Rabu, 26 November 2008

SEDUTAN UCAPAN PENGULUNGAN BAJET 2009 MB PERAK

Bajet 2009 PR lebih baik dari Bajet 2008 BN
YAB MB Perak menegaskan bahawa Bajet 2009 yang dibentangkan adalah jauh lebih baik berbanding Bajet 2008 BN. Menurutnya walaupun peruntukan pembangunan berkurang sebanyak 5 juta yang disifatkan oleh wakil Pembangkang sebagai kepincangan, daif, naïf, cetek, dangkal dan tidak selaras dengan strategi bajet negeri berkebajikan. Namun pengurangan ini tidaklah seteruk pada tahun 2008 yang mana pengurangan peruntukan pembangunan pada masa itu adalah sebanyak 69 juta berbanding dengan tahun 2007. Menurut MB Perak sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2009, keseluruhan anggaran perbelanjaan iaitu pembangunan dan pengurusan bagi tahun 2009 adalah sebanyak 736.84 juta ringgit berbanding 658.26 juta pada tahun 2008 iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus.

Hasil Negeri akan meningkat apabila hutan simpan di tender oleh kerajaan.
2000 hektar hutan simpan ditender oleh kerajaan. Jumlah tersebut adalah 25 % daripada jumlah Catuan Tebangan Tahunan 2008. Pemberian tender dijalankan secara terbuka. Menerusi amalan sistem tender ini, kutipan hasil balak akan meningkat 40 juta. Kerajaan juga menafikan dakwaan pembangkang kononnya pemberian konsesi balak adalah berdasarkan kepentingan parti politik.

MB Kesal Jabatan Pendidikan Perak halang ADUN PR dan MB Perak rasmi majlis di sekolah
MB Perak juga turut melahirkan rasa kesal kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang menghalang ADUN Pakatan Rakyat dan MB sendiri untuk menghadiri program-program anjuran sekolah atau PIBG atas alasan pemimpin politik tidak dibenarkan rasmi sebarang majlis di sekolah, sedangkan dalam masa yang sama pemimpin dan Wakil Rakyat BN dibenarkan merasmikan majlis di sekolah-sekolah. YAB MB Perak juga menyebutkan, banyak sekolah-sekolah kerajaan memohon sumbangan derma, memohon menggunakan bas kerajaan negeri secara percuma dan memohon sumbangan jamuan keraian, sebahagian permohonan diluluskan oleh MB. Ironinya, wakil kerajaan negeri tidak dibenarkan datang untuk menyampaikannya dalam majlis-majlis yang diadakan. Beliau juga memaklumkan, Pengerusi Yayasan Perak yang diberi tanggungjawab melaksanakan program Tuisyen Gemilang di seluruh sekolah-sekolah Perak tidak juga dibenarkan merasmikan program tersebut hanya kerana pengerusi Ahli Parlimen PAS.

Program Kebajikan Kerajaan PR di pandang sinis oleh ADUN Pembangkang
MB Perak juga turut menempelak beberapa pandangan sinis ADUN Pembangkang yang mempertikaikan hasrat kerajaan menjadikan negeri Perak negeri berkebajikan, program-program seperti Tabung Kifalah, Tabung Khas Kebajikan Rakyat, Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil dan sebagainya merupakan sebahagian tawaran-tawaran dalam manisfesto pilihanraya Barisan Alternatif. Menurutnya, walaupun peruntukannya kecil, tetapi semangat kebajikan yang cuba diterapkan oleh kerajaan PR adalah besar dan menjiwai hasrat kea rah Negara berkebajikan yang lebih menyeluruh nanti.

Pelaburan di Perak
Beberapa ADUN Pembangkang dibidas oleh MB Perak terhadap dakwaan kononnya kerajaan PR tidak berjaya membawa pelabur asing ke Perak. Menurut MB Perak sejak Pilihanraya Umum yang Ke-12, lapan (8) syarikat pelaburan asing yang baru (berjumlah 2.48 bilion ringgit) dari Belgium, Switzerland, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura dan Taiwan telah diluluskan melabur di negeri Perak yang sudah tentu akan memberikan nilai tambah, kesan berganda dan sumber kewangan baru bagi negeri ini. Salah satunya ialah Syarikat Universal Semiconductor Corp dari Taiwan yang telah diluluskan pelaburan berjumlah 1.18 billion ringgit di Perak Tengah.
Kerajaan PR tidak rampas tanah rakyat yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN terdahulu. MB Perak menafikan dakwaan ADUN Pangkor yang menuduh kononnya kerajaan BN ingin mengkaji semula pemberian tanah kepada rakyat, menurutnya tiada sebarang pindaan peserta rumah kos rendah di Teluk Gedong, Pulau Pangkor. Beliau juga turut menafikan dakwaan jahat ADUN Slim River kononnya kerajaan merampas dan menceroboh tanah orang Asli di Pos Bersih, Ulu Slim. Yang berlaku sebenarnya pembersihan tanah RISDA oleh pihak RISDA sendiri seluas 5 ribu ekar yang bukan tanah rezab orang Asli.

Kerajaan PR tangani dengan bijaksana penerokaan haram ke atas tanah kerajaan
Bagi membendung gejala tersebut kerajaan telah memutuskan bahawa tindakan penguatkuasaan dari peringkat awal lagi akan diambil terutamanya bagi mana-mana pihak yang baru menceroboh tanah kerajaan. Tindakan penguatkuasaan awal ini bagi mengelakkan pihak penceroboh membuat pelbagai tuntutan terhadap kerajaan. Manakala bagi pencerobohan tanah yang telah lama berlaku, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak telah diarah menyediakan cadangan bentuk tindakan yang wajar diambil dengan mengambil kira aspek perundangan dan sosial. Tindakan mengiktirafkan usaha peneroka haram tidak boleh dipertimbangkan melainkan selaras dengan Pelan Struktur dan Pelan Tempatan kawasan itu. Kerajaan juga tidak akan bertindak zalim memusnahkan tanam-tanaman yang telah diusahakan secara haram, penguatkuasakan adalah mengikut undang-undang, budi bicara dan perikemanusiaan. Mesti jadi ahli parti Pakatan Rakyat sebelum dapat tanah. Kerajaan menafikan tohmahan pembangkang kononnya rakyat dipaksa untuk memasuki sesebuah parti politik sebelum diberi tanah. Yang berlaku, orang ramai termasuk ahli UMNO sendiri yang mengisi borang PAS atau PKR semata-mata untuk mendapat projek, tanah atau balak.

Penggunaan Dewan Orang Ramai
Kerajaan mengembalikan hak penggunaan Dewan Orang Ramai atau Balairaya kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO. Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Isu UMNO tidak dibenarkan menggunakan dewan
Kerajaan turut menempelak dakwaan ADUN Pengkalan Hulu kononnya UMNO tidak dibenarkan menggunakan Dewan Orang Ramai. MB Perak menjelaskan bahawa Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Namun begitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu ada menerima permohonan dan meluluskan penggunaan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu kepada UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008. Menjawab soalan ADUN Pengkalan Hulu ketika pihak kerajaan sedang menggulung hujjah mengenai jaminan untuk memberi kebenaran kepada UMNO menggunakan Dewan Orang Ramai, MB Perak menjawab secara sinis BN sudah memerintah sekelian lama tetapi tidak mampu memiliki bangunan sendiri untuk bermesyuarat.

Kerajaan tutup pusat hiburan yang beroperasi tidak ikut peraturan
Menurut MB Perak, kerajaan telah mengambil tindakan denda dan membatalkan lesen premis ke atas Pusat Hiburan yang tidak mengikut paraturan yang ditetapkan antaranya pusat hiburan di Slim River. Penjelasan ini sekaligua menjawab tohmahan ADUN Slim kononya kerajaan menggalakkan hiburan sampai ke pagi.

Pengiktirafan JKKKP
Menjawab isu yang dibangkitkan ADUN Sungai Rapat yang Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). MB Perak menjelaskan bahawa Negeri Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, setelah diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu, sewajarnya Kerajaan Negeri berhak melantik JKKK untuk membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar. Tidak timbul isu pengiktirafan JKKKP kerana JKKKP tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri.

Kemudahan Cuti Keluar Negara
Menjelaskan isu tersebut, YAB MB Perak menyatakan bahawa kemudahan cuti keluar negara dengan peruntukan antara 70 – 80 ribu adalah keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat EXCO terdahulu pada Januari 2007. Perlaksanaannya adalah pada tahun 2008. Oleh kerana jumlah tersebut terlalu besar sekirannya dituntut sekali gus, Mesyuarat EXCO PR meluluskan supaya peruntukan tersebut diberi setahun sekali iaitu mengikut kadar tambang kapal terbang kelas pertama London – Kuala Lumpur suami dan isteri. Jumlahnya adalah tidak melebihi kelulusan EXCO terdahulu.

TUNTUTAN PERJALANAN
MB Perak menafikan adanya EXCO yang membuat tuntutan perjalanan sehingga RM 7,000 sebagaimana yang didakwa oleh ADUN Pangkor. Dalam penjelasannya beliau menyatakan bahawa berdasarkan siasat dengan Bahagian Kewangan yang menguruskan tuntutan Ahli MMK. Rekod menunjukkan tiada Ahli MMK yang membuat tuntutan sedemikian.

Solat Tarawikh di Dataran MBI
MB Perak menjelaskan isu ini apabila dipertikaikan oleh ADUN Kubu Gajah. Menurutnya Program tersebut diadakan bertujuan menarik minat anak-anak muda yang lepak dan berpeleseran di dataran tersebut supaya mendekati solat. Menurutnya program tersebut ada kesan positifnya bagi menggalakan orang ramai tidak mengabaikan tuntutan solat. Beliau hairan bagaimana seorang ADUN Muslim boleh mempertkaikan program ini.

Zakat anak-anak syarikat
Menurut MB Perak, pada zaman BN perintah Perak Lembaga Air Perak (LAP) hanya baru membayar sekali sahaja duit zakat kepada MAIP pada tahun 2007, itu pun Cuma 100 ribu sahaja. Nilai ini tidak memenuhi 2.5 % daripada kewajipan yang wajib ditunaikan. Pada tahun ini, setelah PR ambil alih pemerintahan, LAP telah membayat 3.8 juta kepada MAIP, manakala SADC membayar 1.6 juta ringgit.

Selasa, 25 November 2008

TAJOL ROSLI BERBOHONG

Dalam isu penggunaan dewan orang ramai, balai raya atau semua premis milik kerajaan negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah mengembalikan hak penggunaan semua premis tersebut kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO. Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini ditegaskan seawal Ir Hj Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Penegasan tersebut diulangi semula dalam penggulungan Bajet 2009 baru-baru ini.Dalam dakwaan Tajol kononnya kerajaan PR tidak membenarkan UMNO menggunakan dewan orang ramai di Gerik adalah tidak benar, karut dan bohong. Sebenarnya,Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Namun begitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu ada menerima permohonan dan meluluskan penggunaan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu kepada UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008.Tajol juga mendakwa kononya segala harta benda dalam dewan turut dipunggah oleh JKKK baru juga bohong. Yang berlaku, masih banyak dewan orang ramai dan balai raya tidak diserahkan oleh JKKK lama kepada JKKK yang baru, sekalipun penghulu dan DO campurtangan, namun penyerahan kunci dewan orang ramai masih belum berlaku, kerajaan dan JKKK yang baru masih tetap bersabar. Ada juga yang telah menyerahkan kunci kepada JKKK yang baru, tetapi segala harta benda seperti kerusi, meja, canopy dan lain-lain tidak ada di dalam dewan.Penyata Kewangan juga tidak diserahkan kepada JKKK yang baru. Malahan ada di kalangan mereka masih mahu lagi menjalankan kerja-kerja yang tidak sepatutnya dijalankan oleh mereka seperti memungut bayaran pasar malam, kerja-kerja menebas parit dan sebagainya.Dalam sidang DUN yang lepas, Tajol juga pernah berbohong di dewan. Beliau mendakwa sudah menanda tangani penyerahan tugas kepada Menteri Besar yang baru. Dalam sesi penggulungan Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah menunjukkan buku penyerahan tugas, dan ternyata dokumen tersebut tidak ditanda tangani oleh beliau.Inilah dia perangai pemimpin UMNO yang sombong, angkuh, bongkak dan tidak tahu malu. Kalau kita ikuti ucapan Tajol di dalam dewan, kita dapati ucapan beliau tidak sedikitpun memperlihatkan bahawa beliau ini pernah menjadi Menteri Besar Perak, ucapannya umpama orang bodoh yang tidak tahu apa-apa. Beliau mengkritik kerajaan dengan cara memperbodohkan kerajaan, pada hal dialah yang paling bodoh. Benar firman Allah di dalam al Quran, surah Baqarah ayat 13 yang bermaksud :"Apabila dikatakan kepada mereka ;Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman; Mereka menjawab, Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman? Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu"

MB PERAK AKAN BERTEMU PELANGGAN DI SETIAP DAERAH SELURUH PERAK

Setiap Selasa rakyat akan berdatangan ke Pejabat MB di Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bertemu dengan YAB MB Perak bagi mengadu hal. Tradisi ini bermula sejak Tajol Rosli menjadi MB Perak, dan ia berterusan sehingga sekarang. Tetapi tidak semua rakyat ada peluang bertemu dengan MB kalau mereka tidak mengatur temu janji terlebih dahulu. Rakyat tentu kecewa, datang jauh mahu bertemu dengan MB, tetapi hajat mereka tidak kesampaian. Menyedari hari bertemu pelanggan setiap Selasa di Pejabat MB, masih tidak berkesan dan tidak praktikal, MB Perak telah bersedia untuk turun ke setiap daerah untuk bertemu dengan pelanggan di pejabat daerah masing-masing. Jadual akan diatur bagi membolehkan YAB MB bersama pegawai-pegawainya bertemu pelanggan bagi menyelami dan membantu menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Semuga dengan cara ini, kerajaan dan MB akan sentiasa dekat di hati rakyat.

Rabu, 19 November 2008

Obama The Legend


Kejayaan besar warga Amerika berkulit hitam sebagai Presiden Amerika yang ke 44 telah mencipta sejarah bagi negara kuasa dunia abad ini. Walau pun kemenangannya memang telah diduga oleh ramai penganalisis politik seluruh dunia dengan berpandukan senario politik negara tersebut, namun bagi sesetangah warga Amerika sendiri ia adalah sesuatu yang sukar diterima dengan dada terbuka

Peristiwa tersebut mencipta satu lagi sejarah dunia apabila kemenangan Barrack Hussein Obama II bukan sahaja disambut oleh mejoriti penduduk Amerika, malahan turut dirayakan oleh seluruh warga dunia, termasuk di Afrika, Eropah dan Asia, seolah-olah Obama adalah utusan langit yang turun untuk menyelamatkan penduduk bumi dari petaka besar. Inilah suatu peristiwa luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah Amerika. Sekaligus kemenangan tersebut memberi isyarat kepada Amerika sendiri dan sekutunya bahawa dasar luar Amerika sebelum ini yang didokong oleh Bush memang tidak disenangi dan ditolak oleh dunia, walau pun Bush dan lain-lain pemimpin Amerika bertegas mempertahankannya. Isyarat kedua menunjukkan bahawa rakyat Amerika sekarang lebih bersikap liberal dan sanggup mengenepikan sentimen perkauman yang sempit dalam menghayati wadah demokrasi di negara mereka.

Amerika yang sebelum ini dihormati sebagai negara kuasa besar yang bermertabat telah merosak status tersebut setelah tamat perang dingin dengan kuasa komunis yang didominasi oleh Rusia. Lantaran angkuh dengan kekuasaan yang ada, tiba-tiba Amerika menukar wataknya menjadi pengganas besar yang sedia merobek dan menyiat negara kecil yang enggan mengikut telunjuknya. Kebetulan mangsanya kini ialah negara umat Islam yang jauh lebih lemah dalam berbagai aspek. Namun, Amerika yang pada hakikatnya telah dipengaruhi oleh tangan ghaib bernama zionist sanggup menggadai maruahnya dengan melakukan pencerobohan yang dikutuk oleh masyarakat dunia. Hari ini seorang dari keturunan Afrika-Amerika telah berjaya menguasai Rumah Putih.

Sejak ratusan tahun dulu warga Afrika dipunggah ke Amerika secara paksa dan dijual untuk menjalankan kerja-kerja berat bukan sebagai boroh upahan, tetapi sebagai abdi. Waktu itu, mereka hidup dalam kehinaan sebagai hamba abdi di negara kulit putih dengan diperlakukan seolah-olah mereka dicipta untuk mempertuankan masyarakat kulit putih sebagaimana yang pernah dikisahkan menerusi filem Kunta Kinte.

Menurut sejarah, Kunta kinte (1750 – 1810) adalah seorang pemuda Muslim Afrika dari kaum Mandinka berasal dari Gambia (Afrika Barat). Beliau diculik oleh sendiket dagangan abdi ketika mencari kayu untuk membuat drum (rebana) dan dibawa ke Annapolis, Maryland untuk dijual sebagai abdi. Selepas itu beliau dijual pula kepada pemilik ladang di Spotsylvania County, Virginia. Kini memorial Kunta Kinte terdapat di Annapolis bagi mengenang peristiwa perhambaan ke atas orang Afrika berkulit hitam. Siapa sangka selepas tiga abad sejarah pengambdian, Amerika yang begitu gah dengan kuasanya kini bertuankan seorang darah campuran Afrika-Amerika di mana ibunya Ann Dunham berkelulusan Phd adalah warga kulit puteh berasal dari Wichita, Kansas, manakala bapanya Obama Sr. (1895 – 1995) adalah seorang ahli ekonomi warga Kenya.

Miski pun bapanya dilahir dan membesar dalam keluarga Muslim, namun beliau kemudiannya dikatakan bertukar menganut fahaman ethiest semasa berada di Amerika beberapa ketika kerana melanjut pelajaran. Ketika itulah beliau bertemu jodoh dengan Stanley Ann Dunham (18) yang sama-sama menuntut di Universiti Hawaii. Ini bermakna, Presiden Amerika ke – 44, walau pun beragama Kristian, namun mempunyai pertalian darah yang rapat dengan keluarga Islam di Kenya menerusi Datuknya Hussein Onyango Obama dan neneknya Akumu Habiba. Dan siapa sangka pada abad 21 ini, seorang Presiden Amerika boleh bertutur dalam bahasa Melayu/ Indonesia, walau pun mungkin penguasaannya tidak banyak kerana meninggal negara bapa tirinya Indonesia ketika berusia 10 tahun untuk meneruskan pengajian di Hawaii.

Apa yang penting, masyarakat dunia menanti dengan penuh harapan akan kehadiran Obama ke Rumah Putih. Pertanyaan yang sering bermain di kepala mereka ialah mampukah Obama mengotakan janjinya untuk membawa perubahan? Atau cuma gimik politik untuk meraih sokongan bagi merebut jawatan terbesar dan terhebat di dunia sekarang sebagaimana pendekatan yang diambil oleh calon-calon presiden sebelum ini? Apa yang pasti, Amerika tetap meneruskan dasar kapiltalismanya yang selama ini dianggap teras kepada kejayaan melonjakkan dirinya di pentas antarabangsa.

Rakyat Amerika tidak mahu negaranya berganjak dari ranking pertama yang dicapai selama ini dan berpegang kepada amanat Presiden pertamanya, Abraham Lincoln: "America will never be destroyed from the outside. If we falter and lose our freedoms, it will be because we destroyed ourselves". Walau apa pun, pentadbiran Amerika perlu meningkatkan tahap kawalan keselamatan ke atas bakal penghuni White House itu lebih dari tahap yang diberikan sebelum ini. Kita tidak mahu, peristiwa trajis yang pernah terjadi ke atas Presiden John F. Kennedy pada 22 November, 1963 dan seorang aktivis politik kulit hitam terkenal, Dr. Martin Lurther King Jr. pada 4 April, 1968 berulang lagi di abad ini. Segalanya tidak mustahil kerana musuh berada di mana-mana dan sentiasa mengintai peluang dan waktu untuk melaksana cita-cita jahat mereka.

Selasa, 18 November 2008

KAMI ARUS PERJUANGAN

Keadilan!!

Keadilan rakyat kita

Jana arus

Kami arus perjuangan bangsa

Keluhuran perlembagaan

Perpaduan negara

Masa depan anak Malaysia

Kebebasan!

Kebebasan rakyat kita

Diberkati tuhan

Memperkasakan rakyatnya

Membujur lalu, melintang patah

Perjuangan rakyat malaysia

Membujur lalu, melintang patah

Demokrasi rakyat Malaysia

Membujur lalu, melintang patah

Keadilan rakyat Malaysia

cabar najib dalam hujah tv9

Sesiapa yang berkesempatan menonton rancangan talk show HUJAH DI TV 9 (tajuk: perubahan budaya di parlimen) pada 17 nov 2008, jam 10.30pm dimana salah seorang ahli panel adalah ahli parlimen KUBANG KERIAN (KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA). beliau sempat mencabar najib di akhir program untuk menberi ruang kepada pembangkang dalam pembentangan peruntukan 7B. pembangkang bertindak keluar dewan kerana usul yang sudah tidak boleh dipertikai, maka tiada guna AP yang lain tunggu.......
adalah menjadi harapan pakatan rakyat supaya dapat menjadikan parlimen Malaysia bertaraf world. beliau juga menyatakan bahawa AP BN banyak yang melanggar prosedur seperti mengeluarkan kenyataan sebelum dewan bersidang dan membuat keputusan.

NI LE ANAK AHLI PARLIMEN BAGAN DATOH

ZAHID HAMIDI & AMIR BAZLI( SATU GENG KONVOI MOTOR BERKUASA TINGGI)
CUCU ZAHID & AMIR BAZLI

NURULHIDAYAH & AMIR BAZLI(CINTA TAK KESAMPAIAN)


PUTERI & CUCU ZAHID













MENTERI GENGSTER - kebanggaan UMNO bagan datoh

Tau or x tau ni le cerita nye. Amir bazli Abdullah hari ini mengalami trauma & kecacatan pada dahi setelah dibelasah oleh Zahid Hamidi. walau apepun mereka yang bertanggungjawab tetap berjaya sebagai menteri (jaga agama la konon),tengah melobi nak jadi Pengerusi UMNO Perak sungguhpun dah buat taik.
Saat ini keadilan penghakiman masih belum terlaksana dengan bersenang lenagnye politikus2 yang kebal dengan kuasa di tangan.
Amir telah ditumbuk lumat dan hampir dibunuh gara2 bercinta dengan anak Zahid. beberapa laporan telah dibuat namun jawapannye " MASIH DALAM SIASATAN". lama betul nak siasat, hingga kini masih belum ada sebarabg pendakwaan. ini jelas menunjukkan bahawa sistem kepolisan dan penghakiman pilih bulu. katakan ini kes si pulan, sudah pasti ada jalan penyelesaian.
Renunglah wajah ayah, abg, dan adik, kita mahu ape yang terjadi pada Amir berulang. Kita perlu pastikan bahawa penjenayah ini dihukum bahkan tidak layak menjadi yang memimpin JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM). Sikapnya sama sekali tidak mencerminkan sikap mulia dan kredibiliti menteri yang bertanggungjawab dlm hal agama.
Rakyat Malaysia perlu bersama2 menjadi hakim yang celik akal dan mindanya untuk memastikan kezaliman ini dapat penghukuman dan pembalasan yang setimpal.

KEZALIMAN TINGGALAN PENJAJAH (ISA)

International Security Act (ISA) adalah satu daripada undang2 tinggalan penjajah British di negara kita. Penguatkuasaannya adalah berlawanan dengan prinsip sejagat, jauh sekali dengan prinsip keadilan Islam atau mana2 agama sekalipun. desakan demi desakan telah dikemukakan agar SEMUA TAHANAN SEGERA DIBEBASKAN dan AKTA TERSEBUT SEGERA DIMANSUHKAN, namun sehingga hari ini ia masih beroperasi memangsakan sesiapa sahaja YANG DISYAKI DAN DIKEHENDAKI. Apalagi sebenarnya yang dinantikan oleh yang zalim umtuk mengakhiri zaman kezalimannya.
FAKTA KEZALIMAN ISA
1)Sesiapapun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut2 TANPA BICARA untuk tindak tanduk yang dijangkakan akan mengancam keselamatan negara atau mana2 bahagian daripadanya. Selepas 60 hari tahanan boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI, dan sekaligus membolehkan PENAHANAN TERUS TANPA BICARA.
2) Mereka yg pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah DIDERA SECARA FIZIKAL DAN MENTAL seperti pukul, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, dan diletakkan dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan tahanan secara individu.

Isnin, 17 November 2008

CERAMAH ISU-ISU SEMASA

SEMUA AMK BAGAN DATOH DAN YANG BERDEKATAN DIJEMPUT HADIR

TARIKH : 19 NOV 2008
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : KG. SG. LANCANG(SEBELAH MASJID)
PENCERAMAH : HJ. MUHAMMAD BIN SABU (MAT SABU)
NAIB PRESIDEN PAS