tidak termasuk dalam bidang kuasa Suhakam.


Terbukti sikap Nazri itu menunjukkan beliau tidak menghayati slogan yang dibawa oleh bosnya. Sekiranya beliau menghayati beliau tidak perlu berpandangan pesimis begitu dan membiarkan saja Abu Talib memberi pandangan itu kalaupun bukan atas sifatnya sebagai Pengerusi Suhakam tetapi sebagai seorang warganegara yang tertakhluk dalam slogan ‘rakyat didahulukan’ itu.


Apa yang difahamkan dengan slogan ‘rakyat didahulukan’ itu bukan saja bermakna rakyat perlu diberi khidmat, bantuan atau janji-janji molok tetapi juga termasuk dalam menerima pandangan dan kritikan rakyat!


Lagipun bukankah Abu Talib pengerusi Suhakam dan kedudukan itu juga sebagai haknya untuk memberi pandangan sebagai memastikan hak-hak rakyat umum terbela dan dijaga? Apabila pandangan begitu juga disekat ini jelas menunjukkan slongan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan tidak menjadi kenyataan.


Sekiranya semua menteri berpandangan seperti Nazri kita bimbang 1 Malaysia tidak lebih daripada slogan semata-mata yang sedang didengar tetapi sukar untuk dilakasanakan dan dihayati oleh para menteri.

PENTAS KITA, KARYA KITA.....

kepada warga bagan datoh yang tidak berkesempatan menyaksikan pentas kita, karya kita di laman pakaramu, ni ikhsan dari msk.