PERUBAHAN bukan satu takdir yang harus ditunggu, sebaliknya merupakan tanggungjawab menggerakkan massa kearahnya
Jumaat, 20 Mac 2009
Khamis, 19 Mac 2009
Rabu, 18 Mac 2009
RETREAT AMK PERAK BERJAYA.
Taiping, 14 mac 2009-segala tindakan memerlukan kekuatan dalaman dan juga luaran. AMK mengambil inesiatif untuk memperkasakan lagi kekuatan dengan menganjurkan retreat peringkat negeri Perak. ia telah dipertanggungjawabkan kepada Exco Latihan dan Kepimpinan AMK Negeri(Saudara Yahya-ketua AMK Bagan Datoh)dari segi pelaksanaannya. ia secara tidak langsung memberi suntikan moral dalam menghadapi PRK Bukit Gantang dan memperkukuhkan lagi group binding didalam organisasi AMK itu sendiri. menurut saudara Yahya, pengisian program adalah berdasarkan keperluan pada masa kini. pelbagai input telah diberikan oleh penceramah untuk memperkasakan lagi AMK. beliau telah memilih Cikgu Fariz Musa(Timb. Ketua AMK Malaysia) Dan Tn Hj Ismail Yusop(Pengarah Pilihanraya Negeri Perak)sebagai moderator utama didalam program ini.Respon yang diberikan oleh semua peserta kursus yang terdiri daripada Exco AMK negeri Perak Dan Ketua2 AMK Bahagian amat memberangsangkan dan perlu diteruskan untuk masa akan datang.
Menurut beliau lagi, amat besar harapan agar semua AMK negeri Perak khususnya dapat bersama berjuang dalam memastikan kemenangan di PRK Bkt Gantang terus menjadi milik PR. Harapan beliau agar program seperti ini dapat dilaksanakan diperingkat bahagian2 seperti yang telah dilaksanakan di peringkat bahagian Bagan Datoh. http://amkbagandatoh.blogspot.com/2009_01_01_archive.html
RAPAT ANAK MUDA MEMPERKASAKAN AMK.
Air Kuning, 15 Mac 2009 – AMK negeri Perak talah menganjurkan program Rapat Anak Muda yang bertemakan menjana pemimpin harapan rakyat. Bertempat di Markas PAS Air Kuning dan turut hadar dalam program tersebut adalah Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden), Tn Hj Osman(perhubungan negeri), tn. Hj. Ismail Yusop (bahagian pilihanraya), Syamsul iskandar dan wakil dari setiap bahagian. Antara agenda yang diselitkan adalah membina wawasan bersama parti, memahami, menghayati dan bertindak ucapan dasar kongres nasional,dan dialog penggulungan yang bertajuk bersama kita bina angkatan muda perkasa. Ucapan dasar kongres yang lalu telah dikupas oleh saudara Eric (Setiausaha AMK Perak), saudara Hazha (Exco AMK) dan dari Srikandi iaitu saudari Aisyah dan manimala.
AMK perlu berhati-hati dan tidak mengamalkan budaya comfort zone (zon selesa) dalam apajua keadaan. Ketua AMK Malaysia juga menyatakan kekuatan AMK sekarang adalah 110,000 orang keahlian dimana 70% adalah dari anak muda lelaki dan 30% dari golongan wanita. Ini jelas menunjukkan AMK semakin perkasa dan sedang menuju kearah perkembangan yang lebih hebat. Walaupun secara terangan AMK menhadapi pelbagai cabaran, walaupun bertatih perjuangan tetap diteruskan oleh anak muda Perak. Beliau juga menyentuh tentang pentingnya PRK Bukit Gantang dimana ia adalah pertarungan penentu pemimpin Negara. Melalui pengamatan PR berpotensi untuk menang besar dalam PRK ini. Tetapi jangan terlalu yakin, kerja keras amat diperlukan bagi menjamin kemenangan.
Beliau juga menyentuh tentang pentingan Regebaration iaitu pelapis2 baru dalam AMK sendiri supaya kesinambungan perjuangan akan sentiasa berterusan. Buku tulisan Syed Hussein al-Attas menyatakan terdapa 3 jenis pemimpin iaitu
1. pemimpin siaran (selalu keluar di media cetak dan elektronik
2. pemimpin sialan (macan Najib and the geng)
3. pemimpin sinaran (perlu digilap untuk masa hadapan)
Rabu, 11 Mac 2009
Sultan Tak Bubar Dewan Sebab Jaminan Mahkamah Akan Ikut Skrip Najib

Perak kini dilanda krisis perlembagaan yang amat meruncing. Berbagai pihak memberi idea dan cadangan bahawa hanya satu cara saja untuk menyelamatkan krisis dan pergolakan politik ini iaitu dengan cara membubarkan Dewan Undangan negeri dan biar rakyat Perak sendiri menentukan siapakha yang mereka mahu untuk menjadi pemerintah dan kerajaan mereka.
Namun semua yang mempunyai kuasa melakukan pembubaran ini hanya pekak badak dan suka melihat rakyat bergaduh sesame sendiri, benci membenci, maki memaki sedangkan mereka ini seronok duduk dalam singgahsana dengan serba kemewahan dan kekayaan yang dihisap dari hasil milik Negara dan rakyat.
Mengapa sehingga kini Sultan Perak yang dianggap punya peranaan untuk meredakan ataupun untuk menghentikan segala polemik yang sedang berlaku di Perak ini tidak menggunakan kuasa baginda untuk membubarkan DUN? Malahan hasrat Dato Nizar bersama pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengadap baginda pun tidak dilayan, hanya pemimpin UMNO saja terutamanya Najib saja yang boleh mengadap baginda. Apa benda yang dijanjikan oleh Najib kepada baginda sekiranya baginda akur dengan kehendak Najib supaya tidak membubarkan DUN? Wang berjuta atau projek berbilion?
Kini jawapan semakin etrserlah bahawa Najib kini menggunakan hakim-hakim atau mahkamah agar mengikut skrip telunjuk beliau demi menjaga nama beliau dan istana. Perintah injuksi mahkamah terhadap Speaker bahawa sidang DUN tidak boleh diadakan adalah merupakan jawapan yang pertama. Mana ada mahkamah boleh mengahalang Speaker untuk mengadakan sidang DUN atau Parlimen? UMNO bukan saja melanggar undang-undang bahkan polis juga turut diseretnya untuk memijak undang-undang jadi mana lojiknya mereka memaksa rakyat supaya mematuhi undang-undang?
Kini rakyat sudah dapat membaca apakah keputusan hakim dalam perbicaraan saman oleh Dato Nizar terhadap kerajaan haram jadah BN Perak dan saman Speaker terhadap tiga ekor lembu melompat yang sudah menghantar surat letak jawatan tapi dibela oleh UMNO itu.
Najib tahu, jika Sultan membubarkan DUN, nama baginda akan tercemar, nama Najib dan UMNO akan menjadi kutukan dan cacian rakyat, jalan yang terbaik ialah menggunakan kuasa dengan memastikan hakim yang terpilih akan membuat keputusan yang memihak kepada Najib dan kerajaan Haram Jadah BN Perak. Dengan cara ini walaupun menipu, maka rakyat dan Pakatan Rakyat tidak akan dapat bercakap atau membantah apa-apa lagi.
Perkara sebegini bukan pelik lagi di Malaysia. Najib punya kuasa yang amat besar sehinggakan dua orang polis yang dituduh membunuh Altantuya pun boleh menutup muka dan hakim tak boleh buat apa-apa. Perkara sebegini telah berlaku dalam perbicaraan DSAI dulu. Pesoalanya, benarkah kedua-dua itu Sirul dan Azilah? Atau kambing hitam yang dibawa pesalah dadah atau pembunuh lain yang diambil menggantikan kedua-dua polis tadi sebagai mengaburi mata rakyat sedangkan kedua-duanya yang sebenar entah ada dimana sedang berseronok atau bersembunyi diluar Negara dengan upahan wang berjuta. Tapi itulah Najib dengan kuasanya yang tiada siapa berani mencabar atau membantah.
Jika istana, polis, mahkamah dan SPRM serta SPR sudah ducucuk hidung dan mengikut telunjuk Najib dan UMNO, kemanakah lagi untuk rakyat mengadu, akhirnya rakyat akan bangkit sendiri memberontak kerana ada undang-undang pun hanya untuk kepentingan UMNO dan sekutunya sahaja.
Jumaat, 6 Mac 2009
"NAJIB atau NAJIS"

Artikel ini diterjemahkan oleh Kerajaan Rakyat dari artikel asal yang bertajuk “The Altantuya Shaaribuu’s Case : How And Why She Was Killed?” dan disiarkan oleh sebuah akhbar Perancis pada 5 Mac 2009.
—-
Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.
“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.
Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.
Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.
“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”
Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.
Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.
Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.
Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.
“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.
Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.
“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.
Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.
Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.
Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.
Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.
Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.
“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.
Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.
Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.
Terjemahan Bahasa Melayu oleh : Kerajaan Rakyat
Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)
Terjemahan berbahasa inggeris di sini
Ahad, 15 Februari 2009
Sabtu, 14 Februari 2009
Umno Penderhaka Agung


Umno penderhaka agung
Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia’ (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai “penderhaka par excellence” (penderhaka agung).
Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala penderhaka” apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.
Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK.
Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat.
krisis perlembagaan 1983
Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.
Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam.
Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.
Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13).
Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar).
juara menderhaka
Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993.
Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.
mengaibkan raja-raja
Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.
Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka.
Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka”.
“Sembah derhaka” bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil “hamba tua” . Ini bahasa istana dan nak buat macam mana?
jahil bahasa istana
Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap Nizar sebagai derhaka apabila memohon “menyembah sembah derhaka? . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.
Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri Perak, secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan dipecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri Besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.
Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.
Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang?
Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) “lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri” (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)).
undi tidak percaya
Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat hanya menjadi Adun Bebas dan bukannya Adun BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga Adun berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dun.
Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga Adun ini masih boleh dianggap sebagai Adun kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun seperti mana surat mereka yang telah ditandatangani dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.
Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak, surat perletakan jawatan ketiga-tiga Adun tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih boleh dikira Adun atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut hanyalah Dun Perak seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan: “Jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli Dun itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.
Dun tentukan status Adun
Jelas Dun Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih layak sebagai Adun atau tidak dan keputusan Dun tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M. Sultan melantik Menteri Besar yang baru, Dun Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli Dun Perak.
Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M. Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya “sembah derhaka” tersebut difahami oleh sipenderhaka Umno sebagai derhaka.
LAWATAN KERJA MB (SAH) KE BAGAN DATOH
SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR
TARIKH : 18 FEB 2009
HARI : RABU
MASA : BERMULA JAM 3.00 PTG
ATURCARA LAWATAN
3.00 PTG - HI TEA DI PARIT 1 SG SUMUN
6.00 PTG - RAMAH MESRA DI BAGAN SUNGAI TIANG
8.00 MLM - TAZKIRAH OLEH YAB DS NIZAR DI SG BETUL
9.30 MLM - MAKAM MALAM DI BAGAN HUTAN MELINTANG
JOM KOME DATANG RAMAI2!!!!
MERAIKAN MENTERI BESAR YANG KITA SAYANGI.
TARIKH : 18 FEB 2009
HARI : RABU
MASA : BERMULA JAM 3.00 PTG
ATURCARA LAWATAN
3.00 PTG - HI TEA DI PARIT 1 SG SUMUN
6.00 PTG - RAMAH MESRA DI BAGAN SUNGAI TIANG
8.00 MLM - TAZKIRAH OLEH YAB DS NIZAR DI SG BETUL
9.30 MLM - MAKAM MALAM DI BAGAN HUTAN MELINTANG
JOM KOME DATANG RAMAI2!!!!
MERAIKAN MENTERI BESAR YANG KITA SAYANGI.
Langgan:
Catatan (Atom)








