PERUBAHAN bukan satu takdir yang harus ditunggu, sebaliknya merupakan tanggungjawab menggerakkan massa kearahnya
Rabu, 11 September 2013
Idris Jusuh Pula Tunjuk Bodoh
Seronok tinggal dan menjadi warganegara Malaysia. .patutla berebut warga asing mintak ic!!!
Rupanya kita dapat menteri cerdik dan setiap nafas para menteri mewakili jiwa rakyat!!
Untung rakyat Malaysia. .punyai menteri berjiwa rakyat..menteri yang mebela rakyat..sebelahi rakyat...itulahyang rakyat nak!!!
Berbaloi baloi lantik menteri menteri ni..tak sia sia pangkah BN!!!Bak kata menteri tersayang..bukti perihatin kepada rakyat..cer tengok
1 ) Ayam mahal - jangan makan ayam makan daging / ikan ( padahal daging/ikan lagi mahal)
2 ) Rumah mahal - jangan beli rumah kalau tak mampu dah lah. (Sambil menunjukkan kotak kotak dan gambar khemah..terselit gambar jambatan..maybe suruh duduk bawah jambatan he he he )
3 ) Kereta mahal - jangan beli Kereta. Kannn??
4 ) Kos sara hidup mahal - pindah masuk hutan.Simple kan?
5 ) System pelajaran celaru - kejap Bi kejap Bm.. hantar anak belajar luar negara..mudah bukan?
Nah..tu antara contoh bukti menteri yang rakyat pangkah undi hari tu MEWAKILI RAKYATNYA.
Seronoknya...
Khamis, 11 Julai 2013
Gendang GST makin kuat bagaikan makin dekat !
Menteri Kewangan menafikan GST dalam masa terdekat tetapi bunyi riuh rendah GST kedengaran semakin kuat di mana-mana.
Rakyat pula terus lelah melihat harga barangan keperluan di pasar, di kedai-kedai runcit, semakin melambung tinggi. Paling sakit hati harga barangan sudah tidak ada pengumuman kenaikan harga dah, naik senyap-senyap je! Orang yang tak biasa turun membeli keperluan hidup tak tahu, orang yang biasa membeli amat tahu, semuanya mahal hari ini!
Hari-hari rakyat di luar bandar terutama orang Melayu merungut, harga barang makin mahal. Namun pangkah tetap pangkah Umno/Bn! Berpolitik cara tidak cerdik jugak yang dipilih, pilih Umno/Bn sampai ke tua!!
GST kini makin dekat!
Rabu, 3 Julai 2013
Hanya satu dari lima laporan rasuah disiasat SPRM
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM hanya membuka satu kertas siasatan dari setiap lima kes yang dilapor, dedah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Beliau membandingkan statistik tahun 2011 antara SPRM dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).
Menurut Rafizi, sebanyak 6,475 maklumat berhubung rasuah diterima SPRM pada 2011, namun hanya 1,304 atau bersamaan 20% kertas siasatan yang dibuka.
Berbanding ICAC yang menerima 4,010 laporan, namun membuka 3,072 kertas siasatan bersamaan 77% dari
keseluruhan maklumat rasuah di Hong Kong pada tahun yang sama.
“Ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat yang meragui keberkesanan SPRM. Menteri yang bertanggungjawab harus mengambil cabaran ini dengan serius,” kata Rafizi di Dewan Rakyat.
Tambah Rafizi, sabitan kesalahan kes dikendalikan ICAC lebih tinggi mencecah 86% berbanding kesalahan kes yang dibawa oleh SPRM, iaitu sekadar 68%.
Tegasnya, SPRM perlu membuktikan keberkesanan melalui pendakwaan terutamanya melibatkan laporan terhadap tokoh besar, seperti Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud.
Penolong Pesuruhjaya Bahagian Siasatan SPRM, Lim Bee Kean pada 29 Jun mendedahkan, badan itu perlu meneliti 400 fail dan kenyataan lebih 20 individu melibatkan kes rasuah Taib Mahmud.
“Mengatasi persepsi terhadap SPRM bukan semata-mata melalui iklan atau kempen jenama mahal yang menelan wang rakyat,” tegasnya.
Akhirnya PERKASA sedar diri.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.
"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa"
Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.
"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.
"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya. 3 Julai, 2013.
Isnin, 1 Julai 2013
Asal boleh tibai DSAI mesti muka depan
Sewaktu Senator Nick Xenophone dihalau pulang dari Malaysia lantaran keterlibatan aktifnya dalam politik negara ini serta keakrabannya dengan pemimpin oposisi, pesuruh propaganda United Malays National Organisation begitu bersemangat sekali menyuruh Senator Australia itu tidak masuk campur urusan politik Malaysia.
Malaysia, bagi orang UMNO, dan politik Malaysia terutamanya hanya boleh dibicarakan, atau dimainkan oleh orang Malaysia sahaja. Malah para macainya turut galak menyatakan bahawa ehwal politik Malaysia hanya patut dikerjakan oleh mereka yang ‘ahli’. Dalam kata lain, hanya politisi UMNO. Selain daripada itu, tak boleh.
Maka apabila saya melihat obsesi lidah rasmi UMNO dengan politisi Indonesia, si Jusuf Kalla; saya jadi keliru.
Adakah Jusuf Kalla itu halal terbabit politik Malaysia kerana dia bersongkok macam orang UMNO?
Muka depan Utusan Malaysia minggu lalu memetik Jusuf (disebut ‘Yusuf’) sebagai menyebut bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai imaginasi yang melampau. Selalunya kalau tajuk berita seperti ini disiarkan Utusan Malaysia, kita akan menyangka bahawa Utusan Malaysia mahu bercerita mengenai fantasi pelik Anwar yang pernah diberitahu kepada Jusuf.
Ya lah, Utusan dan kelucahan kan hampir langsung tidak dapat dipisahkan.
Tetapi Utusan Malaysia kali ini cuba memberitahu kita bahawa Anwar berimaginasi mahu menjadi Perdana Menteri meski kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Apa yang Utusan Malaysia tidak beritahu kita adalah Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar tidak kalah, malah menambah bilangan kerusi di Parlimen. Utusan Malaysia juga tidak beritahu kita bahawa 51% daripada jumlah keseluruhan pengundi memilih Pakatan Rakyat dan kerajaan UMNO yang ada hari ini ialah kerajaan minoriti yang gagal kelihatan popular di mata keseluruhan pengundi serata negara.
Namun disebabkan Utusan Malaysia ini akhbar milik UMNO dan melazimi fitnah dan mahir manipulasi politik persepsi, maka disembunyikan hakikat yang itu dan sekadar bermain retorika imaginasi Anwar dan keinginan rakyat untuk menggulingkan pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Seolah-olah BN, Najib Razak, Muhyiddin Yassin langsung tak ada nafsu untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Dan Jusuf Kalla dipergunakan UMNO dan organ propagandanya untuk memperlihatkan apa yang ia mahu rakyat tahu. Langsung tidak disebut apa sebenarnya rundingan belakang pintu yang dibuat antara ketiga-tiga pemimpin itu.
Asalkan boleh membantai Anwar Ibrahim, maka itulah dia bahan berita muka depan Utusan Malaysia. Seolah-olah tak ada berita lain, meski sudah hampir dua bulan pilihan raya berakhir. Ternyata obsessi Utusan Malaysia dan UMNO dengan si Anwar Ibrahim ini sampai kiamat pun tak akan berakhir.
Barangkali itulah imaginasi melampau Utusan Malaysia setiap malam sebelum tidur. Imaginasi yang menjadi igauan dan mimpi ngeri berulang kali – Anwar Ibrahim.-Roketkini
Polis, SPRM Dan SPR Buat Bodoh Sahaja Terhadap Kesalahan Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.
Katanya, dalam video terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.
Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 ‘pekerja pilihan raya’ sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi.
Ini bererti lebih daripada seorang ‘pekerja pilihan raya’ diperlukan Zahid untuk memenangi satu undi dan perkara itu boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
“Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” kata Kit Siang dipetik Roketkini.
Sementara itu, menurut laporan Keadilan Daily, PKR berusaha membatalkan kemenangan Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datoh dengan pendedahan bukti video pemberian rasuah untuk mengundi beliau.
Video-video tersebut boleh didapati di Youtube yang mendakwa Zahid mengakui memberi RM100 kepada 23,000 orang dan 5kg beras dengan “pelekat” untuk diberikan kepada pekerja kempen BN.
“Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya.
“Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen,” kata Rafizi Ramli.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dua petisyen pilihan raya difailkan berhubung salah laku calon BN di Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk membelanjakan lebih RM2 juta semasa berkempen.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, petisyen pertama membabitkan sogokan dilakukan Zahid kepada pengundi dengan memberikan mereka wang RM100 dan 5 kilogram beras setiap orang.
“Satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya dan kesalahan mengambil petugas pilihan raya dalam jumlah yang tidak munasabah,” katanya.
Rafizi berkata, Zahid membelanjakan lebih RM2 juta ketika berkempen, iaitu melebihi had yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak RM200,000.
Menteri Dalam Negeri itu juga menggunakan 24 ribu petugas pilihan raya, sepertimana diakui sendiri dalam video yang dimuatnaik di laman web rasmi beliau.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi, Rafizi turut menunjukkan video berkenaan di mana Zahid turut mengaku memberi wang dan beras kepada pengundi.
“Zahid telah melakukan tindakan kurang bijak dengan menayangkan kenyataannya secara terang-terangan,” kata Rafizi kepada media.
Ahad, 30 Jun 2013
SPR Terus Perbodoh Rakyat: Tiada Logik Dakwat Kekal Untuk PRK
Kenyataan Media
28 Jun 2013
SPR Terus Perbodoh Rakyat: Tiada Logik Dakwat Kekal Untuk PRK
Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N1 Kuala Besut.
Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat?
Logiknya penggunaan sistem dakwat kekal ialah untuk memastikan setiap pengundi dicalit dakwat tersebut sebagai tanda sudah mengundi, dan ia melibatkan semua pengundi pada pilihanraya umum. Dakwat seharusnya kekal selama 7 hari memandangkan hampir 300 ribu pengundi awal dan pengundi pos membuang undi mereka 5 hari sebelum hari mengundi. Maka jika sistem ini berjalan baik, mereka yang sudah mengundi samada pengundi awal atau pengundi biasa, tidak boleh mengundi kali kedua kerana dakwat masih dijari. Ini konsepnya.
Tetapi apa yang berlaku pada 5 Mei lalu ialah ratusan ribu pengundi awal telah terdedah untuk mengundi lebih dari sekali malah pengundi yang membuang undi 5 Mei juga boleh berbuat demikian kerana didapati dakwat kekal itu sebenarnya pewarna tiruan sahaja, tidak mampu kekal walau 5 minit merujuk kepada banyak kes dan laporan polis. Integriti pilihanraya hancur dan undang-undang PRU-13 dicemari dengan teruk sekali.
Kini setelah SPR hilang sepenuhnya kepercayaan rakyat dan didesak oleh majoriti rakyat supaya berundur, SPR yang sama telah cuba untuk perbodoh rakyat dengan cadangan sistem dakwat kekal di PRK K.Besut. Mana mungkin sebuah pilihanraya kecil mengamalkan sistem dakwat kekal melainkan pengundi di seluruh negara selain pengundi DUN K.Besut ditandakan dakwat kekal terlebih dahulu sehari sebelum hari pengundian N1 K.Besut.
Dengan kata lain, menandakan dakwat kekal kepada hanya sekelompok pengundi di K.Besut sedangkan berbelas juta pengundi tempat lain bebas untuk masuk dan menyamar sebagai pengundi. Dakwat kekal untuk pilihan raya kecil adalah sangat tidak relevan.
Justeru itu, SAMM melihat cubaan Timbalan Pengerusi SPR membuktikan dakwat yang bakal digunakan di PRK K.Besut lebih kekal dari 5 Mei adalah berniat jahat untuk menutup isu sebenar. Rakyat kini tidak mahu lagi dakwat kekal, rakyat mahu dakwat kekal pada 5 Mei dan kegagalan berbuat demikian sepatutnya kamu dan semua koncu kamu meletakkan jawatan.
Cubaan yang baik dari SPR, namun rakyat semakin bijak dan semakin kental untuk terus melawan! Biarpun ada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerima keputusan pilihanraya sepertimana ahli parlimen Barisan Nasional, namun rakyat tetap menolak keputusan yang penuh penipuan, menggelapkan demokrasi yang juga merampas kemanangan rakyat.
Anak muda akan lawan sampai menang! Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan!
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
SPRM akan siasat SPR berhubung kemelut dakwat kekal
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut.
Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas. Terdapat rungutan umum berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 5 Mei.
Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan.
SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.
Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.
Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis. - sumber .TMI
PENYAMUN DILANTIK PENGERUSI TABUNG HAJI?
Inilah yang berlegar di blog-blog Umno yang mengatakan Azeez Rahim, ahli Parlimen Baling dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mungkin ada benarnya kerana Najib kini sedang mem’bedak’ jawatan-jawatan sedemikian di kalangan Umno seperti juga dilaporkan TMI.
Antara sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan – Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji, Perbadanan Nasional Berhad.
Blogger Rocky Bru juga bercerita tentang Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. Mengikut maklumat dari laman web Tabung Haji, pada tahun 2011 dia dilantik Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. Pengerusi anak syarikat Tabung Haji iaitu TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad yang juga anak syarikat Tabung Haji.
Munasabahlah kalau dia akan dinaikkan ‘pangkat’ oleh Najib sebagai Pengerusi Tabung Haji. Maka akan bersepahlah muka-muka 47 persen dalam syarikat berkait kerajaan (GLC) atau agensi kerajaan. Duit Tabung Haji pun banyak juga untuk dikebas atas nama projek dan elaun, insyaallah boleh senyum sepanjang masa.
Langgan:
Catatan (Atom)









