Khamis, 28 Ogos 2008

Permatang Pauh,AvRiL LaviGnE,MERDEKA,RaMadhan Al Mubarak..







Anwar dan Avril, tanda kiamatnya Barisan NasionalDilulus terbit pada Thursday, August 28 @ 08:00:00 MYT oleh reformis
Oleh hermansamsudeen"
Kiamat selalu digambarkan sebagai hari terakhir untuk seluruh alam ini. Namun dalam kisah pendek ini cukupkan ianya ditafsirkan untuk masa depan Barisan Nasional (BN) yang sudah sampai ke penghujungnya.
Kemenangan Anwar Menguatkan Pakatan
Kemenangan besar Anwar Ibrahim di Permatang Pauh semalam menguatkan lagi Pakatan Rakyat yang kini menjadi igauan bagi semua pemimpin BN. Disetiap pelusuk negara orang bercerita tentang peralihan kuasa. Sejauh manakah BN boleh pergi lagi.

Jika Pilihanraya diadakan hari ini, necaya esok sudah bertukar Kerajaan. Detik kemenangan Anwar adalah kocakkan kedua selepas Pilihanraya ke-12 yang lalu. Kini pemimpin BN sedang berkira-kira untuk memilih teman perjuangan BN.
Kalangan wakil rakyat BN yang begitu lama duduk di celak ketiak Umno kini sudah tidak tahan dengan bau busuknya. Mereka ingin cari udara segar dan Pakatan Rakyat sudah bersedia ke arah itu.
Avril Mengambil Kesempatan
Dalam kekalutan menerima pukulan hebat Pakatan, pemimpin BN sudah kematian akal dan tidak memperdulikan apa yang berlaku pada rakyat dalam negara. Konsert Avril yang berlangsung pada 29 Ogos ini diluluskan walaupun telah ditolak oleh Puspal.
Sikap Menteri Kabinet ini umpama orang yang sasau kerana mereka sedikit pun tidak memperdulikan sensitiviti umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan minggu depan. Malah sikap mereka ini juga membuatkan orang marah kerana sedikit pun tidak menghormati bulan Kemerdekaan yang kini sedang diraikan diseluruh negara.
Anak keturunan penjajah ini dibiarkan datang bagi melalaikan belia dan para remaja. Sewajarnya waktu itu digunakan untuk menghimpunan anak-anak muda bagi memperingati pejuang-pejuang kemerdekaan.
Apa lagi yang ditinggalkan oleh BN? mereka sudah jadi seperti orang gila.
Saat dan ketika kiamatnya BN sudah hampir, hanya rakyatlah yang mampu untuk mengubahnya. Kita masih boleh selamatkan negara ini. Doalah semoga kiamatnya BN dipercepatkan."

PENGUMUMAN!!TOLONG SEBARKAN...


Sempena bulan kemerdekaan, Wanita Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan Perhimpunan Keluarga Merdeka pada tarikh berikut:
HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA 2008T

Tarikh :- Sabtu, 30 Ogos, 2008Masa :- 3:00 PetangTempat:- Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru K.Lumpur (lokasi "Black 14")
Tetamu:-YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - MP Permatang PauhDatuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Presiden KeADILanYB Zuraida Kamaruddin - MP Ampang/Ketua Wanita KeADILan PusatYB Saifuddin Nasution IsmailDatin Paduka Dr Tan Yee KewPada majlis tersebut, Wanita KeADILan akan menganugerahkan DSWA "Tokoh Serikandi Rakyat" di atas sumbangan beliau di dalam parti dan juga pada rakyat.Turut diraikan dalam majlis tersebut, Ketua Pembangkang baru, DSAI di atas kemenangan dan lantikan beliau ke dalam Parlimen
Turut diundang semua ahli PAKATAN RAKYATTidak lupa juga pada SELURUH RAKYAT MALAYSIA. Kemerdekaan ini milik semua.SEMUA DIJEMPUT HADIR. BAWA SELURUH KELUARGA-Sila Sebarkan
Labels: Pengumuman

Khamis, 21 Ogos 2008

UMNO Terdesak..nak Mampos di Perak.( Dipetik dari suara Keadilan )

Pengarah BPR bersekongkol dengan UmnoKhamis, 21 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Perak
KUALA LUMPUR, 21 OGOS (SK)- PENGARAH Badan Pencegah Rasuah, Samsiah Abu Bakar didakwa bersekongkol bersama-sama Umno berhubung kes penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak.Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain.Menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel.“Kenyataan Samsiah bercanggah dengan fakta dan beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan penahanan dibuat di sebuah hotel bagi menguatkan teori rasuah seks yang telah beliau bersama Umno rancang,” kata Madzi lagi.Bangunan Perak Darul Ridzuan menempatkan pejabat rasmi Menteri Besar dan Exco negeri Perak.Madzi berkata kafe tersebut dikunjungi ramai pelanggan pada masa penangkapan itu dibuat kira-kira pukul 6 petang dan adalah mustahil sesuatu perbuatan rasuah dilakukan di khalayak ramai.“Ini adalah satu konspirasi yang dirancang oleh Umno Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.“Agenda ini bertujuan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat disamping ia dilakukan semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh,” jelas beliau lagi.Beliau bagaimanapun yakin rakyat terutamanya di negeri Perak tidak akan terpengaruh dengan dakyah dan komplot Umno bersama BPR kerana rakyat sudah matang dan tidak mudah ditipu oleh Umno.Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 12 Mach lalu.Ketika berita ini ditulis, kesemua mereka kecuali Jamaluddin telah dibebaskan berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi mengurangkan perintah reman dari tiga kepada dua hari.“Langkah hakim tersebut merupakan kemenangan moral bagi kami kerana ini menunjukkan kes rasuah yang cuba dipalitkan kepada kedua-dua exco ini adalah rekaan semata-mata,” kata Madzi.Sebelum ini dalam kenyataan beliau, Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin penahanan tersebut merupakan konspirasi politik yang dirancang oleh UMNO dan yakin kedua-dua ahli exco itu serta empat lagi rakan mereka telah dianiaya.Mohammad Nizar juga menafikan kerajaan negeri pernah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar yang sebenarnya tidak wujud.“Kami menfikan projek perumahan yang dikatakan itu diluluskan apatah lagi ia wujud,” beliau berkata.Mohd Osman, 57, bersama seorang lagi Exco,Jamaluddin Mohd Radzi, 52, di tahan BPR bersama empat rakan Rabu lepas.Menurut Samsiah, BPR juga merampas RM100,000 yang diperolehi dalam sebuah beg dipercayai kepunyaan Mohd Osman.Menurut sumber beg tersebut telah diletakkan di atas meja dimana kedua-dua exco bersama rakan mereka berada ketika itu di kafe tersebut.Lelaki yang tidak dikenali itu kemudiannya lari dan meninggalkan beg tersebut di atas meja.Pada ketika itulah BPR dipercayai menyerbu dan menahan keenam-enam suspek bersama beg yang mengandungi wang tersebut.

Rabu, 20 Ogos 2008

Musa jalani pembedahan jantung
Aug 19, 08 5:59pm ( From Malaysiakini)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah berjaya menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.Difahamkan, beliau sedang pulih dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).Menurut laporan Star Online, Musa, 57, telah dinasihatkan menjalani pembedahan tersebut ekoran pemeriksaan rutin di IJN minggu lalu.Menurut laporan itu lagi, para doktor tidak membenarkan sesiapapun menziarahi beliau.

*Semoga sempat bertaubat kotla kalau2 ada tersalah dengan sesiapa,belum terlambat untuk pohon kemaafan dengan sesiapa jua..*/ Terima kasih juga untuk sumbangan yang telah disampaikan pada penduduk disini ( Hutan Melintang ) masa lalu.

Khamis, 14 Ogos 2008

Dipetik Dari Blog DSAI : Strategi UMNO di Pmtg Pauh!

AWAS TIPU DAYA UMNO/BN Aug 13th, 2008 at 11:34 pm
I
Kalau kalah pun BN yang penting majoriti DSAI MESTI di kurangkan dari Datin Seri Wan Azizah.Kemudian heboh satu Malaya, sokongan rakyat berkurang pada PKR bla bla bla.
DAKYAH UMNO - ” Alah DSAi tetap akan menang besar. tak keluar mengundi pun tak apa ”DAKWAH KITA - ” Mari tunjukan bantahan TOTAL kita pada BN kali ini. Kita catat sejarahbiar UMNO hilang wang pertaruhan. Tunjukan melalui undi kita mahu ” TUKAR”
II
SLOGAN UMNO - Pada berapa hargapun DSAI mesti dikalahkan. RM Puluhan juta malah ratusan juta akan kita hanguskan kerana banyak billion akan lenyap dari poket kita jika DSAI memerintah negara.
SLOGAN KITA ( macam rakyat Kelantan yang cerdik ) ” Beri ambil tapi undi tetap pada DSAI”
III
DAKYAH UMNO - Saiful akan bersumpah guna AlQuran yang dia dilXXXXi DSAi. Timingnya akan bertepatan di malam mengundi. Akan disiarkan LIVE oleh TV1, TV2 dan TV3. Media akan cetak ” Saiful Sumpah Quran, Anwar Lxxxt”. Kerosakan sebegini sukar dibaiki.
CARA KITA: Hebahkan agenda jahat ini seberapa segera sebelum Saiful berlakun memegang Quran dan bersumpah palsu.
iV
KERJA KOTOR UMNO/BN - berbas-bas pengundi hantu akan sampai macam di Ijok.Kali ni yang paling hebat.
KERJA KITA - strategikan tindakbalas yang cekap dan profesional. Videocamkan setiap insiden. pastikan setiap kumpulan memiliki vediocam. Rakamkan perjalanan pengundian sepanjang hari.Setiap orang yang masuk mengundi dirakamkan disetiap pusat mengundi. Jadi mereka akan takutuntuk mengundi 2 kali.
V
Awas strategi anak angkat UMNO.Pelajar Uitm yang berdemo akan dibayar untuk pergi berkempen senyap2 di permatang Pauh. Pelajar USIM pula dilarang berkempen.

Selasa, 12 Ogos 2008

PERHATIAN!!!

Salam Perjuangan.


MESYUARAT KHAS PERSIAPAN JENTERA AMK BAGAN DATOH KE PERMATANG PAUH DIADAKAN PADA MLM INI! 12/08/2008 DI PEJABAT PKR SIMPANG EMPAT,HUTAN MELINTANG.


*Semua AJK diwajibkan hadir*


Reformasi!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 10 Ogos 2008

BIRO AMK MALAYSIA 2008


1. BIRO POLITIKPengerusi : Shamsul Iskandar Mohd. AkinDeskripsi:(i) Merupakan biro tertinggi di dalam institusi AMK Malaysia(ii) Membuat keputusan berkenaan dasar-dasar dan perlaksanaan politik yang berkaitan AMK
2. BIRO PENGURUSAN, KOORDINASI & PEMANTAUANPengerusi : Zulfikar Ali AriffinDeskripsi:(i) memastikan follow-up dilakukan oleh biro-biro yang berkenaan ke atas setiap perkara yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Exco, Biro Politik, dan Biro Pengurusan(ii) membentangkan ke dalam mesyuarat prestasi setiap Biro dari semasa ke semasa
3. BIRO LATIHANPengerusi : YB Amirudin ShariDeskripsi:(i) menguruskan dan menyusun program latihan dan kaderisasi dari semasa ke semasa(ii) menyusun program latihan AMK Peringkat negeri dan bahagian
4. BIRO PILIHANRAYAPengerusi : Mohd Fariz MusaDeskripsi:(i) menyediakan senarai calon-calon AMK untuk dipertimbangkan oleh JPRP(ii) menyelenggara program persediaan pilihanraya untuk digerakkan di peringkat AMK Pusat(iii) menyelia perjalanan program dan persediaan jentera pilihanraya di peringkat Negeri(iv) melaporkan perkembangan persediaan pilihanraya AMK
5. BIRO INTEGRITI & ANTI RASUAHPengerusi : Mohd Fariz MusaDeskripsi:(i) memfokuskan mengenai pendirian AMK mengenai isu-isu berkaitan integriti dan anti rasuah(ii) menyusun program kesedaran rakyat anjuran AMK mengenai isu-isu berkaitan integriti dan anti rasuah(iii) menyelaras dengan biro-biro berkaitan untuk memberi fokus kepada penyebaran isu-isu berkaitan integriti dan anti-rasuah
6. BIRO STRATEGIPengerusi : YB Mohd Yusmadi YusoffDeskripsi:(i) menyusun strategi gerak kerja AMK secara keseluruhan(ii) menyelaras operasi biro-biro seperti Biro Penerangan, Biro Pilihanraya, Biro Latihan, dan Biro Pengurusan,Koordinasi & Pemantauan agar berada dalam struktur kerja yang jelas dan strategik
7. BIRO HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PEKERJAPengerusi : Khairul Anuar Ahmad ZainudinTimbalan : Pajudin NordinDeskripsi:(i) memberi fokus mengenai pendirian AMK mengenai isu-isu pekerja(ii) menyusun program dan kerjasama antara AMK dan kesatuan sekerja di seluruh Malaysia(iii) mobilisasi AMK untuk memperjuangkan isu-isu pekerja yang relevan
8. BIRO INTEGRASI NASIONALPengerusi : Tan Seng TohTimbalan : P. SaravananDeskripsi:(i) memfokuskan isu-isu integrasi nasional untuk diberi perhatian serius oleh AMK(ii) menyusun program komuniti integrasi nasional AMK di peringkat pusat(iii) menyelaras program perpaduan di peringkat Negeri(iv) melonjakkan imej AMK sebagai sebuah gerakan politik muda yang bersifat majmuk dan berbilang bangsa.
9. BIRO ANTARABANGSAPengerusi : Mohd Yusmadi YusoffTimbalan : Yap Weng KeongDeskripsi:(i) menyelaras program AMK di peringkat antarabangsa(ii) menyusun program pintar yang melibatkan AMK dengan gerakan pelajar atau penduduk di luar Negara(iii) mewujudkan jaringan dengan warganegara Malaysia yang menetap di luar negara, khususnya kelompok mahasiswa luar
10. BIRO PENERANGAN & TEKNOLOGI MAKLUMATPengerusi : YB S. KesavanDeskripsi:(i) menyusun program penerangan AMK(ii) menyelaras Penerangan AMK peringkat negeri(iii) penyediaan bahan-bahan penerangan berkala AMK Pusat(iv) menyusun strategi media agar AMK mendapat perhatian media(v) Koordinasi dengan Biro Latihan,Pilihanraya dan Strategi
11. BIRO UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIAPengerusi : Latheefa KoyaTimbalan : T. KumarDeskripsi:(i) memberi fokus AMK kepada isu undang-undang dan HAM(ii) menyelaras program muafakat dengan badan HAM dan undang-undang(iii) menyusun program AMK berkenaan HAM dan undang-undang
12. BIRO EKONOMIPengerusi : Mohamad Zamakhsari IbrahimDeskripsi:(i) menjalankan program dan projek yang boleh menyuntik dana AMK(ii) menggiatkan usaha untuk memperbanyakkan sumber kewangan AMK
13. BIRO KEAHLIAN & SUKARELAWANPengerusi : Amizuddin AhmatTimbalan : Zulkifli IbrahimDeskripsi:(i) menyusun program mempertingkatkan keahlian muda ke dalam AMK(ii) menyelaras program untuk mengumpulkan sukarelawan AMK(iii) menyusun program-program yang bersesuaian dan menyelaras program penggemblengan ahli baru di peringkat AMK negeri
14. BIRO PENDIDIKAN & MAHASISWAPengerusi : Muzaffar Shah KhairuddinTimbalan : Faizal Effendi HasimDeskripsi:(i) menyusun program berteras pendidikan di peringkat AMK Pusat(ii) memberi fokus kepada pendirian AMK mengenai isu-isu pendidikan dan kemahasiswaan(iii) menyelaras program jalinan bersama AMK dan badan-badan mahasiswa serta pertubuhan pendidikan
15. BIRO KESENIAN, KEBUDAYAAN & REKREASIPengerusi : Wan Khairul Ihsan Wan MuhammadTimbalan : Zara ZahariDeskripsi:(i) menyusun dan memperbanyakkan program berteraskan seni, budaya dan rekreasi di peringkat AMK(ii) memberi fokus yang serius ke atas penyelarasan program kesenian rekreasi dan sukan di peringkat AMK negeri sebagai elemen menarik keahlian
16. BIRO HAL EHWAL KEPENGGUNAANPengerusi : Abdul Rahman Abdul HackeemTimbalan : Hasmuzair HassanDeskripsi:(i) memberi fokus kepada pendirian AMK mengenai isu-isu kepenggunaan(ii) menyusun program kesedaran kepenggunaan sebagai salah satu kempen AMK di peringkat Bandar dan luar bandar(iii) mewujud jaringan dengan Persatuan Pengguna seluruh Malaysia dan menjalankan program usahasama anjuran AMK bersama Persatuan Pengguna tersebut.
17. BIRO PENGGEMBLENGAN BELIA, WANITA MUDA & NGOPengerusi : Ginie LimTimbalan : YB Nik Nazmi Nik AhmadDeskripsi:(i) mewujudkan jaringan antara pertubuhan belia dan NGO(ii) merangka program kerjasama bersama pertubuhan belia & NGO(iii) menyusun dan merangka perancangan menarik keahlian wanita muda secara khusus ke dalam AMK
18. BIRO PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNANPengerusi : Muhammad Gaddafi KamalTimbalan : YB Chan Meng KaiDeskripsi:(i) menjalankan program analisis dasar dan R&D untuk perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang AMK(ii) melaksanakan kajian-kajian berkenaan pengundi dan penyokong muda untuk diberikan fokus serius oleh AMK(iii) menyelaras bersama Biro Strategi
19. BIRO PENGADUAN AWAM & PEMANTAUAN JENAYAHPengerusi : Tan Wei WunDeskripsi:(i) membuat penyelarasan tugas dengan Pusat Khidmat Komuniti AMK untuk mewujudkan Saluran Biro di setiap Pusat yang beroperasi.(ii) menjalankan kajian menyeluruh ke atas trend jenayah di Malaysia dan merangka program pemantauan & pencegahan jenayah di peringkat AMK(iii) membentangkan Pelan Pencegahan Jenayah yang boleh dilaksanakan di peringkat AMK
20. SEKRETARIAT PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT AMKPengarah : Haji Ramlan RoesTimbalan : Mohd Najib OnnDeskripsi:(i) menubuhkan dan menyelaraskan Pusat Khidmat Masyarakat AMK di kawasan-kawasan strategik, termasuk Parlimen Tumpuan (ii) menyelaras dan menyusun program khidmat masyarakat dengan Biro Integrasi Nasional, Biro Pendidikan & Kemahasiswaan, Biro Pengaduan Awam & Pemantauan Jenayah dan Biro Keseniaan, Sukan & Rekreasi(iii) memfokuskan kepada isu-isu kebajikan masyarakat, kesihatan, dan alam sekitar
21. SEKRETARIAT SKUAD ANGKATAN MUDAPengarah : Jaffrien MuhammadDeskripsi:(i) menyelaras penubuhan S.A.M di peringkat Negeri dan Parlimen Tumpuan(ii) mewujudkan jawatankuasa pusat Sekretariat SAM untuk melicinkan pengurusan SAM dan Jentera Angkatan Muda (JAM)(iii) menggembleng program latihan SAM bersama Biro Latihan(iv) menyusun program-program SAM secara berterusan

Matlamat Perjuangan !


Matlamat Perjuangan
Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama.
Matlamat dan asas perjuangan politik kami termaktub di dalam 17 perkara di bawah :
Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu;
Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat;
Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang, media dan kehakiman yang bebas serta institusi keselamatan yang mendaulatkan prinsip-pinsip professionalisme;
Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua;
Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk meperkembangkan peranan agama dan nilai-nila sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhak, kemanusiaan dan kemuliaan insan;
Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sambil menjamin hak semua warganegara mengguna, mempelajari dan dididik dalam bahasa-bahasa lain; dan menyemai pembangunan kebudayaan dan kesenian Islam berasaskan unsur-unsur penting warisan kebudayaan yang ada di negara ini;
Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil, bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan;
Memperkasakan kemuliaan insan, nilai-nilai keinsanan dan budaya penyayang, mendaulatkan hak asasi manusia, dengan komitmen teguh terhadap prinsip kewibawaan dan akauntabiliti dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan pentadbiran;
Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik, yang mementingkan pertumbuhan dan juga pengagihan yang saksama, yang bebas daripada ketidakadilan, yang tidak bertepatan dan pembaziran, sambil mengatasi kemiskinan dan mencegah kekayaan tertumpu pada satu-satu pihak;
Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir, dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, ke arah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional;
Memberikan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan kenderaan awam pada kos berpatutan sesuai dengan tanggungjawab sosial kerajaan, terutamanya buat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana;
Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja, gaji yang saksama, keselamatan di tempat kerja dan kualiti kehidupan untuk semua;
Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat, menyemai dan melindungi hak-hak dan kepentingan mereka dan menjamin yang mereka dapat menikmati status sama rata dan tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi;
Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka dan menjamin penglibatan bermakna belia dalam segala lapangan kehidupan;
Membaiki mutu kehidupan Orang Asal sambil menghormati adat resam mereka, melaksanakan program pembangunan yang sesuai menerusi perundingan dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat mereka;
Melindungi alam sekitar daripada kerosakan, mengelakkan pencemaran sambil meningkatkan kualiti alam sekitar dan memastikan pembangunan bersifat lestari;
Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretika, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan umat manusia, dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia.

At last...


Amk Bagan Datoh" Mara Bahaya" maju Ke hadapannnnn!!!