Sabtu, 10 Januari 2009

PRK Kuala Terengganu akan eratkan Pemuda Pakatan Rakyat

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang bakal diadakan tidak lama lagi, akan dijadikan jalan bagi memperkukuhkan pemuda Pakatan Rakyat serta membina kerjasama erat antara organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat.

AMK Bagan Datoh komitmen penuh untuk bekerjasama dengan Dewan Pemuda Pas dan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat seperti mana yang telah dicanang sebelum pilihanraya lepas.

Menjelang Pilihanraya Umum Kedua belas, satu dokumen bersama telah dilancarkan. Dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia itu telah menggariskan jatidiri anak muda Malaysia dan harapan perubahan yang didokong bersama.

AMK Bagan Datoh juga percaya struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat yang bakal dibentuk boleh memanfaatkan dokumen ini sebagai landasan bertolak untuk menggubal prinsip dan agenda bersama.

Cadangan berkenaan adalah selari dengan ketetapan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan pada 28 November 2008 lalu yang mahu hubungan antara organisasi pemuda parti-parti Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

AMK Bagan Datoh sejak dari awal lagi percaya struktur yang lebih rapat akan memberikan manfaat meluas. Pendirian bersama dapat dibentuk dan tenaga dapat disatukan. Namun pada masa yang sama harus ada keterbukaan untuk menerima perbezaan pandangan organisasi-organisasi komponen.

Sebarang cadangan dan kritikan untuk manfaat Pakatan Rakyat dapat disalurkan dengan berkesan melalui struktur formal ini. Pada masa yang sama, pandangan berbeza dan kritikan terhadap pendirian organisasi rakan dapat disalurkan melalui mesyuarat bersama dan tidak melalui media massa. Ini akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat berbanding penggunaan media massa sebagai medium.

AMK Bagan Datoh komited untuk bersama dalam usaha bersama membentuk struktur formal organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat dengan seberapa segera.

Tiada ulasan: