Isnin, 28 Jun 2010

UMNO Yang Lulus Judi, Pastu Batalkan..Mana Ada Baik

(28 Jun, Ipoh) Naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye berkata, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, ini adalah atas desakan suara rakyat dan kemenangan bantahan rakyat terhadap polisi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak transpirasi dan telus.

Beliau juga berkata, ini jelas menunjukkan bahawa lesen judi sukan adalah hasil ataupun idea UMNO yang memulakan dan memutuskannya, perkara ini bukan diputuskan melalui mesyuarat kabinet ataupun Dewan Rakyat tetapi melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak melibatkan mana-mana parti komponen yang lain.

"Kita boleh melihatkan siapakah yang cuba menggadaikan nasib rakyat dengan cara memperkayakan syarikat-syarikat gergasi."

Beliau berucap sedemikian dalam siri ceramah "Selamatkan Malaysia" di Kampung Baru Kuala Kuang.

Dr Lee juga sebagai Ahli Parlimen Gopeng mengkritik Perdana Menteri bahawa, beliau ingin mendapatkan pandangan dan cadangan rakyat ketika memelihara seekor kucing, akan tetapi, polisi kerajaan yang menjejaskan hidupan rakyat tidak pernah ditanyakan sesekali pun.

Beliau menambah, Perdana Menteri bukan sahaja tidak berani berhadapan dengan rakyat, tetapi juga tidak berani berhadapan dengan wakil rakyat dengan membawakan isu tersebut kepada perbincangan dalam Dewan Parlimen.

Beliau menyifatkan kerajaan BN terutamanya bawah pimpinan Najib Razak selalunya mengamalkan Flip-Flop Policy yang amat tidak menyakinkan rakyat.

Tiada ulasan: