Selasa, 14 Oktober 2008

ANAK BAKAL PM KITA : ASHMAN NAJIB





















Lu Orang Pikirla SenDiRi...bukan niat mengaibkan,hanya sekadar renungan jer..maklum jela tak lama lagi ayahanda nya nak jadi Bapa pada rakyat malaysia..









Selasa, 7 Oktober 2008

INI patung Ape citer??Teman Cabar Org UMNO bagi KOMEN!!


Kepada Puak Larak UMNO tolong Komen skit hal Patung Ni!!tu belum TUGU Negara lagi yang dok wat upacara sembah berkalung bunga bagai tiap tahun..
Buat Pakai Besi Gangsa Lagi tu..

KOmeN PemuDA PAS..Ref : MalaysiaKini

Pemuda PAS: Gambar Anwar bukan patung
Jimadie Shah Othman Oct 7, 08 12:33pm
kemaskini 3:32pm Pemuda PAS Selangor berpendapat replika gergasi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves tidak termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam."Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh. "Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar," kata ketua dewan itu Sallehen Mukhyi. Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyatakan replika gergasi itu menunjukkan PKR mendewa-dewakan pemimpinnya, Sallehen berkata:"Yang beliau (Mohd Ali ) sensitif sangat kenapa? Meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara itu pun menyalahi akidah, (hukum) itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan itu memang jelas berbentuk manusia, (perkara) itu beliau tidak sibuk pula.” Mohd Ali semalam turut menimbulkan persoalan sama ada pembinaan replika itu diterima oleh PAS sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Sallehen berkata, projek mendirikan gambar itu inisiatif penyokong Anwar sendiri dan oleh itu, sudah tentu kepimpinan tertinggi PAS tidak dimaklumkan."Malah saya rasa, Anwar sendiri pun tidak tahu (sebelum timbul kontroversi)," katanya.Mengulas pandangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam yang dilaporkan berkata, gambar besar itu "membawa unsur keberhalaan dan perlu dihapuskan dengan segera", Sallehen berkata:"Boleh jadi mufti (Perlis) patut datang tengok sendiri (replika itu)."Sementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya."Saya tidak mahu isu ini menjadi besar. Kalau dikaitkan dengan isu perkauman, saya pun tidak mahu buat. "Saya hanya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Melayu dan (lagi pun) Deepavali pun sudah dekat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.Deepavali akan disambut pada 27 Oktober.Beliau mengulas kesediaan wakil rakyat PKR Batu Caves, Amiruddin Shari untuk menurunkan replika itu apabila permit kelulusannya yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang tamat tempohnya tidak lama lagi.Viriya menambah, sebelum replika itu didirikan pada 28 September lalu, beliau pernah merujuk kepada rakan-rakannya yang berketurunan Melayu tetapi mereka menjelaskan "tidak salah" membina imej sedemikian.Katanya lagi, beliau tidak mendapat sebarang aduan membantah daripada penduduk setempat dan hanya mengetahui kontroversi replika itu melalui media. "Tiada teguran (daripada penduduk), hanya (pemimpin) Umno (di media) sahaja yang tegur," katanya.Tambahnya, yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement di Batu Caves, projek ini asalnya usaha sekumpulan penduduk di situ."Projek ini kita buat sendiri, ramai yang menyumbang. (Replika) ini bukan projek persatuan penduduk," kata Viriya.

BN dah takDe POINT!!!!Tugu Negara Apekes PlaK..



ISU 'PATUNG' ANWAR UJI KEBERANIAN ALI RUSTAM ~ Ref Malaysiakini
Ali Rustam jelas menyibukkan dirinya dalam isu gambar besar Anwar. Mungkin beliau ingin menonjolkan dirinya agar digelar pemimpin hebat hingga membuat komen bagi setiap isu berlaku walaupun kadang-kadang beliau terlupa bahawa komennya itu menyerlahkan ketidakcerdikan beliau.Mengapa beliau sibuk sangat dalam isu ini sedangkan semasa Mufti Perlis menegur Dollah Badawi tentang isu mengalungkan bunga di Tugu Negara yang jelas haram seperti Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa, beliau senyap seribu bahasa.Ali Rustam sepatutnya berani memberikan nasihat kepada ketuanya kerana perbuatan 'boss'nya itu jelas haram di sisi Islam.Inilah masalahnya kalau seorang pemimpin hanya berani berkata dalam soal tertentu tetapi diam dan pengecut bila 'boss' sendiri melakukan kesalahan dan kesilapan. Sifat inilah sebenarnya yang menghancurkan tamadun sesebuah negara kerana pengikut tidak berani berkata benar dan memberikan nasihat kepada ketua. Akhirnya perbuatan yang salah dan karut yang dilakukan oleh ketuanya pun dikatakan benar dan halal.Saya sedih dengan suasana yang berlaku didalam Umno dan pentadbiran negara kita kerana pemimpin Umno diasuh supaya berani kerana membodek dan takut untuk berkata benar.Andaikata pemimpin seperti Ali Rustam dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya dilantik menjadi pemimpin yang lebih tinggi selepas ini maka tidak hairanlah negara akan bertambah punah dan meniti kehancuran kerana perkara yang batil sekalipun dikatakan hak dan benar.Oleh itu mari kita fikirkan sama-sama samada ingin meneruskan sokongan kepada pemimpin seperti ini. Saya membuat seruan ini khusus untuk ahli Umno yang bakal melantik pemimpin mereka supaya memilih calon-calon yang benar-benar layak, berani, tegas dan bersifat berani kerana benar takut kerana salah. Paling penting mereka mesti melantik pemimpin yang takutkan Allah dan tidak terlibat dengan apa juga masalah penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepostisme.Apa lebih jelas ialah gambar besar Anwar itu bukanlah patung sebenarnya. Tetapi hanyalah gambar besar yang jelas berbeza dengan Tugu Negara yang sah berbentuk patung dan tiap-tiap tahun pemimpin Umno/BN tunduk memberi hormat kepada patung tersebut. Malah mereka juga mengalungkan bunga tanda hormat kepada tugu tersebut. Inilah masalahnya isu yang sepatutnya dia tegur dia tak berani tegur tetapi isu yang remeh dan tak relevan pula dia melenting menonjolkan diri.Kasian Ketua Menteri kita ini yang sekarang mencari jalan dan publisiti murahan untuk menonjolkan diri untuk bertanding dalam pemilihan Umno nanti.
Posted by SOFI WAHAB at 16:43

MajLiS RuMaH TerBuka AidiLfItrI 2008