Isnin, 21 Disember 2009

SEKITAR KONVENSYEN PR DI SHAH ALAM, 19 DIS 2009

DSAI






YB Salahuddin Ayub




Datuk Zaid Ibrahim


YB Lim Guan Eng




Dato’ Seri Abdul hadi Awang


CERAMAH ISU-ISU SEMASA...

TARIKH : 27 DISEMBER 2009
MASA : 9.00 MLM
TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT YB KESAVAN

PENCERAMAH

CHE’GU BAD (MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI PKR)


YB KESAVAN (ADUN HUTAN MELINTANG)


YB YUNUS (ADUN KUALA KURAU/KETUA AMKPERAK)


YB LEE KIM SHIN (ADUN KAJANG)





TARIKH : 29 DISEMBER 2009
MASA : 9.00 MLM
TEMPAT : DEWAN TOKONG BAGAN, RUNGKUP

PENCERAMAH:
DATO' SERI NIZAR

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

Rabu, 16 Disember 2009

bala oh bala...

PI Bala Subramanian gives a no holds barred interview in the presence of 3 prominent lawyers on what happened to him after he issued his Statutory Declaration in July 2008





Khamis, 3 Disember 2009

Esok genap sebulan.. sampai bila nak di umumkan lagi?

Esok 5 Disember 2009 genap lah sebulan Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai siapa MB Perak yang sah di tangguhkan? Seingat aku, semasa 5 November 2009, Hakim pada hari itu berkeras hendak menamatkan perbicaraan pada hari itu juga walaupun hingga lewat petang pun xapa.

Tapi ditangguhkan juga akhirnya. Tapi kenapa sampai sekarang masih belum buat keputusan? Aku selaku rakyat negeri Perak mahukan MB yang benar2 sah, MB yang benar2 dan patut berada di Pentadbiran Negeri Perak ini. Aku Pasti ramai lagi rakyat Perak termasuk pengundi atas pagar yang berfikiran sebegini. Yang akan menyokong MB Haram sekarang ni, hanyalah ahli2 setia UMNO sahaja.

Tidakkah Mahkamah Persekutuan merasakan kes ini terlalu besar untuk ditangguhkan begitu lama. Dan cukup besar kesannya andai keputusan yang salah dibuat. Ia akan melibatkan banyak kesan yang buruk andai terlalu lama di tangguhkan. Kerajaan di Perak sekarang ini umpama terumbang ambing selagi MB yang sah belum diputuskan. Pelabur2 susah nak membuat keputusan untuk melabur di negeri Perak tercinta kami. Dan kami rakyat Perak akan menerima kesan dan tempiasnya.

Salah satu kesan sudah kelihatan, PAFA atau Persatuan Bola Sepak Perak. Berlaku paksa memaksa untuk presiden yang asal melepaskan jawatannya, sedangkan ia telah dipilih secara sah melaui AGM. Dan kerajaan perampas xmahu memberi kerjasama pada awalnya untuk membantu sehingga lah pada saat2 terakhir baru hendak membantu.. Tidakkah Terumbang ambing salah satu organisasi milik kerajaan dan negeri Perak? Pemain-pemain mula membawa diri kerana situasi yang tidak menentu ini.

Banyak lagi yang boleh berlaku seandainya keputusan siapa MB yang sah terus ditangguhkan. KAMI RAKYAT PERAK MOHON MAHKAMAH PERSEKUTUAN SUAPAYA CEPAT DAN TEPAT DALAM MENILAI SEBAIK2NYA KES INI SUPAYA KEPUTUSANNYA DAPAT SEGERA DIUMUMKAN.Hakim2, beringatlah.. Job Position anda sudah diterangkan oleh Allah. Sebelah kaki hakim itu berada dineraka dan sebelah lagi di syurga.. Andai betul dan adil keputusan kamu.. Insyaallah, Allah akan memelihara pekerjaan dan diri kamu dan rakyat akan mendoakan kamu semua hakim2 yang adil itu.

Sah BTN Ejen Doktrinisasi UMNO

'Kami ditunjukkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang rakyat Amerika. Jurulatih memberitahu kami yang beliau seorang pengkhianat kepada negara kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan orang Amerika'. Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial.Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu.

"Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik," tambahnya. Ketua pelajar Universiti Malaya, Mohd Ridzuan Mohammad, yang pernah menghadiri program BTN pada 2004 berkata, malah terdapat ceramah yang mendakwa bahawa kaum lain menjadi ancaman kepada orang Melayu. Menurutnya, BTN tidak seharusnya membangkitkan sentiman perkauman yang akan mencetuskan perpecahan kaum.

Katanya, ini kerana program tersebut boleh mempengaruhi sesetengah pelajar yang hadir berhubung ideologi perkauman tersebut. Chin Shin Liang, seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menghadiri program BTN pada Disember 2008, turut berkongsi pengalamannya.

"Kami ditunjukkan klip video perhimpunan Bersih dan kemudian gambar negara Palestin yang dilanda perang dengan keterangannya: Apakah ini yang kita mahukan?... Kita juga ditunjukkan seorang pemprotes (tidak dikenalpasti) membaling batu," katanya.Sambil menyifatkannya sebagai "amat berat sebelah", Chin berkata: "Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air."

Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan. "Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu)," katanya.

Ianya seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan BN 'mewakili' negara ini dan harus ditaati tanpa dipersoalkan, katanya. Sementara itu, Fakhrul menyuarakan keraguannya mengenai pemilihan jurulatih BTN. "Saya fikir sesetengah jurulatih tidak layak kerana mereka begitu beremosi dan tidak intelektual dalam ceramah mereka. "Jika pelajar tidak bersetuju dengan pandangan jurulatih, mereka akan memarahinya di depan semua orang," katanya.

Petikan : Malaysiakini

Ahad, 29 November 2009

CERAMAH IBADAH QURBAN disampaikan oleh YB Ustaz Taib Azamuddin Muhd Taib pada 29 Nov 09 selepas solat maghrib di Markaz Tarbiah PAS, Kg Jamuan Tiada P


Keputusan mahkamah tinggi yang mengarahkan SPR mengadakan PRK di Kota Siputeh boleh memberikan kesan dan menggegarkan lutut tiga ahli “DUN Lompat” di Perak.”Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak permohonan SPR iaitu salah satu cawangan Umno di Negara ini,maka ini bermakna mahkamah juga mengiktiraf kuasa speaker mengatasi kuasa SPR dalam menentukan kekosongan kerusi DUN.”tegas YB Nizar.

Di Perak,speaker S.Sivakumar telah mengarahkan agar kekosongan di tiga DUN yang membabitkan ADUN dari PR yang telah melompat menjadi Adun bebas.Namun mengapa SPR tidak mengiktiraf kuasa speaker.Nizar juga berpendirian,sekiranya kuasa speaker terpakai di Kota Siputeh sudah tentu keputusan yang sama juga akan digunakan dalam kes di Perak dan kes 3 DUN “Lompat”ini akan ditentukan melalui suara rakyat dalam PRK yang akan diadakan di Perak nanti.

Beliau yakin bahawa kes di Perak berlaku kerana wujud tangan-tangan jahat dari luar yang telah mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh.”Jika Makamah Rayuan tak terima,ini jelas dan bermakna dalam kes 3 Dun di Perak akan konsisten ikut Mahkamah Tinggi.”katanya.

Beliau juga membayangkan bahawa jika ada PRK di tiga DUN ini,Pakatan Rakyat menyakini bahawa rakyat perak masih konsisten dalam memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi PRK tersebut dan mentadbir negeri Perak.

We continue to see high crime rate

Selasa, 17 November 2009

PRK lg!!!!!


KUALA LUMPUR 16 Nov. – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh hari ini diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini ekoran penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut.

Keputusan oleh Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin itu mengundang satu lagi pilihan raya kecil jika proses rayuan berakhir dengan mengekalkan ketetapan yang dibuat mahkamah hari ini.

Permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menangguhkan pilihan raya kecil yang patut diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi tersebut akan didengar Jumaat ini.

Hakim Alizatul membuat keputusan tersebut pada prosiding yang bermula pukul 5.30 petang dan hanya berakhir kira-kira pukul 7 malam ini.

Sejajar dengan pengisytiharan tersebut, Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) secara rasmi tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN Kedah, esok.

Dalam penghakiman yang mengetepikan keputusan SPR itu, Hakim Alizatul menyatakan, suruhanjaya berkenaan telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional ketika mengekalkan Abu Hassan sebagai Ahli DUN (ADUN) kawasan tersebut.

Tegas beliau, Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah (UTNK) menyatakan dengan jelas berlaku kekosongan kerusi sekiranya ADUN tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran Speaker bagi dua persidangan berturut-turut.

Selain itu, ujar beliau, mesyuarat yang gagal dihadiri oleh Abu Hassan pada 19 April dan 9 Ogos lalu adalah dua mesyuarat dalam satu penggal yang sama.

Pada hemat beliau, berdasarkan Perkara 2 undang-undang tersebut berhubung tafsiran mesyuarat dan penggal, SPR tersalah tafsir apabila mengkategorikan bahawa ia adalah dua mesyuarat dalam penggal yang berbeza.

Di samping itu, SPR telah tersilap apabila menerima sijil cuti sakit Abu Hassan yang dinamakan sebagai responden pertama walhal mereka tidak boleh berbuat demikian.

‘‘SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan,’’ katanya.

Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukan lagi seorang ADUN ekoran kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos lalu dan kerusi tersebut adalah kosong.

Abdul Isa turut memohon perintah mahkamah supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Speaker DUN Kedah itu memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu selepas SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih seorang ADUN.

Peguam Sulaiman Abdullah mewakili Abdul Isa sementara Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said mewakili SPR.

Menurut Kamaluddin, pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan tersebut.

Ketika ditemui pemberita sejurus selepas prosiding selesai, Abu Hassan berkata, beliau menerima keputusan mahkamah dan menyerahkan kepada peguamnya untuk meneruskan proses perundangan.

Ditanya sama ada beliau sedih atau kecewa, Abu Hassan menganggap ia perkara biasa bagi orang politik.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun mewakili Abu Hassan.

Sabtu, 7 November 2009

Mahkamah Tangguh Buat Keputusan - Komen Dato Seri Nizar



Putrajaya 5/10/2009 - Krisis perlembagaan negeri Perak dilihat semakin tiada menunjukkan tanda-tanda akan berakhir apabila Mahkamah Persekutuan menangguhkan pengumuman penghakimannya berhubung isu itu ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Panel lima hakim berkenaan menangguhkan pengumuman keputusannya setelah mendengar penghujahan secara panjang lebar selama lebih enam jam daripada tiga pihak yang terlibat dalam isu perlembagaan Perak itu. Para hakim yang menganggotai panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria dan Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Pada awal penghujahan, para peguam yang mewakili Dato Seri Nizar menggesa agar pihak mahkamah menimbang mengadakan panel penuh seramai 11 hakim untuk mendengar pembentangan hujah memandangkan kes ini adalah besar dan melibatkan penentuan kerajaan negeri. Namun permohonan tersebut ditolak.

Peguam utama Sulaiman Abdullah yang mewakili Dato Seri Nizar dalam hujahnya menyatakan kekesalan terhadap pihak mahkamah kerana menggunakan pendekatan yang tidak betul dalam melihat krisis perlembangaan di Perak. Perkara asas dalam artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Perak dengan jelas menyatakan seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan dan satu-satunya cara yang boleh menyingkirkan beliau ialah melalui undi tidak percaya oleh anggota dewan undangan negeri.

Hujah beliau telah disokong oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada 11 Mei dahulu namun telah diketepikan oleh Mahkamah Rayuan dalam penghakiman ringkas 19 jam kemudian.

Peguam Negara Abdul Gani Patail dalam hujahnya berkata bahawa Sultan Perak menimbang fakta serta keadaan yang wujud sebelum mengisytiharkan pada 5 Feb bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan fakta dan kronologi kes, beliau berkata bahawa pada masa dan keadaan ketika itu, Dato Seri Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam DUN Perak apabila 31 ADUN telah berjumpa dengan Sultan untuk menyatakan undi mereka.

Namun dalam penggulungan hujah, peguam yang mewakili Dato Seri Nizar membalas bahawa ketika Dato Seri Nizar memohon untuk membubarkan DUN Perak iaitu pada 4 Feb, beliau masih Menteri Besar yang sah dari segi undang-undang dan juga dari segi pernyataan Peguam yang mewakili Dato Seri Zambry. Berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak, Sultan mesti memperkenankan permohonan tersebut kerana ketika masa itu beliau (Nizar) adalah Menteri Besar Perak.

Krisis perlembagaan Perak ini bermula apabila SPR telah menidakkan permintaan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang telah menyatakan bahawa 3 kerusi DUN iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah dikosongkan.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, Dato Seri Nizar melahirkan rasa kecewa dengan penangguhan keputusan hari ini kerana kes berkenaan mempunyai kesan serius terhadap kepentingan awam.

Budget 2010 Forum





Islam and Democracy in East Asia



Anwar Ibrahim, leader of the Opposition in the Malaysian parliament and Former Deputy Prime Minister of Malaysia, speaks on governance, democracy and contemporary politics in Southeast Asia then joins T.J. Pempel, professor of political science at UC Berkeley, in discussion. Series: "Richard and Rhoda Goldman School of Public Policy at UC Berkeley"

Jumaat, 6 November 2009

DSAI GAGAL DAPAT BUKTI KES LIWAT

Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.

Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.

KERETA LAMA TUKAR BARU-POLISI 1 MALAYSIA YANG GAGAL


'Swap Skim' proton tamat serta merta...kerajaan sudah tarak duit nak tampung subsidi.Mengikut sumber-sumber dari para penjual kereta, Proton sudah menamatkan 'swap skim' telah dihentikan serta merta kerana proton menanggung hutang yang tinggi kepada wakil pengedar/penjual kereta proton.

Lagi sumber memberitahu kerajaan belum lagi menjelaskan subsidi RM5000 bagi sebuah kereta untuk pertukaran kereta baru. Hutang yang meningkat jutaan ringgit itu menyebabkan proton terpaksa menghentikan program 'swap skim' yang sebelum ini dilancarkan bagi membantu industri kereta tempatan terutama proton dan perodua.

Dan cakap-cakap dikalangan penjual dan pengedar perodua belum lagi mendapat arahan untuk menghentikan program 'swap skim' manakala proton menghentikan program tersebut hari ini dengan mengeluarkan pekeliling serta-merta.

Nampaknya polisi Dasar Automotif Negara bagi membantu pengeluar kereta tempatan gagal. Ini menunjukkan kerajaan tidak mempunyai dana lagi dan hutang subsidi kereta proton akan menyebabkan proton tersembab lagi.

Lagi polisi 1Malaysia gagal...proton merana...rakyat papa.....

Sabtu, 31 Oktober 2009

RESOLUSI KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK


IPOH : Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.
Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Khamis, 29 Oktober 2009

Pakatan Aduns, blocked, pushed and shoved ...



While BN installed Perak MB Zambry dismissed Pakatan's claim that they were roughed up at the car park by the police and that Sivakumar was choked, when they stripped him of the speaker's robe and songkok, leaving him with just the collar of the robe, this video shows that there was some 'roughing up'.

KENYATAAN MEDIA SIVAKUMAR DAN NIZAR


Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.

Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.

Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi.

Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku.

Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru.

Sementara itu Datuk Seri Nizar Jamaludin pula berkata, rombongan Adun PR telah dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN.

"Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami."

"Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan."

"Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan," ujarnya lagi.

SPEAKER YANG SAH,YB SIVAKUMAR DI KASARI


SPEAKER DUN PERAK YANG SAH,YB SIVAKUMAR telah dikasari oleh pihak-pihak yang menjadi balaci UMNO-BN.Beliau di kasari setelah enggan menyerahkan jubah nya.Dalam pergelutan itu,adun-adun pakatan rakyat yang lain telah membantu.kelihatan keadaan beliau setelah jubahnya berjaya di rampas.Inilah cara yang digunakan oleh puak UMNO-BN dalam menyekat kemaraan beliau sebagai seorang speaker yang sah.

Rabu, 28 Oktober 2009

SIDANG DUN PERAK










halangan biasa yang di gunakan adalah dengan membariskan pasukan keselamatan bertopi merah,siap berperisai dan cota di tangan.walaupun kenderaan adun pakatan rakyat tidak dibenarkan masuk,terpaksa di letakkan di luar bangunan suk kecuali adun aulung.Apa yang diketahui kesemua adun pakatan rakyat telah diberikan pelekat kenderaan bagi membenarkan masuk ke bangunan suk namun di halang.Hanya kenderaan polis sahaja yang banyak memenuhi bangunan tersebut. Namun kesemua adun pakatan rakyat tetap bersemangat bagi meneruskan agenda mempertahankan amanat rakyat.kelihatan speaker yg sah.yb sivakumar lengkap berpakaian, bersama adun-adun pakatan yg lain sedang menghampiri bangunan suk untuk menghadiri sidang dun. Tetapi kawalan ketat oleh pihak polis harus ditempuhi,dan hanya adun-adun pakatan rakyat saja yang di benarkan masuk.

Isnin, 26 Oktober 2009

ZAMBRY TIDAK BERANI PERTAHAN "GANESAN"

"MENTERI BESAR HARAM BARISAN NASIONAL", berada dalam keadaan perit dan dilema, macam pepatah telan mati mak luah mati ayah. Dimana Zambry tidak menjawab soalan kedudukan Ganesan yang melanggar undang-undang Negeri Perak mengenai status sebagai peguam dimana sampai 27hb Ogos Ganesan masih pengamal peguam yang aktif. Jadi dia hilang kelayakan sebagai Speker, demikian penegasan Menter Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa berucap dalam Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di hadapan Pejabat PAS Perak disini.

Nizar juga menjelaskan tindakan Ganesan "back dated" surat akuan bersumpah ke 6hb Ogos jelas menyalahi undang-undang, budak Pasti pun tak berani buat" tegasnya.

Beliau juga mendedahkan siak dan bilal memaklumkan kepadanya pada satu jamuan di Taiping saguhati RM500 tidak dapat lagi, sedang ianya dijanjikan Zambry dibayar sebelum hari raya lepas.

Ds. Nizar juga mengesahkan Sivakumar memiliki jubah dan songkok yang asli sedangkan Ganesan memiliki yang dicuri.

Disamping itu, beliau mempertikaikan sekiranya BN berkata benar, apa guna panggil polis kawal 500 meter disekelilingnya.

Beliau juga memohon pihak polis jangan masuk campur sidang DUN Perak, kami datang dengan surat dari Sivakumar Speaker yang sah.

"Akibat dari pelanggaran undang-undang maka DUN Perak mesti dibubarkan" tegasnya.

Akibat dari Speaker haram, maka surat haram, sidang haram dan bajet juga haram, jelasnya.

MB Pakatan Rakyat itu menyatakan sekiranya permohonan Speaker mengosongkan 3 kerusi diterima oleh SPR maka sudah lama krisis di Perak sudah dapat diselesaikan.

Kesan dari krisis ini pelabur asing segan nak datang ke Perak akibat keadaan tidak menentu.

Audit Negara juga telah memberi komen yang baik kepada Kerajaan PR Perak, tahap baik dan cemerlang.

Beliau juga berkata, Najib telah rasuah rakyat Perak untuk kumpul orang Perak, dengan 1500 bas, dengan belanja RM600,000.

"Kami akan serahkan kuasa kepada rakyat sekiranya saya menang pada 5 Nov ini dan saya cabar Zambry-bubar Dun" tegasnya.

Ds. Nizar mendedahkan defakto MB di Perak adalah SUK, Zamry boneka kepada Dato' SS, dia mengarahkan segala-galanya.

NIZAR POHON SULTAN PERAK TANGGUH SIDANG DUN


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin membuat permohonan peribadi melalui media kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, 28 Oktober ini.

Nizar berkata, permohonan dibuat atas alasan Datuk R Ganesan telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, perkara 36 (a) (5) kerana didapati menyamar sebagai Speaker DUN.

“Atas kedaulatan undang-undang, maka kita tidak mahu dewan yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang pembohong, itulah sebenarnya mahu dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka faham bahawa Ganesan ini pengkhianat, persidangan yang beliau panggil itu adalah sidang tidak sah dan kami (Pakatan Rakyat) mahu sidang ini ditangguhkan,” katanya kepada pemberita, di Pejabat Pas negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga mengecam tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang sejak dari rampasan kuasa tempoh hari yang didakwanya dalang permainan politik Perak.

Nizar mendakwa, Dr Abdul Rahman juga telah mengarahkan Ganesan dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Khadir menukarkan bentara Dewan dengan samseng UMNO seramai 15 orang.

“Sumber ini kami peroleh dari orang dalaman mereka juga dan kami mengharap sangat supaya pihak polis memastikan keselamatan kami wakil semasa sidang DUN nanti.”

“Hakikatnya Zambry tidak ada kuasa sebaliknya beliau hanyalah boneka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri termasuklah Ganesan,” katanya.

KEMERIAHAN MAJLIS RUMAH TERBUKA PAKATAN RAKYAT PERAK





Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat perak yang julung-julung kali diadakan di Perkarangan Pejabat PAS Perak disini malam tadi(25.10.2009) mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga Perak. Dianggarkan lebih 5000 orang hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu.

Disamping dengan jamuan dari pelbagai menu istemewa dipersembahan juga persembahan nasyid, tarian kebudayaan Cina dan India.

Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hadir pada majlis tersebut disamping hadir sama ialah pesuruhjaya PAS Perak, ust. Abu Bakar Hussain dan Pengerusi keadilan Perak yang baru, Sdr. mustafa kamil Ayob.

Ketiga-tiga pemimpin utama parti PAS, DAP dan PDKR menyampaikan ucapan masing-masing dan terakhir Menteri besar perak pakatan Rakyat menyampaikan ucapannya.

"BATON" PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT DI PERINGKAT NEGERI DIROMBAK


PKR telah membuat beberapa perubahan kepada kepimpinan PKR di peringkat negeri bagi memantapkan lagi gerak kerja parti.

Pengerusi PKR Sabah kini beralih tangan kepada Thamrin Zaini bagi menggantikkan Azmin Ali, manakala di Sarawak pula, Baru Bian mengambil alih baton Pengerusi PKR Sarawak daripada Mustafa Kamil Ayub.

Pelantikan mereka yang merupakan anak jati Sabah dan Sarawak, diharapkan dapat menjadikan PKR lebih mantap dan diterima oleh masyarakat di sana.

