Rabu, 10 Februari 2010

Saddest moment in the history of Malaysia



The Federal Court, the highest in the country, has delivered a unanimous decision in declaring that Zambry Abd Kadir of BN is the rightful Perak menteri besar (MB).

In doing so just after 11am, it dismissed the appeal by Pakatan Rakyat's Mohammad Nizar Jamaluddin and delivered perhaps the final blow to his quest to be declared the MB. He can still apply to the court to review its own decision, if he chooses to.

Selasa, 9 Februari 2010

Selamat tinggal Istana Kehakiman

Itulah nama bangunan tempat keputusan menjatuhkan MB Rakyat Perak pada hari ini. Zambry dimenangkan dengan bergaya 5-0. Tahniah kepada para hakim yang semuanya mampu membuktikan bahawa rakyat masih ragu-ragu dengan keputusan itu.

Bayangkan keputusan semuanya tidak berpihak kepada Zambry bukannya memalukan Pakatan Rakyat dan Nizar, tapi yang jelas saya yakin keputusan ini telah memalukan dirinya sendiri dan Zambry sendiri.

Terjawablah sudah teka-teki kenapa kerajaan BN akan adakan mesyuarat Exconya di KL esok,rupanya keputusan lebih awal diketahui oleh mereka.

Apapun kuasa rakyat adalah kuasa keramat dan dia akan dikeramatkan dalam pilihanraya akan datang. Semoga PR akan terus bekerja kuat bagi mengambil kuasanya yang telah disahkan hilang di mahkamah hari ini.

Hakim Bias - Karpal Minta Tarik Diri


Perbicaraan kes liwat Saiful hari keempat menyaksikan perbicaraan terpendek.

Belum sempat saksi pertama, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diriya diliwat dipanggil untuk disoalbalas, peguam pembela Karpal Singh telah membuat permohonan di depan Hakim.

Karpal memohon supaya hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada membicarakan kes. Pendakwa telah membuat bantahan dan meminta masa untuk bersedia.

Karpal membuat permohonan berasaskan kepada keputusan hakim pada perbicaraan tertutup pada hari kedua dimana “ia mempunyai elemen bias”. Ia dikatakan berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' tetapi dipertikaikan oleh pihak pembelaan.

Selain itu, sekeping gambar dengan penerangannya juga dijadikan bahan pertikaian kedua-dua pihak.

Karpal pada minggu lalu meminta hakim supaya mengeluarkan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

Karpal berkata hakim Mohamad Zabidi tidak membuat keputusan terhadap permhonan lalu dengan “fikiran terbuka.”

Sekalipun dibantah oleh Pendakwa namun, hakim membenarkan permohonan Karpal untuk diperdengarkan dan mahkamah menetapkan pendengaran permohonan itu pada esok (9/02/2010) jam 9.30 pagi

Isnin, 8 Februari 2010

Kapal Pembunuh Ini Ada Di Malaysia


Selama ni juak2 UMNO ke hulu ke hilir menuduh Anwar Ibrahim menjadi agen asing. Namun, semalam, salah sebuah kapal pengangkut kapal terbang, USS Nimitz, telah berlabuh di Port Kelang.

Kapal ini pernah terlibat dalam banyak operasi yang telah mengakibatkan kematian ratusan ribu umat Islam. UMNO buat keputusan untuk bekerjasama dengan kapal yang telah membunuh ratusan ribu nyawa umat Islam.

Jelas, UMNO sebuah parti yang “Kata Dulang Paku Serpih”. Di satu waktu buat tuduhan rambang ke atas Anwar Ibrahim. Di waktu yang lain menjadi pencacai Amerika dengan membantu kapal-kapal Amerika berlabuh dan menambah bekalan serta mengadakan latihan bersama dengan Angkatan Tentera Laut dan Angkatan Tentera Udara Malaysia.

Askar melayu mkn kera....


Dah tak ada makanan lain agaknya, kera pun ok je

Kesian aku tengok kera tu.. Jadi mangsa keadaan..

Proses membuang kulit sedang rancak dijalankan..

Kerja membuang kulit hampir siap dilakukan..

Hidangan siap dimasak.. mari makan ramai-ramai..

Hidangan siap dimasak.. mari makan ramai-ramai..

Nyum Nyum... Sedapnyer!!!.. Nak Cuba Tak?? Hehe..

Khamis, 4 Februari 2010

liwat oh liwat lg....



Perbicaraan hari ini dimulakan dengan 'serangan' Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menceritakan detik-detik Anwar mula meliwatnya, sementara itu, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu keseluruhan keterangan di mahkamah.

"Segala nasihat peguam, kita perlu dengar dengan mengambilkira keseluruhan keterangan terlebih dahulu," kata beliau ketika ditanya pemberita, sejurus keluar daripada kamar perbicaraan tadi.

Mengulas lanjut berhubung hal itu, Anwar sempat menjawab dengan nada sinis: "Macam biasa, dahulu mereka sudah bicarakan kes ini dengan kes 13 tompok air mani di atas tilam."

Sementara itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam keterangannya tadi berkata, beliau pernah diajak ketua pembangkang itu untuk melakukan seks.

Peguam Karpal Singh ketika ditemui pemberita berkata pihaknya telah memohon agar baki keterangan Mohd Saiful itu dibuat secara tertutup. Hakim Mohamad Zabidin dikatakan bersetuju lalu menangguhkan perbicaraan itu sehingga esok pagi.

Dalam perkembangan berkaitan, salah seorang peguam Anwar, Mohd Radzlan Jalaludin, ketika ditemui berkata, Mohd Saiful Bukhari mendakwa beliau telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar sebelum dan Anwar dilaporkan pernah berkata: "Can I **** you?"

"Masa Saiful Bukhari mula masuk tadi, kedengaran seseorang mula menjerit, 'taubatlah'," kata beliau.

Anwar dituduh melakukan perbuatan itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang sehingga 4.30 petang 26 Jun 2008.

Perbicaraan disambung pada 9:30 pagi esok.

liwat oh liwat......



Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan prosiding akan diteruskan jam 2.30 petang esok.

Sebelum ini, Anwar telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya bagi mendapatkan lebih dokumen dan bukti-bukti untuk membuat persiapan menghadapi perbicaraan kes liwat terhadapnya.

Beliau juga turut memfailkan permohonan di mahkamah yang sama untuk menangguh, dan untuk menemui Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bagi mendapatkan tarikh awal pendengaran semakan semula itu.

Peguam Sankara Nair berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

“Kami perlu memfailkan permohonan semakan semula kerana tanpa dokumen-dokumen tersebut, tangan kami terikat dalam membuat persiapan menghadapi kes ini,” katanya.

Pagi tadi, Hakim Mohamad membenarkan prosiding ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini, untuk mendengar hujah-hujah berhubung perkara tersebut.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan juga turut menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan lebih banyak bukti dari pihak pendakwaraya seperti rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi dan kenyataan hemat saksi.

Dalam afidavit sokongannya, Anwar berkata Mahkamah Persekutuan – sebagai mahkamah tertinggi di negara ini – mempunyai kuasa untuk mendengar dan menyemak keputusan awalnya.

Menurut Anwar, beliau tidak diberi keadilan oleh Mahkamah Persekutuan yang didakwanya tidak memberi pertimbangan secukupnya terhadap rayuannya itu, kerana dokumen dan bahan-bahan tersebut, amat penting dalam menyedia pembelaannya.-mkini

Selasa, 2 Februari 2010

Anwar Ibrahim: This Is A Desperate Attempt To Implicate Me





At The KL High Court, Anwar told supporters that the sodomy case was a desperate attempt to implicate him.

Nizar Jamaluddin: The People Will Choose A Strong Government & That Is Pakatan Rakyat





PKR Fund Raising Dinner, Kuala Sepatang 30/01/2010

Wan Azizah Speech





PKR Fund Raising Dinner, Kuala Sepatang 30/01/2010

Pressing issues feature at PKR leaders meeting



Petaling Jaya Jan 31, 2010: PKR de facto leader, Anwar Ibrahim revealed issues that were discussed during a meeting of party leaders here today.

Amongst the issues discussed included discipline and conduct of leaders, including the recent outburst by Zahrain Mohd Hashim its MP for Bayan Baru against Penang Chief Minister, Lim Guan Eng. Also on the agenda was the issue of its 'fly-off-the-handle Bandar Kulim MP Zulkifli Noordin and his verbal battle with new party man, Zaid Ibrahim.

Anwar also said the leaders discussed BN's attempts at pinching PKR's MPs and the manner in which the BN government is conducting attacks on the Pakatan government of Selangor.