Khamis, 7 Mei 2009

DUN PERAK 1125 AM




Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolaknya



Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya didalam kemar bertarikh 6 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditanggtuh seajam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.-KEDAHLANIE

DUN PERAK 1206 PM

Banyak Ahli Parlimen PR ditangkap diluar bangunan Dewan Negeri.

Saya menerima berita ramai dikalangan ahli Parlimen PR yang datang untuk menyaksikan sidang pada hari ini ditangkap, dari beberapa SMS dan makluman dari talipon yang diterima oleh rakan disebelah saya dalan dewan, ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus, beliau memaklumkan antaranya Ust. Mujahid, Sdr. Tian chua,dan Yb. Salhuddin-CINA ISLAM

Update 11.30am - (HOT) Speaker DUN pulak bertelagah ( Siva vs. Ganes )

Hampeh !! Sidang berehat kejap. Sementara sidang Siling disambung, kita layan foto kat bawah yg diambil oleh jurufoto wak, blogger ajijoi .
11.35am : Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulakan sidang sekiranya mereka yang digantung tidak keluar dari dewan. Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak. Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali. Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ? Speaker yg baru dilantik, tak tahu nak duduk kat kerusi mana, ala..kau duduk ajer bersila depan siva tu !-ABO

Khamis, 30 April 2009

MAHASISWA PERAK desak tarik balik keputusan kabinet



Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATUPERAK) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Dalam satu kenyataaan hari, Exco Penerangannya, Ahmad Shahir Abdul Aziz berkata, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.

Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Ahmad Syahir berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.

“Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

“Justeru, BERSATU PERAK berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” tegas Ahmad Syahir.

BERSATU PERAK juga,katanya, melihat tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.

‘Campuri bidang kehakiman’

“Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

“Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

“Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

“Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,” kata Ahmad Syahir.


Oleh itu, katanya, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang “membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak”.

Sehubungan itu, katanya, BERSATU PERAK turut mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah.

Cubaan Memecat Sivakumar




Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker

Beliau yang juga ADUN Sungai Remis dan ahli Parlimen Taiping merasa terkejut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang luar biasa.

Sehubungan itu, Nga mengecam BN kerana menggunakan Abdullah yang telah dipecat oleh Speaker sebelum ini, utnuk mengeluarkan surat tersebut.

Katanya, semua itu menunjukkan bahawa BN telah bertindak sewenang-sewenangnya.

Katanya, menurut peraturan tetap DUN Perak, Speaker (Sivakumar) mempunyak hak untuk menerima atau menolak sebarang usul, termasuk usul untuk memecatnya.

Nga menyamakannya dengan tindakan Speaker DUN Melaka menolak usul tidak percaya yang dibentangkan oleh wakil DAP terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam minggu lalu.

Beliau mendakwa tindakan Zambry itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. masih belum selesai.

Pembikinan Dinasti Perdana Menteri



Peribahasa Inggeris ada mengatakan "a picture paints a thousand words" atau dalam erti kata lain sebuah potret itu menceritakan seribu kata-kata tanpa perlu berbicara. Pepatah ini dikatakan diceduk daripada kata-kata hikmah Cina yang berkata, "One picture is worth ten thousand words."

Ambil contoh gambar rajah yang dipaparkan di atas. Ia diambil dari sebuah blog, stocktube.blogspot.com. Gambar ini menarik kerana ia boleh membawa pelbagai interpretasi dan makna, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat dan mentafsirkannya menurut fakta yang maklumat yang ada pada seseorang itu.

Secara kasar atau harfiah ia memaparkan empat gambar pemimpin negara, dua orang ayah dan dua orang anak. Seorang sudah meninggal dunia dan tiga lagi masih hidup. Salah seorang yang masih hidup sudah pun pencen sejak 2003.

Gambar tersebut juga mempunyai garisan-garisan yang menunjukkan keterkaitan di antara disetiap gambar tersebut.

Yang teratas ialah gambar Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bekas Perdana Menteri Malaysia kedua dan ayah kepada Perdana Menteri baru dan yang keenam negara, Datuk Seri Najib. Mengikut putaran jam, di bawah beliau ialah gambar Datuk Mukhriz Mahathir, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat.

Gambar ayah beliau terletak bertentangan dengan gambarnya. Datuk Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri walaupun kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dengan Khairy Jamaluddin dan Dr Khir Toyo.

Khairy ialah menantu kepada seorang lagi Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kelima bagi negara.

Kedudukan pemimpin-pemimpin tersebut dalam susunlapis senarai Perdana Menteri dinyatakan dalam ayat yang agak kecil di atas setiap gambar. Umpamanya Tun Razak sebagai Perdana Menteri kedua dan seterusnya.

Walau bagaimanapun bagi Datuk Mukhriz yang juga disebut sebagai Perdana Menteri simbol tanda tanya diletakkan pada penghujungnya. Mungkinkah ini membawa maksud beliau kini diasuh dalam tradisi keperdanamenterian seperti juga ayahnya dan bakal pemimpin tertinggi negara pada satu hari kelak?

Ditengah-tengah gambar itu terpampang satu ayat, "The making of a dynasty" atau pembikinan sebuah dinasti. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat istilah dinasti bermaksud "jurai raja-raja pemerintah yg berasal daripada satu keturunan atau keluarga atau tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal daripada satu keturunan".

Jadi bolehlah kita simpulkan perkataan dinasti yang dimaksudkan di dalam gambar tersebut memberi bayangan bahawa hubungan antara keempat-empat gambar tersebut adalah hubungan pemerintahan atau kekuasaan yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang dibawahnya.


Disebelah setiap gambar pula terdapat seakan-akan ayat monolog yang menggambarkan tokoh-tokoh dalam gambar tersebut berkata-kata. Mungkin ini bertujuan untuk menjelaskan lagi maksud tersirat yang terkandung disebalik gambar-gambar itu. Sungguhpun kata-kata itu boleh dianggap diucapkan secara berseloroh namun ia juga membawa maksud yang lebih daripada itu atau dalam istilah bahasa Inggerisnya mempunyai "double meaning".

Mari kita kaji dengan lebih mendalam ayat-ayat dalam "bubble" atau bulatan setiap ayat pada setiap gambar.

Bermula dengan Tun Razak beliau berkata,"Welcome back to Umno, Mahathir". Sejarah perjalanan dunia politik Tun Dr Mahathir mencatatkan beliau pernah dipecat dari jawatan ahli majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai 1969 oleh presiden parti ketika itu yang juga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Ini kerana beliau telah mengedar secara terbuka suratnya di mana beliau telah mengkritik hebat dasar dan kepimpinan Tunku yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Ini ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969 selepas kekalahan teruk kerajaan Perikatan Umno-MCA-MIC pada pilihan raya umum. Akhirnya Tun Dr Mahathir dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Setelah Tunku meletak jawatan 1970 Tun Razak mengambil alih sebagai Perdana Menteri dan beliaulah antara pemimpin Umno yang berusaha keras melobi supaya Tun Dr Mahathir diterima kembali sebagai ahli Umno. Perlu dikata juga bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Harun Idris juga berjasa besar terhadap mantan Perdana Menteri dalam usaha membawa beliau kembali ke pangkuan Umno. Tun Dr Mahathir diterima semula sebagai ahli umno pada 7 Mach 1972. (Pada 19 Mei 2008 beliau keluar daripada Umno atas kerelaannya sendiri kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan penggantinya, Tun Abdullah. Beliau kembali semula kepada Umno sehari selepas Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri).

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi di bawa mati

Mungkin atas prinsip "hutang budi di bawa mati' inilah maka Tun Dr Mahathir dalam gambar rajah itu mengungkapkan kata-kata "TQ (thank you) Razak Senior, I'll make sure your son gets the reward". Apa yang disebut dalam monolog rekaan itu nampaknya ada kebenaran.

Setelah Tun Razak meninggal dunia di kota London pada 14 Januari 1976, sepupu beliau, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri ketiga. Tun Dr Mahathir pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.

Datuk Seri Najib yang ketika itu berusia 23 tahun dan masih menuntut disebuah universiti di United Kingdom diseru pulang bagi mengisi vakum politik yang wujud daripada kematian bapanya.

Beliau terus dicalonkan sebagai ganti ayahnya di Pekan, Pahang sebagai Ahli Parlimen dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebaik sahaja memenangi pilihan raya kecil yang diadakan.

Karier politik Datuk Seri Najib kembang mekar bak bunga mawar di taman sari di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir yang mengganti Tun Hussein pada 16 Julai 1981 sebagai Perdana Menteri.

Kerjaya politiknya bukan lagi maju mengikut peredaran masa tetapi boleh disifatkan melangkau masa seperti "quantum leap" kerana pada usia 29 tahun beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, menjadikan beliau Menteri Besar termuda pernah dilantik kejawatan tersebut.

Giliran Tun Dr Mahathir pula untuk membalas budi Tun Razak dengan mengasuh anak mentor beliau setapak demi setapak meniti hamparan dunia politik yang sudah dilakar untuknya sejak 1976.

Setelah berjaya Datuk Seri Najib digarap sebagai Perdana Menteri oleh mentornya, Tun Dr Mahathir, tiba giliran beliau pula menyatakan dalam dialog yang direka sebagai berkata,"TQ (thank you) Mahathir Senior,I'll make sure your son gets the reward". Reward atau habuan apa yang dimaksudkan disini? Susah tentu jawatan Perdana Menteri yang disandang Datuk Seri najib satu hari kelak akan menjadi hak milik Datuk Mukhriz pula. Objektif itu yang disasarkan oleh anak Tun Dr Mahathir itu apabila beliau berkata dalam ayat fantasi itu," Najib, remember what you promised my
papa".

Setelah tamat lapisan pertama yang terdiri dari lima Perdana Menteri, kini masuk era generasi kedua mengambil alih tampuk pemerintahan negara bermula dengan Datuk Seri Najib.

Tali temali kekeluargaan yang mengikat tiga daripada keluarga Perdana Menteri ini semakin kukuh dan erat dalam generasi kedua ini.

Tun Razak dan Tun Hussein adalah biras. Anak Tun Razak menjadi Perdana Menteri sementara anak Tun Hussein, Datuk Seri Hishammuddin dilantik Menteri Dalam Negeri dalam kabinet sepupunya. Datuk Mokhzani, adik kepada Datuk Mukhriz pula berkahwin dengan Mastisa Hani Mohamed, anak kepada Datuk Mohamed Abid iaitu cucu pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar.

Maka berkait rapatlah melalui tali hubungan perkahwinan jaringan yang wujud diantara keluarga Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Dr Mahathir.

Seperti juga dalam konsep "multi level marketing" yang diamalkan oleh sistem perniagaan jualan langsung, prinsip tolong menolong antara ahli adalah tunggak kejayaan.

Tidak mustahil kaedah yang sama digunapakai dalam bidang politik. Kini jaringan Perdana Menteri sudah tersedia, hanya menunggu masa untuk dipenuhi oleh calon yang sudahpun dikenalpasti sejak dahulu. Ia bukan lagi menjadi permainan nasib atau takdir semata-mata tetapi satu acuan yang telah direka sejak lama oleh pendokong-pendokong sistem terdahulu.

Datuk Mukhriz hanya perlu bersabar dan belajar untuk tidak melawan sistem, nama beliau sudah naik tunggu ambil tiket sahaja.

Isnin, 20 April 2009

NAJIB PURA2 BERANI





PERAHU sudah di air, dayung sudahpun di tangan. Najib Razak sudah berkuasa penuh sebagai Perdana Menteri keenam. Baginya, rakyat wajib didahulukan dan pencapaian perlu diutamakan.

Maka demi kepentingan rakyat, maka segala perbelanjaan mestilah dibuat dengan penuh hemah. Dan, demi meningkatkan pencapaian maka setiap urusan mestilah dinilai di segi manfaatnya kepada negara.

Lantas, bagi menyerlahkan pandangan ini kepada rakyat jelata, Najib pun melaungkan pendiriannya tidak mahu membazir dana rakyat dengan mengongkosi pilihanraya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan ini bukan bererti Barisan Nasional dan Umno yang dipimpinnya takut menghadapi Pakatan Rakyat di Penanti. Beliau hanya ingin menjimatkan wang rakyat, masa dan tenaga. Perhatian, katanya, mesti ditumpukan pada urusan ekonomi yang disergah kemelesetan ekonomi dunia.

Dilihat dari perspektif ini maka bolehlah dirumuskan bahawa pendirian Najib itu adalah bersandarkan perkiraan ekonomi. Lantas beliau memulangkan perhitungan kesan politik daripada pemikirannya yang enggan bertanding di Penanti itu kepada rakan-rakan politik dalam Umno dan Barisan Nasional.

Maka ramailah yang memberi pandangan. Reaksi Samy Vellu ibarat harimau kumbang yang terluka. Rekod buruk MIC dalam pilihanraya umum lalu tidak mematahkan semangat juangnya. Malah bertambah garang. Samy mahu BN meletakkan calon di Penanti!

Bagaimanapun Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon yang baru mendapat habuan jawatan menteri (meskipun kalah dalam pilihanraya umum lalu), cepat-cepat memuji kebijaksanaan Najib yang mengatakan tidak perlu bertanding di Penanti. Beliaupun mengulang-ulang kata hikmat Najib – elak membazir sumber dan tenaga.

Sementara bagi pencacai lain, ramailah yang mengingatkan ahli Umno supaya membaca kata Najib itu sebagai larangan jangan ada ahli parti itu berkira untuk bertanding sebagai ahli bebas. Siapa yang engkar akan dipecat!

Pada permukaannya memang pandangan Najib itu kelihatan sesuatu yang mulia. Namun ada sedikit masalah dalam kes ini. Mentor Najib, Dr Mahathir Mohamad pula berpendapat Umno kena lawan di Penanti. Jika tidak, katanya, adakah apabila berlaku kekosongan kerana ragam atau takdir yang membabitkan ahli Umno sendiri di kawasan kuat Umno, parti itu juga enggan bertanding untuk jimat wang, masa dan tenaga?

Tambahan pula, Penanti adalah kubu kuat Anwar Ibrahim. Sebagai seteru nombor satu Anwar, tentu Mahathir tidak mahu melihat Anwar menang tanpa bertanding dan berkokok ke seluruh pelosok negara mengungkit betapa Umno yang baru beliau (Dr Mahathir) sertai semula takut untuk bersabung!

Kesimpulannya, adakah Najib bersedia berbalah dengan Mahathir? Dan, mampukah Najib membuktikan ketegasannya dalam mempertahankan pendirian politik (yang bersandarkan perhitungan ekonomi)?

Untuk membuktikan ketegasan, Najib perlu kesampingkan semua hujah pihak yang mahu BN bertanding di Penanti, termasuk pandangan Dr Mahathir. Dalam keadaan ini barulah rakyat akan berasa lega akhirnya ada pemimpin negara yang benar-benar tegas dengan pendiriannya. Barulah dalam keadaan itu rakyat mungkin terbuka pintu hati untuk meletakkan kepercayaan kepada anak mantan perdana menteri malaysia kedua ini.

Bagaimanapun Najib tetap Najib. Tak pernah berpendirian tegas. Awal-awal lagi beliau telah lakarkan ruang untuk keluar daripada kemelut politik yang bakal berlaku. Najib membuat kenyataan berani ini dengan bersyarat – jika dipersetujui oleh rakan-rakan dalam Umno dan Barisan Nasional.

Maknyanya, Najib masih ada peluang berpatah arah jika rakan lain tak setuju. Itu demokrasi ala Najib. Meskipun begitu, bila hendak menghalalkan hujah tidak mahu bertanding, Najib mengatakan kerana tidak mahu terjebak dengan helah politik Pakatan Rakyat yang menggunakan pilihanraya kecil untuk sentiasa di hati rakyat. Walhal, di atas nama demokrasilah pilihanraya kecil itu diadakan! Fairus letak jawatan untuk membersihkan namanya daripada gugatan rasuah kuari. Begitu juga dengan Arumugam yang berhenti jadi Adun Bukit Selambau untuk memelihara keselematan ahli keluarganya.

Bila tidak tertanggung amanah politik, mereka memulangkan hak menentukan pemimpin kepada rakyat. Bukankah itu demokratik? Dan, nilai demokrasi tulen tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Sepanjang kerjaya politiknya mana Najib pernah membuat keputusan nekad untuk menegakkan pendirian politiknya. Pada tahun 1987 apabila berlaku keretakan Team A menentang Team B dalam Umno, beliau hanya membuat keputusan untuk bersama Team A setelah nyata Team B tidak boleh menang.

Bagaimanapun jika Najib buat keputusan awal menyertai Team B, kemungkinan Team A pimpinan Mahathir hendak menang mungkin tipis. Jika tidak percaya, tanya Tun Musa Hitam!

Mengambil kira caragaya politik Najib selama ini dan juga betapa rapuhnya kedudukan Umno yang telah tidak menang tiga pilihanraya kecil yang ditandinginya berturut-turut, agak sukar untuk menelan hujah bahawa Najib enggan bertanding di Penanti kerana soal ekonomi. Ia lebih condong kepada kegusaran akan kalah lagi.

Yang jelas pemikiran Najib ini adalah satu statement politik. Belumpun sebulan menjadi Perdana Menteri Najib gagal untuk membayangkan betapa beliau boleh menjadi negarawan seperti bapanya. Pendirianny berhubung Penanti lebih mudah dibaca beliau sebagai ahli politik kaliber Abdullah Badawi sahaja

Isnin, 13 April 2009

BUBAR DUN ATAU TIDAK???



Suka atau tidak, pilihanraya kecil di Bukit Gantang adalah referendum menolak “kerajaan haram” Zambry Kadir. Rampasan kuasa yang dilakukan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak oleh Barisan Nasional tidak direstui oleh rakyat Bukit Gantang.

Signal ini bertambah jelas jika dilihat daripada peningkatan jumlah majoriti yang diperolehi oleh NIzar Jamaluddin. Propaganda Nizar adalah boneka Cina DAP tidak berjaya “mengolah persetujuan” rakyat Bukit Gantang untuk menolak Nizar Jamaluddin.

Jutaan wang ringgit yang dibelanjakan juga tidak mampu untuk membeli jiwa yang bebas. Propaganda yang bertalu-talu dari media arus perdana terutamanya RTM dan TV3 ternyata sudah tidak lagi berkesan.

Najib yang baru diangkat menjadi perdana menteri turut ditolak oleh rakyat Bukit Gantang kerana beliaulah dibelakang rampasan kuasa dinegeri Perak.

Hanya satu jalan sahaja untuk mengembalikan kestabilan politik di negeri Perak. Bubarkan DUN dan serahkan kembali kepada rakyat tentang siapa pilihan mereka untuk memimpin negeri Perak. Sama ada Pakatan atau Barisan, biar rakyat tentukan.

Bukit Gantang telah mohon derhaka apabila Nizar Jamaluddin diangkat menjadi Ahli Parlimen mereka.

Sekarang tiba giliran rakyat negeri Perak untuk menentukan masa depan mereka!

Kabinet baru dibayangi Tun Mahathir: AMK



Kabinet baru di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat dibayangi oleh bayang-bayang Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, demikian kata Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hashim.

Menurutnya, pada kebiasaannya apabila seseorang itu memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, secara automatiknya dia akan tercalon untuk memegang jawatan dalam Kabinet.

“Tetapi apa yang sebalik::nya berlaku ialah, Ketua Pemuda UMNO iaitu Khairy Jamaluddin tidak termasuk dalam barisan Kabinet tersebut, apa yang berlaku ialah calon yang kalah semasa pemilihan baru-baru ini pula dilantik sebagai menteri iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

“Ini menunjukkan bahawa barisan Kabinet yang baru dilantik itu dibayangi oleh Tun Dr Mahathir,” katanya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran meraikan kemenangan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang.

Faizal berkata, rakyat harus menilai sendiri bahawa UMNO bukanlah parti yang memenangi hati masyarakat lain.

“Penubuhan Satu Malaysia seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Najib agak susah untuk direalisasikan kerana UMNO sendiri suka memainkan isu berkaitan perkauman.

“Sebagai contoh, semasa pilihan raya juga mereka selalu mengutarakan mengenai isu perkauman supaya ia menjadi perhatian semua pihak.

”Isu perkauman tidak boleh lari daripada parti berkenaan walaupun mereka sering berselindung dari masalah tersebut,” katanya.

Menurutnya, janji UMNO untuk melantik Timbalan Perdana Menteri kedua juga hanyalah omongan kosong semata-mata.

“Perkara itu mungkin tidak berlaku dan mereka hanya ingin menarik perhatian bangsa lain sahaja untuk menyokong UMNO,” katanya.

STATISTIK KEPUTUSAN PRK P056 BUKIT GANTANG







Sabtu, 11 April 2009

SIAPA PEMBUNUH ALTANTUYA?????

Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin memutuskan kedua-dua anggota unit tindakan khas (UTK) itu dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.


Gambaran lakaran wajah mereka berdua


Wajah Azilah Hadri (atas) yang hampir terselindung dan wajah Sirul Azhar yang hanya nampak sedikit di sebelah kiri sahaja.




Abdul Razak Baginda bercermin mata. Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.


Peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua yang turut dijatuhi hukuman yang sama memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan berbuat demikian (fail rayuan) Isnin ini (13 April 2009)