Isnin, 26 Oktober 2009

NIZAR POHON SULTAN PERAK TANGGUH SIDANG DUN


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin membuat permohonan peribadi melalui media kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, 28 Oktober ini.

Nizar berkata, permohonan dibuat atas alasan Datuk R Ganesan telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, perkara 36 (a) (5) kerana didapati menyamar sebagai Speaker DUN.

“Atas kedaulatan undang-undang, maka kita tidak mahu dewan yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang pembohong, itulah sebenarnya mahu dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka faham bahawa Ganesan ini pengkhianat, persidangan yang beliau panggil itu adalah sidang tidak sah dan kami (Pakatan Rakyat) mahu sidang ini ditangguhkan,” katanya kepada pemberita, di Pejabat Pas negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga mengecam tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang sejak dari rampasan kuasa tempoh hari yang didakwanya dalang permainan politik Perak.

Nizar mendakwa, Dr Abdul Rahman juga telah mengarahkan Ganesan dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Khadir menukarkan bentara Dewan dengan samseng UMNO seramai 15 orang.

“Sumber ini kami peroleh dari orang dalaman mereka juga dan kami mengharap sangat supaya pihak polis memastikan keselamatan kami wakil semasa sidang DUN nanti.”

“Hakikatnya Zambry tidak ada kuasa sebaliknya beliau hanyalah boneka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri termasuklah Ganesan,” katanya.

KEMERIAHAN MAJLIS RUMAH TERBUKA PAKATAN RAKYAT PERAK





Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat perak yang julung-julung kali diadakan di Perkarangan Pejabat PAS Perak disini malam tadi(25.10.2009) mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga Perak. Dianggarkan lebih 5000 orang hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu.

Disamping dengan jamuan dari pelbagai menu istemewa dipersembahan juga persembahan nasyid, tarian kebudayaan Cina dan India.

Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hadir pada majlis tersebut disamping hadir sama ialah pesuruhjaya PAS Perak, ust. Abu Bakar Hussain dan Pengerusi keadilan Perak yang baru, Sdr. mustafa kamil Ayob.

Ketiga-tiga pemimpin utama parti PAS, DAP dan PDKR menyampaikan ucapan masing-masing dan terakhir Menteri besar perak pakatan Rakyat menyampaikan ucapannya.

"BATON" PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT DI PERINGKAT NEGERI DIROMBAK


PKR telah membuat beberapa perubahan kepada kepimpinan PKR di peringkat negeri bagi memantapkan lagi gerak kerja parti.

Pengerusi PKR Sabah kini beralih tangan kepada Thamrin Zaini bagi menggantikkan Azmin Ali, manakala di Sarawak pula, Baru Bian mengambil alih baton Pengerusi PKR Sarawak daripada Mustafa Kamil Ayub.

Pelantikan mereka yang merupakan anak jati Sabah dan Sarawak, diharapkan dapat menjadikan PKR lebih mantap dan diterima oleh masyarakat di sana.

Mustafa Kamil Ayub yang dahulunya pengerusi pkr di Sarawak, telah dipilih sebagai Pengerusi PKR Perak bagi menggantikkan Hj Osman. Don't worry... kita bagi dia chance tapi sekiranya dia buat 'slack', kita hentam dia. Yang dia buat betul atau baik, kita sokong tapi kalau dia lari daripada landasan, kita tegur dan beri kritikan membina. Tapi.... kalau pemimpin yang telah dipilih ego, degil dan besar kepala, kita kempen untuk nyahkan dia melalui tulisan-tuliasan kita. Kita dedahkan kelemahan-kelemahan dia sehingga dia tersingkir.

So, for the time being, kita terima apa yang diberikan kepada kita dengan harapan Mustafa Kamil Ayub akan membawa perubahan yang positif kepada usaha untuk memantapkan PKR Perak.

Rabu, 21 Oktober 2009

BN" RAMPAS" PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT

Angkatan Muda keadilan (AMK) mengakui perjuangan 16 September yang sering disebut-sebut oleh Pakatan Rakyat akhir tahun lalu telah “dirampas” oleh BN apabila tarikh tersebut diumumkan sebagai satu cuti umum.Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Mat Akin bagaimanapun berpendapat, pengumuman itu juga merupakan satu bentuk sokongan kerajaan BN ke atas usaha-usaha yang dilakukan Pakatan Rakyat untuk membina kesamarataan di antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.”Ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk membina kefahaman bahawa Pakatan kini telah sudah berupaya menjadi kerajaan,” katanya.Shamsul berkata BN juga kini tidak lagi mempunyai idea baru untuk diketengahkan sehingga “terpaksa mengambil idea Pakatan Rakyat.”"Bukan sahaja ini memberi sokongan kepada perjuangan Pakatan selama ini, mereka juga nampaknya telah hilang punca untuk mendepani tuntutan daripada pemimpin BN serta rakyat di sana dengan memberikan cuti umum ini,” katanya lagi.Pakatan Rakyat telah menimbulkan isu sambutan Hari Malaysia dengan giat ketika cuba meraih sokongan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak, dalam usahanya mengambil alih kerajaan persekutuan menjelang 16 September tahun lalu.Katanya lagi, pengumuman cuti umum itu hanyalah sebahagian kecil daripada usaha Pakatan selama ini untuk memberi lebih pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia.Bayaran royaltiTambahnya, pengumuman cuti umum itu juga tidak memberi gambaran sebenar berhubung sambutan Hari Malaysia, sedangkan dua negeri tersebut masih terpinggir dalam bidang ekonomi.”Najib melihat kepada (retorik) sambutan Hari Malaysia dan bukannya pengisian hari tersebut. Pengumuman cuti umum ini hanya untuk memperingati penggabungan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia,” katanya.Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan sebaliknya perlu memberi bayaran royalti sewajarnya kepada Sabah dan Sarawak, sebagai pulangan daripada sumber petroleum daipada negeri berkenaan.Shamsul menjelaskan, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, ketidakseimbangan ekonomi antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan terus berlanjutan.”Dari segi kemiskinan Sabah masih dianggap negeri miskin, termasuk Sarawak. Negeri ini juga masih ketinggalan dari segi pendidikan dan infrastruktur,” katanya lagi.Tuntuan untuk menaikkan kadar royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada 5 peratus kepada 20 peratus itu merupakan salah satu modal PKR bagi meraih lebih banyak sokongan di dua negeri berkenaan.Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjanji untuk menyemak semula perjanjian antara kerajaan negeri berkenaan dengan kerajaan persekutuan yang dibuat pada 1976, untuk menaikkan kadar royalti berkenaan.

Ahad, 18 Oktober 2009

Isu PKFZ dapat liputan Al-Jazeera





With billions in cost overruns and unpaid loans, Malaysia's Port Klang Free Zone (PKFZ) is a mega venture gone wrong. 101 East investigates a billion-dollar land scandal linked to an international free trade zone of Malaysia's main port.

Pilihanraya Kecil Lenggeng Negeri Sembilan?


Satu maklumat hangat di kalangan PAS dan UMNO sendiri di sini. PRK Lenggeng mungkin berlaku apabila mesyuarat UMNO peringkat pusat memberi lampu hijau.

ADUN Lenggeng sekarang adalah wakil UMNO yang dipilih Khairy. Diburukkan lagi dia terbabit dalam satu kes rasuah walau setahun jagung menjadi YB. Sebelum ini, Lenggeng adalah kubu kuat Sahak yang pro Mahathir dan pro Najib.

Perkembangan terbaru di Bagan Pinang, di mana kembalinya pengundi berbilang kaum kepada BN, dan kekalahan calon PAS, PJ N9 yang juga bekas calon di kawasan Lenggeng PRU12 lepas, menyebabkan UMNO berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada skang. Melalui SPRM.

* SPRM membuktikan pendakwaan mereka tidak terpilih
* Sahak mendapat liputan istimewa dalam ucapan perhimpunan UMNO baru2 ini
* Kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah anak jati Lenggeng dan juga bekas calon
Lenggeng.
* Suntikan moral kedua untuk UMNO
* Penyusunan orang2 Najib selepas Isa Samad

Lengeng adalah satu kawasan yang bertaraf pendalaman. Lenggeng lebih 'estet' dari Bagan Pinang. Rakyatnya adalah penyumbang kepada kekuasaaan BN. Majority adalah orang asli dan Melayu yang hanya ada TV dan astro, membaca akhbar Metro dan Mangga.

Happy Depavalli


AMK Bagan Datoh Mengucapkab Selamat Hari Depavalli kepada semua.

Rabu, 14 Oktober 2009

Duta Oh Duta.....


Dalam setiap kempen pilihanraya kecil, Umno dan Barisan Nasional menyerang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diatas hubungan eratnya dengan kerajaan Amerika Syarikat terutamanya ketika negara kuasa besar tersebut dipimpin oleh George W. Bush dari parti Republikan.

Diantara gambar yang sering dimainkan oleh jentera perang saraf Umno-BN ialah gambar pertemuan diantara Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar dan Azmin Ali bersama Paul Wolfowitz bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS.

Diatas ialah gambar pertemuan diantara Duta Besar Malaysia ke AS, Jamaluddin Jarjis (JJ) bertemu Paul Wolfowitz. Mesej apakah yang disampaikan oleh JJ kepada Wolfowitz bagi pihak Najib Razak?

Apakah ini kesinambungan pertemuan diantara Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bersama Perdana Menteri Israel?

Selasa, 13 Oktober 2009

Masa Terbaik Untuk Bubar DUN Perak

Sejumlah 92.15 peratus daripada 1,846 responden memilih supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala 3.74 peratus menolak dan 4.12 peratus berkecuali melalui satu kempen Mengumpul Suara dan Pendapat Rakyat Tentang Krisis Politik Perak.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Perak, Ir Megat Sharifuddin Ibrahim berkata, kempen terbabit merupakan fasa pertama di mana ia telah dilancarkan pada 9 Ogos yang lalu dan berakhir pada 23 September.

Katanya, berdasarkan kepada keputusan kajian yang dijalankan, kebanyakan responden yang ditemui berpendapat DUN Perak wajar dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik terbabit.

“Kita telah edarkan poskad kepada kalangan NGO yang ingin menyertai kempen ini malah kita turut mengambil pendapat daripada rakyat jelata bagi mendapatkan pandangan mereka sendiri berhubung isu tersebut.

“Pihak kami telah menjalankan kajian di tempat tumpuan orang ramai seperti di Pasar Jelapang, Masjid Negeri Perak, Pasar Kamunting dan pekan Changkat Jering bagi fasa pertama program terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Gabungan NGO-NGO Perak merupakan sebuah gabungan yang telah berjaya mengumpulkan hampir 50 NGO di negeri Perak yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India dan juga dari pelbagai agama dan jenis aktivisme.

Objektif utama gabungan ini diwujudkan ialah untuk memperkasakan suara rakyat terutama sekali dari kalangan ahli NGO-NGO supaya dapat menjadi pemangkin ke arah kebaikan dan kesejahteraan kepada semua rakyat negeri Perak tanpa mengira apa jua latar belakang.

Megat Sharifuddin berkata, kempen tersebut telah digerakkan dan dijalankan tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak termasuklah parti-parti politik dan ia lebih kepada untuk mengangkat suara dan pendapat rakyat.

“Suara rakyat terutama sekali dari kalangan pelbagai kaum dan agama yang komited dengan aktivisme NGO masing-masing sangat mustahak didengari oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali pemimpin-pemimpin politik dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis politik di negeri Perak yang tercinta ini.

“Berdasarkan kepada kajian ini, kami mendapati majoriti daripada mereka mahukan supaya DUN Perak dibubarkan bagi mengatasi krisis politik negeri Perak dan oleh itu kami sangat berharap pihak pemerintah serta semua yang terlibat termasuklah parti-parti politik memberi perhatian yang sewajar kepada suara rakyat ini,” katanya.

Katanya, kegagalan untuk memberi perhatian serius kepada suara rakyat ini boleh mengakibatkan suasana gelisah, perasaan tidak-tenteram dan ketidakpuasan hati akan terus berpanjangan terutama sekali di kalangan rakyat negeri Perak.

Ini sudah tentu akan menyukarkan lagi urus-tadbir sebuah negeri, membantut urusan ekonomi negeri dan seterusnya mungkin juga akan menggugat kesejahteraan dan kemakmuran negeri Perak yang tercinta.

Kejutan Kedua TS Isa Samad


TS Isa Samad telah mengejutkan kita sekali lagi. Dan kali ini kejutan beliau amat mengejutkan. Kemenangan majoriti besar di Bagan Pinang akan terus menjadi ingatan dan sebutan tambahan UMNO amat memerlukan kisah-kisah kejutan sebegini untuk menaikkan semula semangat ahli-ahli umno yang telah lama tidak mengecapi kejutan kemenangan yang sedemikian.

Namun imbasan kembali kejutan pertama TS Isa Samad berakhir dengan satu tragedi bagi diri beliau. Kejutan yang dimaksudkan ialah kemenangan besar beliau ketika bertandingan jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi). kemenangan ini amat mengejutkan kerana beliau telah menewaskan nama-nama besar ketika itu termasuklah TS TPM kita sekarang.

Kejutan kali pertama ini berakhir dengan pengantungan beliau dalam UMNO. Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang. Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Dan kejutan kali kedua ini adakah beterusan membawa kegembiraan kepada TS Isa Samad atau juga membawa tragedi lebih mengejutkan. Sama-samalah kita nantikan.

1Malaysia-Rasuah Meningkatkan Taraf Hidup!!