Ahad, 3 Februari 2013

BANTUAN ATAU BAHAN KEMPEN


 Sekarang ini, YB. Ahli Parlimen masing-masing sibuk dengan tambahan tugasan iaitu menyerahkan wang bantuan permulaan sekolah bagi murid-murid sekolah rendah/ menengah sejumlah RM100 seorang. Kita masih ingat tahun lalu, tidak perlu pun mereka turun menyampaikannya dengan hanya diwakili oleh AJK Umno/ BN bahagian masing-masing. Tapi berbeza tahun ini. Apakah maknanya semua itu. Kalaulah tidak YB itu sendiri, wakil bagi pihaknya hadir untuk menyampaikan ucapan " kempen " dan serah wang bantuan tersebut. Yang lagi pelik, adakah adil RM 100 untuk semua murid tanpa melihat latar belakang murid tersebut ? Anak orang kaya dapat RM 100, anak orang miskin pun dapat RM 100. Mana yang lebih memerlukan bantuan ? Pihak sekolah pula terpaksa mengikut telunjuk sang penguasa sehingga YB2 BN disediakan jadual. Ada yg terpaksa datang kesekolah jam 4 petang. 

Cadangan: Jika BN ikhlas nak bagi bantuan RM100, apa kata buka akaun SSPN atau mana2 bank untuk setiap murid. kemudian pan ja RM100 tu dlm akaun, menjimatkan masa dan duit(tak payah nk buat jamuan2)

Tiada ulasan: