Ahad, 29 Mac 2009

TAIPING DIBANJIRI PENDOKONG PR PADA PENAMAAN CALON 29 MAC 2009

Taiping, 29 Mac 2009- Sekitar jam 3 pagi AMK Bagan Datoh Telah beradi ditempat penamaan calon PRK Bkt Gantang. Manusia hadir bagaikan semut yang mencari gula dan sejak awal pagi lagi pendokong pakatan rakyat telah berada di Wisma Perbandaran Taiping. Dianggarkan 50000 penyokong pakatan rakyat bersama2 ketika itu dan bandar taiping sesak dengan pejalan kaki yang berpusu2. manakala penyokong BN pada jam 930 pagi baru kelihatan dengan penyokong seramai 1000 orang sahaja. selapas tamat tempoh bantahan maka sah MB Nisar sebagai calon pakatan rakyat bagi PRK Bkt Gantang dan akan berentap dengan 1 calon BN dan 1 calon Bebas. berbanding di Bkt selambau yang ramai calon bebas dan Batang Ai 1 lwn 1.

walau pun terdapat Provokasi paling berani dilakukan oleh penyokong BN dengan menyusup masuk ke kem penyokong Barisan Rakyat untuk membuat provokasi tahap bangang, dimana sangkaan si bangang itu penyokong PR akan belasah dan memukulnya,namun tahap sabar dan matang penyokong PR hanya membiarkan sahaja si bangang itu masuk melalui jalan belakang dan keluar ke barisan hadapan.

Dan seorang lagi membuat perkara yg sama dengan masuk dari hadapan dan keluar di belakang. Namun tiada ketukan dan jentikan dilakukan oleh penyokong PR keatas si bangang itu. manakala Pergaduhan hampir mula tercetus di kem BN, dimana aktiviti membaling bendera antara sesama mereka sedang berlaku. FRU dan POLIS simpanan sedang berusaha meleraikan pergaduhan di belah sana. Kekecohan yg ganas dilakukan oleh orang mereka sendiri. BN sudah hilang semangat setiakawan sesama mereka. Doakan mereka untuk mengundi calon PAS yang cukup merakyat ini. Tolak Ismail Sapian.

juga terdapat pelbagai banner menarik yang menyokong MB Nizar dan replika seperti kapal selam altantuya dan katak puru.













Seloka Pilihanraya KeCiL


AMK Bagan Datoh Mengucapkan Selamat Berjuang kepada Semua petugas2 PRK Bukit Gantang,Bukit Selambau,dan Batang Ai.."Kemenangan Milik RAKYAT!!!

Khamis, 26 Mac 2009

PUSAT MAKLUMAT KEADILAN PARLIMEN BAGAN DATOH DILANCAR SECARA RASMI

BAGAN DATOH, 25 MAC 2009- Satu majlis yang telah dianjurkan oleh jawatankuasa pelaksana bagi pelancaran secara rasminya PUSAT MAKLUMAT KEADILAN. Pusat ini telah dilancarkan oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim, Ketua urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Negeri Perak. secara langsung telah menjalankan ceramah kelompok pada malam tersebut. pusat ini bertujuan bagi manjadi medium penyampai kepada pendokong PAKATAN RAKYAT di Parlimen Bagan Datoh. maklumat yang sukar dicapai akan dijadikan modus operandi pusat ini terutama dari media maya iaitu internet. secara tidak langsung ia akan mewujudkan jaringan antara kaum bagi parlimen ini.

menurut ustaz Zul, Bahagian bagan Datoh merupakan perintis mewujudkan pusat sebegini. segala meklumat dan info berkaitan PRK, Krisis perak dan nasional boleh didapati di pusat ini.

pusat tersebut beroperasi di bawah Pejabat YB Kaseven.

gambar pelancaran akan di upload kemudian.

Ahad, 22 Mac 2009

Report Polis Isu Risalah Hina Sultan dan Mufti!!!






Risalah yang diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,disekitar pekan Terong dan beberapa kawasan sekitarnya.Dipercayai ia telah merebak disekitar kawasan P059 Bukit Gantang.

Sya Reformis telah dipanggil oleh INSP Afandhi(IPD Taiping) buat kali kedua bagi memberi keterangan berkaitan tentang isu risalah yang diedarkan dan dijumpai di sekitar Bukit Gantang Tengahari tadi.Sya yang kebetulan lalu dikawasan kejadian tersebut telah menjumpai beberapa risalah yang telah memaparkan gambar dan perkataan yang telah menghina Baginda Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak Dato Seri Harussani.Mengambil kira niat jahat sesetengah pihak yang sudah pasti akan mengaitkan risalah tersebut dengan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sempena Pilihanraya Kecil nanti.

