Isnin, 13 April 2015

Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan. 'Pembunuh Ke 2 Al-tantuya Mohon...

Ketua Inspektor Azilah Hadri, salah seorang daripada 2 bekas komando polis yang dihukum mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan memohon semakan semula terhadap keputusan bersalah Mahkamah Persekutuan.

Peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad berkata permohonan itu sedang dimuktamadkan dan akan difailkan tidak lama lagi, tetapi tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Ada beberapa alasan yang sah untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat panel 5 hakim itu," katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika Azilah memohon kepada Lembaga Pengampunan untuk menukar hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.

Beliau tidak mengulas lanjut alasan permohonan semakan Azilah. Bekas anggota polis itu kini sedang menunggu hukuman mati. Hazman berkata permohonan semakan perlu dilupuskan sebelum sebarang representasi dibuat kepada Lembaga Pengampunan.

Permohonan semakan dibuat di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan berdasarkan alasan ketidakadilan prosedur, dengan pemohon meminta penghakiman bersalah itu diketepikan dan panel hakim baru ditubuhkan bagi mendengar semula rayuan.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari, 2015 mengekalkan semula sabitan ke atas Azilah dan Sirul Azhar Umar kerana membunuh wanita berusia 28 tahun itu, pada tahun 2006. Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan itu disampaikan dan laporan berita berikutnya mengesahkan beliau berlepas ke Australia pada Oktober lalu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas berusia 43 tahun itu ditangkap di Brisbane dan ditahan di pusat tahanan imigresen di sana. Bagaimanapun, beliau kemudiannya dilaporkan dilepaskan pihak berkuasa imigresen Australia tetapi pasportnya ditahan.

Sirul juga mengugut untuk mendedahkan semuanya tentang kes pembunuhan berprofil tinggi itu kepada media Australia, dengan mendakwa yang beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya. Menurut laporan media, Sirul tidak akan dihantar pulang ke Malaysia kerana Canberra melarang penghantaran pulang suspek yang menghadapi hukuman mati.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul ditangguhkan kerana ia melibatkan "isu undang-undang yang rumit". Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin juga mendedahkan Pejabat Peguam Negara masih belum memulakan permintaan ekstradisi dengan Canberra, walaupun anak guamnya ditangkap pada 22 Januari.

Katanya, jika permintaan ekstradisi difailkan, permohonan perlu dibuat untuk Sirul hadir di hadapan seorang majistret di Australia. Keterangan dalam mahkamah mendedahkan, Altantuya dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 pada 18 Oktober 2006, di pinggir Shah Alam, dekat Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Kerajaan tidak merayu pembebasannya. Walaupun terdapat sabitan, motif untuk membunuh Altantuya tidak pernah didedahkan. 3 April 2915Malaysian Insider.

Siri 3: 6 Tahun Najib PM. Letak Jawatan. Kes Altantuya Belit Leher.

Hari ini 6 tahun Najib jadi PM. Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan.
"Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.
“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

Menulis di blognya, Mahahthir juga membangkitkan sebuah “skandal” kapal selam dengan pembunuhan Altantuya. Sirul sebelum ini berkata beliau hanya menjalankan tugas dan menjadi kambing hitam dalam kes itu. Daripada tahanan imigresen di Australia, bekas anggota polis elit itu berkata sedang mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya kepada media tentang perkara itu.

Najib menyifatkan dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan sebagai"rubbish" (mengarut atau merepek). Sirul dan seorang lagi rakan dalam pihak berkuasa itu Azilah Hadzri disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Motif kepada pembunuhan itu bagaimanapun masih misteri.

Hari ini 6 tahun Najib jadi PM. Sirul bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding akhir di Mahkamah Persekutuan keran berada di Australia. Dia ditangkap tidak lama kemudian. Undang-undang negara kanggaru itu tidak membenarkan pihak berdepan hukuman bunuh dihantar pulang ke negara hukuman akan dilaksanakan.
 

Penganalisis politik Razak Bagindayang dikatakan pernah menjadi rakan rapat Najib, pernah didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu. Beliau kemudian dibebas tanpa dipanggil membela diri kerana keterangan dikemukakan tidak cukup bagi membuktikan kes prima facie terhadapnya. 

Ahli Parlimen veteran pembangkang, Lim Kit Siang menyarankan satu misi pencarian fakta untuk menyiasat Sirul Azhar Umar berhubung motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dan dua calon terbaik untuk tugas itu, menurut Lim, ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"(Misi pencarian fakta ini perlu) melaporkan kepada Parlimen mengenai hasil penemuan mereka, termasuk apa yang patut dilakukan terhadap Sirul dan Azilah (Hadri), kedua-duanya berdepan dengan hukuman mati, walaupun Sirul telah melarikan diri ke Australia," kata Lim dalam satu kenyataan.
 
Walaupun Mahathir dilihat semakin lantang terhadap pentadbiran Najib, terutamanya  dalam isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB), namun beliau tidak pernah secara terbuka membangkitkan kes Altantuya. Kini seolah-olah memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu. 

Hari ini, genap enam tahun Najib bertugas sebagai perdana menteri. Adakah nasib Najib akan sama seperti Pak Lah PM sebelumnya, terpaksa melepaskan jawatan kerana mula diserang bertubi-tubi seperti ini? Bolehkah beliau melepaskan kes Altantuya yang membelit lehernya? Kita lihat lagi serangan terhadap beliau seterusnya..(ibnuhasyim)

Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melontarkan kritikan paling keras beliau terhadap Datuk Seri Najib Razak, mengatakan rakyat Malaysia tidak mempercayai perdana menteri itu dan meramalkan kejatuhan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14) sekiranya presiden Umno itu terus berkuasa.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu tahun lalu menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar mereka yang berbeza, menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.
"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula," tulis Dr Mahathir dalam blognya yang popular chedet.cc hari ini.

Dalam tulisannya yang panjang itu, bekas perdana menteri itu menyenaraikan pelbagai tuduhan yang dibuat terhadap Najib selama ini, dan mengatakan tiada satu pun antaranya yang dijawab dengan sempurna.

Dr Mahathir berkata ia termasuk pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan dakwaan yang dibuat salah seorang yang disabitkan membunuh, bekas komando Sirul Azhar Umar, yang merupakan bekas pengawal peribadi Najib.

Mengulas dakwaan Sirul yang beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya, Dr Mahathir berkata tuduhan seperti itu harus disiasat kerana Sirul pernah bekerja dengan Najib.

"Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh (dijatuhkan hukuman bunuh) kerana menjalankan arahan," tulisnya.

Dr Mahathir juga membangkitkan masalah dihadapi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menyoal apa perlunya Putrajaya memberikan persediaan kemudahan kredit hampir RM1 bilion kepada syarikat milik Kementerian Kewangan itu, tindakan syarikat itu membeli tanah kerajaan dan perjanjian diragui yang dimeterainya dengan syarikat yang tidak dikenali ramai, PetroSaudi International.

Beliau juga bertanya sumber kewangan anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli hartanah mewah di New York melalui ahli perniagaan Low Taek Jho.

Beliau juga tidak ketinggalan menyentuh mengenai jet peribadi yang dibeli untuk Najib, menyifatkan ia satu pembaziran kerana kerajaan sudah mempunyai pesawat lain yang boleh digunakan.

"Banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuhkan Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat, yang tidak dijelaskan atau dijawab selain daripada menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka.
"Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara," kata Dr Mahathir merujuk laporan media asing mengenai 1MDB dan Low.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, tidak mudah baginya menulis semua yang dicatatkannya itu.

"Ramai juga ahli dan pemimpin Umno yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya.
"Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini.
"Saya belum nyanyuk walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyuk sebenarnya menipu diri.
"Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri."
Malaysian Insider

Siri 1:Ini Sebab Najib Perlu Letak Jawatan. Dedah Ku Li.

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, sependapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang hari ini membuat kritikan paling keras terhadap perdana menteri, menegaskan masanya sudah tiba untuk kebenaran didedahkan berkenaan skandal dan isu yang menyelubungi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Lebih mesra dengan panggilan Ku Li, beliau berkata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pasti mempunyai asas yang kukuh mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Beliau mencari jawapan, kebenaran, di sebalik segala yang berlaku.
“Kini masa yang tepat untuk jawapan sebenar didedahkan, dan kebenarannya daripada semua (isu) ini,” katanya merujuk senarai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Najib dan pentadbirannya seperti dicatatkan Dr Mahathir dalam blog popularnya hari ini.

Antara tuduhan itu termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, skandal kewangan syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz dan hubungannya dengan ahli perniagaan Low Taek Jho serta pembelian jet peribadi.
Ku Li berkata, sebagai pemimpin veteran, Dr Mahathir sudah pasti memahami akar umbi dengan cukup baik, dan mengakui yang sekiranya isu yang timbul tidak ditangani dengan baik, akan sukar bagi sesiapa pun untuk memenangi pilihan raya umum (PRU).

“Beliau tahu bagaimana situasi parti politik yang berhadapan PRU. Isu yang tidak selesai, sudah pasti sukar untuk sesiapa sahaja mendapatkan sokongan,” kata ahli Parlimen Gua Musang itu.
“Saya pasti ada sebab beliau keluarkan kenyataan itu,” katanya yang ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata.

Dr Mahathir di laman blog chedet.cc hari ini berkata, sekiranya Umno masih lagi di bawah pimpinan Najib berhadapan PRU14 akan datang, Barisan Nasional (BN) akan tewas.

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.
“Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, ramai ahli dan kepimpinan parti Melayu itu kini dilihatnya setia secara membuta tuli.

“Saya juga setia, tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini,” katanya.
Susulan kenyataannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim terdahulu hari ini mencadangkan Umno mengadakan perbincangan tertutup bersama Dr Mahathir.
“Apa yang Tun kata mungkin ada betul mungkin tidak. Tetapi sudah pasti beliau berhati-hati masa menulis dan tentulah beliau mempunyai kekuatan fakta.
“Nasihat saya, ini soal parti yang tidak boleh dibincang secara terbuka, maka eloklah kita bincang secara tertutup.
“Maka saya syorkan supaya Ku Nan ambil daya usaha untuk selesaikan polemik berpanjangan ini, dan bincang dengan cara adik beradik,” katanya merujuk kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Malaysian Insider

Ahad, 1 Mac 2015

JEMPUTAN KITALAWAN 7 MAC

Maka, himpunan besar akan diadakan pada 7 Mac 2015 dengan tumpuan khusus supaya Dato’ Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan segera dan seterusnya membebaskan saudara Anwar Ibrahim. Gesaan kami dibuat bersandarkan fakta-fakta yang menunjukkan kegagalan beliau menjalankan tugas sebagai pemimpin utama negara seperti berikut:-
1. Memusnahkan kewibawaan Institusi Kehakiman dengan memenjarakan Saudara Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik melalui konspirasi Fitnah 2.
2. Meletakkan kedudukan kewangan negara dalam bahaya melalui skandal 1MDB dimana hutang 1MDB yang mencecah puluhan bilion Ringgit bakal ditanggung oleh rakyat.
3. Hiprokasi beliau terhadap isu-isu hak asasi manusia yang mana akta-akta zalim dan drakonian seperti Akta Hasutan masih digunakan untuk menghukum rakyat demi melindungi kuasa dan kedudukan beliau.
4. Ketidak pedulian beliau terhadap ekonomi rakyat terutamanya dengan meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan beliau, keluarga mahupun pimpinan UMNO Barisan Nasional yang lain terus bermewah dan berbelanja dengan boros.
5. Pengurusan ekonomi negara yang lemah dan tiada kekuatan menolak dasar ekonomi yang tidak adil kepada rakyat seperti masih mengadakan rundingan perjanjian TPPA, gagal menghapuskan cukai eksais kereta yang melampau dan sebagainya.
6. Meminggirkan nasib golongan muda yang berhadapan dengan kos sara hidup tinggi, pengangguran, kualiti pendidikan yang merudum dan mahasiswa tiada kebebasan akademik.
7. Masalah rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang terus berleluasa dimana tiada keikhlasan mahupun usaha (political will) dibawah kepimpinan beliau untuk membanterasnya sedangkan pemberi maklumat terus dihukum.
8. Tuntutan-tuntutan khusus rakyat seperti pilihanraya yang bersih dan adil, royalti minyak, anti-Lynas, dan pelbagai isu-isu lain langsung tidak didengar dan dihiraukan.
9. Menyekat kebebasan media dimana media arus perdana hanya menjadi saluran penyebaran agenda UMNO dan pemerintahan beliau masih menggunapakai amalan lapuk permit penerbitan bagi menghadkan saluran-saluran media alternatif.
10. Menggalakkan kewujudan kumpulan-kumpulan ekstrimis perkauman atau agama seperti Perkasa seolah-olah kepimpinan beliau mahu membiarkan agar berlakunya ketegangan kaum dan agama.
11. Penyalahgunaan institusi-institusi kerajaan seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi tersebut.
12. Kes pembunuhan Altantuya yang masih menjadi tanda tanya dan pengakuan Sirul bahawa ada arahan atasan untuk melakukan pembunuhan tersebut perlu diperjelaskan
Sekretariat ‪#‎KitaLawan‬
Ayuh! Turun Himpunan
7 Mac 2015 | 4.00 PTG | SOGO | Tema HITAM

SEPUTAR KES DSAI

Saya sebenarnya telah berazam untuk tidak menyentuh hal-hal berkait politik untuk satu jangka masa. Dan jangka masa itu belum berakhir. Pun begitu, sabitan kesalahan terhadap DS Anwar Ibrahim dan pemenjaraannya buat saya terpanggil untuk mencoret sesuatu pada pagi ini. Lama saya pertimbangkan apakah saya patut berkongsi penulisan ini atau tidak. Namun akhirnya saya buat keputusan untuk berkongsi.
Jika ditanya apakah saya penyokong tegar beliau? Saya akan jawab, bukan. Saya tidak pernah turun pada mana-mana demonstrasi atau pergi ke mana-mana ucapan yang dianjurkan oleh beliau, parti beliau, atau parti-parti yang berpakat dengan beliau.
Saya punya harapan besar kepada Pakatan Rakyat sebelum PRU13. Tetapi selepas PRU13, harapan itu pudar, lebih-lebih lagi apabila melihat pelbagai isu dalaman di kalangan mereka sendiri.
Apakah saya bersetuju semua perkara dengan DS Anwar Ibrahim? Saya tidak bersetuju banyak perkara dan antara yang besar ialah Langkah Kajang.
Apakah saya berpendapat DS Anwar perlu berehat dari medan politik - (termasuk mereka yang seangkatan usia dengannya)? Saya berpendapat demikian.
Namun apakah saya bersyukur, gembira, suka apabila beliau dipenjarakan? Saya tidak suka. Saya tidak bersyukur dan saya tidak gembira.
Kenapa?
Pertama kerana saya tidak dapat melihat DS Anwar sebagai seorang peliwat. Saya rasa sangat tidak logik, seorang tua sepertinya, yang pernah meringkuk lama dalam penjara, bercita-cita menjadi Perdana Menteri, punya hubungan baik dengan ulama' dan cendekiawan serta ahli politik antarabangsa, saja-saja suka-suka mahu cari fasal dengan meliwat orang. Dia pasti tahu itu akan memburukkan namanya, menganggu statusnya, dan merosakkan cita-citanya.
Kedua, jika benar dia seorang peliwat, saya tak rasa dia akan liwat beberapa orang sahaja(dia dituduh Liwat 1 dan Liwat 2). Pasti akan ada banyak laporan lain berkait DS Anwar dalam hal ini. Saya sendiri ada kenal pemuda-pemuda yang baik dengan DS Anwar, dan tiada pula mereka ini lapor kena raba dan sebagainya.
Ketiga, saya tak dapat terima hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak Saiful Bukhari dalam hal ini. Terlalu banyak tanda tanya dan kemusykilan. Saya ikuti juga rakan-rakan yang suka nak DS Anwar disabit kesalahan. Dan melihat sebelum 10hb Februari, mereka pun pasrah jika DS Anwar bebas - bermakna mereka pun rasa hujah dari pihak Saiful Bukhari itu tidak kuat dan banyak syak. Kronologi kes ini juga dari dahulu lagi saya lihat meragukan.
Keempat, saya tahu DS Anwar adalah seorang ahli politik yang punya 'cable' kuat dengan ahli politik antarabangsa. Jika saudara Ali Abd Jalil boleh lari ke luar negara mencari suaka politik, DS Anwar pasti lebih mampu untuk lari dan mencari suaka politik menggunakan 'cable' yang beliau ada. Nyatanya beliau tidak melarikan diri. Kita lihat beliau banyak keluar negara, sama ada urusan akademik, politik atau bercuti. Namun beliau tetap pulang ke Malaysia juga. Kita lihat Saiful Bukhari angkat sumpah Al-Quran, DS Anwar juga patutnya boleh bermudah-mudah angkat sumpah Al-Quran dan boleh rilek abaikan semua ini. Namun dia tak berbuat demikian. Kenapa DS Anwar bertindak sebegini? Kerana pada pandangan saya, beliau memang yakin beliau tidak bersalah dan mahu ia dibuktikan dengan selayaknya.
Itu setakat apa yang saya mampu kemukakan. Sekurang-kurangnya, untuk diri saya, saya tidak mampu untuk percaya DS Anwar ialah seorang peliwat, dan saya tidak suka, tidak gembira, melihat beliau dipenjarakan atas tuduhan tersebut.
Ada orang kata, kalau kita tenung mata Dr Wan Azizah, kita akan nampak seakan Dr Wan Azizah 'menyimpan rahsia' berkait DS Anwar. Saya, walaupun juga banyak tidak bersetuju dengan Dr Wan Azizah sebagai ahli politik, apabila memandang wajah dan matanya, saya hanya melihat ketabahan dalam mengharungi semua ini. Ini bukan kali pertama DS Anwar dipenjarakan, dan sekali lagi Dr Wan Azizah bersama keluarga perlu mengharunginya. Kalau DS Anwar orangnya benar jahat, keluarganya takkan kekal bersamanya. Pasti akan ada pendedahan dari keluarganya. Tetapi setakat ini, tiada.
Ada yang kata, baguslah Anwar ke penjara. Berehat dari jadi faktor utama pemecah belah masyarakat. Saya tak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Demokrasi takkan berjalan dengan baik tanpa pembangkang yang kuat, yang mampu untuk membuatkan kerajaan berkira-kira dalam setiap keputusan yang hendak dibuat. DS Anwar telah berjaya berusaha menghasilkan pembangkang yang kuat itu, dan masyarakat dapat pelbagai manfaat daripada situasi ini. Desakan-desakan daripada pembangkang menjadikan Kerajaan lebih berhati-hati dan bertimbang rasa ketika hendak melakukan sesuatu yang melibatkan rakyat.
Ini tidak bermakna kita sebagai rakyat patut jadi pentaksub kepada pembangkang. Kita perlu kritikal terhadap kedua-duanya - pembangkang dan kerajaan.
Pada hemat saya, kita boleh tidak bersetuju dengan idea, pandangan, pegangan, juga tindakan politik yang dimiliki oleh DS Anwar Ibrahim juga partinya dan Pakatan Rakyat.
Namun hendak suka, bergembira dengan hal ini, saya rasa tidak pantas walau dengan apa alasan sekalipun.
Saya suka DS Anwar Ibrahim berehat dan mengundur diri dari politik. Kebelakangan ini saya sangat kritikal terhadap beliau, terutama selepas Langkah Kajang. Pun begitu, bukan dengan disabit sebagai peliwat dan dipenjarakan.
Saya tidak berniat untuk mengajak orang lain berpendirian seperti saya. Namun saya tertarik berkongsi pendirian saya seputar kes DS Anwar Ibrahim ini di sini, sebagai tambahan kepada perspektif-perspektif yang ada. Mungkin pendapat dan pendirian saya ini salah, terbuka kepada perbincangan.
Kerana saya kira, saya ada tanggungjawab untuk menyuarakannya. Bukan sebagai penyokong kerana saya bukan penyokong tegar beliau dan partinya.
Tetapi sebagai manusia.
Sekian
- HILAL ASYRAF -

Ahad, 15 Februari 2015

EDARAN LIMAU CNY DI N.54 P.75( RUNGKUP DAN HUTAN MELINTANG)




















BEBAS ANWAR!!!!




100215












Kenyataan Media
Majlis Pimpinan Negeri Perak
12 Februari 2015
Majlis Pimpinan Negeri Perak Kecam Keputusan Politik Kes Fitnah 2
Majlis Pimpinan Negeri Perak mengecam keras keputusan kes fitnah 2 oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 10 Feb lalu yang mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Sdr Anwar Ibrahim.
Keputusan ini jelas adalah satu konspirasi politik jahat untuk membunuh karier politik Sdr Anwar Ibrahim dan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin mengancam kedudukan dan kuasa Umno-BN
Kami juga yakin bahawa keputusan memenjarakan Sdr Anwar Ibrahim selama 5 tahun adalah bertujuan untuk menjejaskan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU-14 dan juga untuk mengalihkan fokus Pakatan Rakyat terhadap kepelbagaian isu Negara yang sedang gawat melanda disaat ini.
Pemenjaraan Sdr Anwar Ibrahim tidak akan melemahkan kami malah menyuntik semangat yang lebih kuat untuk menumbangkan Umno-BN dalam pilihanraya yang akan datang. Sdr Anwar Ibrahim juga adalah simbol yang menyatukan baik dalam Keadilan malah dalam Pakatan Rakyat. Beliau adalah ikon perjuangan rakyat
Sebagai permulaan Majlis Pimpinan Negeri Perak dengan kerjasama sayap Wanita dan AMK akan melancarkan siri jelajah ke seluruh negeri untuk menerangkan Kes Fitnah 2 serta membongkar konspirasi politik tersebut bagi membangkitkan kesedaran rakyat.
Sekian.
Majlis Pimpinan Negeri Perak
Parti Keadilan Rakyat

Isnin, 26 Januari 2015

YB ADUN HUTAN MELINTANG TURUN PADANG












25 Jan 2015. DUN Hutan Melintang. Tahniah dan syabas kepada YB Hutan Melintang kerana telah meluangkan masa sehari suntuk bukan saja turun padang... malah turun ke kampung2, lorong2, taman2, parit2, sungai2 yang berada dialam jajahan N.54.

tujuan utama tidak lain tidak bukan hanya untuk bertemu lokaliti dan mengenal pasti masalah rakyat untuk tindakan sebagai seorg wakil didalam DUN.