Selasa, 11 Mei 2010

Mengapa Hanya Seorang Anggota Polis Sahaja Didakwa




Pakatan rakyat hari ini mempertikai mengapa tiga lagi anggota polis yang terlibat dalam kes Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu, tidak diheret ke mahkamah.

Lantaran itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoal kegagalan pejabat peguam negara mendakwa tiga anggota berkenaan dan bimbang kegagalan berbuat demikian mungkin sebagai cubaan bagi menutup keseluruhan peristiwa sebenar.

Hanya seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menyebabkan kematian Aminulrashid manakala tiga lagi rakannya yang dilapor berada dalam kereta peronda tidak didakwa.


Jenain dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Aminulrashid pada 26 April antara jam 1.10 pagi hingga 2.00 pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bercakap kepada TV Selangor, Khalid Samad bimbang situasi ini tidak memberi gambaran sebenar kerana semua aspek, dari siasatan hingga pendakwaan dijalankan polis semata-mata sedangkan orang yang kena tuduh adalah anggota polis.

"Yang mendakwa atau yang menyiasat adalah polis dan polis atas dasar siasatan mereka melaporkan bahawa seorang saja yang menembak. Semua bukti-bukti ada di pihak polis dan peguam negara bertindak atas dasar laporan itu, mungkin mereka pun terlibat juga merangka cas-cas dakwaan yang berhubung dengan kes ini," katanya.

Pendakwaan hanya seorang anggota polis ini menimbulkan keraguan kerana ia memberi gambaran tiga lagi rakan tertuduh langsung tidak ada peranan dalam kejadian tragis ini.

"Secara umumnya kita memang tidak puas hati berhubung ketelusan itu tidak ada. Kita difahamkan banyak kelongsong peluru telah dikutip dan kita tak tahu kelongsong peluru itu dari pistol yang satu yang sama. Semua laporan forensik semua ada di pihak polis semata-mata.

"Kita rasa tidak mungkin hanya seorang daripada empat yang terlibat mungkin ada yang lain tetapi atas sebab tertentu untuk hendak menutup jalan cerita yang sebenarnya mungkin hanya satu saja yang dikambing hitamkkan,” katanya.

Rela atau tidak? Keterangan Saiful canggah, kata Karpal

Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat, kepada polis bercanggah dengan tuduhan sebenar dikenakan terhadap ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah membekalkan pasukan pembela dengan keseluruhan keterangan yang dibuat Saiful kepada polis.

Karpal berhujah bahawa pasukan pembela merasakan adanya ‘percanggahan’ antara keterangan yang diberikan kepada polis dan juga tuduhan sebenar terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sehubungan itu, perbicaraan kes liwat Anwar ini ditangguh sehingga esok bagi membolehkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan mengenai permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan keterangan Saiful.

Peguam bela utama Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangan berkenaan dan pertuduhan meliwat yang dikenakan terhadap Anwar.


Karpal berkata bahawa Saiful, dalam keterangan kepada polis, mendakwa kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaan sedangkan pihak pendakwaan mengenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan.

Katanya ini adalah kes pertama di negara ini melibatkan percanggahan besar antara pertuduhan dan keterangan saksi kepada polis serta keterangan oleh saksi di mahkamah.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menjawab bahawa terpulang kepada Peguam Negara selaku pendakwa untuk menetapkan pertuduhan.

Anwar yang merupakan ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa

Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam sesi soal balas semalam Saiful yang mengadu diliwat oleh Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi, laporan polis yang dibuatnya telah menyatakan beliau diperlakukan demikian tanpa kerelaan.

Kemudiannya Saiful diminta oleh Karpal membaca laporan polis yang dibuatnya.

Laporan itu antaranya berbunyi : “Saya Mohd Saiful ingin melaporkan saya diliwat oleh majikan saya. Kejadian ini tanpa kerelaan saya...Oleh itu laporan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapat keadilan dan pembelaan atas diri saya bagi tujuan keselamatan jika perkara ini tersebar luas.”

Sabtu, 17 April 2010

Calon Bebas MIC, Calon Bebas Umno Bukti Umno-MIC Tak Sehaluan


Apa nak kira sapa pun yang masuk bertanding dalam pilihanraya, berapa ramai calon nak masuk bertanding masuk la peduli apa! Tapi di prk Hulu Selangor ini calon bebas yang bertanding adalah ahli Umno dan ahli MIC. Ini menunjukkan calon BN 'Kama ahlan nathan' yang disebut Muhyiddin sebagai nama 1Malaysia tak disukai oleh Umno dan MIC sendiri. Kedua -dua calon bebas itu Johan Mohd Diah dan VS Chandran akan dipecat oleh Umno dan MIC kerana bertanding tiket bebas.

Chandran kata Samy Vellu cuba bodohkan pengundi dengan calonkan Kamalanathan sebagai calon BN kerana 'Kamal' bukan orang tempatan. Isunya bukan orang tempatan atau tidak tapi Umno dan MIC saling tak percaya mempercayai antara satu sama lain. Umno dan MIC macam rusa dan harimau yang tidur dalam satu bilik. Rusa ingat harimau nak makan dia , harimau juga ingat rusa nak makan dia last-last dua tak tidoq.

Samy serah presiden MIC pada Muhyiddin

Penduduk Tamil Hulu Selangor sangat marah kepada Samy Vellu kerana megikuti telunjuk Muhyiddin Yassin memilih orang Rawang - Kamalanathan menjadi calon di kawasan pilihanraya kecil itu.

Mereka bermati-matian mahukan G Palanivel atau Mugilan yang pada tanggapan mereka merupakan anak tempatan.

"Presiden kita Samy Vellu sudah dalam peralihan kuasa dengan menyerahkan jawatan Presiden MIC kepada Muhyiddin. Ini sangat-sangat memalukan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kaum Tamil. Kita anggap dia kalah sebelum berperang" kata peminat Mugilan.

Apa sudah jadi pada Samy ? Meninggalkan kaum Tamil Hulu Selangor bertempiaran tanpa arah ?

APCO-UMNO


Kadang-kadang hendak tergelak pun ada apabila membaca blog "pencacai" UMNO. Apabila pemimpin mereka diserang ada-ada sahaja alasan tidak masuk akal, dangkal, dihujah oleh mereka di blog masing-masing. Ada yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi dan bonekanya untuk menzalimi umat Islam yang lain.


Ketika 1Malaysia heboh fasal “perselingkuhan” UMNO-APCO mereka berhujah bahawa Anwar pun bekerjasama dengan Yahudi melalui pertubuhan dan NGO. Yang mereka risau ialah Yahudi di seberang laut. Yahudi yang ada di dalam pejabat PM dan PDRM mereka tidak risau? Sedangkan Yahudi inilah berpeluang “menyelongkar” rahsia negara.

Ketika 1Malaysia tekun menyaksikan “pertelingkahan” UMNO dengan MIC berebut kerusi Parlimen Hulu Selangor, pencacai-pencacai ini mengutuk MIC. Akhirnya, mereka terkedu apabila PM 1Malaysia mengesahkan MIC berhak meletakkan calon di situ walaupun majoriti pengundi di kawasan tersebut ialah orang Melayu. Ada yang kecewa dan meletakkan gambar Najid secara terbalik di blog masing-masing. Ada yang kata Najib bodoh. Ada pula yang menawar diri untuk menjadi calon bebas. Sekejap sahaja marah sebelum insaf dan memuji orang yang mereka maki sebelum itu. Mereka kemudiannya mencari justifikasi untuk menyokong tindakan Najib. Ada yang kata calon MIC di situ ialah anak didik UMNO (boneka). Yang hendak menawarkan diri untuk menjadi calon bebas senyap sunyi dan sanggup menjadi bacul terhadap kata-kata yang dilemparkan sebelum ini. Apabila nama Kamalnathan dicalonkan, apakah respon mereka? Adakah Ketua Penerangan MIC ini juga "anak didik" UMNO?

Hari ini PM1 Malaysia diberitakan bersekutu dengan AS untuk menyekat pembekalan minyak kepada Iran. Adakah kerana terlalu teruja dapat berjabat dan berbual dengan Obama, PM 1Malaysia sanggup menjadi boneka dan hamba Yahudi-Zionis untuk menekan negara Iran? Pernahkah PM 1Malaysia ini terfikir, jika AS dan Israel Laknatullah itu boleh memiliki senjata nuklear, loji nuklear, mengapakah negara Islam Iran tidak dibenarkan berbuat demikian?

Kali ini apa pula justifikasi mereka (pencacai) untuk menyokong tindakan PM 1Malaysia. Ada satu blog mengucapkan tahniah kepada PM 1Malaysia kerana memerangi Syiah Iran. Mereka menyokong AS yang menjadi boneka Yahudi memerangi Iran hanya kerana negara itu berfahaman Syiah. Kata empunya blog, syiah Iran itu sesat dan sebagainya. Saya tidak mahu menyentuh tentang pegangan mazhab penduduk di negara itu. Lanjut sila baca di sini.

Cuba kita fikir kembali, dalam banyak-banyak negara yang bermazhab Sunnah, negara manakah yang digeruni dan ditakuti oleh Israel selepas jatuhnya negara Iraq? Jangan cakap Malaysia kerana Yahudi-Zionis sudah bertapak di dalam Pejabat PM. Mesir dan Jordon sudah jadi sekutu Israel. Negara manakah yang mempertahankan negara Palestine yang saban hari dizalimi oleh Israel selepas jatuhnya Iraq? Negara Islam manakah yang menjadi ancaman terbesar kepada Israel? Jangan buat-buat lupa dan tidak tahu. 1dunia sedar bahawa Iran ialah ancaman kepada kerakusan Israel di Timur Tengah selepas jatuhnya kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussien.


Adakah pencacai UMNO ini mahu menafikan hak Iran untuk membina lojinya? Adakah pencacai ini menyokong AS dan Israel memiliki senjata nuklear sedangkan menafikan negara Islam berbuat demikian? Adakah pencacai bersetuju untuk menzalimi rakyat Iran yang seagama tetapi berlainan mazhad hanya kerana menjustifikasi tindakan PM 1Malaysia yang seolah-olah kemaruk hendak menjadi boneka dan hamba Yahudi-Zionis?

sekitar penamaan calon hulu selangor





Selasa, 30 Mac 2010

Pelik.. Saham Bumiputra Hilang, Cina Yang Minta Siasat



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa saham-saham bumiputera bernilai kira-kira RM52 bilion di Bursa Malaysia yang dilaporkan hilang disiasat segera.

Dengan merujuk kepada satu laporan oleh agensi berita Bernama hari ini, Guan Eng berkata kehilangan saham-saham bumiputera itu disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Najib, dipetik Bernama sebagai berkata bumiputera hanya memiliki RM2 bilion saham dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

Beliau berpandangan bahawa saham-saham yang hilang ini diagih-agihkan kepada kroni-kroni BN, dan Guan Eng kesal kerajaan masih belum bertindak keatas kebocoran ini. Guan Eng menjelaskan jika saham-saham ini diagihkan secara telus dan adil, sasaran ekuiti 30 peratus sudah pasti akan tercapai.

Sejarah Hitam Demokrasi Akan Berulang Lagi Esok Di Perak

Keadaan yang dialami sejak rampasan kuasa pada 6 Febuari 2009 tidak lain dari suasana sidang yang hiruk pikuk dan bercelaru semacam DUN Perak tidak ada peraturan dan undang-undang lagi. Keadaan tersebut tercetus tidak lain dari sikap BN yang telah mengarahkan pihak keselamatan dalam keadaan yang melampau dan melangkaui tugas sebenarnya sehingga DUN Perak tidak lekang dari pencabulan dan karenah BN yang terus menegakkan benang basah bagi mempertahankan kuasa haram yang mereka dapat dari kudeta itu.

Sidang esok hari nampaknya akan diwarnai dengan kawalan keselamatan yang melampau seperti sebelumnya. Tanda-tandanya sudah nampak pada hari ini. Alat sekatan jalanraya sudah sedia dipasang sejak pagi tadi.

Benarlah Zambry dan Ganesan berbohong dengan mengatakan sidang sekali ini tidak akan menggunakan pasukan keselamatan. malah rata-rata rakyat Perak yang saya temui didalam dan diluar negara membayangkan BN akan menggunakan "talian hayat" itu untuk menjamin sidang haram terus akan berlangsung.


Selain itu tindakan Ganesan yang cuba mengendalikan sidang negeri dengan kuasa haram yang dimiliki sekali lagi gagal dan kegagalannya menampakkan dia adalah 'bodoh' dan "semacam tidak bersekolah" bila tidak dapat memahami surat yang dikeluarkannya sendiri sehingga menolak soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan Rakyat walaupun mematuhi arahan surat tersebut.

Atau Ganesan tidak tahu membaca surat dalam Bahasa Melayu dan Pakatan Rakyat boleh terjemahkan ke dalam tulisan bahasa yang dikehendakinya.

Selain itu kengganan Zambry dan Ganesan yang dengan secara angkuh dan sombong menolak pelawaan Pakatan Rakyat untuk berbincang bagi memastikan kepentingan rakyat Perak terjamin hasil dari sidang, jelas mengecewakan kami walaupun sudah kami jangkakan dari awal.

Saya sangat hairan dengan sikap pemimpin BN Perak yang diketui oleh Zambry yang semakin angkuh dan sobong sejak kebelakangan ini. Semacam mereka tidak sedar bahawa kuasa yang mereka miliki adalah sementara dan mereka dapatpun dengan mencuri bukan dengan cara domokrasi seperti yang Pakatan Rakyat dapat pada PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 dulu.

Tidak apalah kalau mereka sengaja untuk berlakun tidak sedar diri untuk menyakinkan rakyat bahawa dengan lakunan itu rakyat nampak semacam benar tindakan BN merampas kuasa pada 6 Februari itu, tetapi saya yakin rakyat dapat menilai yang mana intan dan yang mana berlian sehingga mereka semakin tidak sabar untuk menunggu DUN Perak dibubarkan pada satu masa nanti bagi menghukum BN.

Bayangkan betapa ditempat yang mereka tidak menang bertanding pada tahun 2008 kebanyakan mereka dipanggil YB oleh pegawai di jabatan kerajaan. Mengampu atau tidak saya tidak pasti tetapi yang paling tepat mereka adalah YB iaitu "Yang Berlakun" dengan kuasa haram yang mereka dapat.

Dan lakunan mereka akan disaksikan dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan, kita tunggu dan lihat.....

Anwar Dedah Cerita APCO Worldwide

Peranan Apco Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma perunding antarabangsa itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Umno Barisan Nasional, melalui syarikat sekutunya, My Team Sdn Bhd.

Pendedahan tersebut dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pagi ini secara panjang lebar, lengkap dengan dokumen sokongan termasuk salinan perjanjian.

Ketua Pembangkang itu menganggap penglibatan Apco Worldwide yang didalangi ramai individu Israel termasuk pakar perisikan, di Malaysia sebagai ancaman nasional dan berbahaya kepada negara serta rakyat keseluruhan.

Anwar juga mendedahkan perkaitan antara Apco Worldwide dengan Perdana Menteri jelas berikutan antara yang menandatangani perjanjian itu ialah Setiausaha kepada Datuk Seri Najib Razak.

Khamis, 25 Mac 2010

AL-FATIHAH...AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR 25 Mac 10: Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.


Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/03/al-fatihah-ahli-parlimen-hulu-selangor.html#ixzz0jCVwD6T2