Sya juga selaku Rakyat merasa kesal terhadap apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai satu yang menghina Baginda Sultan dan Mufti Perak.Oleh kerana itu maka Sya selaku Ketua Srikandi Keadilan Rakyat telah membuat laporan Polis berhubung risalah penghinaan ini di Balai Polis Terong.Sya juga mewakili Pakatan Rakyat menafikan yang Pihak Pakatan Rakyat ada mengeluarkan Risalah berbentuk seperti ini.Sya juga menyifatkan ini sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan pengedar dan pembuat risalah ini harus didakwa kerana menghina Baginda Sultan Perak
(dipetik dari blog http://syaomel85.blogspot.com/)

Jumaat, 20 Mac 2009

siapa calon PR (PAS) PRK BKT GANTANG

1. YAB. Dato' Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin - tidak perlu diterangkan latar belakang beliau. Beliau dikatakan mendapat sokongan terutama daripada pengundi bukan Melayu di Kuala Sepetang. Namun, cadangan ini menambah bebanan kepada beliau sendiri jika ditakdirkan beliau kembali kepada jawatan asalnya. Pemilihan beliau juga boleh menggambarkan PAS ketandusan calon lain.

2. Al Fadhil Ustaz Ahmad Awang - Sebagai Pesuruhjaya PAS Perak dan Naib Presiden PAS tentulah beliau dianggap terkanan dari segi hirarki parti di Perak. Beliau sudah dikenali umum kerana pernah menjadi Yang Dipertua PAS Taiping - bandar terhampir dengan Bukit Gantang. Hubungan beliau dengan DAP sangat baik kerana beliau adalah antara pimpinan Perak yang dapat dibawa berbincang dengan mereka terutama sewaktu pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

3.Tuan Hj. Mat Sabu - meskipun beliau bukan anak tempatan dan bukan orang Perak, pengaruh beliau di peringkat pimpinan PAS akar umbi Bukit Gantang sangat kuat. Beliau kerap turun ke Bukit Gantang sebelum ini. Selepas namanya tidak naik di Kuala Terengganu, penyokongnya menaruh harapan di Bukit Gantang pula.

4.Ustaz Idris Ahmad - beliau dianggap regu rapat dengan Hj. Mat Sabu dan sebagai anak tempatan Kg. Sungai Petai. Changkat Jering. Sebelum ini beliau pernah bertanding pilihanraya kecil Changkat Jering dan satu lagi sewaktu pilihanraya umum 1999. Kemudian pada tahun 2004 dan 2008 beliau bertanding di Jerlun, Kedah.

5. Ustaz Nurazli Musa - beliau Ketua Pemuda PAS Perak atau dikenali dengan nama `Taliban'. Beliau pernah bertanding pilihanraya 2004 di Pasir Panjang, 2008 di Trong, DUN di bawah Parlimen Bukit Gantang. Meskipun beliau kalah di Pasir Panjang dan Trong tetapi beliau dikenali terutama kepada pengundi Trong. Beliau bertanding di Trong kerana mendapat sokongan kuat daripada Dewan Pemuda Perak.

6. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub - beliau baru sahaja kembali ke tanahair selepas menamatkan pengajian PhD di Universiti of Manchester dalam bidang pengurusan teknologi maklumat. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Politik YB Hj. Mahfuz Omar. Latar belakang beliau sebagai kerabat di Raja Perak boleh digunakan oleh PAS untuk menunjukkan PAS tidak menentang institusi Raja.

siapa pun yang bakal menjadi calon, kami dari AMK BAGAN DATOH tetap akan memberi sokongan padu..... lawan tetap lawan....

MAHATHIRISME IS BACK.




Sejak lebih daripada 20 tahun Malaysia diperintah oleh Rejim Mahathir serta kroninya. berbagai kekejaman dan era kuku besi mula wujud. FRU, POLIS, ISA, dan sebagainya dijadikan senjata bagi menundukkan pihak lawan ketika itu. baru nak reda sikit kerakus puak2 nie, tup2 nak buat peralihan kuasa pulak antara paklah ngan najib. percayalah mahathirisme akan kembali menular..... tanda2 awal cukup nyata sekali, dengan kekalutan politik perak berbagai sekatan dengan menggunakan segala agensi kerajaan yang boleh diperguna dan diperkudakan untuk kepuasan kekuasaan. ditambah pulak dengan proses pembersihan kroni2 pak lah.... bukan ape, senang dah jadi pm nti semua satu geng..... tu le perpaduan pada mereka... fikir2 kanlah demi masa depan yang cemerlang dan gemilang.

KENAPA NAJIB TAK BOLEH JADI PM




SAY NO TO NAJIB!!!!!

Rabu, 18 Mac 2009

RETREAT AMK PERAK BERJAYA.













Taiping, 14 mac 2009-segala tindakan memerlukan kekuatan dalaman dan juga luaran. AMK mengambil inesiatif untuk memperkasakan lagi kekuatan dengan menganjurkan retreat peringkat negeri Perak. ia telah dipertanggungjawabkan kepada Exco Latihan dan Kepimpinan AMK Negeri(Saudara Yahya-ketua AMK Bagan Datoh)dari segi pelaksanaannya. ia secara tidak langsung memberi suntikan moral dalam menghadapi PRK Bukit Gantang dan memperkukuhkan lagi group binding didalam organisasi AMK itu sendiri. menurut saudara Yahya, pengisian program adalah berdasarkan keperluan pada masa kini. pelbagai input telah diberikan oleh penceramah untuk memperkasakan lagi AMK. beliau telah memilih Cikgu Fariz Musa(Timb. Ketua AMK Malaysia) Dan Tn Hj Ismail Yusop(Pengarah Pilihanraya Negeri Perak)sebagai moderator utama didalam program ini.Respon yang diberikan oleh semua peserta kursus yang terdiri daripada Exco AMK negeri Perak Dan Ketua2 AMK Bahagian amat memberangsangkan dan perlu diteruskan untuk masa akan datang.

Menurut beliau lagi, amat besar harapan agar semua AMK negeri Perak khususnya dapat bersama berjuang dalam memastikan kemenangan di PRK Bkt Gantang terus menjadi milik PR. Harapan beliau agar program seperti ini dapat dilaksanakan diperingkat bahagian2 seperti yang telah dilaksanakan di peringkat bahagian Bagan Datoh. http://amkbagandatoh.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

RAPAT ANAK MUDA MEMPERKASAKAN AMK.


















Air Kuning, 15 Mac 2009 – AMK negeri Perak talah menganjurkan program Rapat Anak Muda yang bertemakan menjana pemimpin harapan rakyat. Bertempat di Markas PAS Air Kuning dan turut hadar dalam program tersebut adalah Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden), Tn Hj Osman(perhubungan negeri), tn. Hj. Ismail Yusop (bahagian pilihanraya), Syamsul iskandar dan wakil dari setiap bahagian. Antara agenda yang diselitkan adalah membina wawasan bersama parti, memahami, menghayati dan bertindak ucapan dasar kongres nasional,dan dialog penggulungan yang bertajuk bersama kita bina angkatan muda perkasa. Ucapan dasar kongres yang lalu telah dikupas oleh saudara Eric (Setiausaha AMK Perak), saudara Hazha (Exco AMK) dan dari Srikandi iaitu saudari Aisyah dan manimala.

AMK perlu berhati-hati dan tidak mengamalkan budaya comfort zone (zon selesa) dalam apajua keadaan. Ketua AMK Malaysia juga menyatakan kekuatan AMK sekarang adalah 110,000 orang keahlian dimana 70% adalah dari anak muda lelaki dan 30% dari golongan wanita. Ini jelas menunjukkan AMK semakin perkasa dan sedang menuju kearah perkembangan yang lebih hebat. Walaupun secara terangan AMK menhadapi pelbagai cabaran, walaupun bertatih perjuangan tetap diteruskan oleh anak muda Perak. Beliau juga menyentuh tentang pentingnya PRK Bukit Gantang dimana ia adalah pertarungan penentu pemimpin Negara. Melalui pengamatan PR berpotensi untuk menang besar dalam PRK ini. Tetapi jangan terlalu yakin, kerja keras amat diperlukan bagi menjamin kemenangan.

Beliau juga menyentuh tentang pentingan Regebaration iaitu pelapis2 baru dalam AMK sendiri supaya kesinambungan perjuangan akan sentiasa berterusan. Buku tulisan Syed Hussein al-Attas menyatakan terdapa 3 jenis pemimpin iaitu
1. pemimpin siaran (selalu keluar di media cetak dan elektronik
2. pemimpin sialan (macan Najib and the geng)
3. pemimpin sinaran (perlu digilap untuk masa hadapan)