Sabtu, 2 Januari 2010

Zambry pengganas.....


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kesahihan laporan akhbar terbitannya, Suara Keadilan yang menyiarkan berita bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) ketika mahu memasuki negara itu baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata, pihaknya sedia berdepan dengan Menteri Besar itu di mahkamah bagi menyelesaikan mengenai perkara tersebut.

"Saya sudah periksa dengan pihak editorial Suara Keadilan, mereka mempertahankan maklumat yang diperoleh daripada sumber berhubung isu berkenaa.

"Mereka tulis berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sumber yang boleh dipercayai itu dan kalau beliau nak bawa perkara ini ke mahkamah kami tiada masalah," katanya

Jonson berkata demikian sebagai mengulas mengenai penafian Zambry berhubung laporan Suara Keadilan bahawa beliau ditahan pihak berkuasa AS ketika mahu memasuki negara itu untuk menyertai misi pelaburan kerajaan negeri selepas namanya ada dalam senarai pengganas dan kemudian diarah pulang.

Menteri Besar itu berkata laporan bahawa beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco adalah satu pembohongan besar oleh akhbar berkenaan dan tindakan mahkamah akan diambil kerana sudah hilang sabar dengan fitnah yang dilihat menghina serta mahu mencemarkan nama dan karier politiknya.

Mengulas lanjut, Jonson yang bertanggungjawab terhadap akhbar terbabit berkata, Zambry mempunyai hak untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Kalau beliau nak saman itu haknya, kami sedia menghadapinya di mahkamah nanti.

"Tapi kami harapkan prosedur mahkamah yang betul-betul adil tanpa campur tangan politik," katanya.-mstar

Tiada ulasan: