Isnin, 24 Ogos 2009

Exco Kedah keluar PKR, Isytihar bebas!!!

Sumber muktahir yang diterima di Bilik Gerakan pada jam 11.50 pagi tadi sedikit mengecewakan. Apa yang dapat dinyatakan ialah perisytiharan Adun bertaraf exco ini banyak dipengaruhi oleh sentimen PRK Permatang Pasir. Beliau tidak akan keluar parti jika tindakan yg diambil itu tidak memberi kebaikan dan kepentingan kepada politiknya sendiri.

Mengapa beliau keluar parti Keadilan dan isytihar menjadi calon Bebas hari ini ? 2 hari sebelum berlangsungnya hari pembuangan undi di Permatang Pasir ? Apakah tindakan beliau ini didalangi oleh Umno-BN ? Percayalah bahawa pada malam ini akan keluarlah di kaca tv dimana skrip drama seperti mana Jamal dan Osman guna sebelum ini disebut semula,
"Saya hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS negeri ..bla..bla..dan Dato' Seri Menteri Besar..bla..bla..bla.. "
Apa yang diketahui melalui sumber yang dipercayai, beliau sebenarnya adalah merupakan seorang exco yang 'bermasalah', seorang yang kini telah diperhatikan oleh SPRM atas beberapa perkara yang boleh disabitkan dengan pendakwaan. Apa pun perincian tentang 'cerita dalam kain', wak tak dapat siarkan di blog ini, tunggulah nanti.

(*) Seperti ada persamaan dan chemistry, dulu di Perak yg lompat jadi Bebas pun dari exco Pelancongan juga, kat Kedah pun dari portfolio itu juga..ada sesiapa boleh selesaikan masalah 'matematik' ini, masalah matematik RM ?-sumber albanjari

Tiada ulasan: