Isnin, 13 Julai 2009

UBN SAH PARTI RASUAH


Semalam Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan sebuah jambatan baru jika Barisan Nasional (BN) menan pilihan raya kecil N41 Manek Urai.

Janji untuk membina jambatan baru yang dianggarkan mencecah jumlah 7 ke 10 juta itu, dibuat pada majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama.

Jambatan itu yang akan dibina di Manek Urai Lama menghubungkannya ke Bandar Kuala Krai dan Gua Musang.

Majlis itu turut dihadiri oleh Tuan Aziz (calon BN), Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) dalam kenyataannya hari ini menyifatkan pemberian jambatan itu jika BN menang adalah satu amalan rasuah.

Kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Amin Iskandar iaitu Pengarah Ekskutif NIEI, “janji untuk memberikan jambatan kepada penduduk Manek Urai jika mengundi BN telah melanggar prinsip “pilihanraya yang adil” oleh kerana kerajaan pusat telah menyalahgunakan kuasa dengan memberikan janji pembangunan dalam tempoh berkempen bagi pilihanraya kecil Manek Urai sedangkan lawan mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukan perkara yang sama.”

Beliau menambah lagi dengan mengatakan bahawa Muhyiddin melakukan semacam jenis ugutan.

Katanya, “apa yang dilakukan oleh Muhyiddin ini juga boleh dilihat sebagai “politik ugut” oleh kerana penduduk Manek Urai tidak akan diberikan jambatan jika mereka mengundi lawan BN.”

NIEI adalah sebuah NGO pemantau pilihan raya di Malaysia, penubuhannya adalah bertujuan untuk memastikan pilihan rya di Malaysia adil dan bebas.

Beliau akhirnya dalam kenyataan tersebut memberi cadangan supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa suatu akta baru kepada Parlimen Malaysia, ini bertuuan agar Undang-undang Anti Rasuah Pilihanraya ditubuhkan.

Dalam perkembangan berkaitan DS Anwar Ibrahim sependapat dengan NIEI mendakwa tawaran TPM untuk membina jambatan baru di Manek Urai jika BN menang adalah satu amalan rasuah.

Memetik berita dari MKini, “[k]etua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuah.”

Beliau seperti yang dilaporkan oleh laman berita itu, berkata, “[d]ari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini.”

Anwar berucap dihadapan 5,000 penyokong bersama-sama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit di Sungai Peria malam tadi, begitu menurut laporan MKini.

Tiada ulasan: