Isnin, 22 November 2010

JASAMU DIKENANG......


AMK BAGAN DATOH mengucapkan jutaan terima kasih sepanjang YB YUNUS menerajui AMK NEGERI PERAK sejak 2 tahun yang lalu. petang ini beliau akan mengumumkan pengunduran beliau sebagai peneraju AMK bagi memberi ruang dan peluang kepada pemimpin dibawah umur 35 tahun seterusnya memfokus kepada persediaan PRU 13.

Walaupun banyak liku2 dan cabaran sepanjang 2 tahun ini bagi melaksanakan tanggangjawabnya, beliau tabah dan sabar mengharungi segala badai yang melanda......
Beliau perlu dijadikan contoh dan ikon bagi anak muda terutamanya negeri perak. Besar harapan AMK BAGAN DATOH agar beliau akan menjadi mentor kepada AMK walaupun tanpa sebarang jawatan.

Diharap selepas ini sesiapapun yang bakal menerajui AMK PERAK akan terus menyumbang khudrat dan tenaga untuk merealisasikan AMK sebagai sayap parti yang disegani samaada pihak lawan mahupun kawan. AMK BAGAN DATOH juga berharap agar pihak MPN PERAK memberi kerjasama yang baik dan melihat organisasi AMK mempunyai peranan yang penting dalam agenda memperkasakan PARTI KEADILAN RAKYAT di negeri PERAK khususnya.

Kepercayaan dan keyakinan yang tinggi diperlukan dari MPN PERAK khususnya untuk memberi ruang dan peluang kepada AMK PERAK selepas ini bagi membuktikan kemampuan sayap kanan parti ini.

Kepada semua ahli AMK teruskan perjuangan..... tidak perlu takut dan terpengaruh dengan agenda2 jahat dari pihak yang kecewa(yang mendapat bantuan MEDIA ARUS PERDANA) lawan tetap kawan(selepas pemilihan 2010)........ kita haruslah dilihat sebagai satu organisasi yang mampu merubah MALAYSIA dan memberi impak yang besar dalam tsunami politik masa kini.....

DARIPADA
KETUA AMK
CABANG BAGAN DATOH

Khamis, 18 November 2010

Ahmad Maslan menteri penuh, Khairy timbalan?

Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.


Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

MEDIA PERDANA DAN UMNO MEMPOPULARKAN DS ANWAR DAN PKR !

Anwar Tenang, Umno Cemas, Rakyat Bijak........???

Keadilan semakin mendapat tempat dalam perhatian media perdana. Bicara massa perdana Utusan, Berita Harian, TV1 dan TV3 terpaksa untuk mengulang tulis dan tayang konflik pemilihan KEADILAN. Anwar terus diserang melalui isu Pemilihan tidak telus. Ini tanda Anwar Ibrahim dan KEADILAN masih relevan dalam landskap politik tanah air. Semuanya termasuk media perdana, ulama’,pimpinan UMNO prihatin terhadap perkembangan memberangsangkan parti KEADILAN ini. Pimpinan UMNO/BN sehingga tidak tidur malam hanya untuk memikirkan tentang KEADILAN berbanding untuk melawan rasuah membarah dalam parti dan kerajaan teraju mereka.


Akhirnya media perdana akur, daripada mereka terus menjadi jurucakap UMNO/BN dengan slogan 1Malaysia yang tidak diendah rakyat, masalah kepimpinan UMNO/BN yang lebih lemah dan rasuah yang membarah, lebih baik mereka memaparkan isu, perjalanan, masa depan serta kepimpinan KEADILAN bagi menaikkan rating popular akhbar dan siaran mereka. Isu Pakatan Rakyat baik kepimpinan, pemilihan dan gerak kerja menjadi perhatian umum.


Ini suatu perkembangan yang menarik dan baik untuk KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT. Media Perdana terpaksa cari makan dengan isu KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT. Lihat sahaja isu banjir di Kedah, serangan memburukkan imej MB Kedah begitu teruk dilakukan dengan tohmahan bahawa MB tidak turun kawasan banjir. Ini tanda UMNO/BN cemas. Daripada Kedah hingga ke Selangor diserangan habis-habisan PR. Namun rakyat bijak menilai. Jika tatkala KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT jadi pembangkang, media mendapat nikmat ‘cari makan’ dengan isu pihak ini, maka lebih untung jika KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT menjadi kerajaan, sudah pasti banyak isu kebajikan, masa depan negara yang lebih baik disajikan KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT untuk memberikan ruang berita lebih positif untuk massa perdana.


Perspektif bicara kita mudah, jika Anwar Ibrahim atau KEADILAN tidak memberi cabaran kepada UMNO/BN, sudah pasti tidak perlu untuk dihujankan fokus serangan imej terhadap parti ini. Namun, disebabkan KEADILAN menjadi antara faktor penentu masa depan Pakatan Rakyat dan dilihat semakin kuat apatah lagi keberanian untuk menjalankan proses pemilihan ‘satu ahli satu undi’, maka mahu tidak mahu UMNO/BN melihat ini sebagai kanser yang akan menyerang saraf mereka. KEADILAN lebih berani menterjemahkan demokrasi yang lebih terbuka untuk anggotanya dan umumnya rakyat. Ini dilihat baik untuk rakyat. Ini kelebihan Anwar, beliau cukup tenang berdepan dengan semua ujian ini. Rakyat menilai kekuatan pemimpin seumpama ini. Ternyata sekali lagi UMNO/BN cemas.


Pilihanraya akan berlangsung pada tahun hadapan, terpaksa UMNO/BN seberapa segera menyerang faktor penyatu Pakatan Rakyat, iaitu faktor Anwar Ibrahim dan parti KEADILAN. Serangan perlu fokus, Anwar Ibrahim mesti diserang kanan dan kiri. Baik menggunakan undang-undang, fitnah, barisan MP lompat, pimpinan UMNO dan media massa.


Pimpinan UMNO nampaknya kurang berani menyerang Anwar Ibrahim secara langsung kerana mereka tahu Anwar dan Pakatan Rakyat dipihak yang benar atau mereka sengaja berhelah dengan menggunakan barisan MP lompat dan media perdana untuk terus-terusan mengkritik secara keras. Ini untuk menjaga nama baik UMNO, yang busuk nama barisan MP lompat dan media perdana. Lihat, tatakala UMNO/BN hilang sokongan politikpun mereka sanggup mempergunakan orang lain termasuk media dengan merosakkan imej media perdana yang sepatutnya menjadi agen makluman polisi kerajaan untuk rakyat dan bebas kepada menjadi agen fitnah parti UMNO/BN. Mungkin media perdana tidak salah, yang salahnya beberapa pimpinan UMNO/BN yang secara salah member tekanan terhadap media perdana untuk terus memburukan imej Anwar Ibrahim dan PR.


Anwar Ibrahim cukup tenang berdepan semua ujian ini. Bermula daripada dibuang daripada kerajaan 12 tahun sudah, fitnah liwat dan hari ini parti yang diasaskannya juga diserang bagi memburukkan imej. Serangan dibuat tanda UMNO/BN cemas dan terpaksa membuat ini semua bagi mengekalkan kuasa menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tahun hadapan. Najib Tun Razak demam mendengar masa depan KEADILAN yang lebih baik ini.


Rakyat lebih bijak menilai, anak muda membuat konklusi bahawa lagi diserang KEADILAN, ini bermakna parti ini kian penting dalam arena politik negara dan punyai masa depan yang baik. Kerana media juga melihat masa depan KEADILAN yang baik untuk mentadbir Malaysia. Sebab itu mereka memberikan fokus kepada jatuh bangunnya PKR. Maka anggota parti akan melihat siapa yang melatah dan siapa yang bersedia secara matang untuk memimpin Malaysia.


Media yang telus akan dapat melihat beza banding 53 tahun UMNO/BN memerintah dengan hanya 2-3 tahun Pakatan Rakyat mentadbir di Kedah, Kelatan (20 tahun), Pulau-Pinang dan Selangor dengan baiknya, berkebajikan,telus dan komited untuk rakyat. Rakyat begitu faham akan mainan media jika ada yang berat sebelah, akhirnya serangan media perdana yang keterlaluan akan diterjemahkan sebagai keprihatinan rakyat untuk bersama membaiki, menyokong dan memberikan harapan masa depan untuk KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT.

Limpahan Warga Asing Di Kota Setiap Kali Musim Perayaan, Kerajaan Berdiam Diri?


MACAM-MACAM RAGAM...kehadiran warga asing di Taman KLCC menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.

Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.

Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.

Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.

“Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia,” katanya.

Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

“Walaupun mereka tidak mengganggu atau membuat kacau, namun pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bukan hanya kami warga tempatan, malah saya yakin pelancong juga tidak selesa dengan sikap mereka.

“Tidak hanya melanggar peraturan yang ditetapkan di taman ini, ada juga antaranya tidak langsung menjaga kebersihan dengan membuang sampah dan meludah di merata tempat,” katanya.

Bagi warga Indonesia, Hilhamjayadi, 36, cuti umum yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk bertemu rakan dan saudara-mara yang tidak dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman dan berkongsi pengalaman bekerja di Malaysia.

“Inilah masanya untuk kami bertemu, berkumpul sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan terhadap keluarga di kampung. “Mungkin sikap tindakan kami berkumpul dipandang serong sesetengah pihak, namun sebenarnya tiada apa yang kami lakukan, hanya berkongsi cerita,” katanya.

Tinjauan mendapati kebanyakan warga tempatan mengunjungi kolam kanak-kanak dengan membawa anak-anak mereka di bawah 12 tahun untuk bermain di sana lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah sekarang.

Rakan karib Umno hina Islam lagi

Lepas satu-satu Presiden parti karib Umno, MCA cuba memperlekeh Islam dan umat Islam. Bukan itu sahaja, beliau tanpa rasa takut telah menyalahkan Islam dalam banyak hal. Semuanya kerana ‘pertahanannya’ adalah rakan karib dalam Barisan Nasional (BN) iaitu Umno yang juga turut memperlekeh Islam. Itu semua umpan nak tarik kembali sokongan Cina terhadap MCA yang dipalit dengan kontroversi adegan seks presiden parti.

Sebelum ini, Presiden MCA turut mengeluarkan kenyataannya konon antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana.

Tak cukup kata Islam menyebabkan kemunduran, hari ini pulak Presiden MCA turut mempersalahkan sambutan Idul Adha yang sudah menjadi perayaan bagi orang Islam dan diiktiraf sebagai cuti umum di negara ini. Konon telah menyebabkan kedai-kedai banyak tutup disebabkan cuti sambutan Idul Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua dalam Twitternya.

Kenapa begitu berani Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memburuk-burukkan Islam tanpa anda berlapik atau kias-kias?

Mesti ‘pelindungnya’ tu besar dan berpengaruh sampai begitu berani. Siapa ‘pelindung’ tu?Apa kata orang Umno? Tak kisah ke MCA hina Islam? Pasal DAP, hangpa bising riuh satu kampung walaupun ianya provokasi sahaja. Tapi yang Presiden MCA ucapkan itu adalah realiti.

Apakah pemuda Umno dah takdak ‘telur’ sehingga tak berani nak tegur rakan karibnya menghina Islam dan umat Islam?

Penulis cuma sekadar berfikir, bagaimana orang yang mengaku Islam yang tiada perasaan sensitiviti bagi penghinaan yang dilakukan MCA terhadap Islam dan umat Islam? Apakah perasaan itu dah terlucut dari hati-hati mereka itu? Subhanallah…

MCA hina Islam dibiarkan, tapi DAP jugak yang kena provok hina Islam. Apa ke jenis makhluk puak-puak Umno ni. Talam dua muka betul!

Woi Umno!..apakah hangpa setuju dengan apa yang diucapkan oleh Chua Soi Lek? Tak mahu berdemo ke?

Selasa, 9 November 2010

JPP akan putuskan tindakan Zaid

PETALING JAYA: Setiusaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan berbincang dan membuat keputusan sama ada untuk menerima penarikan diri calon timbalan presiden oleh Datuk Zaid Ibrahim menerusi laman blognya. Ini kerana katanya, Zaid masih belum menghantar sebarang notis rasmi kepada pihak JPP mahupun sekretariat pemilihan.

"Kami belum terima hitam putih daripada Zaid. JPP akan berbincang dan membuat keputusan sama ada untuk menerima apa yang dimaklumkan dalam blognya sebagai keputusan rasmi penarikan beliau.

"Kami akan membuat keputusan secepat mungkin sebelum minggu depan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Zaid, Saifuddin berkata perkara itu akan dibuat sehingga ada aduan.

"Kami akan ambil tindakan sekiranya wujud aduan terhadap beliau," katanya. Menyusul lagi selepas ini……….

JPP Tidak Memihak: Zaid Menang Di 38 Cabang Berbanding Azmin 37

PETALING JAYA, 9 NOV: Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menempelak tuduhan Datuk Zaid Ibrahim, kononnya ibupejabat parti memihak kepada Azmin Ali dalam pemilihan itu dan tidak melayan sebarang cadangan beliau bersabit pemilihan itu.

Menurut Saifuddin hakikat adalah Zaid menang di 38 cabang PKR manakala Azmin di 37.

Azmin bagaimana mendahului dari segi majoriti undi kerana keahlian yang lebih besar di cabang-cabang yang dimenangi oleh beliau.

Saifuddin turut menegaskan bahawa rungutan beliau kononnya cadangannya untuk memperkasakan proses pemilihan ditolak adalah tidak berasas.

"Surat dari calon Zaid pada JPP dan sekretariat bertarikh 5 OKT ada tujuh cadangan. Pertama calon dibenarkan lantik 'polling agen' di setiap cabang. Cadangan dia kita terima pakai. Kedua kertas undi patut letak no siri. Cadangan ini diterima.

"Peti undi mesti lutsinar. Kita tak buat sebab tak cukup duit. Senarai ahli berdaftar sahaja diguna pakai, yang ini kita buat. Ruang buang undi mesti diasing, kita buat. Masa perlu tetap dan ketujuh ahli yang bayar yuran parti mesti diberi peluang mengundi.

"Diakhir surat ini, Zaid kata harap cadangan dia diluluskan cepat supaya dia boleh buat keputusan samada mahu menerima pencalonan atau tidak. Hakikatnya, pada masa itu Zaid telah menerima pencalonan," terang Saifuddin.

Saifuddin kesal atas tindakan Zaid melontarkan tuduhan yang bertujuan mencemari kredibiliti ibupejabat PKR dan jawatankuasa pemilihan pusat.

Keputusan ahli PKR pada pemilihan adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak dan tidak dimanipulasi sebagaimana yang didakwa oleh Zaid.

"Zaid menang 38 cabang, azmin 37 cabang. Ini fakta. Bila Azmin mendahului alasannya mudah kerana mobilisasi Azmin yang baik. Itu diluar kuasa JPP dan sekretariat.

"Kalau kamu jaga baik mobilisasi kamu, maka baiklah politik kamu. 38 cabang 'solid' sokong Zaid. Kalaulah benar berlaku aktiviti memenangkan, mustahil Zaid mendahului 38 cabang," katanya.

Saifuddin berkata jentera calon-calon yang tidak dapat menjalankan tugas masing-masing tidak harus menunding jari kepada ibu pejabat parti.

"Atas pemintaan Zaid sendiri ada 'poling agen' dan 'counting agen' dibenar bertugas. Kegagalan calon lantik 'poling agen' untuk pantau pemilihan, jangan tuding JPP dan sekretariat, salahkan jentera kamu sendiri," katanya.

Dr Asri: Surat Terbuka Untuk Yang Berhormat DSAI

SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI

Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan ‘digunakan’ itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara;

1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang.

2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang ‘pemikir politik’ yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian ‘tidak mesra kerajaan’ dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu ‘pengunduran DSAI’, saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai ‘instinct’ tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar.

3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak ‘garang’. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan.

4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka.

5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh.

6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya.

7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat.

8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata ‘andaian saya salah!’. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya.

9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.

Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam.

Mohd Asri Zainul Abidin
9 Nov 2010, 3.30 p.m

Zaid.......

Bila Zahid kata " it was time for a change in the party’s top leadership if the party wanted to remain relevant" jawapan dia bagi mudah ja. Dia tak jawab panjang. Dia cuma kata:
"I am not going to entertain it, this is his personal view for a long time... it is a strange coincidence that it is coming out at this time, if you follow the writing in Utusan (Malaysia),"

"There is a pattern so it's ok-lah,"

“I don't know. It is a strange coincidence.” -FMT

Cukup dengan 3 ayat tu, dia tak perlu buat pertuduhan pun tapi semua orang faham apa maksud dia
Pandangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali berundur merupakan pandangan peribadi beliau dan bukannya pandangan pimpinan parti secara keseluruhannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen petang tadi berkata jika perkara itu dibuat secara konsensus maka ia boleh dipertimbangkan.

"Ini kali pertama, saya mendengar pandangan beliau dan saya tidak perlu layan desakan tersebut," ujar beliau.

Zaid calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat menarik diri pagi tadi dalam satu sidang akhbar mendesak Anwar dan Azmin supaya meninggalkan parti itu untuk menyelamatkan keadaan.

Jumaat, 5 November 2010

Tahniah Barisan Najis...

Kalah dan menang adat pertandingan.

Di P185 Batu Sapi....

Ansari Abdullah [PKR] 3414 undi
Linda Tsen Thau Lin [BN] 9773 undi
Datuk Yong Teck Lee [PMS] 2031 undi

Majoriti: 6359 undi
Undi Rosak: 371 undi

Di N45 Galas....

Dr Zulkifli [PAS] 4134 undi
Abdul Aziz [BN] 5324 undi

Majoriti: 1190 undi

Dulu, kita menang di Galas. Kini, mereka menang pulak. Who knows, isyaAllah.... PRU13 nanti, Galas kita punya semula. Tak mustahil, kan?? Tak per.... Tak per... Galas jatuh pun, kerajaan Tok Guru Nik Aziz tak goyah sedikit pun. Apa-apa pun, usaha keras serta doa mesti diteruskan. Bak kata, Muhyiddin Yassin... bulan tak kan jatuh ke riba. Tetapi.... bulan boleh mengambang semula di Galas, insyaAllah.

Nun... di Batu Sapi pula, BN berjaya mempertahankan kemenangan mereka. Janda MP dulu yang tak berapa nak tahu berbahasa Malaysia, dipilih bagi menggantikan mendiang suaminya. Well... apa nak buat, terpaksa ler kita menerima ketentuan Allah SWT. After all... rakyat Batu Sapi, mahukan nyonya tersebut, apa yang kita boleh buat. Kita kena accept dan respek pilihan rakyat.

Kalau rakyat di Batu Sapi masih menaruh kepercayaan kepada BN untuk memperjuangkan nasib mereka., biarkan.... biarkan... Ini bermakna, Pakatan Rakyat kena mencuba lebih kuat lagi untuk convince Sabahans yang mereka lebih berupaya dan lebih baik daripada BN untuk mengubah nasib rakyat Sabah. Inilah cabaran bagi Pakatan Rakyat. Jangan mudah putus asa.

Lawan Tetap Lawan!! Lawan sampai menang!!

untuk pengundi umngok

Menyokong dan mengundi UMNO seolah-olah menghalalkan segala perbuatannya. Anda perlu tahu apa hukum menyokong orang yang menolak Islam sedangkan anda tahu perbuatan mereka.

anda perlu tahu...


1. UMNO kufur!!

Kufur ada 2 jenis. Kufur hakikat dan kufur nikmat.

Kufur Hakikat :

- Maksud : Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w

- Contoh :
* Tidak mengakui balasan diakhirat
* Menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
* Menyatakan solat fardhu merugikan masa
* Menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi.

2.Umno tolak hukum Islam

Umno masih menolak firman Allah dengan perlaksanaan dasar secular(yg memisahkan politik dari agama)…..lihat di pertengahan ayat diatas bermaksud

Kami turunkan Al-quran untuk mengajarmu segala sesuatu(social, ekonomi, politik)
Cara “bersosial” diajar oleh islam….bukan mahram tidak boleh bergaul bebas
Cara menguruskan “ekonomi”....zakat harta, zakat fitrah bersedekah dan lain2 lagi
Cara “ibadah”.....solat, puasa, zakat, haji dan lain2 cara ibadah
Cara ber-politik/memerintah….letak syariat(suruhan) allah pada undang2 tertinggi seperti rasul’h lakukan dalam “Piagam Madinah”.


3. Adakah umno sama dengan yahudi…mari kita kaji pendapat ini…..
UMNO=YAHUDI

Al-Baqarah ayat 85
Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Sekular/umno mengambil sebahagian Islam apa yang menepati kehendak nafsunya dan menolak perkara yang bertentangan dengan nafsunya...= yahudi beriman(patuh) dengan sebahagian kitab taurat dan kufur/tolak dengan sebahagian yang lain sebagaimana yang telah dilakukan oleh bani israel pada zaman dahulu…..

mereka umno melakukan
<>ibadah solat bagi menepati sebahagian syariah allah...
<>taat beriman kepada suruhan allah untuk melakukan ibadat seperti solat puasa, haji zakat dan lain ibadah…
<>tetapi dalam masa yg sama ingkar pada syariat allah yg lain seperti tidak menghukum penzina dng hukuman yg telah ditetapkan allah.
<>bukankah mendenda RM5000 dan hukuman penjara tidak dinyatakan dlm al-quran hukuman tersebut….
<>mengapa mereka umno sebagai org islam menerima pakai undang2 (penjara & denda)
<>sudah nyata melanggar perintah allah….

ini bermakna mereka beriman/patut pada sebahagian ayat al-quran---solat dan haji
dan pada masa yg sama menolak sebahagian ayat al-quran yg lain---hudud & qisas
sama seperti yahudi menolak sebahgian kitab taurat, dan beriman pada sebahagian yg lain

umno seperti:-
1.patuh pada suruhan allah untuk beribadat, maka mereka itu mendirikan solat puasa haji zakat
2.ingkar pada suruhan allah yg lain, seperti tidak menghukum penzina dng hukum allah (hudud)...

maka jadilah kamu sama seperti yahudi.....rujuk al baqarah- ayat 85
Labtech tak kater pun....tapi allah yang kater dalam firman nya di atas...kalo tak mau terima, jadi kafir lah kamu....lab tech tak rugi aper2....tak percaya boleh rujuk sendiri tafsir al-quran kat umah sendiri...

Adakah benar….
UMNO= KAFIR

Al-maidaah di akhir ayat 44
.......dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Allah menyatakan dalam firman diatas barang sesiapa yg menolak hukuman allah, maka jadi kafir lah orang tersebut...kerajaan pusat umno(BN) menolak hukuman sebat ke atas penzina dan digantikan hukuman penjara dan denda RM5000…ini sudah jelas umno menolak hukum allah dan maka jadi kafirlah mereka yg menolak ketentuan allah….

Adakah benar…..
UMNO = MAHAZALIM

Al-maidah di akhir ayat 45
……dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


4.UMNO dikira Murtad?

Murtad boleh terjadi melalui tiga cara . Salah satunya melalui perkataan.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W.


renung-renungkan..
fikir-fikirkan...

Galas.... Keputusan yang menghairankan

Kalau dilihat, undi PAS cuma berkurang sebanyak -265 sahaja. Namun, undi Barisan Nasional NAIK sebanyak 1571. Kenaikkan undi BN yang begitu mendadak ini juga kita lihat berlaku di Hulu Selangor.

Ia adalah keputusan yang SANGAT menghairankan. Maklumat lain yang diperolehi, kenaikan mendadak adalah juga disebabkan oleh kenaikan mendadak penduduk orang asli dari 4 pos mengundi. Tidak hairanlah SPR tidak mahu mengira undi orang asli di tempat pembuangan undi dan mahukan undi2 tersebut diangkut ke Dewan Gua Musang.

Kegagalan jentera PR adalah menghalang penipuan Barisan Nasional ini. Hikmah kekalahan ini adalah supaya PR seluruh Malaysia muhasabah dan memperdalamkan serta menguatkan jentera serta kerja keras memenangi undi bukan Melayu.

Kalau kita gagal menghalang penipuan UMNO, kita akan kalah pilihanraya. Jangan patah hati dengan kekalahan yang datang dari penipuan UMNO ini.

KU LImenang di Galas, bukan UMNGOK

Galas memang kubu Kuli dari muda sampai tua, anak raja ni menguasai semua tok-tok batin dan selama ni PAS tak pernah menang kecuali PRU2008. Tahniah Kuli, PAS tak putus asa, terus berjuang, kerajaan Kelantan tetap bawah Tok Guru.
GALAS ...APA IMPLIKASI???
umNO ternyata berjaya dalam konspirasi PRK di kedua dua tempat, Galas dan Batu Sapi. SPR yang secara konsisiten dilihat menyebelahi umNO dalam isu rasuah telah berjaya sedikit sebanyak membantu kemenangan umNO. umNO kembali merampas DUN yang pernah menjadi kubu kuat mereka.

Apa implikasi kemenangan uMNo dalam dua PRk tersebut? Kerajaan Kelantan langsung tak terusik. Ia berjalan seperti biasa. Cuma PAS kehilangan kerusi yang baru ingin dijinakkan oleh Almarhum ADUN PAS yang lalu Che Hashim. umNo pula mengembalikan DUN yang berada di bawah parlimen yang diwarisi secara tetap oleh Ku Li.

Keputusan Galas pastinya memberi impak besar kepada nama KULi. kemenangan di Galas sebenarnya adalah kemenangan Ku Li yang secara langsung memadamkan hasrat umNO baru menguasai Parlimen Gua Musang. jika umNO kalah di Galas, tentunya Ku Li orang pertama menanggung bahananya. Bahkan ia mungkin menjadi perintis menyingkirkan Ku Li sebagai ketua Bahagian Gua Musang dan seterusnya MP Gua Musang.

umNO ternyata gagal dalam ujian mereka terhadap Ku Li. Kemenangan ini langsung tak beerti kepada uMNO selaian mengecewakan mereka yang ingin menyingkirkan Ku LI mungkin termasuk Perda Menteri.

Walaubagaimana pun perubahan undi terutamanya dari kaum Cina sewajarnya dinilai oleh Pakatan rakyat secara jujur dan terbuka. Apakah boleh diharap undi Cina selamanya secara konsisten kerana sikappolitik mereka yang bijak dalam mencatur kepentingan mereka. Tempoh masa yang masih baru untuk memahamkan sebahagian masyarakat Cina dalam mengenali perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PAS mungkin sebahagian faktornya kerana kedudukan Gua Musang yang jauh dari sumber maklumat terkini dan adil.