Sabtu, 20 Mac 2010

UMNO-BN AMAT TAKUT PENGUNDI MUDA MEMBERI SOKONGAN PADA PAKATAN RAKYAT PRU 13

Tindakan kerajaan menolak kaedah pendaftaran pemilih secara automatik adalah kerana kerajaan dilihat takut kalah pada pilihanraya akan datang.

"Mereka tahu golongan muda cenderung menyokong PR dan golongan muda boleh menyokong mana-mana pihak yang mereka yakin mampu membawa perubahan kerana mereka ini tidak terikat dengan mana-mana parti.

"Golongan ini juga terdedah kepada media altenatif yang sebahagian besarnya tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan oleh kerana itulah BN takut membenarkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjalankan pendaftaran secara automatik," jelas Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.com.

Terdahulu, Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan telah menolak cadangan SPR bagi mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, keputusan itu dicapai kerana rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk keluar mengundi.


Katanya, kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka.

"Saya tidak faham bagaimana kerajaan boleh memberikan alasan remeh sebegini sedangkan SPR setiap kali mengeluarkan kenyataannya kesal kerana rakyat tidak mendaftar tetapi sebaliknya tidak mahu berusaha untuk memastikan semua rakyat yang layak mendaftar melalui sistem pendaftaran automatik ini.

"Terbukti kerajaan dan SPR bersekongkol tidak mahu semua rakyat menjadi pemilih," tegas Sofi. Sofi berpendapat, sebuah kerajaan dan badan yang mengendalikan pilihanraya seperti SPR, mereka mesti berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua rakyat mengambil bahagian dalam setiap kali pilihanraya.

"Jika itu jawapan Nazri adalah lebih baik kempen dan kesedaran untuk mendaftar dan mengundi tidak dijalankan. Biar rakyat menentukan sendiri samada hendak mengundi atau tidak," tegas beliau lagi.

Tiada ulasan: