Selasa, 30 Mac 2010

Pelik.. Saham Bumiputra Hilang, Cina Yang Minta Siasat



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa saham-saham bumiputera bernilai kira-kira RM52 bilion di Bursa Malaysia yang dilaporkan hilang disiasat segera.

Dengan merujuk kepada satu laporan oleh agensi berita Bernama hari ini, Guan Eng berkata kehilangan saham-saham bumiputera itu disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Najib, dipetik Bernama sebagai berkata bumiputera hanya memiliki RM2 bilion saham dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

Beliau berpandangan bahawa saham-saham yang hilang ini diagih-agihkan kepada kroni-kroni BN, dan Guan Eng kesal kerajaan masih belum bertindak keatas kebocoran ini. Guan Eng menjelaskan jika saham-saham ini diagihkan secara telus dan adil, sasaran ekuiti 30 peratus sudah pasti akan tercapai.

Sejarah Hitam Demokrasi Akan Berulang Lagi Esok Di Perak

Keadaan yang dialami sejak rampasan kuasa pada 6 Febuari 2009 tidak lain dari suasana sidang yang hiruk pikuk dan bercelaru semacam DUN Perak tidak ada peraturan dan undang-undang lagi. Keadaan tersebut tercetus tidak lain dari sikap BN yang telah mengarahkan pihak keselamatan dalam keadaan yang melampau dan melangkaui tugas sebenarnya sehingga DUN Perak tidak lekang dari pencabulan dan karenah BN yang terus menegakkan benang basah bagi mempertahankan kuasa haram yang mereka dapat dari kudeta itu.

Sidang esok hari nampaknya akan diwarnai dengan kawalan keselamatan yang melampau seperti sebelumnya. Tanda-tandanya sudah nampak pada hari ini. Alat sekatan jalanraya sudah sedia dipasang sejak pagi tadi.

Benarlah Zambry dan Ganesan berbohong dengan mengatakan sidang sekali ini tidak akan menggunakan pasukan keselamatan. malah rata-rata rakyat Perak yang saya temui didalam dan diluar negara membayangkan BN akan menggunakan "talian hayat" itu untuk menjamin sidang haram terus akan berlangsung.


Selain itu tindakan Ganesan yang cuba mengendalikan sidang negeri dengan kuasa haram yang dimiliki sekali lagi gagal dan kegagalannya menampakkan dia adalah 'bodoh' dan "semacam tidak bersekolah" bila tidak dapat memahami surat yang dikeluarkannya sendiri sehingga menolak soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan Rakyat walaupun mematuhi arahan surat tersebut.

Atau Ganesan tidak tahu membaca surat dalam Bahasa Melayu dan Pakatan Rakyat boleh terjemahkan ke dalam tulisan bahasa yang dikehendakinya.

Selain itu kengganan Zambry dan Ganesan yang dengan secara angkuh dan sombong menolak pelawaan Pakatan Rakyat untuk berbincang bagi memastikan kepentingan rakyat Perak terjamin hasil dari sidang, jelas mengecewakan kami walaupun sudah kami jangkakan dari awal.

Saya sangat hairan dengan sikap pemimpin BN Perak yang diketui oleh Zambry yang semakin angkuh dan sobong sejak kebelakangan ini. Semacam mereka tidak sedar bahawa kuasa yang mereka miliki adalah sementara dan mereka dapatpun dengan mencuri bukan dengan cara domokrasi seperti yang Pakatan Rakyat dapat pada PRU ke 12 pada 8 Mac 2008 dulu.

Tidak apalah kalau mereka sengaja untuk berlakun tidak sedar diri untuk menyakinkan rakyat bahawa dengan lakunan itu rakyat nampak semacam benar tindakan BN merampas kuasa pada 6 Februari itu, tetapi saya yakin rakyat dapat menilai yang mana intan dan yang mana berlian sehingga mereka semakin tidak sabar untuk menunggu DUN Perak dibubarkan pada satu masa nanti bagi menghukum BN.

Bayangkan betapa ditempat yang mereka tidak menang bertanding pada tahun 2008 kebanyakan mereka dipanggil YB oleh pegawai di jabatan kerajaan. Mengampu atau tidak saya tidak pasti tetapi yang paling tepat mereka adalah YB iaitu "Yang Berlakun" dengan kuasa haram yang mereka dapat.

Dan lakunan mereka akan disaksikan dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan, kita tunggu dan lihat.....

Anwar Dedah Cerita APCO Worldwide

Peranan Apco Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma perunding antarabangsa itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Umno Barisan Nasional, melalui syarikat sekutunya, My Team Sdn Bhd.

Pendedahan tersebut dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pagi ini secara panjang lebar, lengkap dengan dokumen sokongan termasuk salinan perjanjian.

Ketua Pembangkang itu menganggap penglibatan Apco Worldwide yang didalangi ramai individu Israel termasuk pakar perisikan, di Malaysia sebagai ancaman nasional dan berbahaya kepada negara serta rakyat keseluruhan.

Anwar juga mendedahkan perkaitan antara Apco Worldwide dengan Perdana Menteri jelas berikutan antara yang menandatangani perjanjian itu ialah Setiausaha kepada Datuk Seri Najib Razak.

Khamis, 25 Mac 2010

AL-FATIHAH...AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR 25 Mac 10: Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor, Zainal merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.


Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/03/al-fatihah-ahli-parlimen-hulu-selangor.html#ixzz0jCVwD6T2

PENDUDUK LEGA,ADUN BERANG........


HUTAN MELINTANG - Penantian selama lebih 10 tahun penduduk Kampung Sungai Timah, di sini untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) berakhir setelah Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak bersetuju mengeluarkan lesen berkenaan.

Seorang penduduk, V Ramasamy berkata, mereka sudah lama menanti saat itu kerana telah lama membuat permohonan.

Menurutnya, pada awal pembukaan penempatan itu, sebanyak empat rumah dibina dan kini rumah di perkampungan itu bertambah sehingga 39 buah.

“Saya dan semua penduduk begitu gembira kerana akhirnya kami dibenarkan tinggal di sini oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak.

“Selepas ini, kami berharap LPS ini dapat ditukarkan kepada geran tetap yang akan menjadi hak milik penduduk yang sudah lama tinggal di sini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis penerangan mengenai Pemberian LPS Tapak Rumah Bagi Setinggan di Atas Tanah Kerajaan di Kampung Sungai Timah, di sini, kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Shahril Ismail; Penolong Pegawai Daerah, Megat Mohd Zamri Megat Mohd dan beberapa Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak serta Ketua MIC Bahagian Bagan Datoh, R Supramaniam.

Ramasamy berkata, dia adalah antara penduduk terawal yang menetap di perkampungan itu sejak 35 tahun lalu.

Katanya, wakil rakyat demi wakil rakyat berjanji untuk membantu mereka dan akhirnya mereka berjaya juga mendapat hak itu walaupun hanya LPS.

“Saya mewakili penduduk di kampung ini bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan pemimpin yang tidak pernah berputus asa membantu kami memperjuangkan hak sebagai seorang rakyat Malaysia,” katanya.

Seorang lagi penduduk, A Chandra berkata, penghargaan perlu diberikan kepada penduduk awal yang telah lama memperjuangkan hak mereka untuk mendiami kawasan itu.

Menurutnya, kebanyakan penduduk di kampung itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah serta tidak mampu untuk membeli tanah sendiri.

“Tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak memberikan LPS ini sesuatu yang wajar dan dapat mengurangkan beban yang kami tanggung selama ini,” katanya.

Sementara itu, Megat Mohd Zamri yang ditemui pada majlis itu berkata, pihaknya memberikan LPS kepada 35 rumah di kampung berkenaan.

Menurutnya, majlis penerangan itu dibuat bagi memberi taklimat kepada penduduk mengenai bayaran yang perlu dikeluarkan mereka sebelum mendapat LPS.

Menjawab isu kekeliruan surat majlis penerangan itu sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan, beliau berkata, surat itu tidak diberikan kepada ADUN berkenaan kerana beliau bukan Ahli Jawatankuasa Tanah Daerah Hilir Perak.

Katanya, satu majlis penyerahan LPS kepada penduduk bakal diadakan dan Kesavan akan dijemput pada majlis itu nanti.

“Sebelum ini timbul isu bahawa Kesavan sebagai wakil rakyat tempatan tidak dimaklumkan, tetapi masalah itu tidaklah begitu besar memandangkan hanya Ahli Jawatankuasa Tanah Daerah yang dimaklumkan.

“Bagi Parlimen Bagan Datoh, ADUN Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad telah dilantik Menteri Besar sebagai ahli jawatankuasa berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, empat lagi ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin; ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; ADUN Kampung Gajah, Dr Wan Norashikin Wan Noordin dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Idris Hashim.

“Masalah tanah ini sebenarnya sudah lama dan telah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diluluskan sebagai tapak kediaman, tetapi disebabkan tanah berkenaan adalah rizab Jabatan Kerja Raya (JKR), mereka tidak membenarkannya,” katanya.

Majlis taklimat yang sepatutnya memberi kelegaan kepada penduduk bagaimanapun bertukar tegang apabila Kesavan hadir menyuarakan rasa tidak puas hatinya kerana tidak dimaklumkan mengenai majlis itu.

Beliau yang ditemui media berkata, tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak itu dianggap biadab kerana membelakangi wakil rakyat yang sepatutnya berhak mengetahui setiap apa yang berlaku terhadap masyarakat di kawasannya.

Menurutnya, perkara itu adalah mainan kotor UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mempergunakan jentera kerajaan bagi memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR).

“Ini adalah taktik mereka (BN). Apabila wakil rakyat PR tidak mengetahui apa yang berlaku dan masalah timbul, mereka akan mendakwa kami tidak buat kerja sedangkan tiada sebarang surat makluman yang diterima.

“Zambry kata semua ADUN perlu menumpukan kerja-kerja perkhidmatan kepada rakyat, sebaliknya dalam diam beliau cuba bermain politik untuk menjatuhkan wakil rakyat PR,” katanya.

Kesavan berkata, jika beliau tidak dijemput disebabkan bukan Ahli Jawatankuasa Tanah Daerah Hilir Perak, bagaimana Ketua MIC Bahagian boleh hadir bersama penduduk jika tidak ada jemputan.

Katanya, perkara itu akan dibawa ke Persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan kerana cuba mengetepikan hak wakil rakyat tempatan.

Rabu, 24 Mac 2010

MP KULIM-BANDAR BARU BERKOKOK DI PARLIMEN


SEJURUS YB Zul MP dari Kulim Bandar Baru dipecat dari PKR, kita diingatkan oleh MP berkenaan agar membawa `pampers' sekiranya berada di Parlimen nanti. Sudah tentu kita percaya YB Zul akan menggemparkan semua yang ada di Parlimen bahkan kita yang di luar Parlimen kerana melihat kepada kesungguhan beliau bercakap. Hari ini tibalah YB Zul bangun di Parlimen untuk mengambil giliran membahas titah DYMM YDP Agung.

Apabila dia memulakan perbahasannya, kita menanti bilakah masanya yang sesuai untuk kita mula memakai `pampers'. YB Zul bercerita tentang bagaimana beliau `ditawarkan' dengan habuan yang boleh `menggugat iman' agar beliau membuat akuan bersumpah tentang penglibatan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya. Ada di antara kita sudah bersedia untuk memakai `pampers' kerana YB Zul mungkin akan mendedahkan siapakah orang yang menawarkan habuan itu. Adakah ianya DS Anwar, DS Wan Azizah, Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang atau mungkin Ibrahim Ali kalau pun tidak Zahrain `The Dog Attack'? Malangnya, cerita itu terhenti setakat itu dan tiadalah jadi kita untuk memakai `pampers'.

Mengikut lojik, apa kena mengena YB Zul dengan kes Altantuya? Jika dahulu kita masih ingat di mana Balasundram telah membuat dua akuan bersumpah dalam tempoh tidak sampai 24 jam, itu dikira lojik kerana Bala ada kaitan dengan kes tersebut. Bala adalah Penyiasat Persendirian yang diupah oleh Razak Baginda iaitu salah seorang yang didakwa terlibat di dalam kes tersebut kemudiannya dibebaskan. Tetapi YB Zul apa kaitannya? Mengapa perlu `diupah' beliau untuk membuat akuan bersumpah? Mungkin kerana YB Zul adalah salah seorang Peguam yang pada mulanya akan mewakili salah seorang sidituduh dalam kes tersebut tetapi menarik diri akhirnya.

YB Zul terus bercerita tentang mengapa beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang dari sidituduh. Beliau mendakwa ada `pihak ketiga' yang mencampuri urusannya menyebabkan beliau menarik diri kerana ingin berlaku adil terhadap sidituduh. Sekali lagi kita merasakan perlu `pampers' dipakai pada waktu beliau mendedahkan kisah ini. Semua tertumpu dan memasang telinga untuk mengetahui siapa `orang ketiga' itu. Malangnya, cerita terhenti setakat itu sahaja. Mengapa kedua-dua kisah yang ada potensi untuk `membanjirkan' dewan Parlimen dengan `air kencing' terhenti setakat itu sahaja? Hanya YB Zul yang tahu.

Saya tidak mahu hipokrit terhadap YB Zul. Tahniah, kerana setakat ini berjaya dan mampu bercakap untuk menyokong keadilan terhadap DS Anwar di dalam kes liwatnya. Jika beliau tidak berani bercakap seperti itu sekali pun, kita masih ada ramai lagi MP yang berani untuk bercakap tentangnya. Apa yang benar dari mulut YB Zul kita patut sokong dan bersangka baik. Cuma apa yang tidak patut, kita perlu tentang iaitu YB Zul tidak patut berada di dalam Parlimen kerana beliau tidak lagi mewakili pengundi-pengundi yang mengundinya atas tiket PKR dahulu.

Kesimpulannya, YB Zul gagal membuat `gempar' setakat ini meskipun sedikit `gempar' yang murahan dan melucukan seperti yang telah dilakukan oleh Zahrain `The Dog Attack'. Bolehkah kita simpan `pampers' ini sekarang?/

MASIH TAK KOSONG................

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Titi Tinggi, Perlis tidak kosong dan penyandangnya, Yip Sun Onn masih Anggota DUN yang sah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Rabu.

Abdul Aziz berkata setakat ini SPR belum lagi menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan Yip daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat.

"Walaupun Speaker sudah sahkan terima surat itu tetapi selagi SPR tidak menerima sebarang surat rasmi kerusi DUN itu tidak kosong dan hanya SPR sahaja yang boleh memaklumkan mengenai sebarang kekosongan," katanya kepada pemberita.

Ditanya berapa lama Speaker boleh memegang surat peletakan jawatan itu, Abdul Aziz berkata tempoh masa bagi Speaker boleh memegang surat itu tiada dalam undang-undang.

"Itu semua terpulang kepada urusan Speaker dan anak buahnya," katanya.

Semalam, Speaker DUN negeri itu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Yip yang juga Naib Ketua MCA bahagian Padang Besar pukul 3 petang dua hari lepas dan menasihatkannya supaya mempertimbangkan keputusan itu.

Yip, 52, dikatakan kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai anggota Exco kerajaan negeri yang disandangnya sejak dua tahun lalu apabila namanya tidak disenaraikan dalam majlis mengangkat sumpah di Istana Arau, Jumaat lalu.

Sebaliknya ADUN kawasan Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor dilantik ke jawatan itu dan mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Selasa, 23 Mac 2010

ADUN BN TITI TINGGI LETAK JAWATAN


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Temp
atnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak mahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, dilapor mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Isnin, 22 Mac 2010

FENOMENA MP KELUAR PARTI,FITNAH ANWAR LIWAT.........


KUANTAN,Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution (foto) menegaskan bahawa parti itu tidak gusar dengan senario "lompat parti" yang berlaku mutakhir ini. Ia berikutan, semakin ramai pemimpin PKR keluar, maka semakin ramai juga ahli baru yang menyertai parti itu. "Dulu hanya sekitar 10 ribu sahaja ahli baru menyertai PKR, kini angka mencecah 40 hingga 45 ribu orang memohon untuk menyertai parti", katanya ketika berucap dalam satu ceramah umum PAS dekat Taman Tas, disini malam tadi. Saifuddin turut menegaskan, begitu juga dengan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Semakin pemimpin itu ditekan dengan berbagai-baga dakwaan maka semakin kuat sokongan yang diterima daripada rakyat. Malah, masyarakat antarabangsa turut melihat Anwar bukanlah seperti yang digambarkan oleh Saiful. "Kita juga sedang mengedarkan risalah khas mengenai bukti terbaru tentang laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh tiga orang doktor pakar Hospital Kuala Lumpur terhadap Saiful Bukhari Azlan. Bukti kukuh yang menunjukkan bahawa beliau tidak diliwat oleh sesiapa pun kini diedarkan ke seluruh negara", katanya lagi. Dalam pada itu, Saifuddin turut menegaskan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak kini semakin gusar melihat gelombang kebangkitan rakyat. Maka, bagi menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini menerusi ceramah yang diadakan di seluruh negara maka berbagai sekatan mahu diadakan. "Mereka tidak mahu kita berceramah politik, sebaliknya hanya membicarakan soal kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya. Sedangkan mereka tahu bahawa kita adalah parti berdaftar yang sah menurut perlembagaan dan kita ada hak untuk menarik sokongan rakyat. Mereka melarang kita berbicara soal Altantunya, kapal selam tak boleh menyelam, enjin jet dan termasuk juga kes fitnah liwat. Mereka takut rakyat tahu cerita sebenar. Mereka halang kita menyampai maklumat dalam masa yang sama mereka hentam kita dari pelbagai arah termasuk menggunakan sepenuhnya media arus perdana yang ada", kata Saifuddin. Beliau turut menegaskan, Anwar sendiri dipanggil polis dan disiasat atas ucapan politiknya di Pulau Pinang. Alasan yang diberikan kerana menghasut dan sebagainya. "Sudahlah Anwar disiasat dan dihalang menyatakan pandangan beliau di ceramah-ceramah, kini di parlimen pula mereka mahu mengambil tindakan menggantung Anwar gara-gara mempertikaikan penglibatan syarikat Yahudi dalam hal ehwal negara. Apakah rakyat mahu berdiam diri melihat semua ini?", tambah beliau lagi.

Sabtu, 20 Mac 2010

ZAHRAIN PEMBOHONG BESAR



Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.

“Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan,” kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.

Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang.

"Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," katanya.

Semalam, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang itu. Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui pula menegaskan beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.

“Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” katanya dalam kepada mStar Online hari ini.

Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.

“Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain,” katanya. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh pula berkata beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.

“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya.



Sementara itu, di KOTA BHARU, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan berkenaan.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya.

Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.

Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.

Beliau turut menafikan didatangi pihak berkenaan agar keluar BN bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dan dikatakan akan melompat menyertai pembangkang. KOTA KINABALU: Satu pembohongan yang besar.

Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.