Jumaat, 29 Oktober 2010

PEMILIHAN KEADILAN



Seramai 400,000 ahli layak mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR yang akan bermula esok sehingga 21 November depan.

Ahli di 69 daripada 222 cabang PKR mengundi esok, lusa dan hari Ahad ini. Mereka ialah ahli tujuh cabang di Kedah, Kelantan (10), Pahang (14), Negeri Sembilan (8), Perak (17), Perlis (3), Pulau Pinang (6) dan Melaka (4).

Mereka akan mengundi memilih timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding.

Manakala ahli Pemuda dan Wanita akan memilih ketua, timbalan, naib dan exco masing-masing. Menurut pekeliling ibupejabat PKR, proses pengundian untuk memilih pucuk pimpinan parti itu akan berlangsung pada hujung minggu.
Pemilihan bagi jawatan timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub - serta penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Bagi naib presiden pula, 17 calon layak bertanding jawatan tersebut, manakala 132 calon akan bersaing kerusi MPP.

Bagi jawatan Ketua AMK pula, ia menyaksikan persaingan dua penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dengan ahli MPP Badrul Hisham Shaharin.

Manakala bagi jawatan Ketua Wanita pula, penyandangnya Zuraida Kamaruddin dicabar oleh Animah Ferrar dan Suraya Sudin.

Sementara itu, di Kedah, lima cabang akan mengundi esok - Langkawi, Kubang Pasu, Alor Star, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Manakala dua cabang lagi akan mengundi pada hari Sabtu (Kulim-Bandar Baharu dan Padang Serai).
Di Kelantan pula,lima cabang - Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa - akan mengundi esok, manakala lima lagi akan mengundi lusa - iaitu Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Di Pahang, tujuh cabang - Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Indera Mahkota, Kuantan dan Pekan - akan mengundi pada hari Sabtu. Tujuh cabang lagi - Paya Besar, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompan - akan mengundi pada hari Ahad.

Di Negeri Sembilan, enam cabang - Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rasah, Seremban dan Telok Kemang - akan mengundi pada hari Sabtu. Dua lagi cabang - Rembau dan Rompin - akan mengundi pada hari berikutnya.

Bagi Perak pula, sembilan cabang - Gerik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas dan Sungai Siput - akan mengundi pada hari Sabtu. Manakala lapan cabang lagi - Tambun, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar - akan mengundi pada hari Ahad.

Di Perlis - ketiga-tiga cabang PKR di negeri - Padang Besar, Kangar dan Arau - semuanya akan mengundi pada hari Sabtu.

Manakala enam cabang di Pulau Pinang - Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam - akan mengundi pada hari Ahad.

Di Melaka pula, empat cabang - Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Bukit Katil - akan mengundi pada hari Ahad.

Sementara itu, pentadbir Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata ibupejabat menetapkan masa pemilihan berlangsung jam 10 pagi hingga 4 petang.

Manakala proses pengiraan undi pula akan dilakukan sejurus selepas pusat pengundian ditutup.

Mengenai keputusan pemilihan di cabang-cabang berkenaan, Raden Shamsulkamar berkata ia bergandung kepada jumlah ahli yang mengundi,

"Kalau cabang yang ramai ahlinya, mungkin lewat malam atau awal pagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau berkata, pihaknya juga membenarkan calon atau wakil calon memantau ketika pengiraan undi dijalankan.

"Seramai 200 pengawas dilantik untuk menguruskan pemilihan cabang di seluruh negara," katanya.

Menurutnya, jumlah pengawas adalah berbeza-beza bergantung kepada jumlah ahli dan tahap "sensitiviti dan kehangatan" di cabang.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Hak Melayu terjamin tanpa Umno, hak Rosmah yang tak terkunci kemas


Dalam ucapan dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bertentangan dengan jerit pekik pak yet-pak yetnya di dalam Umno dan Perkasa, apa yang tersirat dengan begitu terang dan jelas dalam ucapan Najib itu ialah hakikat bahawa Umno tidak lagi relevan dan tak diperlukan sama sekali untuk mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu. Sebab itulah Presiden Umno itu kata, "sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung".

Ucapan Najib itu dengan sendirinya menjelaskan kepada kita bahawa apa yang diperjuangkan oleh Umno kini hakikatnya bukanlah hak-hak istimewa orang Melayu yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi sebenarnya hak istimewa Umno. Hak istimewa Umno tidak terkunci kemas dan sebab itulah parti itu mesti menjadi ganas untuk mempertahankannya.

Antara hak istimewa Umno ialah hak Datin Seri Rosmah Mansor untuk menjadi Perdana Menteri de facto ketika Najib dilihat tidak lebih dari de jure Prime Minister sahaja, hak untuk menjadi parti perasuah, hak untuk membantai kekayaan negara termasuk melalui projek-projek yang tiris sana-sini, hak untuk menyalahgunakan kuasa, hak untuk merampas tanah rezab Melayu sehingga tinggal 1.7 hektar sahaja dalam laporan 2004 berbanding kira-kira tiga juta hektar ketika negara mencapai kemerdekaan, hak untuk mencantas-cantas dan mengkudungkan kuasa politik Melayu seperti yang dilakukannya dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, hak untuk merentap bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, hak untuk merembat saham Bumiputera, hak para pemimpin Umno untuk membina istana mewah demi istana mewah untuk diri mereka, hak para pemimpin Umno untuk meneruskan hobi memperbanyakkan koleksi kereta mewah dan pelbagai hak rakyat yang dirampas secara kurang ajar oleh Umno.

Kesemua hak Umno itu tidak terkunci kemas dan sebab itulah Najib menyalak macam orang gila:

Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!
Tak payah cakap besarlah, Najib. Sejarah di mana-mana pun membuktikan apabila bangkit kuasa rakyat, para pemimpin yang jahat awal-awal lagi cabut lari ke luar negara membawa harta kekayaan yang mereka rompak. Yang tinggal ternganga-nganga ialah pak yet-pak yet mereka yang tak serik-serik ditipu.

Tok sah cakap banyaklah Najib, puak mana yang banyak membawa lari wang ke luar negara sekarang melalui sistem hawala yang sebahagian besarnya dikuasai Mamak-Mamak money changer? Capital flight yang dikatakan mencanak sampai RM11 bilion itu duit siapa yang dibawa keluar sebenarnya?

Khamis, 21 Oktober 2010

ROSMAH & ISLAMIC FASHION FESTIVAL





KUALA LUMPUR, 20 Okt: Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).

Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

HALAL BAGI UMNO..... HARAM BUAT PR!!!!


Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.



"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok.

MENARA WARISAN 100 TINGKAT


ADAKAH RAKYAT AKAN MENDAPAT MANFAAT????????????

50 kerusi BN dlm bahaya.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, undi orang Melayu telah berpecah dan bermakna tidak ada parti Melayu – baik Umno mahupun PAS - yang boleh mendapat seratus peratus undi Melayu.

"Dikebanyakan kawasan, perpecahan politik orang Melayu adalah 50 peratus disatu pihak dan 50 peratus dipihak yang lain.

"Ini bermakna siapa sahaja yang mahu menang mestilah menang dengan sokongan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau kita mengharapkan undi Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas.

"Inilah haikat dan realitinya," kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung Pergerakan Pemuda Umno di PWTC hari ini.

Katanya, Umno perlu belajar dari keputusan pilihanraya umum lalu di mana jelas hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu.

Khairy berkata, sekiranya Umno masih lagi berkhayal bahawa parti boleh menang tanpa sokongan mereka, 50 kerusi parlimen BN sedia ada berada dalam bahaya.

Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamal kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihanraya akan datang.

"Sudah tentu tanggungjawab utama untuk menarik sokongan bukan Melayu terletak atas bahu parti-parti komponen tertentu.

"Segala kelemahan yang ada perlu diatasi dengan segera dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereak perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

"Tetapi dalam arena politik semasa – apatah lagi dalam gagasan 1Malaysia menjadi pegangan bersama – rakyat Malaysia mahu melihat semua parti BN mengamalkan pendekatan yang muhibah, adil dan saksama.

"Kita tidak mahu menjadi pemimpin politik sesumpah sebagaimana yang wujud di pihak lawan, yang cakapnya tidak boleh dipegang," kata Khairy.

'Kelab UMNO' Dari Luar Negara Beri Pujian Terhadap 'Anwar Ibrahim' Di Astro Awani


Ini satu berita panas dan pasti menyebabkan puak-puak UMNO marah sebenarnya. Anak muda yang sering mereka didik dengan dakyah dan ideologi parti itu tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang "menentang arus" dan aspirasi UMNO itu sendiri. Ini berlaku ketika dua mahasiswa yang menjadi wakil kelab UMNO luar negara daripada Moscow dan juga Seoul di undang khas ke rancangan "Sudut Pandang" di Astro Awani baru-baru ini. Ramai yang terkejut apabila salah seorang pemimpin terbabit secara jelas telah memuji pemimpin Pakatan Rakyat, sambil menyebut dengan jelas nama Ketua Umum PKR "Anwar Ibrahim" yang lebih "humble" ketika mengadakan lawatan dan bertemu pelajar di luar negara. Berita panas ini pasti membuatkan pemimpin UMNO BN terkejut sebenarnya. Mereka tidak menyangka, mahasiswa yang telah diberi didikan UMNO itu sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Selama ini, kita menyangkan kelab UMNO luar negara memang merupakan penyokong tegar parti itu. Rupanya kini mereka sudah lebih bijak daripada ahli UMNO itu sendiri. Ini merupakan tamparan hebar terhadap parti tu menjelang pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Jika suara anak muda dari parti sendiri bercakap sedemikian rupa, apatah lagi anak muda yang berada dalam kelompok "atas pagar" sebenarnya. Inilah yang amat menakutkan puak-puak mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

Khamis, 14 Oktober 2010

Tiada sabotaj tiada konspirasi halang sesiapa tanding, tegas SU Agung PKR


KUALA LUMPUR, 14 Okt — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kononnya wujud unsur sabotaj dan konspirasi bagi menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar daripada bertanding jawatan timbalan presiden. Saifuddin yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu menegaskan, surat pekeliling yang dihantar pada 19 Julai lalu jelas menunjukkan semua pencalonan melibatkan pemilihan peringkat pusat harus diserahkan kepada ibu pejabat PKR sebelum 10 Oktober 2010.
“Saya tidak mahu komen mengenai kononnya wujud konspirasi tetapi ingin saya jelaskan bahawa dalam surat pekeliling yang dihantar kepada semua peringkat jelas tertulis senarai calon hendaklah dihantar pada 10 Oktober.
“Yang menjadi isunya adalah tarikh 10 Oktober kerana ramai orang yang tidak tahu.
“Tetapi jika lihat pada surat pekeliling yang dihantar kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, ketua-ketua wanita PKR negeri, ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, ketua-ketua cabang dan setiausaha-setiausaha cabang ia memang jelas tertulis tarikh akhirnya hantar senarai pencalonan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Agung PKR yang bertarikh 19 Julai mengatakan tarikh akhir peneriman pencalonan pemilihan peringkat pusat daripada cabang-cabang adalah ditetapkan pada 10 Oktober 2010.
Kesemua 208 cabang PKR dikehendaki menghantar senarai pencalonan kepada ibu pejabat pada tarikh tersebut.
“Sebanyak 162 cabang telah mematuhinya dan hantar senarai pencalonan sebelum 10 Oktober.
“Jadi sebenarnya ia tidak wujud soal mahu sembunyikan tarikh atau sabotaj sesiapa dalam pemilihan parti,” kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.
Semalam, pemimpin-pemimpin cabang PKR mempertikaikan kewujudan notis pencalonan dengan mendakwa seolah-olah ada usaha menghalang Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.
Berdasarkan maklumat semalam, Nurul Izzah dilaporkan tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden sebab hanya memperoleh satu pencalonan sedangkan seseorang yang hendak bertanding memerlukan minimum dua yang disyaratkan.
Mereka mendakwa tidak tahu-menahu keperluan semua pencalonan akhir perlu dikemukakan sebelum 10 Oktober lalu.
Dalam kenyataan berasingan dikeluarkan hari ini, Ketua Selangau Steven Epay Ganing dan rakan sejawatannya dari Semporna Lokma Uri berkata, tindakan pihak pengurusan parti tidak memaklumkan perkara itu adalah tidak wajar dan tidak adil.
“Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil sama ada oleh Setiausaha Agung atau Jawatankuasa Pemilihan Pusat (DPP) adalah tidak wajar dan kami kecewa.
“Sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya,” kata Steven Epay dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Lokman pula berkata tindakan tersebut seolah-olah satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat S. Manikavasagam mencadangkan JPP agar melanjutkan tarikh akhir sehingga 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.
Nurul Izzah dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti.
Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.

Buku 'The March To Putrajaya' Kini Di Internet


Buku yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, "The March to Putrajaya – Malaysia’s New Era is at Hand", karya Kim Quek kini boleh diakses menerusi internet, http://www.themarchtoputrajaya.com/. Para pembaca boleh muat turun keseluruhan buku setebal 361 muka surat itu.

Dalam satu kenyataan media semalam, pengarangnya Kim Quek berkata, "beginilah sepatutnya. Rakyat di negara ini tidak seharusnya dihalang dari mendapat maklumat tersebut semata-mata kerana maklumat yang terkandung di dalamnya tidak memihak kepada pemerintah."

"Sebuah negara yang mengawal warganegaranya dari akses kepada maklumat yang penting seperti ini ialah sebuah negara yang mundur dan akan menemui kegagalan dalam era globalisasi dan teknologi maklumat," ujar beliau.

Beliau berkata, melihat di serata dunia, negara-negara yang dianggap terbaik dan dipuji dari sudut pencapaian sosial dan ekonominya adalah masyarakat yang memiliki media yang bebas.

"Hanya melalui aliran idea yang bebas, potensi pemikiran rakyatnya dapat dibangunkan sepenuhnya. Kualiti mindalah yang menentukan sesebuah masyarakat sedang menuju ke hadapan atau mundur ke belakang.