Mustafa Kamil Ayub yang dahulunya pengerusi pkr di Sarawak, telah dipilih sebagai Pengerusi PKR Perak bagi menggantikkan Hj Osman. Don't worry... kita bagi dia chance tapi sekiranya dia buat 'slack', kita hentam dia. Yang dia buat betul atau baik, kita sokong tapi kalau dia lari daripada landasan, kita tegur dan beri kritikan membina. Tapi.... kalau pemimpin yang telah dipilih ego, degil dan besar kepala, kita kempen untuk nyahkan dia melalui tulisan-tuliasan kita. Kita dedahkan kelemahan-kelemahan dia sehingga dia tersingkir.

So, for the time being, kita terima apa yang diberikan kepada kita dengan harapan Mustafa Kamil Ayub akan membawa perubahan yang positif kepada usaha untuk memantapkan PKR Perak.

Rabu, 21 Oktober 2009

BN" RAMPAS" PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT

Angkatan Muda keadilan (AMK) mengakui perjuangan 16 September yang sering disebut-sebut oleh Pakatan Rakyat akhir tahun lalu telah “dirampas” oleh BN apabila tarikh tersebut diumumkan sebagai satu cuti umum.Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Mat Akin bagaimanapun berpendapat, pengumuman itu juga merupakan satu bentuk sokongan kerajaan BN ke atas usaha-usaha yang dilakukan Pakatan Rakyat untuk membina kesamarataan di antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.”Ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk membina kefahaman bahawa Pakatan kini telah sudah berupaya menjadi kerajaan,” katanya.Shamsul berkata BN juga kini tidak lagi mempunyai idea baru untuk diketengahkan sehingga “terpaksa mengambil idea Pakatan Rakyat.”"Bukan sahaja ini memberi sokongan kepada perjuangan Pakatan selama ini, mereka juga nampaknya telah hilang punca untuk mendepani tuntutan daripada pemimpin BN serta rakyat di sana dengan memberikan cuti umum ini,” katanya lagi.Pakatan Rakyat telah menimbulkan isu sambutan Hari Malaysia dengan giat ketika cuba meraih sokongan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak, dalam usahanya mengambil alih kerajaan persekutuan menjelang 16 September tahun lalu.Katanya lagi, pengumuman cuti umum itu hanyalah sebahagian kecil daripada usaha Pakatan selama ini untuk memberi lebih pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia.Bayaran royaltiTambahnya, pengumuman cuti umum itu juga tidak memberi gambaran sebenar berhubung sambutan Hari Malaysia, sedangkan dua negeri tersebut masih terpinggir dalam bidang ekonomi.”Najib melihat kepada (retorik) sambutan Hari Malaysia dan bukannya pengisian hari tersebut. Pengumuman cuti umum ini hanya untuk memperingati penggabungan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia,” katanya.Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan sebaliknya perlu memberi bayaran royalti sewajarnya kepada Sabah dan Sarawak, sebagai pulangan daripada sumber petroleum daipada negeri berkenaan.Shamsul menjelaskan, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, ketidakseimbangan ekonomi antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan terus berlanjutan.”Dari segi kemiskinan Sabah masih dianggap negeri miskin, termasuk Sarawak. Negeri ini juga masih ketinggalan dari segi pendidikan dan infrastruktur,” katanya lagi.Tuntuan untuk menaikkan kadar royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada 5 peratus kepada 20 peratus itu merupakan salah satu modal PKR bagi meraih lebih banyak sokongan di dua negeri berkenaan.Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjanji untuk menyemak semula perjanjian antara kerajaan negeri berkenaan dengan kerajaan persekutuan yang dibuat pada 1976, untuk menaikkan kadar royalti berkenaan.

Ahad, 18 Oktober 2009

Isu PKFZ dapat liputan Al-Jazeera





With billions in cost overruns and unpaid loans, Malaysia's Port Klang Free Zone (PKFZ) is a mega venture gone wrong. 101 East investigates a billion-dollar land scandal linked to an international free trade zone of Malaysia's main port.

Pilihanraya Kecil Lenggeng Negeri Sembilan?


Satu maklumat hangat di kalangan PAS dan UMNO sendiri di sini. PRK Lenggeng mungkin berlaku apabila mesyuarat UMNO peringkat pusat memberi lampu hijau.

ADUN Lenggeng sekarang adalah wakil UMNO yang dipilih Khairy. Diburukkan lagi dia terbabit dalam satu kes rasuah walau setahun jagung menjadi YB. Sebelum ini, Lenggeng adalah kubu kuat Sahak yang pro Mahathir dan pro Najib.

Perkembangan terbaru di Bagan Pinang, di mana kembalinya pengundi berbilang kaum kepada BN, dan kekalahan calon PAS, PJ N9 yang juga bekas calon di kawasan Lenggeng PRU12 lepas, menyebabkan UMNO berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada skang. Melalui SPRM.

* SPRM membuktikan pendakwaan mereka tidak terpilih
* Sahak mendapat liputan istimewa dalam ucapan perhimpunan UMNO baru2 ini
* Kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah anak jati Lenggeng dan juga bekas calon
Lenggeng.
* Suntikan moral kedua untuk UMNO
* Penyusunan orang2 Najib selepas Isa Samad

Lengeng adalah satu kawasan yang bertaraf pendalaman. Lenggeng lebih 'estet' dari Bagan Pinang. Rakyatnya adalah penyumbang kepada kekuasaaan BN. Majority adalah orang asli dan Melayu yang hanya ada TV dan astro, membaca akhbar Metro dan Mangga.

Happy Depavalli


AMK Bagan Datoh Mengucapkab Selamat Hari Depavalli kepada semua.

Rabu, 14 Oktober 2009

Duta Oh Duta.....


Dalam setiap kempen pilihanraya kecil, Umno dan Barisan Nasional menyerang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diatas hubungan eratnya dengan kerajaan Amerika Syarikat terutamanya ketika negara kuasa besar tersebut dipimpin oleh George W. Bush dari parti Republikan.

Diantara gambar yang sering dimainkan oleh jentera perang saraf Umno-BN ialah gambar pertemuan diantara Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar dan Azmin Ali bersama Paul Wolfowitz bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS.

Diatas ialah gambar pertemuan diantara Duta Besar Malaysia ke AS, Jamaluddin Jarjis (JJ) bertemu Paul Wolfowitz. Mesej apakah yang disampaikan oleh JJ kepada Wolfowitz bagi pihak Najib Razak?

Apakah ini kesinambungan pertemuan diantara Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bersama Perdana Menteri Israel?

Selasa, 13 Oktober 2009

Masa Terbaik Untuk Bubar DUN Perak

Sejumlah 92.15 peratus daripada 1,846 responden memilih supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala 3.74 peratus menolak dan 4.12 peratus berkecuali melalui satu kempen Mengumpul Suara dan Pendapat Rakyat Tentang Krisis Politik Perak.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Perak, Ir Megat Sharifuddin Ibrahim berkata, kempen terbabit merupakan fasa pertama di mana ia telah dilancarkan pada 9 Ogos yang lalu dan berakhir pada 23 September.

Katanya, berdasarkan kepada keputusan kajian yang dijalankan, kebanyakan responden yang ditemui berpendapat DUN Perak wajar dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik terbabit.

“Kita telah edarkan poskad kepada kalangan NGO yang ingin menyertai kempen ini malah kita turut mengambil pendapat daripada rakyat jelata bagi mendapatkan pandangan mereka sendiri berhubung isu tersebut.

“Pihak kami telah menjalankan kajian di tempat tumpuan orang ramai seperti di Pasar Jelapang, Masjid Negeri Perak, Pasar Kamunting dan pekan Changkat Jering bagi fasa pertama program terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Gabungan NGO-NGO Perak merupakan sebuah gabungan yang telah berjaya mengumpulkan hampir 50 NGO di negeri Perak yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India dan juga dari pelbagai agama dan jenis aktivisme.

Objektif utama gabungan ini diwujudkan ialah untuk memperkasakan suara rakyat terutama sekali dari kalangan ahli NGO-NGO supaya dapat menjadi pemangkin ke arah kebaikan dan kesejahteraan kepada semua rakyat negeri Perak tanpa mengira apa jua latar belakang.

Megat Sharifuddin berkata, kempen tersebut telah digerakkan dan dijalankan tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak termasuklah parti-parti politik dan ia lebih kepada untuk mengangkat suara dan pendapat rakyat.

“Suara rakyat terutama sekali dari kalangan pelbagai kaum dan agama yang komited dengan aktivisme NGO masing-masing sangat mustahak didengari oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali pemimpin-pemimpin politik dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis politik di negeri Perak yang tercinta ini.

“Berdasarkan kepada kajian ini, kami mendapati majoriti daripada mereka mahukan supaya DUN Perak dibubarkan bagi mengatasi krisis politik negeri Perak dan oleh itu kami sangat berharap pihak pemerintah serta semua yang terlibat termasuklah parti-parti politik memberi perhatian yang sewajar kepada suara rakyat ini,” katanya.

Katanya, kegagalan untuk memberi perhatian serius kepada suara rakyat ini boleh mengakibatkan suasana gelisah, perasaan tidak-tenteram dan ketidakpuasan hati akan terus berpanjangan terutama sekali di kalangan rakyat negeri Perak.

Ini sudah tentu akan menyukarkan lagi urus-tadbir sebuah negeri, membantut urusan ekonomi negeri dan seterusnya mungkin juga akan menggugat kesejahteraan dan kemakmuran negeri Perak yang tercinta.

Kejutan Kedua TS Isa Samad


TS Isa Samad telah mengejutkan kita sekali lagi. Dan kali ini kejutan beliau amat mengejutkan. Kemenangan majoriti besar di Bagan Pinang akan terus menjadi ingatan dan sebutan tambahan UMNO amat memerlukan kisah-kisah kejutan sebegini untuk menaikkan semula semangat ahli-ahli umno yang telah lama tidak mengecapi kejutan kemenangan yang sedemikian.

Namun imbasan kembali kejutan pertama TS Isa Samad berakhir dengan satu tragedi bagi diri beliau. Kejutan yang dimaksudkan ialah kemenangan besar beliau ketika bertandingan jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi). kemenangan ini amat mengejutkan kerana beliau telah menewaskan nama-nama besar ketika itu termasuklah TS TPM kita sekarang.

Kejutan kali pertama ini berakhir dengan pengantungan beliau dalam UMNO. Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang. Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Dan kejutan kali kedua ini adakah beterusan membawa kegembiraan kepada TS Isa Samad atau juga membawa tragedi lebih mengejutkan. Sama-samalah kita nantikan.

1Malaysia-Rasuah Meningkatkan Taraf Hidup!!

UBN bolot undi pos N31


Perkara pelik...

1) PAS langsung tidak mendapat walau 1 undi pun dari Peti 14,15 dan 16.

2) Masih ramai tidak tahu mengundi seolah-olah askar-askar ini tidak bersekolah

Melihat carta disebelah ini sudah tentu anda akan berkata dalam hati...memang tidak logik terutama di peti 14, 15 dan 16 iaitu peti yang datang dari Mindef.

PAS tidak mendapat sebarang undi dari ketiga-tiga peti undi. Pelik tetapi benar.

Tetapi inilah yang berlaku di dalam pilihanraya di sebuah negara yang mengaku maju dan hebat.

Sistem pilihanrayanya lebih teruk dari negara-negara seperti Mali, Ivory Coast, Gabon, dan lain-lain.Malah ianya jauh bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengan negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.

Inilah 'standard' SPR, sebuah badan yang mengaku adil tetapi tidak pernah adil.

Ahad, 11 Oktober 2009

Keputusan Tidak Rasmi PRK Bagan Pinang

1 Isa Samad United Malay National Organisation 7821
2 Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar Parti Islam Semalaysia 2490




Total Majoriti:
5331 (Tidak Rasmi)

Pemimpin UMNO Ugut tentera di Bagan Pinang

PRK Bagan Pinang - Sedikit Bingkisan


kenyataan cikgu bard berkenaan serangan penganas umno


Islam Parah di bawah pemerintahan Umno Bn


sindiran dsai yg syok-syok belaka


UMNO bertindak ganas di Bagan Pinang! tunjuk samseng! pengecut!

PRK Bagan Pinang - Undi Pos Menyebelahi Pas





Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) mengira undi pos di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mulai kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak dapat menjangkakan sokongan yang bakal diterima dari anggota pasukan keselematan yang mula membuang undi pada 8 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tambahnya, "ia (undi pos) lebih kepada kita" dan "nampak memberangsangkan".

Sementara itu, mengulas perjalanan pilihan raya kecil DUN itu, Md Nor berkata, setakat ini peratusan keluar mengundi agak perlahan ekoran keadaan cuaca yang kurang baik.

"Hujan pun baru berhenti. Lepas ini kita jangkan akan lebih ramai keluar. Mungkin lebih ramai daripada peratusan yang lalu," tambahnya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir Kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara.

PRK Bagan Pinang - Undi Pos Menyebelahi Pas





Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) mengira undi pos di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mulai kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak dapat menjangkakan sokongan yang bakal diterima dari anggota pasukan keselematan yang mula membuang undi pada 8 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tambahnya, "ia (undi pos) lebih kepada kita" dan "nampak memberangsangkan".

Sementara itu, mengulas perjalanan pilihan raya kecil DUN itu, Md Nor berkata, setakat ini peratusan keluar mengundi agak perlahan ekoran keadaan cuaca yang kurang baik.

"Hujan pun baru berhenti. Lepas ini kita jangkan akan lebih ramai keluar. Mungkin lebih ramai daripada peratusan yang lalu," tambahnya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir Kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara.

PRK Bagan Pinang : Gambar Sekitar Kejadian Serangan Samseng Umno Jam 2 Pagi






Aku sampai kat situ masa keadaan dah reda. Ada sorang mamat yang kat baju dia ada logo Umno cerita kejadian bermula bila dua orang geng motor Umno masuk ke tempat PAS kemudian diperambat dengan parang. Dia bagitau budak Umno tu kena tetak dengan parang. Jadinya geng-geng Umno yang dengar cerita tu terus angkat geng nak serang balik.

Versi sebelah PAS pulak cerita mat rempit tu mungkin bengang sebab geng PAS berkumpul di tepi jalan sambil kibar bendera. Bila dia pusing balik nak sound la kut, ada penyokong PAS ambik gambar dia. Dia marah dan dia libas dengan topi keledar. Kena ka dak tak pulak perawi tu cerita.

Perawi tu kata penyokong PAS yang tengok aksi dia tu terus perambat mamat tu. Masa dia nak pecut motor nak blah tu dia bergesel dengan motor member depa jugak dan terbalik.

Member depa yang lain terus blah balik ke Bilik Gerakan BN yang tak jauh dari situ dan bawak geng nak 'selamatkan' member depa yang terjatuh tadi la kut. Bila dah ramai geng motor budak-budak Umno macam nak pi serang puak-puak PAS pun ramai jugak la yang keluar. Jadinya memang kecoh la kat situ.

Cerita versi PAS tu habih kat situ pasai lepas tu perawi tu cuma tengok dari jauh kut pasai dia pun tak cerita apa berlaku seterusnya. Dia tutup cerita dengan bagitau yang polis takdak tangkap sapa-sapa. Polis cuma ambik budak rempit Umno yang jatuh tu, mungkin bawak pi Bilik Gerakan BN la kut.-ihsan bloglist

Sabtu, 10 Oktober 2009

ZAHID HAMIDI TUDUH PAS BERBOHONG

Dakwaan Pas bahawa ahli Pergerakan Pemuda UMNO melakukan serangan ke markas mereka termasuk mencederakan ahlinya menggunakan pedang Samurai dan batang besi tidak berasas sama sekali.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, itu semua merupakan propaganda parti itu untuk meraih simpati ekoran kempen mereka tidak mendapat sambutan.

Katanya, ini kerana tidak ada laporan polis dibuat berhubung dakwaan itu sebaliknya mereka hanya menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anggota Pas di seluruh negara untuk memberitahu kononnya kejadian itu berlaku.

"Tetapi tidak ada laporan polis. Bila tidak ada laporan polis bermakna ia sengaja diada-adakan untuk menakutkan pengundi," katanya pada sidang akhbar di pusat operasi Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini hari ini.

Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub pada sidang akhbarnya mendakwa terdapat ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang ala komando telah menyerang markas mereka termasuk menyerang menggunakan pedang Samurai dan batang besi.

Menurut Ahmad Zahid, Pas sanggup mereka-reka cerita seperti itu bagi menagih simpati pengundi.

"Pemuda UMNO tidak sejahat yang dituduh," katanya.

YANG NI PULA TUDUHAN TAK BERASAS JUGA KE?TIMBALAN MENTERI BELASAH KEKASIH ANAKNYE.

Gara-gara berkawan dengan anak perempuan timbalan menteri, seorang lelaki mendakwa telah diugut dan dibelasah teruk oleh timbalan menteri tersebut dengan konco-konconya hingga membuatkan dirinya menjadi cacat, tulang tengkoraknya patah, remuk dan kemek sementara mata sebelah kirinya kabur.Ekoran daripada kecacatan yang dialami, lelaki tersebut Amir Bazli Abdullah,37 yang berasal dari Kota Bharu Kelantan mendakwa tidak boleh lagi bekerja untuk menyara dua orang anaknya dan semua keperluannya kini ditanggung oleh ahli keluarganya.

Menurut Amir yang menduda sejak lapan tahun lalu dan punyai dua orang anak, kejadian itu berlaku pada 16 Januari 2006 di sebuah taman rekreasi di Country Height, Kajang dan seterusnya meleret hingga ke rumah timbalan menteri tersebut.

Menurut beliau pada tarikh tersebut lebih kurang pukul lO malam ketika beliau hendak membayar duit minyak di stesyen Petronas di Uniten Bangi, tiba-tiba seorang lelaki memanggil dan menariknya keluar dari keretanya.

Tanpa banyak bicara katanya, lelaki tersebut menariknya masuk ke kereta yang telah sedia menunggu dan berkata “Bos nak jumpa! Ikut saja arahan dia, jangan banyak cakap, kalau tidak boleh sakit.”

Kemudian katanya, beliau dibawa ke taman rekreasi Country Height Kajang dan di sini beliau melihat timbalan menteri tersebut datang dengan dua tiga buah kereta.

“Bila dia datang, saya tunduk sambi! menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tiba-tiba tanpa bercakap beliau menumbuk muka saya dengan kuat hingga membuatkan batang hidung saya patah. Mata sebelah kiri saya bengkak dan darah banyak keluar dari hidung. Saya menutup muka dengan tangan,” cerita Amir.

PERINGATAN BEKAS MUFTI PERLIS,DR ASRI KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG.

"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."

Demikian pandangan sisi agama oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily pagi ini bagi memilih ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih oleh para pengundi Bagan Pinang yang akan membuang undi Ahad ini (11 Oktober)

Beliau yang masih tetap dengan pendirian bahawa para pengundi mestilah memilih calon dan bukannya parti yang bertanding sekaligus merujuk istilah siyasah syar�iyyah yang disebut al-Quwwah dan al-Amanah iaitu yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut.

Dua ciri yang disebut dalam al-Quran ini katanya bermaksud: �Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah� (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini kata Asri penting dalam apa tugasan yang dihendak diserahkan kepada seseorang.

"Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku.

"Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai," katanya tegas.

Bagi Pengundi Bagan Pinang katanya hendaklah dengan teliti menilai perkara ini dan kesimpulannya ialah memilih yang berkemampuan dan amanah kerana ianya memenuhi tuntutan Islam.

Beliau di samping itu turut menasihati penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

"Jika kita sesama muslim bergaduh dan �berperang� antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?"

Bekas pensyarah itu juga tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya justeru menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup adalah tanggungjawab terhadap Islam

"Maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

"Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)...(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)," katanya merujuk insiden pergaduhan dan provokasi yang berlaku di Bagan Pinang baru-baru ini.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Sekitar PRK Bagan Pinang


PUTRAJAYA, 19 Sept - Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.

Ini kerana rakyat akan melihatnya sebagai mewakili Umno dari seluruh negara dan menggambarkan pendirian Umno, katanya.

"Macam satu orang boleh menang jadi Presiden Umno tapi tak bermakna dia boleh menang pilihan raya," katanya.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Okt dan penamaan calon pada 3 Okt. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional pada 4 Sept akibat jangkitan dalam darah.

Mengenai kemelut MCA, Dr Mahathir berkata ia boleh selesai sekiranya para pemimpin parti meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.

Mereka, katanya, perlu sedar yang utama parti dan bukannya mereka.

"Seorang pemimpin tidak akan membuat sesuatu untuk merosakkan parti," katanya.

"Kalau you (pemimpin) tahu you dah tak layak kerana apa-apa. You berhenti. Jangan nak pegang (jawatan) saja," katanya.

Beliau berkata pemimpin harus sedar kerana partilah, mereka mendapat kedudukan.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, mesyuarat agung luar biasa MCA boleh menyelesaikan kemelut parti itu jika para pemimpin parti itu mengutamakan kepentingan parti.

Kemelut MCA itu menjadi hangat apabila timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat kerana masalah disiplin berhubung isu skandal seksnya.

-- BERNAMA

Jumaat, 18 September 2009

SALAM AIDILFITRI...



AMK Bagan Datoh mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua lapisan masyarakat.

Sabtu, 12 September 2009

PRK N31 Bagan Pinang - Isa Samad Di Pilih Sebulat Suara..


PORT DICKSON: Umno Bahagian Teluk Kemang yang bermesyuarat semalam sebulat suara menamakan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ketua Pemuda bahagian itu, Mohd Faizal Ramli, berkata pencalonan Mohd Isa yang juga Ketua Umno bahagian itu mendapat sokongan sebulat suara 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian yang menghadiri mesyuarat, petang semalam.

"Kita tidak memperincikan calon lain, sebaliknya AJK yang hadir menyatakan sokongan sebulat suara kepada beliau (Mohd Isa) kerana yakin pengalaman dan ketokohannya mampu membantu BN mempertahankan kerusi itu," katanya.
Mohd Faizal yang juga Timbalan Pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN berkenaan berkata, tindakan bahagian itu bukannya menentang arahan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta beberapa nama disenaraikan.

"Kita bukan tidak mengikuti arahan beliau (Muhyiddin) tetapi Umno bahagian berpendapat Tan Sri Mohd Isa adalah calon terbaik. Kita berharap pucuk pimpinan menghormati dan mendengar keputusan akar umbi," katanya.-Bharian