Ahad, 30 Jun 2013

SPR Terus Perbodoh Rakyat: Tiada Logik Dakwat Kekal Untuk PRK

Kenyataan Media 28 Jun 2013 SPR Terus Perbodoh Rakyat: Tiada Logik Dakwat Kekal Untuk PRK Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N1 Kuala Besut. Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat? Logiknya penggunaan sistem dakwat kekal ialah untuk memastikan setiap pengundi dicalit dakwat tersebut sebagai tanda sudah mengundi, dan ia melibatkan semua pengundi pada pilihanraya umum. Dakwat seharusnya kekal selama 7 hari memandangkan hampir 300 ribu pengundi awal dan pengundi pos membuang undi mereka 5 hari sebelum hari mengundi. Maka jika sistem ini berjalan baik, mereka yang sudah mengundi samada pengundi awal atau pengundi biasa, tidak boleh mengundi kali kedua kerana dakwat masih dijari. Ini konsepnya. Tetapi apa yang berlaku pada 5 Mei lalu ialah ratusan ribu pengundi awal telah terdedah untuk mengundi lebih dari sekali malah pengundi yang membuang undi 5 Mei juga boleh berbuat demikian kerana didapati dakwat kekal itu sebenarnya pewarna tiruan sahaja, tidak mampu kekal walau 5 minit merujuk kepada banyak kes dan laporan polis. Integriti pilihanraya hancur dan undang-undang PRU-13 dicemari dengan teruk sekali. Kini setelah SPR hilang sepenuhnya kepercayaan rakyat dan didesak oleh majoriti rakyat supaya berundur, SPR yang sama telah cuba untuk perbodoh rakyat dengan cadangan sistem dakwat kekal di PRK K.Besut. Mana mungkin sebuah pilihanraya kecil mengamalkan sistem dakwat kekal melainkan pengundi di seluruh negara selain pengundi DUN K.Besut ditandakan dakwat kekal terlebih dahulu sehari sebelum hari pengundian N1 K.Besut. Dengan kata lain, menandakan dakwat kekal kepada hanya sekelompok pengundi di K.Besut sedangkan berbelas juta pengundi tempat lain bebas untuk masuk dan menyamar sebagai pengundi. Dakwat kekal untuk pilihan raya kecil adalah sangat tidak relevan. Justeru itu, SAMM melihat cubaan Timbalan Pengerusi SPR membuktikan dakwat yang bakal digunakan di PRK K.Besut lebih kekal dari 5 Mei adalah berniat jahat untuk menutup isu sebenar. Rakyat kini tidak mahu lagi dakwat kekal, rakyat mahu dakwat kekal pada 5 Mei dan kegagalan berbuat demikian sepatutnya kamu dan semua koncu kamu meletakkan jawatan. Cubaan yang baik dari SPR, namun rakyat semakin bijak dan semakin kental untuk terus melawan! Biarpun ada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerima keputusan pilihanraya sepertimana ahli parlimen Barisan Nasional, namun rakyat tetap menolak keputusan yang penuh penipuan, menggelapkan demokrasi yang juga merampas kemanangan rakyat. Anak muda akan lawan sampai menang! Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan! Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

SPRM akan siasat SPR berhubung kemelut dakwat kekal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut. Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas. Terdapat rungutan umum berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 5 Mei. Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan. SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal. Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus. Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis. - sumber .TMI

PENYAMUN DILANTIK PENGERUSI TABUNG HAJI?

Inilah yang berlegar di blog-blog Umno yang mengatakan Azeez Rahim, ahli Parlimen Baling dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mungkin ada benarnya kerana Najib kini sedang mem’bedak’ jawatan-jawatan sedemikian di kalangan Umno seperti juga dilaporkan TMI. Antara sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan – Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji, Perbadanan Nasional Berhad. Blogger Rocky Bru juga bercerita tentang Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mengikut maklumat dari laman web Tabung Haji, pada tahun 2011 dia dilantik Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji. Munasabahlah kalau dia akan dinaikkan ‘pangkat’ oleh Najib sebagai Pengerusi Tabung Haji. Maka akan bersepahlah muka-muka 47 persen dalam syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan. Duit Tabung Haji pun banyak juga untuk dikebas atas nama projek dan elaun, insyaallah boleh senyum sepanjang masa.