PERUBAHAN bukan satu takdir yang harus ditunggu, sebaliknya merupakan tanggungjawab menggerakkan massa kearahnya
Selasa, 17 September 2013
Terima Kasih Chin Peng
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Ching Peng yang telah meninggal dunia.
Nama Chin Peng ini bukan saja digeruni oleh barua penjajah malah sehingga akhir riwayat dia dengan abu mayat pun masih lagi ditakuti barua warisan penjajah.
Jika Henry Gurney bukan anak kelahiran Malaysia, bapa pengasas negara israel diabadikan namanya di sekolah dan jalan dalam Malaysia.
Chin Peng anak kelahiran Sitiawan, Perak, pejuang kemerdekaan negara dan orang yang bertanggungjawab membunuh Henry Gurney tidak dibenarkan balik ke Malaysia tanah kelahiran dia, malah abu mayat pun tidak dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia.
Tika mana kita berbangga dengan bangunan tinggalan warisan penjajah dalam negara kita, pejuang kemerdekaan kiri negara ini dinafikan hak dan keinginan beliau pada saat akhir hidup untuk pulang ke Malaysia
Ini membuktikan bahawa sejarah pejuang kiri negara Malaysia itu bukan saja cuba disembunyikan malah barua warisan legasi penjajah ini masih lagi mahu membodohkan rakyat. Sepatutnya sejarah itu diraikan dan diberi penghargaan kepada siapa saja susuk tubuh atau gerakan yang lawan menetang penjajah.
Sejarah sebenar perlu dihormati agar disiplin ilmu itu difahami, Biarlah generasi kini dan akan datang terus mencari, membaca sejarah sebenar serta menilai dan akhirnya sejarah yang digelapkan itu akan terus dipertikai generasi demi generasi.
Terima kasih komrad Chin Peng
Terima kasih wahai pejuang kemerdekaan Malaya
SAMM PERAK
16 September 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan