Ahad, 24 Februari 2013

TAHUKAH ANDA...

Tahukah anda, di thailand…top up sim card tiada expired date…boleh pakai sampai mati…lesen boleh pakai sampai mati dgn sekali bayar..warga tua,oku dan ibu tunggal dapat seratus sebulan bersamaan 1200 setahun..murid2 disekolah diberikan mkn percuma dikantin..parabola rm400 sekali bayar pakai sampai mati..kereta import berharga bawah 50ribu tiada tol dikenakan…keretapi free kelas ketiga…dan mcm2 lagi….

Kerana apa?? kerana di Thailand tiada Umno!

Sabtu, 23 Februari 2013

Menteri Kewangan Terburuk Dalam Sejarah Negara

Mengikut Laporan Ekonomi 2012/2013, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada 53.7 peratus daripada KDNK tahun ini. Jumlah hutang dijangka meningkat 10.1 peratus kepada RM502.4 bilion disebabkan pinjaman domestik yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan pembiayaan.
- Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Berita Harian 30/09/2012.

* Sumber : Bank Negara Malaysia (BNM)

8 TAWARAN PR UTK ANAK MUDA

1. Penurunan hargakereta
2. Pelaburan kewangan mesra rakyat 
3. Tabung kebajikan suri rumah
4. Pendidikan percuma 
5. Rumah pertama wanita
6. Wifi percuma
7. Hapus tol untuk rakyat
8. Memperkenalkan gaji minima

TRANSFOMER PR

Transfomer-Tranfomer Pakatan Rakyat sudah bersedia menghadapi PRU13.Kita tumbangkan Umno/Bn!!

"Jika takut dengan risiko,Jangan bicara soal perjuangan.Jika sanubari kita penuh dengan ketakutan.Kita akan hidup dalam ketakutan,Kalau kita nyalakan api perjuangan dalam dada kita,Kita akan memiliki kekuatan untuk menegakkan keadilan,Menghapuskan Kezaliman".Hidup Pakatan Rakyat!!!

"REALISASIKAN ABU(ASAL BUKAN UMNO) @ ABCD (ASAL BUKAN CAP DACING) REALITIKAN PAKATAN RAKYAT GANTI BARISAN NASIONAL"

ORG BIJAK SAJA FAHAM

PENTAS ANAK MUDA-"suara mahasiswa suara rakyat'

Kehadiran Ikon Anak Muda Reformis, Adam Adli amat dinantikan dan membangkitkan semangat rakyat Bagan Datoh bangkit lawan penipuan UMNO/ BN selama ini.                                         
  PARIT 6 SUNGAI SUMUN(PERKARANGAN RUMAH CIKGU SAID MOHAMAD) BAGAN DATOH PERAK....18 FEBRUARI 2013
JAM 9.30MALAM..   Pengajaran yang berlaku di Parlimen Pekan ( MP Najib Razak ) adalah sebagai satu contoh yang menunjukkan bahawa sistem negara demokrasi di Malaysia amat mengecewakan seluruh rakyat. Apabila gerakan mahasiswa bersuara di negara ini cuba dinafikan haknya oleh pimpinan kerajaan hari ini dengan mengupah samseng-samseng untuk menghalang suara mahasiswa dan rakyat menular di seluruh Malaysia.Apabila hak suara rakyat termasuklah golongan mahasiswa di negara ini di sekat, maka ini menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini amatlah tidak layak lagi untuk mentadbir terus negara. Ianya membuktikan sesungguhnya kerajaan UMNO/ BN pada hari ini yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak amat bimbang dan takut menerima kekalahan dalam Pilihanraya Umum 13 nanti.
Demikian antara kandungan ceramah yang disampaikan oleh Adam Adli di program Pentas Anak Muda : “ Suara Mahasiswa, Suara Rakyat





                             
              


Selain Adam Adli yang berceramah di majlis tersebut, turut hadir dan menyampaikan ucapn ialah pimpinan PAS dan PKR Cabang Bagan Datoh. Antaranya, Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh juga Naib Pengerusi PKR Perak, Madhi Hj. Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Hutan Melintang, YB. S. Kesavan, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Khairi Jamaludin, Setiuasaha AMK Perak, Sdr. Khairul , Ketua AMK Bagan Datoh, Sdr. Damaraj dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain.Kehadiran Ikon Anak Muda Reformis, Adam Adli Abdul Halim tersebut ke kawasan Bagan Datoh amatlah dinantikan oleh rakyat di sini khususnya anak- anak muda. Program anjuran AMK Cabang Bagan Datoh dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh serta Pimpinan Pakatan Rakyat Bagan Datoh berikut telah berjaya menghimpunkan kira-kira 500 orang hadirin.



Dalam siri ceramah tersebut, beliau mengharapkan dan mengajak rakyat khususnya anak- anak muda untuk bangkit serta menentang penipuan dan kezaliman UMNO/ BN. Beliau juga adalah antara nama- nama mahasiswa di negara ini yang berani bersuara dan memimpin perubahan suasana politik di Malaysia dikalangan mahasiswa. Menurutnya golongan mahasiswa sangat penting untuk menjadi pengkritik dan bersuara untuk membetulkan sesuatu perkara khususnya berkaitan pentadbiran negara

Khamis, 21 Februari 2013

Rafizi tunggu saman Zahid untuk heret penyelewengan dana LTAT


PETALING JAYA 20 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.
“Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman,” kata Rafizi.
Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu.
“Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada ‘orang lain’ yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd.
“Saya rasa Raja Ropiah (Abdullah) adalah proksi kepada pihak tertentu. Raja Ropiah tak penting untuk segala terma perjanjian yang berjumlah ratusan juta ringgit.
“Kontrak dianugerah selepas Awan Megah gagal melaksanakan projek Puspahanas (Pusat Latihan Pertahanan Nasional), selepas anugerah (kontrak) Kementerian Pertahanan menjadi kontroversi,” kata Rafizi.
Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

Selasa, 19 Februari 2013

TRAGEDI MEMALI & BERSIH 3.0 VS TRAGEDI LAHAD DATU


Ramai pihak kini hairan dengan sikap berlembut Kerajaan Malaysia terhadap pencerobohan rakyat asing ke negara ini. Semalam (Isnin) masuk hari ke tujuh rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Lahad Datu masih belum ada penyelesaiannya. Persoalan yang timbul kenapa kerajaan perlu "memberi muka" kepada penceroboh?. Apakah ada rundingan dan perjanjian yang menyebabkan mereka begitu berani masuk ke negara ini tanpa ada sekatan?. Bagaimana mereka boleh masuk begitu mudah sedangkan kita mempunyai pasukan keselamatan yang sepatutnya menjaga perairan negara?. Malah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  semalam ada memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah. Dalam pada itu beliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi  oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah. Sungguh aneh melihat situasi ini. Orang asing membawa senjata masuk ke negara ini dikatakan tidak mempunyai apa-apa niat?. Sedangkan kumpulan terbabit yang dipercayai pengikut Sultan Sulu (Filipina) yang menceroboh masuk ke Sabah sejak minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan Jamalul Kiram di Manila baru-baru ini. Beliau juga berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak akan tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan Kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina. Dengan pengakuan ini maknanya sudah terbukti mereka membawa senjata yang cukup berbahaya kepada kselematan rakyat negara ini sebenarnya. Anehnya, kenapa kerajaan masih tidak bertindak tegas terhadap kumpulan penceroboh terbabit?. Apakah mungkin ada muslihat dalam insiden ini?. Atau, mungkinkah mereka ini dijanjikan sesuatu selepas PRU-13 ini agaknya. Malah, mungkin juga ramai lagi rakan-rakan dan saudara mara mereka yang sudah memiliki  IC untuk mengundi BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Lantaran itulah, kerajaan tidak berani bertindak kasar kerana takut "rahsia projek IC" ini didedahkan oleh mereka jika ada anggota mereka yang diapa-apakan pihak berkuasa negara ini?



Apa yang lebih menghairankan kita ialah, Hishamuddin dengan kuasa yang ada padanya boleh pula mengarahkan pihak polis bertindak kasar dan ganas kepada rakyat Malaysia yang hanya mahu pergi "duduk" di Dataran Merdeka pada Himpunan Bersih 3.0 dulu. Bukan setakat dihalau, malah ramai yang diperlakukan seperti binatang oleh pihak berkuasa. Rakyat yang sudah jelas tidak membawa apa-apa senjata berbahaya diperlakukan sesuka hati oleh pihak berkuasa. Bukan setakat disembur dengan water canon dan gas pemedih mata, malah ramai yang dipukul, diterajang, dibelasah dan dihenyak-henyak oleh berpuluh-puluh orang anggota polis Malaysia. Kenapa rakyat tempatan diperlakukan sedemikian rupa, tetapi bila rakyat asing datang menceroboh dengan bersenjata kerajaan boleh pula berunding dengan mereka?. Kenapa dengan rakyat sendiri kerajaan tidak boleh berunding langsung untuk membenarkan mereka berhimpun secara aman seperti yang berlaku kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka awal Januari lalu?. Kenapa perlu diperlakukan sedemikian rupa kepada rakyat tempatan yang datang atas satu niat untuk melihat sebuah pilihanraya yang bersih dan adil diadakan?.



Senario yang berlaku ini juga mengingatkan kita kepada "Tragedi Memali" di Baling Kedah satu ketika dulu. Jikalau kerajaan bersikap mesra seperti apa yang dilakukan kepada penceroboh Filipina di Lahad Datu Sabah ini, maka sudah pasti tiada pertumpahan darah yang berlaku. Mungkin, Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya tidak terkorban seperti yang kita saksikan. Beribu-ribu anggota polis dikerah menyerang satu kumpulan kecil rakyat yang tidak berdosa itu. Maka kini, kenapa kerajaan tidak melakukan tindakan yang sama terhadap penceroboh Filipina yang sudah jelas membawa senjata berbahaya seperti Rifel M-16 dan sebagainya itu. Kenapa perlu berunding sampai seminggu lamanya, sedangkan di Memali arahan terus diberikan agar kumpulan terbabit diserang dan dibunuh. Dimanakah nilai kemanusiaan dalam diri mereka yang tergamak melakukan sedemikian kepada rakyat sendiri?.  Ikuti rakaman video eksklusif di bawah ini bagi membuktikan tindakan polis tidak wajar sebenarnya.

SEJARAH API

Gambar bersejarah Ahmad Boestamam (nombor dua dari kanan) bersama teman-teman seperjuangannya yang diambil semasa Kongres Pertama API (Angkatan Pemuda Insaf) yang dijalankan serentak dengan Kongres Kedua PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) pada bulan Disember 1946 di Kota Melaka. 

Ahmad Boestamam, pada ketika itu berumur 26 tahun merupakan Ketua (I) Lembaga Tertinggi API Malaya. 

API (Angkatan Pemuda Insaf) ialah sebuah gerakan politik kiri yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Disusun pada mulanya sebagai sayap pemuda PKMM, API kemudiannya bergerak sendiri mulai Disember 1946 selepas kongres mereka yang pertama.

API merupakan pertubuhan politik pertama yang diharamkan oleh Kerajaan Kolonial British pada 16 Julai 1947, setahun sebelum pengisytiharan darurat.

Ahad, 17 Februari 2013

PENTAS ANAK MUDA REFORMIS "SUARA MAHASISWA SUARA RAKYAT"


                                              


TARIKH : 18 FEBRUARI 2013 (ISNIN)

TEMPAT : PERKARANGAN RUMAH  CIKGU SAID MUHAMMAD
                  PARIT 6 SUNGAI SUMUN,HUTAN MELINTANG PERAK (3.868,100.848)

MASA     :  9.30 MALAM

PENCERAMAH ;  ADAM ADLI ABDUL HALIM(AKTIVIS MAHASISWA)
                            :  SDR KHAIRUL(SETIAUSAHA AMK PERAK)
                            :  MADHI HASSAN(KETUA CABANG PKR BAGAN DATOK)
                            :  YB S KASEVAN(ADUN HUTAN MELINTANG)
                            :  WAKIL DPP KAWASAN BAGAN DATOK

                                    

Jumaat, 15 Februari 2013

PERJUMPAAN ANAK MUDA TANAH LALANG, SG DULANG, SG DULANG DALAM DAN TEBING REBAK

saudara amin(orang harapan) dan kawan2.
Saudara mustofa sedang berkongsi pengalaman
pendaftaran ahli SAMM dan penerangan SISMAP
Samsung Beam digunakan untuk tayangan video
saudara aufa dan al-farok(tokeh kedai)
khusuk mendengar penerangan
menonton video

Pada 13 Feb 2013 telah diadakan perjumpaan anak muda yang melibatkan 4 kampung bertempat di Kedai Al Farok. kehadiran hampir 30 orang(penyokong tegar PR) dan terdapat ramai lagi yang tidak dapat hadir disebabkan urusan kerja. perjumpaan berlangsung hampir 3 jam. berbagai agenda telah dibincangkan antara anak muda bersama SAMM Hilir perak, AMK dan DPPK Bagan Datoh. Perkara pokok yang dibincangkan adalah gambaran kemeriahan PRU 13 dimana anak muda begitu teruja menantikan bubarnya parlimen. sambil2 bersembang ada juga yang mendaftar keahlian SAMM. Saudara Aufa(Penerangan PKR Bagan Datoh) juga menyelitkan strategi2 dalam PRU 13 terutama dipusat mengundi. Saudara Mustofa banyak berkongsi pengalam dalam PRU 12 (2008). Saudara Shahrisam berkongsi tentang SISMAP terutama untuk anak muda yang tidak jelas dengan apa yang hendak dicapai dalam PRU 13. Diharap Pusat undi Tanah Lalang dan Sg dulang dalam dapat menyumbang kemenangan ke PUTRAJAYA>

Khamis, 14 Februari 2013

Tak Logik Penaja Gangnam Style Mahu Rahsiakan Identiti..


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengkritik kerajaan Umno BN kerana merahsiakan penaja artis antarabangsa dari Korea Selatan, Psy yang menelan kos hingga RM 2 juta

“Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi mempromosi khidmat atau barangan mereka




“Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan,” kata Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dipetik daripada blognya, hari ini

Beliau juga mempersoal tindakan Umno Pulau Pinang sebelum ini mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang tetapi bersetuju dengan pembaziran itu

“Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?” Laporan berita sebelum ini mendakwa Umno-BN membelanjakan RM 2 juta hanya untuk membawa “Psy” mempersembahkan lagu “Gangnam Style” di program rumah terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan Persekutuan di Georgetown, Pulau Pinang

Akan tetapi, tujuan Umno-BN untuk meraih populariti daripada persembahan tersebut gagal dan menjadi buah mulut pelayar internet semasa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan persembahan “Psy” kepada hadirin

“Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan ‘Ya’,” kata Badrul Hisham

“… Malangnya apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk BN? Majoriti yang hadir menjawab ‘Tidak’”

MAJLIS DIALOG : RAPATKAN UKHWAH ANAK RANTAU BERSAMA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT


DIALOG SANTAI SEBAGAI PERSEDIAAN PILIHANRAYA UMUM 13 BERSAMA ANAK RANTAU SEMPENA CUTI SAMBUTAN BARU CINA ANJURAN PAS KAWASAN BAGAN DATOH BERI BANYAK MANFAAT.

Ustaz Misbahul Munir selaku YDP PAS Kawasan dan Sdr. Aufa Ahmad sebagai Ketua Penerangan PKR Bagan Datoh beri keyakinan dan janji sebagai dorongan anak rantau pulang untuk mengundi.

BAGAN DATOH : Kesempatan sempena cuti umum sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini telah diadakan sebuah majlis dialog anak-anak rantau Bagan Datoh yang pulang ke kampung bersama pimpinan PAS dan PKR Bagan Datoh.

Bermatlamatkan merapat ukhwah dikalangan ahli dan pimpinan serta berkongsi maklumat, majlis tersebut telah berjaya menghimpunkan kira-kira 100 orang anak perantauan Bagan Datoh yang pulang ke kampung halaman. Selain tujuan tersebut, majlis tersebut turut memberi peluang kepada anak rantau berdialog terus bersama Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Sdr. Aufa Ahmad selaku Ketua Penerangan PKR Cabang Bagan Datoh mewakili Ketuanya, Sdr. Madhi Hj. Hasan.


Dalam majlis sama itu, Ustaz Misbahul Munir selaku Yang Dipertua PAS Kawasan menyatakan beberapa janjinya sekiranya calon PAS yang bertanding memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Rungkup dalam Pilihanraya Umum 13 nanti. Menurutnya, janjinya sebagai wakil rakyat adalah untuk memberikan khidmat terbaik dengan menjadikan jawatan Ahli DUN sebagai amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.


Menurut  Ustaz Misbahul Munir lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan persediaan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU 13 nanti yang akan berlaku tidak lama lagi. Beberapa strategik telah diatur dan disusun sebagai menarik undi dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.




PROGRAM PENTAS ANAK MUDA


PENCERAMAH UTAMA : ADAM ADLI (AKTIVIS MAHASISWA)
TARIKH: 18 FEB 2013 (ISNIN)
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN RUMAH CIKGU SAID, PARIT 6. SG. SUMUN. BAGAN DATOH

5PTG-SEMBANG PETANG ANAK MUDA SG. BURUNG
6.30 PTG- EDARAN RISALAH BERSAMA AMK BAGAN DATOH DI PASAR MALAM SIMPANG 4

Jumaat, 8 Februari 2013

Zambry, Pegang Bini Siapa? Ibu Siapa?

Disalin dan ditampal dari FB. Sumber gambar: sinar harian 6.2.2013

mana haramsani..............

Khamis, 7 Februari 2013

BELUM ADA YANG MEMINANG

mlm td banyak kali mamat ni ulang2 belum ada yang meminang..... mcm tengah menunggu je tu. maklum la tempat mmg dh tak ade dlm PR. mamat ni telah mengupas banyak perkara mengenai kenapa dia bersama PM di Gaza dan banyak lagi kupasan yang bagi aku menguntungkan pihak BN

SAMA TAPI TAK SERUPA


kalau rakyat, kerajaan bn akan beri subsidi dan ia tidak baik utk masyarakat kerana melemahkan org melayu kerana terlalu bergantung pd ihsan kerajaan, tetapi kalau syarikat kroni dpt bantuan dinamakan insentif berjuta dan berbilion, ia dapat meningkatkan ekonomi. 

Maksud bantuan kerajaan :
Rakyat - Subsidi atau candu
Kroni golangan keparat (koporat) - Insentif

oleh kerana itu kita kena tukar kerajaan supaya mana2 yg tak sedar diri mereka ditipu kita boleh perbetulkan minda rakyat jelata ini. kesian aku tengok yg bagi statement yg membela kerajaan hari ini. Sudahla.....dah lama dah...bak kata Tun M.

DIALOG ANAK RANTAU


Sempena Cuti Sambutan Tahun Baru Cina : PAS Kawasan Bagan Datoh akan menganjurkan Majlis Dialog Anak Rantau bersama Calon Pakatan Rakyat ( PR ) Bagan Datoh. Ianya bertujuan memberi peluang anak- anak Bagan Datoh di perantauan untuk berdialog bersama bakal calon Pilihanraya Umum 13 bagi Parlimen Bagan Datoh dan DUN Rungkup dan Hutan Melintang. Maka dengan ini, pihak PAS Bagan Datoh menjemput seluruh anak-anak perantau Bagan Datoh untuk hadir ke majlis ini sebagai merapatkan ukhwah dan menambah maklumat sebelum pilihanraya.

Rabu, 6 Februari 2013

ZAHID KANTOI LAGI ! MENTERI PERTAHANAN CUMA BALACI NAJIB UNTUK NAFIKAN RASUAH KELUARGANYA.....


Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri, Najib Altantuya merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

"Arahan diberikan daripada Najib Altantuya kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak menyatakan bentuk arahan dan lokasi berkenaan ketika Najib Altantuya didakwa memberi arahan tersebut.

Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib Altantuya "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".
Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman yang difailkan ke atas Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Ahmad Zahid memfailkan saman berkenaan akhir bulan lalu atas kenyataan Rafizi berhubung urusniaga tanah melibatkan Boustead dan Astacanggih, yang didakwa memfitnah dirinya.

Deepak berkata, beliau berharap Ahmad Zahid dapat menarik balik tindakan undang-undang tersebut kerana Rafizi menurutnya "tidak tahu apa-apa".

"Apa-apa tindakan (sepatutnya) dikenakan terhadap Najib Altantuya kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.

"Jadi, saya minta kepada Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.



Boustead pada 27 Disember lalu mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Bakti Wira Development Sdn Bhd mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih.

Pengambilalihan itu merupakan proses korporat untuk menguasai 80 peratus kepentingan dalam 80.9371 hektar tanah pembangunan di Bukit Raja membabitkan sebanyak RM160 juta atau RM18.37 sekaki persegi.

Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Laksamana (B) Mohd Anwar Mohd Nor pada masa itu menyatakan bahawa langkah berkenaan merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd yang berasaskan pertimbangan komersil.

Urusniaga menjadi sasaran kritikan KEADILAN yang menyifatkannya sebagai pelaburan "tidak masuk akal" memandangkan tanah berkenaan masih dimiliki kerajaan persekutuan.

Parti itu menyebut tanah berkenaan tidak dimiliki Awan Megah dan tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor. 

Zahid perlu jawab penyelewengan


KUALA LUMPUR 6 Feb: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu jawab isu penyelewengan dan kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).
Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid
Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata, Zahid tidak perlu berang dengan pendedahannya berkenaan tahap keselamatan serta kemudahan di kem tentera.
“Orang awam yang melalui kem tentera di seluruh negara boleh menilai keuzuran kem berkenaan. Hakikatnya kem-kem tersebut dibiar tanpa pembaikan sejak era penjajahan British,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata, sehingga kini, kelemahan itu masih wujud dan Zahid patut bertindak, bukan mempersoal kelayakannya sebagai timbalan panglima.
“Isu pokok yang saya dedah ialah penyelewengan dana ATM (Angkatan Tentera Malaysia) hinggakan kem tentera Malaysia seperti kem negara dunia ketiga. Tak wajar Menteri persoal demikian.
“Kerajaan kaya tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif. Sedangkan RM75 bilion (jumlah terkumpul) sudah dibelanjakan ikut belanjawan. Ke mana perbelanjaan ini disalurkan, Zahid mesti jawab,” tegas Ghafir.
Semalam, Zahid naik berang bila ditanya media mengenai dakwaan Ghafir itu dan memberi reaksi angkuh.
“Tahap (standard) dia apa? Tanya dia balik. Apa standard dia? Masa itu dia jadi timbalan panglima, saya ketua dia. Dia yang buat standard itu,” kata Zahid dipetik.
23 Januari lalu, Ghafir dalam sidang medianya bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementah.
Beliau mendakwa, Kementah kini menghadapi pelbagai bentuk penyelewengan dan kelemahan urus tadbir.
Katanya, Kementah tidak menaiktaraf kem-kem sementara sejak era penjajahan British.
Tentera juga katanya, tidak diberi kelengkapan secukupnya.
Dedah Ghafir, amalan kepimpinan Mindef membeli senjata melalui kaedah secara rundingan terus terdedah kepada rasuah.
Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) KEADILAN, Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab
Mengulas sama, Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) KEADILAN, Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menggesa Zahid menilai pendedahan itu dan bukan bersikap angkuh menolaknya.
Menurutnya, pendedahan Ghafir adalah realiti dihadapi ATM dan bukan perkara kecil.
“Zahid sepatutnya jangan angkuh dengan mempersoal kelayakan Ghafir tetapi teliti pendedahan tersebut dan segera baiki kelemahan.
“Zahid juga tidak bertanggungjawab kerana menyalahkan Ghafir ekoran tahap ATM tidak memuaskan.
“Jelas, sikap ini menunjukkan dia jahil mengenai perkembangan ATM dan sukar menerima hakikat,” ujar Penaung Pertubuhan Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) itu.