Jumaat, 30 Januari 2009

RETREAT AMK BAGAN DATOH 2009-MERANCANG DEMI KEPENTINGAN ANAK MUDA

TELUK BATIK, 25 Jan 2009 - Sesuatu perkara yang baik memerlukan perancangan yang baik. Begitu juga dengan perinsip Angkatan Muda Keadilan(AMK) Bagan Datoh. Dengan melaksanakan program retreat 2009 dapatlah jawatankuasa seluruhnya merancang akan agenda bagi tahun 2009 untuk kepentingan anak muda dan seluruh masyarakat Parlimen Bagan Datoh. Secara tidak langsung program ini dapat meningkatkan perpaduan pelbagai kaum dikalangan AMK sendiri. Dalam proses merancang tidak perlu hotel mewah dan berbilik aircond, cukup sekadar beralaskan tikar mengkuang dan berbumbungkan langit.

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh seluruh jawatankuasa yang penuh komitmen. Dengan bajet yang dikeluarkan sendiri oleh setiap jawatankuasa, program ini dapat berjalan dengan jayanya. Amanat yang telah disampaikan oleh Ketua Amk Bagan Datoh adalah supaya seluruh masyarakat dapat bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menjana perubahahan khususnya di Parlimen Bagan Datoh. Ketua AMK Lumut juga turut hadir bagi memberi semangat perjuangan dan telah menyatakan kesetiaan kepada pemimpin amat penting bagi memastikan suatu organisasi itu berterusan. Program telah berakhir pada 26 Jan 2009 dengan lagu Kami Arus Perjuangan. Ternyata Pakatan Rakyat telah mendapat tempat di hati masyarakat kini kerana ketika nyanyian lagu Kami Arus Perjuangan pengunjung datang menghampiri kumpulan AMK dan menyatakan pujian diatas inesiatif yang telah diambil dengan adanya program seperti ini.

Ahad, 25 Januari 2009

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA


Kuala Lumpur, 22hb Januari 2009.

Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.

Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Rabu, 21 Januari 2009

HJ MARLBORO PECAH BELAHKAN RAKYAT PERAK

Rabu, 21 jan 2009- satu lagi kenyataan telah dikeluarkan oleh zahid hamidi di dalam Berita Hairan yang bertajuk " KETUA JABATAN DILARANG HADIRI MESYUARAT DI PERAK". dalam kenyataan tersebut dia telah menyatakan

1)Ketua jabatan kerajaan persekutuan tidak dibenarkan menghadiri sebarang mesyuarat atau majlis kerajaan negeri
2)tidak mengiktiraf cop rasmi pengerusi JKKK dan pebghulu dalam berurusan dengan kerajaan persekutuan.
3) tindakkan akan diambil jika ada pegawai dari kerajaan persekutuan yang memberi komitmen dengan keraaan negeri.

keadaan ini lebih zalim dari yahudi kerana kenyataan ini akan memecah belahkan rakyat perak. sepatutnya rakyat Perak beruntung kerana akan mendapat perhatian dari kerajaan negeri dan persekutuan. tetapi sebaliknya zahid hamidi menghalang sebarang kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan. ini la yahudi Malaysia.

kalau itu yang dia mahukan, balik Bagan Datok la, semua borang atau pengesahan zahid sendiri yang buat. apa yang telah dilakukannya ini akan menghalang kebajikan rakyat, sudah terang2 JKKP tu pertubuhan haram dan tidak mendapat perkenan DYM Sultan Perak tetapi memaksa rakyat menggunakan khidmat JKKP. Secara terang2 zahid mengingkari titah sultan.

dah la buat fitnah mengenai isu KEMAS, sekarang nak tunjuk lagak macam PM. persoalannya siapa zahid yang nk keluarkan arahan serta merta ni????? ke nk melobi pemilihan mac nanti..... tu yang nak tunjuk power.



Ahad, 18 Januari 2009

KECUNDANGNYA WAN FARID-HADIAH PERSARAAN PAK LAH


Gelombang tsunami politik negara PRU 12 dan permatang pauh masih kencang bertiup di kuala terengganu. Kemenangan pakatan rakyat (kerusi ke 83 parlimen) dengan mejoriti sebanyak 2631 undi telah membuktikan rakyat telah membuka mata dengan retorik2 dan janji2 kosong BN. mejoriti undi pada kali ini lebih banyak jika dibandingkan dalam PRU 12 yang lalu. PRK KT, BN mendapat 30252 dan PR 32883. kekalahan bekas setiausaha politik pak lah ni merupakan tamparan hebat kepada najib, kerana dia merupakan pengarah pilihanraya kt dan juga merupakan hadiah teristimewa buat pak lah yang akan mengundur pada pemilihan mac nanti. khabarnya pak lah pun boikot PRK KT kerana najib membuat keputusan tanpa berbincang dengan presiden parti, maka pak lah membawa diri ke luar negara. jika diteliti, gambar najib terbanyak berbanding pak lah yang sekeping dua di gantung hanya untuk mengambil hati presiden. kalo pak lah bukan presiden parti takdenye gambar dia. ni le pemimpim BN, baru nak naik dak tunjuk taring. walauapapun syukur alhamdulillah PR menang di KT.

KEKALAHAN BN DI KT-BUKTI RAKYAT TOLAK NAJIB


AMK Bagan Datoh mengucapkan syabas dan tahniah kepada jentera pakatan rakyat yang telah bertungkus dalam prk Kuala Terengganu dan telah membuktikan bahawa PR telah mendapat tempat dihati rakyat. KETUA UMUM KeADILan Anwar Ibrahim berkata kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu membuktikan rakyat tidak lagi menerima Barisan Nasional dan kepimpinannya.


“Umno telah hilang kekuatan di kubu mereka sendiri. Kekalahan di Kuala Terengganu bermakna rakyat menolak kepimpinan Najib (Razak),” kata Anwar.
Anwar menambah kekalahan BN juga adalah kekalahan peribadi Najib kerana sebelum ini dia berkata pilihanraya ini adalah kalah mati (do or die) bagi beliau.


Mengulas lanjut, Anwar berkata perpaduan di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat merupakan faktor kemenangan di dalam pilihanraya ini.


“Kemenagan di Kuala Terengganu ialah kerana, Pas, KeADILan, DAP telah berkerja sebagai satu pasukan seperti mana yang ditunjukkan ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lalu. Tahniah diucapkan kepada Pas dan Pakatan Rakyat,” kata Anwar kepada Suara Keadilan

Sabtu, 10 Januari 2009

PRK Kuala Terengganu akan eratkan Pemuda Pakatan Rakyat

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang bakal diadakan tidak lama lagi, akan dijadikan jalan bagi memperkukuhkan pemuda Pakatan Rakyat serta membina kerjasama erat antara organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat.

AMK Bagan Datoh komitmen penuh untuk bekerjasama dengan Dewan Pemuda Pas dan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat seperti mana yang telah dicanang sebelum pilihanraya lepas.

Menjelang Pilihanraya Umum Kedua belas, satu dokumen bersama telah dilancarkan. Dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia itu telah menggariskan jatidiri anak muda Malaysia dan harapan perubahan yang didokong bersama.

AMK Bagan Datoh juga percaya struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat yang bakal dibentuk boleh memanfaatkan dokumen ini sebagai landasan bertolak untuk menggubal prinsip dan agenda bersama.

Cadangan berkenaan adalah selari dengan ketetapan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan pada 28 November 2008 lalu yang mahu hubungan antara organisasi pemuda parti-parti Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

AMK Bagan Datoh sejak dari awal lagi percaya struktur yang lebih rapat akan memberikan manfaat meluas. Pendirian bersama dapat dibentuk dan tenaga dapat disatukan. Namun pada masa yang sama harus ada keterbukaan untuk menerima perbezaan pandangan organisasi-organisasi komponen.

Sebarang cadangan dan kritikan untuk manfaat Pakatan Rakyat dapat disalurkan dengan berkesan melalui struktur formal ini. Pada masa yang sama, pandangan berbeza dan kritikan terhadap pendirian organisasi rakan dapat disalurkan melalui mesyuarat bersama dan tidak melalui media massa. Ini akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat berbanding penggunaan media massa sebagai medium.

AMK Bagan Datoh komited untuk bersama dalam usaha bersama membentuk struktur formal organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat dengan seberapa segera.

PAKATAN RAKYAT BAGAN DATOH REPORT POLIS-FITNAH ISU KEMAS ZAHID HAMIDI

Teluk Intan. 5 jan 2009- Fitnah telah dilamparkan keatas kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak berkaitan isu KEMAS. Ketika ini media2 balaci BN berkenduri fitnah disana dan sini, ini la salah satu kempen PRK KT..... pengundi jangan mudah tertipu.

Buliten Utama ada menyiarkan isu ini ketika Muhd Taib melawat Ipoh, seperti ada dalang disebalik semua ini. semuanya secara kebetulan....... takkan la wartawan ada pun kebetulan kot. ni la cara BN.....

Pakatan Rakyat Bagan Datoh telah mengambil tindakan melaporkan fitnah yang sengaja diadakan oleh Tn. Hj. Zahid Hamidi seperti yang telah dinyatakan dalam isu sebelum ini. Laporan telah dibuat oleh YB Kesavan(ADUN Hutan Melintang-PKR) dan saudara Ariffin (PAS-Bagan Datoh) di Ibu pejabat polis daerah hilir perak.

Buat BN segeralah berhenti dari membuat fitnah dan sama2 kita berdoa agar Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam PRK KT yang akan datang.

DEMONTRASI KUTUK KEKEJAMAN ISRAEL.

Teluk intan. 2 jan 2009- Kekejaman yang telah sengaja dilakukan oleh rejim zeonis perlu dikutuk oleh seluruh masyarakat dunia. AMK Bagan Datoh tidak ketinggal dalam menyatakan bantahan keatas kekejaman tersebut. Demontrasi telah diadakan pada hari jumaat, seramai 400 orang telah menyertai bantahan tersebut. AMK yang beragama islam sempat menunaikan solat hajat bagi memohon kekuatan buat sahabat yang berada di Palestin.

Bagi yang bukan beragama islam bersiap sedia di perkarangan masjid untuk menyatakankan bantahan. Walaupun demontrasi diadakan diperkarangan masjid, ia tetap disertai oleh demonstran yang bukan beragama islam. Amk Bagan Datoh menyeru seluruh masyarakat Malaysia mendoakan sahabat di Palestin atas dasar kemanusiaan. Marilah kita bersama2 berdoa mengikut agama masing2 demi mendapatkan keadilan demi kemurnian kemanusiaan.

Klimaks demintrasi ini adalah apabila demonstran telah memijak2 bendera Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat. kemudian kedua2 bendera telah dibakar sehingga hangus. Demontrasi telah berakhir dengan bacaan doa, serta tiada apa2 perkara yang tidak diingini berlaku.

Isnin, 5 Januari 2009

Serangan kejam Zionis

PENDERITAAN SEORANG BAPA...

AMK Bagan Datoh amat berdukacita diatas penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman yahudi dan sekutunya.Kami menggesa semua parti politik di negara ini menyokong satu usul di Parlimen bagi mengutuk pembunuhan terbaru di Gaza bagi menunjukkan pendirian teguh negara dalam menentang tindakan ganas sebuah negara dan pendudukan haram.

Tindakan kejam Zionis ini tidak mengira waktu dan masa bahkan ianya dilakukan selepas sambutan krismas dan umat islam menyambut ketibaan Muharam, bulan pertama didalam kalendar islam.

Kali ini ia berlaku selepas Krismas, semasa kaum Muslim menyambut hari pertama tahun 1430 mengikut kalendar Islam, dan permulaan Muharram, satu daripada empat bulan penting dalam Islam.

Oleh yang demikian, AMK Bagan Datoh mengesa seluruh rakyat Malaysia supaya mendoakan penduduk yang teraniaya di dunia, dan berharap satu keputusan yang lebih berhati-hati dan penuh matang dapat dibuat oleh pemimpin dunia agar kewarasan dan kemanusiaan dapat dikembalikan di wilayah itu.

Serangan udara yang ganas oleh tentera Israel menampakkan sekali lagi sikap negara Zionis itu yang terus menunjukkan komitmen tidak ikhlas di meja rundingan, dan pada masa yang sama terbabit dalam tindakan membunuh dan membawa kemusnahan.

Keganasan kekal menjadi dasar dan agenda negara Israel, dan ia akan berterusan selagi komuniti antarabangsa, terutama negara barat yang menjadi sekutu Israel, tidak menunjukkan sebarang bantahan malah membenarkan dan menyokong tindakan pengecut negara itu terhadap orang awam yang tidak berdosa.

AMK Bagan Datoh mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini.Kami menyeru agar negara-negara umat Islam lain bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini

Ahad, 4 Januari 2009

PEMBOHONGAN TN. HJ. MP BAGAN DATOH

Satu lagi pembohongan besar telah dilakukan oleh MP Bagan Datoh yang telah disiarkan oleh Berita Minggu (4 Jan 2009-Ahad), tajuk yang diperbesarkan adalah PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS. Secara realitinya KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK tidak pernah berbuat demikian. Inikah sifat orang kuat UMNO Bagan Datoh yang dibanggakan, dan sekarang tengah melobi jawatan Naib Presiden untuk pemilihan pada Mac akan datang.

Buka mata, tanya diri orang2 UMNO Bagan Datoh, inikah pemimpin yang diagung2kan UMNO Bagan Datoh!!!!!

siakap senohong,
gelama ikan duri,
cakap bohong,
lama2 tak sedar diri(ZAHID HAMIDI).

Inikah yang MP Bagan Datoh ni dapat kat mekah.......... ingatkan boleh perjuangkan nasib orang2 Bagan Datoh, tapi perjuangkan retorik2 dan cerita rekaan untuk kepentingan diri sendiri dan kroni2 dia aje.

MP ni sepatutnya memohon maaf daripada KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK secara terbuka diatas fitnah yang sengaja diada-adakan demi mendapat simpati untuk PRK Kuala Terengganu. Sekiranya inilah modal kempen yang cuba dijaja oleh BN, seharusnya pengundi di Kuala Terengganu tidak tertipu dan terpengaruh buat kali ke-2.

AMK Bagan Datoh menafikan sekeras2nya kenyataan Tn. Hj. Zahid. Ia adalah dusta dan fitnah semata2. Orang yang melakukan fitnah, lebih besar daripada kesalahan membunuh. Ni le kerja Menteri yang menjaga kepentingan hal ehwal islam HADHARI....



Gambar kongres AMK nasional 2008

BARISAN AMK BAGAN DATOH