Ahad, 4 Januari 2009

PEMBOHONGAN TN. HJ. MP BAGAN DATOH

Satu lagi pembohongan besar telah dilakukan oleh MP Bagan Datoh yang telah disiarkan oleh Berita Minggu (4 Jan 2009-Ahad), tajuk yang diperbesarkan adalah PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS. Secara realitinya KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK tidak pernah berbuat demikian. Inikah sifat orang kuat UMNO Bagan Datoh yang dibanggakan, dan sekarang tengah melobi jawatan Naib Presiden untuk pemilihan pada Mac akan datang.

Buka mata, tanya diri orang2 UMNO Bagan Datoh, inikah pemimpin yang diagung2kan UMNO Bagan Datoh!!!!!

siakap senohong,
gelama ikan duri,
cakap bohong,
lama2 tak sedar diri(ZAHID HAMIDI).

Inikah yang MP Bagan Datoh ni dapat kat mekah.......... ingatkan boleh perjuangkan nasib orang2 Bagan Datoh, tapi perjuangkan retorik2 dan cerita rekaan untuk kepentingan diri sendiri dan kroni2 dia aje.

MP ni sepatutnya memohon maaf daripada KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK secara terbuka diatas fitnah yang sengaja diada-adakan demi mendapat simpati untuk PRK Kuala Terengganu. Sekiranya inilah modal kempen yang cuba dijaja oleh BN, seharusnya pengundi di Kuala Terengganu tidak tertipu dan terpengaruh buat kali ke-2.

AMK Bagan Datoh menafikan sekeras2nya kenyataan Tn. Hj. Zahid. Ia adalah dusta dan fitnah semata2. Orang yang melakukan fitnah, lebih besar daripada kesalahan membunuh. Ni le kerja Menteri yang menjaga kepentingan hal ehwal islam HADHARI....



Tiada ulasan: