Jumaat, 19 Disember 2008

nelayan sertai mogok desak diesel diturun


Bagi mendesak kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM1, kira-kira 20,000 nelayan menyertai boikot terbesar tidak ke laut bermula semalam.

Boikot yang dianjurkan oleh Persatuan Nelayan Selangor dan Perak turut disertai nelayan-nelayan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.

Nelayan di hutan melintang juga tidak ketinggalan untuk menyuarakan hak mereka supaya golongan bawahan tidak ditekan akibat daripada krisis kewangan antarabangsa. kerajaan menaikkan harga mengikut pasaran dunia, tetapi mengapa kalau disebut tentang penurunan memerlukan banyak mesyuarat dan perbincangan.

Menurut laporan media,kira-kira 5000 bot akan terlibat dalam mogokini dan akan mengurangkan separuh bekalan ikan negara.

Khamis, 11 Disember 2008

TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA BUKTI PEMBANGUNAN CACA MERBA BN

AMK BAGAN DATOH merakamkan simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa dalam tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa semalam. T

Tragedi tersebut berlaku bukan semata-matanya disebabkan oleh cuaca buruk dan hujan lebat pada awal pagi hari Sabtu, tetapi ini adalah bukti kegagalan Kerajaan Negeri Selangor yang lalu dibawah pemerintahan Barisan Nasional yang banyak meluluskan projek perumahan di lereng bukit.

Kenyataan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri semalam agar menghentikan semua projek pembangunan di lereng bukit sekitar Bukit Antarabangsa telahpun terlambat kerana tragedi ini bukan pertama kali berlaku di kawasan tersebut.

Sinar Harian pada 7 Disember (mukasurat N7, Sejarah Tanah Runtuh di Lokasi Sama) melaporkan tanah runtuh telahpun berlaku beberapa kali di kawasan Ulu Klang sebelum ini, khasnya tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang keperitannya masih dirasai sehingga ke hari ini.

Kerajaan Negeri Selangor dibawah Barisan Nasional sebelum ini yang tetap meluluskan projek pembangunan di lereng bukit selepas tragedi Highland Towers tanpa mengira keselamatan penduduk. Ini amat berbeza dengan pendirian yang berpandangan jauh dari Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat yang mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional selepas 8 Mac.

LU ORANG PIKIR LAAA

Jumaat, 5 Disember 2008

JENAYAH ZAHID HAMIDI



Temubual exclusive bersama saudara Amir Bazli (mangsa kekejaman Zahid Hamidi)


SAKSIKAN KEBENARAN......

Timbalan menteri calon BN di KT?

Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Timbalan Menteri Dalam Negeri (merangkap member baik menantu pak lah)

siapa pun BN letak jadi calon PR lawan tetap lawan. AMK BAGAN DATOH akan memberi sepenuh sokongan kepada calon PR!!!!!!!

PENAMAAN CALON : 6 JAN 2009
BUANG UNDI : 17 JAN 2009.

JOM KOME KITE RAMAI2 SERBU KT JATUHKAN UMNO(BN)






Khamis, 4 Disember 2008

“Harapan Baru”







AMK BAGAN DATOH tidak ketinggalan menyertai Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat(KeADILan) akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 29-30 November 2008.

Kongres KeADILan yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ini akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu.

Kongres Nasional tahun ini telah diberikan tema “Harapan Baru” atas kesedaran ada perlunya untuk mentransformasikan kuasa rakyat yang disaksikan dalam pilihanraya umum lepas kepada kuasa perubahan yang jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.

Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya.

Kedua-dua sayap penting parti yakni Angkatan Muda dan Wanita pulatelah mengadakan kongres masing-masing secara berasingan pada 28 November.

Kongres Nasional kedua-dua sayap ini dirasmikan oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati. Selepas perasmian, Angkatan Muda akan terus bersidang di Stadium Malawati, manakala Wanita akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Dijangka 10,000 perwakilan, pemerhati, pimpinan komponen parti Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan NGO dari seluruh negara akan hadir ke Kongres Nasional tahun ini dan dimeriahkan lagi dengan “Karnival Rakyat”.



UCAPAN PERASMIAN KONGRESNASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT 2008


Saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda pagi ini di tempat yang begitu luas dan selesa. Ini dimungkinkan berkat kemenangan besar kita dalam PRU 12 dan kejayaan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) memimpin pemerintahan PAKATAN di Selangor. Sekarang, Insyaallah, kita tidak lagi menghadapi masalah mendapat tempat bagi majlis seperti ini.

Tentu ramai saudara dan saudari yang ingat betapa susahnya pada masa lalu kita hendak mendapat tempat untuk berkongres. Semenjak Kongres Parti Keadilan Rakyat yang pertama di Ipoh pada tahun 2004, kita bersidang di bermacam-macam tempat dan dalam berbagai-bagai suasana.

Di mana ada hotel yang berani menyewakan dewannya, kita bersidang di hotel. Akan tetapi di mana tidak ada hotel yang berani atau tidak tahan ugutan dari pihak-pihak tertentu. Mujurlah ada tokong Budhis atau sekolah Cina yang berani dan bermurah hati menyewakan dewan mereka.

Begitu juga, dulu bendera yang kita kibarkan sempena beberapa kongres yang lalu sering diragut turun oleh pihak penguatkuasa majlis bandaran atas arahan Umno-BN yang memerintah. Tetapi hari ini kita gembira kerana beribu bendera Parti terus berkibar megah di samping bendera negeri dan Jalur Gemilang di sepanjang jalan ke mari.

Saya percaya kerajaan PAKATAN tidak akan membalas dendam dengan mengarahkan mana-mana jabatan menurunkan bendera Umno dan parti-parti sekutunya apabila mereka mengadakan perhimpunan tahunan. Saya yakin pimpinan kerajaan kita tidak berhati kecut seperti para pemimpin kerajaan tidak adil dan korup yang kita ganti.
MERAYAKAN KEMENANGAN

Sememangnya, kita besyukur kerana dapat merayakan kemenangan kita yang di luar dugaan dalam PRU12 pada 8hb Mac 2008. Dari seorang ahli Parlimen, kita kini mempunyai 31 orang. Ini kenaikan sebanyak 3100 peratus. Tetapi, dari jumlah 31 orang ini, bilangan Wanita dan Angkatan Muda tidaklah sebesar yang diharapkan. Cuma ada tiga orang dari Wanita dan empat orang dari Angkatan Muda, ertinya masing-masing dalam lingkungan 10 dan 13 peratus.

Dalam Dewan Undangan pula, kejayaan kita melompat sebanyak 4100 peratus, iaitu daripada seorang kepada 41 orang. Akan tetapi, dari jumlah ini terdapat hanya empat orang dari sayap Wanita. Jumlahnya lebih ramai dari Angkatan Muda (termasuk beberapa orang yang berumur kurang dari 40 tahun tetapi tidak menjadi anggota AMK). Mereka berjumlah 16 orang ataupun lebih kurang 40 peratus. Ini merupakan satu petanda baik serta kejayaan besar. Tetapi yang kurang menyenangkan sedikit ialah cuma dua orang dari ADUN muda ini terdiri dari orang perempuan. Diharap keadaan ini berubah.

Beberapa faktor mempengaruhi kemenangan besar parti-parti dalam PAKATAN. Ada yang menyifatkannya sebagai tsunami politik di negara ini. Antaranya ialah: kemarahan serta tidak puas hati rakyat terhadap dasar serta tindakan Umno-BN; kelemahan pimpinan dan perpecahan dalam Umno; kerjasama baik antara keADILan, DAP dan PAS yang memungkinkan pertandingan satu lawan satu; dan keadaan organisasi parti yang agak memuaskan di beberapa tempat.

Faktor penting sekali ialah kemarahan rakyat terhadap dasar dan tindakan Umno-BN yang menimbulkan keadaan ekonomi yang menghimpit rakyat ramai. Tidak kurang pentingnya ialah rasa meluat dan tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap pimpinan negara yang agak lembab, berpecah belah dan terlalu mengutamakan kepentingan diri. Oleh itu rakyat dari semua kaum bangkit dengan penuh kesedaran untuk mengundi dengan penuh harapan untuk perubahan.

Mereka memberi sokongan kepada Harapan Baru yang ditawar oleh PAKATAN di bawah pimpinan Sdr Anwar Ibrahim. Buat kali pertama mereka bersedia dan berani mengundi tanpa dipengaruhi faktor kaum dan agama yang sempit. Orang Cina dan India sanggup mengundi calon Melayu, walaupun dari PAS. Orang Melayu serta Islam pula berani memberikan undi mereka kepada DAP. Seterusnya pengundi dari semua kaum dan lapisan menyokong keADILan.

Saya percaya sekiranya SPR mengendalikan pilihanraya secara telus serta adil dan seandainya penipuan, salahguna kuasa serta rasuah tidak boleh dilakukan oleh pihak Umno-BN dengan begitu meluas, sudah tentu kebangkitan rakyat ini boleh menjelmakan perubahan yang lebih besar lagi. Kerajaan BN mungkin boleh tersungkur dan kerajaan PAKATAN tegak berkuasa di seluruh negara bukan di lima buah negeri saja.

Tidak hairanlah selepas pilihanraya umum itu majoriti rakyat dari pelbagai lapisan menyambut dengan ghairah serta penuh harapan apabila timbul berita bahawa pertukaran kuasa mungkin berlaku. Dijangkakan bahawa sebilangan cukup Ahli Parlimen dari Umno-BN akan berpindah ke PAKATAN. Apabila ini tidak berlaku pada 16hb September, iaitu tarikh yang diwar-warkan, ramai yang merasa kecewa.

Media “pengampu” yang dikuasai atau dimiliki oleh parti-parti pemerintah secara langsung atau tidak langsung memalu gendang propaganda yang kuat. Ada yang menuduh kononnya pimpinan PAKATAN, khususnya Anwar berbohong tentang bilangan Ahli Parlimen yang hendak berpindah. Pada masa yang sama ada pula yang mendakwa PAKATAN gagal kerana kononnya Umno-BN dan pimpinannya kuat dan bersatu padu.

Tidak ramai yang mempercayai propaganda ini. Malangnya saya lihat ada juga segelintir paling kecil anggota keADILan, termasuk AMK serta Wanita, yang termakan oleh propaganda murahan ini. Tetapi sebilangan besar rakyat dan hampir semua anggota parti dalam PAKATAN, terutama sekali keADILan tetap mengharapkan berlaku perubahan pemerintahan. Jikalau tidak esok, lusa; jikalau tidak pada masa terdekat, dalam PRU13.

Saya tahu bahawa seluruh anggota Parti dan rakyat yang mahukan perubahan yakin Anwar becakap benar tentang bilangan Anggota Parlimen yang hendak berpindah itu cukup. Tetapi ramai mereka yang tidak tahu ahli-ahli Parlimen ini menerima tekanan serta ugutan yang kuat. Misalnya pihak SB (Cawangan Khas) sepanjang masa bertunggu bertangga mengawasi segenap pergerakan mereka.

Ada juga yang ditawarkan wang sangat banyak. Kita tahu ramai telah memberi surat pengakuan atau menyediakan surat sumpah akan berpindah. Namun ada yang takut mungkin disekat apabila diperlukan bangun dalam Parlimen untuk membuktikan sokongan mereka kepada sebarang usul yang dikemukakan oleh pihak PAKATAN.

Selain itu percubaan pihak pimpinan PAKATAN hendak bertemu Perdana Menteri dan meminta sidang khas diadakan bagi membincang dan memutuskan tentang perpindahan kuasa ini sentiasa ditolak. Memandangkan segala hambatan dan halangan ini maka perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan lagi. Tetapi ini bukannya bermakna ia gagal dilaksana buat selama-lamanya.

Tidak perlu saya berbicara panjang menghuraikan perkara ini. Saya kira perkara ini akan diulas dengan lebih teliti oleh Presiden dan terutama sekali Ketua Umum dalam ucapan mereka nanti.
MEMPERKEMAS ORGANISASI

Anggota Parti ramai yang menyedari dan pimpinan Parti sering mengingatkan bahawa kejayaan keADILan dalam pilihanrya umum lapan bulan lalu lebih banyak ditentukan oleh kebangkitan spontan rakyat daripada kekuatan organisasi Parti kita. Kita tidak malu mengakui, sebagai Parti yang masih muda, organisasi keADILan mempunyai banyak kelemahan. Tetapi kita tidak boleh membenarkan kelemahan itu berterusan.

Kita perlu membina organisasi parti yang kuat dan padu. Ini bukannya soal pimpinan dan pentadbiran saja. Ia mesti berpaksikan kepada pemahaman dan penghayatan asas-asas politik perjuangan Parti. Kita perlukan Parti yang kuat untuk mempertahan kejayaan yang telah dicapai setakat ini.Kita perlukan Parti yang kuat untuk menghadapi PRU13 dengan lebih mantap supaya boleh meraih kemenangan lebih besar pada masa hadapan.

Selanjutnya kita perlukan Parti yang kuat supaya bersedia untuk menyambut secara tersusun baik seandainya pertukaran kuasa berlaku lebih awal. Akhirnya kita perlukan Parti yang kuat untuk menghadapi serta menangkis dengan berkesan segala serangan kotor dari pemimpin dan media Umno-BN yang berterusan mencemar nama baik Parti serta pimpinan kita untuk menjatuhkan PAKATAN.

Saya ingin menasihat bahkan menggesa Wanita dan Angkatan Muda mengadakan perbincangan, membuat keputusan dan menetapkan jadual perlaksanaan bagi projek memperkasakan organisasi masing-masing. Saya syorkan projek ini dilaksanakan pada tiga peringkat, iaitu: (i) peringkat ahli, (ii) peringkat organisasi Parti, dan (iii) peringkat kerjasama PAKATAN.

i. Peringkat Ahli:

Pada peringkat ahli, projek memperbanyakkan ahli Wanita dan Angkatan Muda hendaklah dimulakan segera dengan berkesan. Mereka perlu ditarik dari pelbagai kaum di seluruh negara, dari kota ke desa, dari pekan kecil ke kawasan pedalaman terpencil, dari kilang ke ladang. Setelah anggota-anggota baru didaftar, mereka tidak harus ditinggalkan begitu saja. Kursus-kursus pengenalan hendaklah segera diadakan bagi mereka untuk memperkenalkan sejarah, struktur serta dasar parti.

Melalui pelbagai aktiviti seperti ceramah, latihan dan kegiatan di kalangan massa, kita harus menyemai sifat berani, ikhlas jujur serta beretika. Kita perlu menanam semangat disiplin dan komitmen kepada perjuangan parti. Kita perlu menggalakkan amalan suka membaca dan mencari ilmu di kalangan ahli. Kita perlu juga menanam sikap supaya ahli Parti tidak terlalu mengutamakan kepentingan diri sehingga mengkesampingkan kepentingan parti dan masyarakat. Dari kalangan ahli-ahli baru, kita perlu juga mengenalpasti mereka yang mempunyai potensi untuk menjadi aktivis dan pemimpin parti yang baik.

Kita harus menumpu bukan hanya kepada ahli-ahli baru Ahli-ahli lama tidak boleh kita abaikan. Ramai di antara mereka, termasuk yang menjadi pemimpin akar umbi, kurang arif tentang kesinambungan sejarah dan asas perjuangan Parti. Mereka perlu dikursuskan tentang ini. Ramai juga yang kurang disiplin serta komitmen. Ada sebilangan kecil yang cepat sangat membawa kekecewaan atau rasa tidak puas hati mereka keluar dari parti, melalui internet bahkan media musuh. Tidak kurang pula yang kadang-kadang tidak memandang berat tentang hal penyertaan dalam aktiviti Parti.

Sebagai contoh, saya terlibat dengan beberapa kursus/ bengkel yang diuruskan oleh Parti dan AMK. Saya dapati biasanya separuh dari mereka yang sudah berjanji menyertai tidak menghadirkan diri tanpa penjelasan atau alasan. Hal seperti ini harus dipandang berat. Tindakan perlu diambil ke atas mereka yang mungkir janji ini. Pada hal mereka mengakibatkan kerugian wang pihak penganjur. Ada di antara mereka ini cukup ghairah apabila menyertai kempen pilihanraya. Ini memang baik. Tetapi, mereka perlu juga mengimbangkan keghairahan ini dengan komitmen kepada kegiatan lain anjuran Parti.

Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah kita perlu membentuk di kalangan ahli-ahli parti, wanita dan muda-mudi yang merupakan manusia baru, yang harus mempunyai disiplin dan komitmen kuat terhadap perjuangan. Mereka harus bertanggungjawab serta prihatin terhadap nasib rakyat dan tidak keterlaluan mementingkan diri. Mereka hendaklah berilmu, bermoral dan hromat menghormati di antara sesama manusia tanpa dipengaruhi oleh perbezaan atau prejudis jantina, darjat, kepercayaan dan kaum. Saya tegaskan semua ini, walaupun ada yang tidak saya sentuh sebelum ini.

ii. Peringkat Organisasi:

Organisasi parti terdiri dari Cawangan (yang bakal mengganti JDM) ke Bahagian, Negeri hinggalah ke Pusat. Organisasi yang baik sekurang-kurangnya mesti mempunyai pimpinan yang cekap, berdisiplin serta berdedikasi; ahli-ahli yang bersatu serta bermutu; arah tuju yang jelas dan hubungan licin serta tersusun antara semua peringkat organisasi; dan menjalankan pelbagai aktiviti berfaedah dalam parti dan di kalangan rakyat.

Pada keseluruhannya organisasi Parti di semua peringkat kini semakin baik. Pusat, di bawah gandingan pimpinan Ketua Umum dan Presiden kita bertambah utuh dan mantap. Kebanyakan Negeri dan majoriti Bahagian memperlihatkan ciri-ciri organisasi yang baik seperti dijelaskan tadi. Kami yakin keadaannya akan bertambah baik lagi.

Tetapi ada sebilangan kecil Bahagian dan Negeri yang masih bermasalah. Pimpinan mereka sering lemah, kurang inisiatif dan tidak begitu cekap bekerja secara berpasukan. Kadang-kadang ia didominasi oleh seorang atau sekumpulan klik kecil yang membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan. Acapkali kumpulan kecil ini tidak suka melihat kemunculan pimpinan baru yang lebih baik. Bahkan mereka tidak begitu bersedia menerima baik kemasukan ahli baru yang ramai kerana bimbang kedudukan mereka terancam.

Maafkan saya kerana berterus terang sedikit menyatakan pandangan serta perhatian saya bahawa beberapa kelemahan dan tendensi negatif dalam Parti kadang-kadang lebih ketara lagi di kalangan Angkatan Muda dan kurang sedikit di kalangan Wanita. Kami mengharapkan di setiap Bahagian akan wujud sayap Wanita dan Angkatan Muda yang betul-betul boleh menjadi teras dan penggerak kekuatan Bahagian dan Parti seluruhnya.

Kami mengharapkan juga pimpinan, yang penting sekali peringkat Pusat Wanita dan AMK, seperti di peringkat Parti juga, mengukuhkan tradisi membuat keputusan dan menjalankan aktiviti secara kolektif. Memang diakui seorang atau sekumpulan pemimpin yang aktif dan dominan boleh menjadi aset yang bernilai dalam Parti. Akan tetapi proses membuat keputusan di kalangan pemimpin perlulah dilakukan secara perundingan dan berasaskan cara yang demokratik. Perlu ditarik seramai-ramai pemimpin terlibat dalam segala kegiatan Parti. Tidak harus ada yang sengaja dipinggirkan atau dibenarkan untuk memanaskan kerusi saja.

Wanita dan Angkatan Muda Parti mestilah merapati dan menarik semua golongan dan lapisan wanita dan angkatan muda dalam masyarakat – dari petani dan buruh membawa kepada professional dan intetelek bahkan juga korporat. Lebih ramai bukan Melayu atau bukan Islam perlu ditarik menjadi anggota dan pemimpin Wanita dan Angkatan Muda. Seboleh-bolehnya komposisi mereka harus mencerminkan nisbah bilangan penduduk dan menjelmakan Parti sebagai benar-benar terbuka kepada siapa saja dari pelbagai lapisan dan aliran sebagai ahli bahkan pemimpin, asalkan saja mereka menerima Perlembagaan dan sedia menertai perjuangan Parti.

iii. Peringkat Pakatan:

Sebagaimana kita semua ketahui sebelum PRU12, DAP, PAS dan keADILan sebagai tiga buah parti luar kerajaan yang utama kerjasama untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Umno-BN. Kerjasama ini merupakan salah satu faktor pembantu kepada kemenangan kita pada 6hb Mac 2008. Ia diperkukuhkan lagi dengan pembentukan PAKATAN selepas pilihanraya umum itu dan terdirinya pemerintahan PAKATAN di lima buah negeri. Beberapa orang dari Wanita dan Angkatan Muda dibawa menyertai pentadbiran negeri terutama di Selangor. Kini diakui sesetengah mereka memainkan peranan yang agak signifikan.

Di peringkat pimpinan nasional terdapat kerjasama antara parti yang agak rapat terutama. Kita mempunyai Majlis Pimpinan PAKATAN yang sering bertemu untuk membincangkan pelbagai soal berhubung parti dan bermacam masalah yang dihadapi rakyat dan negara. Beberapa buah negeri dan bahagian telah berjaya mengadakan Majlis Pakatan Negeri dan Permuafakatan Bahagian. Kadar kejayaan kerjasama mereka berbeza-beza. Tetapi, ada Negeri dan Bahagian yang masih belum menubuhkannya lagi.

Saya lihat di peringkat Wanita dan Angkatan Muda, sudah ada kerjasama dalam beberapa hal dengan komponen lain dalam PAKATAN. Namun organisasi atau struktur yang formal belum kelihatan utuh lagi. Saya harap ini dapat dibangunkan segera supaya lebih banyak aktiviti bersama dapat diadakan dalam pelbagai bidang dan atas bermacam-macam isu. Ini sekaligus boleh memperkuat perpaduan dan mengurangkan percanggahan di antara mereka, di samping membantu memperkukuh kedudukan kerajaan negeri di bawah PAKATAN. Peranan serta sumbangan Wanita dan Angkatan Muda penting dan perlu dialu-alukan.

Sekarang ini, pimpinan dan kerajaan PAKATAN di lima negeri sering dikritik dan diburuk-burukkan oleh media yang hampir semuanya dimiliki atau dikuasai oleh Umno-BN atau nomini mereka. Sebagaimana yang disebut lebih awal, mereka tidak henti-henti menjalankan propaganda untuk memburukkan Menteri Besar atau Ketua Menteri dan pemerintahan negeri di bawah PAKATAN. Jikalau boleh mereka hendak menjatuhkan MB/KM serta negeri-negeri ini, dan merampas semula kuasa. Mereka pasti akan gagal apabila pimpinan pemerintahan PAKATAN berjaya menjalankan tugas untuk membela rakyat dan menaikkan taraf ekonomi, sosial dan kerohanian mereka.

Tidak payahlah saya mengingatkan bahawa Wanita dan Angkatan Muda sangat-sangat dikehendaki memainkan peranan positif dan kuat bagi memastikan PAKATAN boleh mempertahan pemerintahan kelima-lima buah negeri ini.
ANCAMAN PERKAUMAN

Selepas PRU12 kelihatan jelas ada semacam percubaaan yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk membakar api sentimen perkauman sempit. Ini dilakukan terutama sekali oleh segelintir kecil pemimpin jumud dalam Umno-BN yang merasa terpalu sangat oleh kemenangan PAKATAN khususnya di lima buah negeri itu. Mereka didukung oleh sebilangan kecil pertubuhan dan individu yang mereka dapat pengaruhi atau kuasai. Yang lebih berbahaya mereka mendapat sokongan kuat dari beberapa media cetak dan media elektronik. Bahkan hampir semua media ini mereka miliki dan kawal juga.

Golongan kecil ini mendakwa ketuanan Melayu terancam oleh kerana mereka melihat peranan bukan Melayu bertambah sedikit. Mereka melihat dengan mata yang juling dan berfikir dengan minda yang sempit bahawa orang Melayu dari Umno saja yang boleh membela nasib orang Melayu.

Mereka lupa dan menafikan hakikat bahawa selama 50 tahun memerintah, pemimpin Melayu dari Umnolah yang paling banyak bertanggungjawab merampas hak orang Melayu dan merompak kekayaan negara. Pada masa sama sebilangan kecil pemimpin dan sanak saudara serta kroni mereka membesarkan tembolok sendiri. Mereka membenarkan sebahagian besar orang Melayu yang miskin dan berpendapatan rendah terus terbiar atau terpinggir. Mereka juga tidak menghiraukan nasib orang bukan Melayu yang turut terpinggir dan terbiar sama.

Untuk menaikkan suhu kepanasan suasana perkauman, mereka membangkitkan bermacam-macam isu. Di Pulau Pinang menimbulkan soal Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kedudukan istimewa orang Melayu, dan di Perak pula mereka membesarkan soal kedaulatan raja-raja. Di Selangor pula, misalnya, beberapa orang pemimpin Umno dan media mereka membangkitkan isu ladang khinzir. Walhal merekalah, semasa berkuasa dalam kerajaan, yang mula-mula meluluskan projek itu, dengan tujuan untuk membuka ruang serta peluang perniagaan serta keuntungan bagi kroni-kroni mereka.

Selain itu, mereka juga mengambil peluang membesarkan isu perlantikan seorang wanita Tionghua sebagai Pemangku Ketua Pengurus PKNS. Soal ini diapi-apikan secara perkauman. Akan tetapi, mereka tidak pernah mengeluarkan sedikit suarapun walaupun banyak penyelewengan berlaku selama beberapa tahun Umno-BN memerintah Selangor. Banyak pihak mengetahui PKNS lebih banyak meluluskan atau terlibat dengan projek-projek yang menguntungkan golongan korporat, sebilangan besarnya bukan Melayu.

Segolongan orang Melayu yang berkhidmat dalam PKNS dan sebahagian orang awam di luar, dengan diberi sokongan kuat oleh media tertentu mempertingkatkan kempen mereka. Mereka mendesak supaya seorang pegawai kanan Melayu dilantik menerajui PKNS. Mereka menuduh bahawa Menteri Besar Selangor bersikap anti-Melayu. Akan tetapi, ramai orang mengetahui atau sekurang-kurangnya beranggapan pegawai-pegawai kanan PKNS yang ada tidak telus dan kurang bersih. Bahkan terdapat juga pihak yang menuduh pegawai Tionghua itu pun turut terlibat dan terpalit juga.

Saya tidak megetahui sepenuhnya sama ada kesemua anggapan dan tuduhan ini benar atau tidak. Yang saya tahu, kerana anggapan dan tuduhan ini wujud, hanya sebuah badan penyiasat bebas dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah yang boleh mensahihkan perkara ini. Tetapi katakanlah keadaan dalam pimpinan pentadbiran PKNS itu benar sudah bobrok sangat. Ini bererti jikalau seorang dari kalangan mereka, walaupun Melayu yang dilantik secara tetap, maka kebobrokan itu mungkin berterusan tanpa dapat dikawal.

Sekarang MB mengangkat seorang bukan Melayu, tetapi hanya selama kurang setahun. Saya kira langkah ini akan lebih memudahkan MB untuk menggantikannya kelak dengan seorang Ketua Pengurus baru yang bersih dan boleh membersihkan segala kebobrokan yang wujud dalam PKNS selama ini. Apakah tidak mungkin beliau boleh melantik seorang Melayu yang professional? Adakah beliau mempunyai muslihat yang baik bagi menyelamatkan badan ini supaya dapat membela orang Melayu yang benar-benar memerlukan pembelaan.

Saya menghuraikan semua hal ini oleh kerana dua sebab. Pertama, memang ada rancangan intensif dari pihak pimpinan Umno khususnya yang memperalatkan media mereka miliki dan kuasai untuk memburukkan pimpinan dan kerajaan di lima negeri itu. Tetapi sasaran utama mereka ialah terhadap MB dan pentadbiran baru Selangor. Cara mereka ialah untuk meyakinkan orang Melayu, dengan tuduhan-tuduhan palsu dan separuh palsu bahawa MB dan pentadbirannya lebih memihak kepada orang bukan Melayu. Ini cara mereka mengapikan sentimen perkauman Melayu.

Kita sudah biasa dengan kempen besar-besaran yang menuduh dan mendakwa Ketua Umum kita, Sdr Anwar Ibrahim bukan saja peliwat dan agen Yahudi, bahkan sudah menjual diri dan orang Melayu kepada Cina. Dengan izin Allah dan sokongan kuat rakyat, keADILan menang 31 kali ganda untuk kerusi Parlimen dan 41 kali ganda kerusi DUN. Selepas itu, dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, majoriti kemenangan Anwar bertambah besar. Saya percaya dan berdoa kerajaan-kerajaan negeri pemerintahan PAKATAN, terutama sekali di Selangor akan berjaya.

Kedua, taufan perkauman yang diharapkan oleh pihak-pihak oportunis dan jumud itu agar bertambah besar, tidak berlaku. Semakin ramai yang tidak mahukan pertentangan kaum tercetus, kerana akibatnya buruk ke atas negara dan rakyat. Lagi pula, khususnya di kalangan golongan muda, kesedaran semakin meluas supaya mereka harus berfikir dan bertindak tidak secara perkauman. Mereka inginkan pembentukan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Sehubungan ini saya berharap dan yakin bahawa Wanita dan Angkatan Muda keADILan tidak akan terpengaruh oleh percubaan golongan oportunis dan jumud yang cuba hendak membakar api sentiment perkauman itu. Bahkan mereka berdiri gagah di hadapan sebagai perwira-perwira yang menumpaskan anasir-anasir memecah belah dan perosak itu.
KEADILAN UNTUK SEMUA

Apabila keADILan diwujudkan, para pemimpin serta ahlinya telah mengambil langkah berani untuk menjadikan Parti ini wadah politik pelbagai kaum. Mereka boleh mengambil jalan senang dan mengikut saja kaedah lama politik dengan menjadikannya sebuah parti untuk satu kaum saja. Sebaliknya mereka memilih jalan baru yang lebih sukar, kadang-kadang penuh dengan ranjau dan duri.

Mereka percaya jikalau benar-benar hendak mendirikan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu, mereka harus bermula dengan membina sebuah parti pelbagai kaum, yang berjuang atas landasan untuk membela nasib semua kaum dan bukannya membela nasib satu kaum saja. Kita meneruskan jalan yang mereka pilih itu. Kita sebenarnya memenuhi tuntutan masa hadapan rakyat dan Negara. Hal ini terbukti apabila kita kaji corak pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Sebahagian besar pengundi muda dari saluran-saluran mengundi selepas 1 dan 2, iaitu saluran 3 dan berikutnya, menunjukkan tendensi jelas memilih parti pembangkang, Mereka tidak memilih calon atau parti berdasarkan latar belakang kaum dan agama. Mereka memberikan mesej agak jelas bahawa parti yang melaksanakan dasar, menjalankan kempen dan mengambil tindakan membela hak satu kaum sahaja dan menafikan hak kaum lain semakin tidak diterima. Mereka nyata memberi petunjuk bahawa hayat parti-parti seperti Umno, MCA dan MIC tinggal pendek sahaja lagi.

Sesuai dengan kedudukannya sebagai parti yang tidak perkauman, dari segi ahli dan dasar, keADILan memilih moto atau cogan kata perjuangan “Keadilan Untuk Semua”. Malangnya, pihak Pendaftar Pertubuhan, mungkin kerana arahan dari pihak atasan, seolah-olah takut dengan cogan kata ini. Itu sebabnya mereka memaksa kita membuat pindaan dan memasukkan ke dalam Perlembagaan Parti moto yang mereka tentukan, iaitu “Kesaksamaan Untuk Semua”. Namun begitu untuk semua tujuan, tempat dan masa kita masih tetap berpegang kepada “Keadilan Untuk Semua”.

Berpandukan cogankata ini, Parti ingin melihat semua warga negara dari pelbagai kaum hendaklah mendapat peluang, diberi layanan dan dijamin keadilan yang sama di bawah Perlembagaan dan undang-undang. Tidak ada sebab atau alasan mengapa mesti ada diskriminasi atas dasar perbezaan gender, pangkat dan apatah lagi kaum. Sebagai sebuah parti yang berprinsip, keADILan berpendirian bahawa semua rakyat harus mendapat peluang, diberi layanan dan dijamin keadilan yang serupa. Ini meliputi semua bidang, termasuk ekonomi, politik, kehakiman, pendidikan, kesihatan dan perumahan.

Atas prinsip keadilan untuk semua ini, Ketua Umum Parti dengan berani dan tegas membuat pengumuman bahawa DEB perlu diganti. DEB sudah wujud hampir 40 tahun dan semakin ketinggalan zaman. DEB telah diubah kepada Dasar Pembangunan Negara, akan tetapi perubahan ini hanya pada nama saja bukan pada isi sebenarnya. Anwar mengesyorkan supaya DEB diganti dengan suatu yang baru, iaitu Agenda Ekonomi Malaysia (AEM), yang boleh dikatakan mempunyai isi, semangat serta orientasi berlainan . Beliau menyiapkan sebuah kertas panduan mengenai Agenda ini.

Saya ingin menyeru supaya setiap pemimpin dan perwakilan Wanita dan Angkatan Muda yang hadir di Kongres ini menghadamkan kertas mengenai AEM ini. Ia harus menjadi panduan kepada segala aktiviti – seperti semua taklimat serta ceramah yang diberi dan risalah yang diedar - tentang soal ekonomi dan kedudukan istimewa orang Melayu. Taklimat, ceramah dan risalah ini hendaklah diusahakan dengan meluas, meliputi semua kampung, ladang, kilang, pasar, taman perumahan, jalan dan segala ceruk rantau di seluruh negara. Wanita dan Angkatan Muda hendaklah mempelopori kegiatan ini.

Ini perlu dilakukan secara berkesan kerana dua sebab. Pertama, pendirian sebenar Anwar dan Parti tentang DEB tidak diberikan liputan oleh media yang hampir semuanya dikuasai dan dimiliki oleh Umno-BN secara langsung atau tidak langsung. Kedua, pandangan Anwar dan pendirian Parti sering diselewengkan. Tuduhan palsu sering dilemparkan bahawa kononnya Anwar dan Parti mahu menghpuskan kedudukan istimewa Melayu dan hendak menjual hak Melayu kepada Cina. Tujuan mereka ialah untuk menghakis sokongan rakyat Melayu kepada beliau dan Parti.

Anwar dan keADILan sentiasa menegaskan kami mendukung semangat Perlembagaan Persekutuan dan akur kepada kehendak Fasal 153 tentang kedudukan istimewa itu. Fasal 5.10 dalam Perlembagaan keADILan menegaskan, “Berdasarkan prinsip keadilan, memastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak digunakan khusus untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang miskin dan terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional”.

Yang kita pertikaikan ialah atas nama Bumiputra dan Melayu, “hak istimewa” dan DEB diperalatkan untuk kemewahan segelintir pucuk pimpinan yang berkuasa bersama sanak saudara, suku sakat dan kroni. Mereka merompak hasil serta sumber kekayaan Negara, yang seharusnya diamanahkan untuk kebajikan rakyat, bagi menimbun tambah kekayaan diri sendiri. Pengagihan rezeki dan kekayaan tidak adil Ia memihak kepada golongan yang berkuasa, berpangkat dan berdarjat.

Kita mahukan pengagihan itu memihak kepada rakyat ramai untuk memberi keuntungan serta kebajikan lebih besar kepada golongan miskin, terbiar dan terpinggir. Kira-kira 70 peratus dari golongan miskin dan berpendapatan rendah di Negara kita ini terdiri dari orang Melayu. Jikalau dalam pembahagian kekayaan dan rezeki negara lebih banyak diagihkan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah, dengan sendirinya yang paling ramai mendapat faedah daripadanya ialah orang Melayu.

Tetapi, pada masa yang sama, kita mahu golongan bukan Melayu yang miskin dan berpendapatan rendah juga mempunyai hak untuk mendapat rezeki yang sama seperti golongan Melayu yang miskin dan berpendapatan rendah. Tetapi ini tidak bermakna wang ringgit saja yang diagihkan secara adil. Bahkan lebih banyak kemudahan sosial seperti pendidikan dan kesihatan bermutu, perumahan murah dan perhubungan baik perlu disediakan terutamanya untuk semua rakyat yang miskin, terbiar dan terpinggir.

Tiada sesiapapun harus dinafikan apa-apa semata-mata atas dasar perbezaan kaum. Sekiranya orang bukan Melayu yang miskin, terbiar dan terpinggir diberikan peluang dan hak yang sama seperti orang Melayu, saya percaya dengan sendirinya rasa marah atau rasa didiskriminasi akan berkurangan, jikalau pun tidak hapus terus. Ini akan menimbulkan suasana lebih sihat dan sesuai bagi memupuk persefahaman kaum dan menjana perpaduan nasional.
KEPEDULIAN RAKYAT

Ketua Umum dan Presiden kita sering mengungkapkan kata-kata “Kepedulian Rakyat”. Ertinya, kita sebagai ahli Parti - tidak kira wanita atau lelaki, muda atau tua – harus mempedulikan atau mengambil berat terhdap nasib rakyat ramai. Ini sesuai dengan Perlembagaan Parti Fasal 5.10 yang disebut tadi bahkan juga Fasal 5.9 dan 5.11, yang berbunyi seperti berikut:

5.9 “Melaksanakan ekonomi yang adil serta dinamik, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada penindasan, kecurangan serta pembaziran, di samping mengatasi kemiskinan dan mencegah penumpuan kekayaan.”

5.11 “Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan awam yang bermutu dengan bayaran yang berpatutan sebagai tanggungjawab sosial pemerintah, terutama sekali bagi golongan pendapatan rendah dan sederhana.”

Sistem ekonomi, politik dan sosial yang diasaskan oleh penjajah dan dilanjutkan oleh pemerintahan Umno-BN. Lebih mudah bagi yang kaya dan berkuasa menimbun kekayaan daripada rakyat jelata mendapat murah rezeki; lebih senang mereka yang berwang dan berdarjat membina mahligai, memasuki sekolah dan hospital yang baik daripada orang miskin. Bahkan semakin sering sekarang ini mereka yang berkuasa dan berpangkat mendapat layanan dan keputusan istimewa apabila dihadapkan ke mahkamah. Bahkan ada yang dilepaskan dari pendakwaan sama sekali.

Kita tidak menyekat orang berusaha menjadi kaya raya dan hidup mewah. Tetapi janganlah sampai menjolok mata kerana keterlaluan sangat. Sudah tentu kita mahukan kekayaan dan kemewahan itu diperolehi dengan jalan yang halal, tidak didorong oleh ketamakan dan tidak mengakibatkan pembaziran. Lebih penting lagi, penumpuan kuasa dan kekayaan hendaklah jangan sampai menjejas kebajikan umum dan menyebabkan kemiskinan di kalangan rakyat jelata.

Sudah tentu kita mahukan kemudahan sosial dan layanan lebih baik dari segi undang-undang bagi rakyat biasa. Sudah tentu kita tidak ingin melihat mereka terus hidup dalam gobok buruk yang digelar “haram” atau diasak beramai-rami ke flet yang sempit tanpa kemudahan yang lebih berperikemanusiaan.

Sudah tentu kita tidak sanggup melihat mereka yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri terdedah dalam hujan ribut dan panas terik, menunggu bas kenderaan awam yang jarang sekali sampai mengikut masa.

Sudah tentu kita tidak mahu rakyat biasa menunggu berjam-jam untuk mendapat layanan baik di hospital atau mendapat rawatan percuma. Kita tidak mahu mereka dibebankan dengan bayaran mahal apabila terpaksa mendapatkan pemeriksaan segera dan khidmat lebih baik, khususnya di hospital swasta.

Sudah tentu kita tidak rela mereka yang berkuasa dan berdarjat mudah saja dibebaskan dari pendakwaan mahkamah, manakala polis cabuk dan mereka yang selalu dipandang hina sebab berkedudukan sosial yang rendah mudah dan cepat saja diheret ke mahkamah dan dihukum dengan tidak setimpal.

Apa yang hendak saya tegaskan di sini ialah kita semua sebagai ahli keADILan, terutama dari pimpinan Wanita dan Angkatan Muda, hendaklah menanam dan memupuk sikap serta semangat prihatin terhadap nasib rakyat jelata. Seperti yang sering ditekankan oleh Ketua Umum dan Presiden yang kita hormati, kita mesti sentiasa bertindak atas prinsip “kepedulian rakyat”. Prinsip ini, saya percaya, sesuai dengan kehendak kemanusiaan dan tuntutan agama.
PENUTUP

Sebenarnya banyak lagi yang hendak saya bicarakan. Tetapi cukuplah rasanya setakat ini saja. Banyak perkara yang saya kemukakan menyentuh bidang yang luas. Tetapi saya cuba kaitkan dengan peranan dan tugas Wanita dan Angkatan Muda secara khusus. Apa yang hendak saya tegaskan, dan saya harap bejaya sedikit sebanyaknya, ialah supaya Wanita dan Angkatan Muda melakukan muhasabah diri secara serius, supaya berjaya meningkatkan mutu ahli dan organisasi.

Sehubungan ini pimpinan Wanita dan Angkatan Muda hendaklah mengadakan lebih banyak lagi rancangan latihan, kursus dan bengkel bagi meningkatkan mutu ahli serta kepimpinan dan menambah pemahaman dasar parti dan politik Negara. Mereka juga harus membanyak dan menggiatkan aktiviti di kalangan rakyat untuk mendapatkan sokongan lebih besar dan.menaikkan semangat juang ahli-ahli sendiri.

Saya sungguh-sungguh mengharapkan Wanita dan Angkatan Muda, mulai dari Kongres hari ini membuat perubahan besar bagi memperkasakan Parti. Saya berharap sangat-sangat Wanita dan Angkatan Muda mempersiapkan diri supaya berjaya menyambut atau menghadapi segala cabaran masa hadapan. Kita tidak harus mengecewakan rakyat selepas mereka memberikan kepercayaan kelak untuk Parti kita menerajui pemerinahan Negara yang tercinta ini.

Akhirnya, dengan lafaz “Bismillahir Rahmanir Rahim”, saya dengan gembiranya merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat kelima pada tahun 2008 yang penuh sejarah ini. Terima kasih.

DR SYED HUSIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN

Rabu, 3 Disember 2008

Anwar calls Zaid an asset, says Pakatan would welcome him

Just a day after former de facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim was sacked from Umno, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim revealed today that the two leaders have had discussions on his political future since Zaid resigned from Cabinet.

"There were a series of private meetings since he resigned as minister," the de facto PKR leader told reporters in Parliament today.

Zaid had resigned from the Cabinet on Sep 15. Since then he has been courted by Pakatan Rakyat (PR) parties, and PKR in particular.

After he attended last weekend's PKR national congress, Umno vice president and deputy presidential candidate Tan Sri Muhyiddin Yassin said that Zaid must explain himself.
Anwar however, said that while PR "welcomed him to be more involved" and "take up the challenge and dive into the arena," they did not want to push him but instead wanted to give him "space to reflect after being unceremoniously sacked."

According to the Permatang Pauh MP, Zaid has met with leaders from PKR, Pas and DAP on several occasions and the opposition is comfortable with his stance on human rights and draconian laws, a plural society and constitutional issues.

Calling him an "asset to the nation," he rebuked Umno for its "intolerant attitude towards a difference of opinion" in sacking Zaid simply for attending the PKR congress.
The lawyer had been appointed a minister by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi in March to push forward judicial reforms but he had been isolated by other Umno leaders and the Cabinet.

They rejected the first draft of the Judicial Appointments Commission and Home Affairs Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar ticked him off for suggesting in Parliament that the government was reviewing the Internal Security Act.

ZAID, TECK LEE ATTEND PKR CONGRESS 2008


SHAH ALAM, Nov 29 – The appearance today of former de facto law minister Datuk Zaid Ibrahim and Sabah Progressive Party (SAPP) president Yong Teck Lee will certainly fuel speculation about their political futures.
Zaid resigned from the Cabinet of Datuk Seri Abdullah Badawi in September in protest against the arrest of a number of people under the Internal Security Act (ISA).
Yong's SAPP left the Barisan Nasional (BN) coalition at the height of rumours over the possibility that government lawmakers were planning to defect en masse to the opposition Pakatan Rakyat (PR).
Said Zaid today: "I am still an Umno member. The opposition are not enemies. They just have different views."
He said his presence to hear Datuk Seri Anwar Ibrahim's address to more than 2,000 party faithful "shows that I am interested in politics."
The former minister said he did not expect to be sacked for appearing at the PKR congress.
The presence of the two men will be seen as a boost to PKR and the PR coalition who are trying to revive the flagging momentum of their push to topple the BN government.

BERITA-BERITA NEGERI PERAK

MB BERSAMA PARA BLOGGER
IPOH : YAB MB Perak sempat meraikan para blogger yang berkunjung ke Pejabat MB dalam satu program yang diatur oleh Setiausaha Akhbar. Beliau mengharapkan para blogger akan dapat membantu kerajaan dalam menyampaikan maklumat yang betul dan tepat mengenai kerajaan negeri Perak yang berita mengenai Perak disembunyikan oleh media arus perdana. Kerajaan akan sentiasa memberi kerjasama kepada para blogger yang inginkan maklumat yang tepat mengenai Perak.


TAZKIRAH ASAR DI SURAU TAPAK AGROFEST

Sungai Siput : Inilah keistimewaan YAB Dato’ Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Sebuk dan padat sekalipun program yang diatur oleh penganjur, namun MB Perak tetap mengutamakan Solat Berjamaah, dan menyampaikan tazkirah selepas Solat. Dalam program perasmian Agrofest di Sungai Siput baru-baru ini, dalam aturcara yang begitu padat di atur oleh pihak urusetia selepas Majlis Perasmian, beliau telah mengimami Solat Asar di Surau tempat berlangsungnya program tersebut dan seterusnya menyampaikan sedikit tazkirah kepada para Jamaah yang turut serta Solat Asar di situ.


Dalam tazkirah ringkasnya, beliau mengajak kita berfikir sejenak mengapa para Rasul dan Nabi terdahulu kebanyakkannya menjadi pengembala dan petani, kupasannya cukup mudah difahami. Ia merupakan satu proses pentarbiyahan secara tidak langsung oleh Allah swt ke atas hambanya sebagai satu persediaan untuk menjadi pemimpin agung kepada ummat. Menjadi pengembala akan melatih sifat kesabaran, ketabahan, kesungguhan, kepekaan dan sebagainya. Apa yang dilalui dan ditempuhi itulah yang bakal dihadapi sewaktu memimpin ummat nanti. Begitulah pengajaran yang dapat diambil sewaktu MB melawat-lawat pameran binatang ternak.


PERTANIAN BOLEH DEKATKAN MANUSIA DENGAN ALLAH

SUNGAI SIPUT : Seluruh hadirin terpegun mendengar ucapan YAB MB Perak sewaktu merasmikan Perayaan Agrofest , Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak di Sungai Siput. Orang ramai terpegun apabila MB Perak mengaitkan pertanian dengan unsur akidah dan ibadah. Menurutnya pertanian adalah kerja yang sangat mulia di sisi Islam, melalui pertanian, para pengusahanya cukup mudah mendapat pahala apabila hasil pertanian dimakan oleh binatang, burung atau manusia. Selain itu, petani, penternak dan juga peladang diingatkan supaya tidak melupakan kewajipan zakat apabila cukup syarat-syaratnya.


PELABUR LUAR DATANG LAGI

IPOH : Sekali lagi pelabur asing datang mengunjungi YAB MB Perak di Pejabat Menteri Besar. Kali ini ialah Pelabur dari Amerika. Pelabur tersebut cukup yakin dengan potensi negeri Perak dalam bidang industri. Dakwaan UMNO kononnya pelabur takut untuk menanam modal di Perak meleset sama sekali. Setiap minggu ada sahaja pelabur luar negara menunjukkan minat untuk melabur di Perak.



PERANGI RASUAH DENGAN IMAN

IPOH:YAB MB Perak dalam ucapannya sewaktu merasmikan Seminar Pencegahan Rasuah Melalui Kawalan Sistem 2008 meminta semua Pegawai Tinggi Kerajaan memerangi rasuah dengan Iman. Menurutnya rasuah seumpama penyakit kanser yang bukan sahaja merosakan individu bahkan Negara keseluruhannya. Negara akan hancur dengan rasuah, beliau turut melahirkan rasa bimbang terhadap indek rasuah di Negara ini yang semakin parah. Seminar ini merupakan satu usaha kempen anti rasuah yang pertama kali diadakan di negeri Perak melibatkan kerajaan negeri. Beliau menegaskan


KETUA PEMUDA UMNO PERAK HIPOKRIT

IPOH : Zainol Fadzi Paharuddin, Ketua Pemuda UMNO Perak ternyata seorang yang hipokrit, beliau ialah Ahli Majlis PAFA yang dipilih baru-baru ini dalam Konggres PAFA. Dalam mesyuarat pertama PAFA, YAB MB Perak melantik YB Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Pengurus Pasukan Bola Perak, difahamkan beliau dan yang lain-lain tidak membantah perlantikan tersebut. Tiba-tiba dalam laman web Pemuda UMNO Malaysia, beliau mengutuk tindakan Presiden PAFA, YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin kerana melantik YB Jamaluddin yang sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah sebagai Pengurus Pasukan Bola.

Sebagai Ahli Majlis PAFA yang menghadiri mesyuarat, sepatutnya beliau boleh menyuarakannya dalam mesyuarat, bukan di luar mesyuarat setelah keputusan dicapai. Di mana suara beliau sewaktu bermesyuarat ? Mengapa beliau tidak berani menyanggah cadangan yang dikemukakan oleh Presiden PAFA ? Dalam mesyuarat semua boleh bersuara, samada bersetuju, menentang, mengkritik dan membantah. Mengapa beliau tidak menyatakan sanggahan dalam mesyuarat ? Presiden menerima atau tidak pandangannya, itu soal lain, tetapi beliau dianggap sudah menunaikan tangungjawab sebagai ahli mesyuarat yang baik apabila memberi pandangan secara jujur. Boleh jadi, ini memang perangai kebanyakan UMNO, dalam mesyuarat semuanya setuju, sebaliknya di luar mesyuarat menentang. Itu sebabnya UMNO jadi berpecah belah. Lihatlah pemilihan UMNO seluruh Malaysia, habis semuanya berpecah belah disebabkan tidak menghormati keputusan mesyuarat.

Rakyat Perak khususnya peminat bola berharap, adanya seorang dua Ahli Majlis PAFA yang fikiran dan sikapnya seumpama itu, tidaklah sampai perancangan bagi memajukan skuad Seladang Negeri Perak terencat.

PILIHANRAYA KECIL

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk memutuskan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.
Justify Full
Pemangku Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sehingga pagi ini (pukul 10.30 pagi) pihaknya belum menerima notis mengenai kekosongan kerusi itu.

"SPR tidak akan melengah-lengahkan untuk mengadakan pilihan raya kecil... sebaik sahaja menerima notis, kami akan memanggil mesyuarat khas," katanya.

Ia merupakan pilihan raya kecil kedua selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Pilihan raya kecil sebelum ini ialah Permatang Pauh, yang dimenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ditanya sama ada mesyuarat itu akan diadakan minggu ini, Wan Ahmad berkata, "kita akan memutuskan sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat memaklumkan tentang kekosongan."

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan. Sama ada pilihan raya kecil itu akan disegerakan, beliau berkata, ia akan diputuskan oleh panel anggota SPR.

Pilihan raya kecil akan diadakan ekoran kematian mengejut Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Razali Ismail ketika bermain badminton di Genting Highlands Jumaat lalu.

Beliau juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran.

Pada pilihan raya umum lepas Mac 2008, Razali berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya sebelum itu pada 2004, dengan mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu, dengan majoriti 628 undi.

Pertandingan itu merupakan tiga penjuru yang turut membabitkan seorang calon bebas Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 685 undi.

Pilihan raya kecil ini jika diadakan sebelum hujung bulan bermakna ia dikendalikan tanpa Pengerusi dan Setiausaha.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kini menunaikan haji manakala belum ada pengganti jawatan Setiausaha.

Ketika ditanya sama ada ketiadaan Setiausaha akan menjejskan kelancaran proses pilihan raya kecil, Wan Ahmad berkata, masalah tersebut tidak akan wujdu.

"Pilihan raya kecil biasanya merupakan urusan negeri dan Pengarah Pilihan Negeri mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pilihan raya.

"Jadi tidak akan menghadapi masalah," katanya.