Isnin, 5 Januari 2009

Serangan kejam Zionis

PENDERITAAN SEORANG BAPA...

AMK Bagan Datoh amat berdukacita diatas penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman yahudi dan sekutunya.Kami menggesa semua parti politik di negara ini menyokong satu usul di Parlimen bagi mengutuk pembunuhan terbaru di Gaza bagi menunjukkan pendirian teguh negara dalam menentang tindakan ganas sebuah negara dan pendudukan haram.

Tindakan kejam Zionis ini tidak mengira waktu dan masa bahkan ianya dilakukan selepas sambutan krismas dan umat islam menyambut ketibaan Muharam, bulan pertama didalam kalendar islam.

Kali ini ia berlaku selepas Krismas, semasa kaum Muslim menyambut hari pertama tahun 1430 mengikut kalendar Islam, dan permulaan Muharram, satu daripada empat bulan penting dalam Islam.

Oleh yang demikian, AMK Bagan Datoh mengesa seluruh rakyat Malaysia supaya mendoakan penduduk yang teraniaya di dunia, dan berharap satu keputusan yang lebih berhati-hati dan penuh matang dapat dibuat oleh pemimpin dunia agar kewarasan dan kemanusiaan dapat dikembalikan di wilayah itu.

Serangan udara yang ganas oleh tentera Israel menampakkan sekali lagi sikap negara Zionis itu yang terus menunjukkan komitmen tidak ikhlas di meja rundingan, dan pada masa yang sama terbabit dalam tindakan membunuh dan membawa kemusnahan.

Keganasan kekal menjadi dasar dan agenda negara Israel, dan ia akan berterusan selagi komuniti antarabangsa, terutama negara barat yang menjadi sekutu Israel, tidak menunjukkan sebarang bantahan malah membenarkan dan menyokong tindakan pengecut negara itu terhadap orang awam yang tidak berdosa.

AMK Bagan Datoh mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini.Kami menyeru agar negara-negara umat Islam lain bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini

Tiada ulasan: